Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 19, 2013

Amani first contact with nature

Balik dari Kuantan aritu, sampai area Genting Sempah tu awal pulak, baru pukul 4.30. Rasa macam ada masa nak berjimba-jimba lagi sebelum balik Bangi. MEmang dah lama pasang niat nak berhenti kat tepi highway ni, cam syok je bila tengok signboard Hutan Lipur Lentang. So kitorg pun singgah la kejap. 

Masa tu hari Isnin, time orang keje so tak ramai sangat orang kat tepi highway ni.

Amani baru bangun tido terus kene bawak ke sungai.

Amani first time jejak sungai

Eksaited campur takut-takut

Try buat muka cute tapi hampir fail

Dah semakin panik

Terus cuak bila ayahnya try nak floatkan dia

 Ayah sedangkan menjalankan kelas 'Swimming 101'

Memang cun la tempat ni, redup dan nyaman je. Kalau masuk dalam lagi ada stream, memang syok la nak mandi-manda. Tapi ak bawak budak kecik ni merasa mandi sungai, so terpaksa la pergi bahagian hilir sungai yang cetek dan tenang ni ha. Yet rasa nak rendam je sebab airnya sejuk dan nyaman.

Ada banyak tempat parking kat dalam.Ada juga tempat makan di pintu masuk dan di dalam hutan simpan ni. Toilet untuk mandi dan tukar baju juga opkos ada, kene bayar 30sen nak masuk. Time ak datang tu takde orang jaga pun, tapi dia sediakan tong kat luar untuk masukkan 30sen. Ak bayar jugak la atas kesedaran sosial dan sivik dengan harapan duit tu digunakan untuk jaga kebersihan hutan simpan ni. Ok la, tempat ni memang bersih, takde sampah sarap. Tandas dia pun bersih dan elok.

Next time boleh pergi lagi. Kalau dari KL, just bayar tol Gombak RM5 then dah nak sampai area Bentong boleh U-turn.

For more details on this beautiful place, visit http://www.pahang-delights.com/hutan-lipur-lentang.html

No comments:

Post a Comment