Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 21, 2013

Best in the world!

Sape pernah tengok rancangan Best In The World kat 8tv? Racangan tu memang superb best! The host, Razif, memang keji gila okeh. Jalan-jalan Cari Makan?? Neeehhhh...tu tak cukup tempting. Razif memang terbaek kalau nak buat makanan tu nampak cam turun dari syurga. Yela, nama rancangan pun Best in the World kan, memang sesuai sangat!!! 

Berbanding JJCM, ak memang percaya sangat Best in the World ni sebab ade few kedai yang dia pergi memang my personal faveret. Pendek cite, selera ak dan Razif memang sama, so he is reliable. Lagipun dia redah semua tak kite warung tepi jalan pun dia serbu asalkan the food is best in the world. Haaa...memang sesuai sangat la untuk ak yang dentis ni kan. JJCM tu ak tengok cam kene bayo je, restoren yang dia pergi semua standard-standard. Ak pernah makan 1 kedai yang ada tag JJCM, tapi rasanya cam harammmm...x sedap pun. JJCM penipu!

Ok, the first episod masa season 1 dulu Razif went to this rojak stall. At that time dia baru balik dari US and first thing yang dia buat was looking for this mamak stall area Melawati. Okeh, rojak memang feveret ak (ak dah mention kan selera kitorg memang sama), so ak pun gigih la ajak En. Suami cari rojak stall ni. Memula sesat but thanks to navigation instinct En. Suami, berjaya gak jumpa.

Said Rojak Taman Melawati. Nampak humble je kan..

En. Suami puji best. Kalau dia puji best memang best la namanya tu sebab dia bangsa cerewet. Dia order rojak sotong.

Muke orang yang puas hati. Memang best in the world!

See...kuah hitam. Baru la rojak! Selalu jumpa kuah merah tu, memang kompem tak best.

Locationnya senang je. Kalau dah sampai simpang empat area Melawati tu, Giant belah kiri, kite belok kanan. Terus je and jumpa Sekolah Rendah Melawati belah kanan, then u-turn. Drive pass over sekolah tu, kedai tu ada sebelah kiri.

Ni pun dah start rindu-rindu dengan rojak ni, En. Suami balik nanti nak pergi lagi la.

Ak dengan bangga cakap kat En.Suami "Bagus kan saya rajin tengok tv, dapat kite makan sedap arini"

En.Suami reply "Awak tu nampak ape pun awak kata sedap"

Okeh okeh fineee........lepas ni nak makan kasut Bata plak, bleh???

2 comments:

  1. Singgah sini. Hehe. Sb tadi tgk razif dlm afc. Mesti cubalah rojak niiii

    ReplyDelete
  2. On my way to get this rojak

    ReplyDelete