Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 30, 2013

Kan dah cakap!

Sila rujuk post Kak Senduk yang bertajuk Jalan2 Cari Nahas. Klik sini la senang.

Satu lagi food review yang kecewa dengan JJCM punye recommendation. Ak dah cakap JJCM tu tak boleh percaya! Ak rasa produksi tu kene bayar la ngan tauke-tauke restoren tu. Tak pon memang depa dasar tembolok buaya, telan apa je sedap. Takde taste!

Nak cari tempat makan best, percaya blogger. Try 1-2 restoren yang dia promote, kalau best seperti dikata, maknanya tekak kau dan tekak blogger tu sama, so ko boleh rely kat dia. 

Oh, aritu tengok MHI ke Nona, depa ada jemput The Humble Chef-a mobile cart selling western foods at only RM5! FYI, Humble Chef tu dah lama keluar kat Best in The World. Kan dah cakap Razif tu boleh dipercayai!

Bila nak start balik Best in the World tu ek?

Ala omak kawen kan ak...

Alhamdulillah, dapat berita seorang sahabat dah tunang, and bakal dirikan rumah tangga hujung tahun ni. 

Ayat pertama terdetik dalam hati "Siapalah perempuan malang untung yang dapat kau ni?". Kawan ak ni I tell uols, cerewet gila babs dalam hal jodoh ni. Dia dah ade dah a set of criteria ciri-ciri isteri idaman dia. Satu je tak memenuhi piawaian, reject! Mungkin sebab dia konfiden dia ensem, maka ak pedulikkan aje. Nasib baik ada rupa dan pandai pula, kalau muka macam Sathiya dan otak cam lembu, memang awal-awal ak dah puih kan aje.

Katanya mak dia pergi umrah, dia mintak mak dia doakan untuk jodoh dia. Tak lama lepas tu, ade sorang opismate rekomen kan anak buahnya. Dia tengok kat Facebook, dia berkenan, terus dia masuk minang. Dah masuk minang, bertunang terus. Katanya lagi, so far baru jumpa 2x. Time bertunang tu antara salah satunya. Bakal isteri orang jauh, so memang susah nak jumpa.

Maka dia termasuk dalam kategori 'bercinta lepas kahwin'.

Pada ak, memang baguslah konsep bercinta lepas kahwin ni dengan kawan ak. Dengan perangai dia yang cerewet gila tu, kot dia berkenalan dengan lebih lanjut ngan minah ni sebelum tunang, ak risau ade je yang dia tak berkenan nanti kang. Kang reject lagi.. Sampai ke sudah la dia tak jumpa jodoh dia. Siapa yang susah? Ak jugak... Sebab apa ak susah? Eh sukati ak la! (jawapan cam haram, sila ignore).

Ok ok, mari kite lihat dari sudut lain. Ketepikan prejudis ak sebagai kawan dia bertahun-tahun ni. Assume dia adalah random person yang ceritanya ak terbaca kat tenet. Reaksi pertama ak would be "Subhanallah,..suwwiitttt nye!" Seriously, mana nak jumpa kes macam ni lagi sekarang. Yang try dulu sampai terpregnant then gi buang bayinye banyak lah. 

Ak ada jugak kawan yang dah 8tahun, 10tahun, sejak tadika bercinta tapi tak kawen-kawen sampai sekarang. Masa study dulu alasannya nak habiskan belajar. Dah habis belajar katanya nak cari kerja dulu. Dah dapat kerja katanya nak kumpul duit pulak. Now dah 27tahun, tak cukup lagi ke duitnya? Ko nak kawen kat Bali ke, Mauritius ke, camne ni? 

"Kau dah kahwin, bolehlah kau nak sembang..." kata sesetengah dari anda.

Sejujurnya, ak bukan orang yang layak nak ulas pasal isu ni. Ak pun bukanlah tergolong dalam golongan 'bercinta lepas nikah' ni.  Tapi one thing yang ak belajar masa bercinta dulu yang ak nak share ialah, kita tahu sebenarnya kalau orang tu bukan jodoh kita. 

Sebelum jumpa En. Suami, ak bercinta ngan mamat ni 2tahun. Tapi sepanjang 2tahun tu memang tak pernah sekali pun ak fikir masa depan ak ngan dia. And between us, we never talked about marriage pon. The most obvious thing was when ak pergi hometown dia, haram dia ajak ak pergi jumpa family dia, and yang funnynye, ak pun tak kisah. Siap doa lagi jangan terserempak ade la. Kitorang memang terbeban kalau cakap pasal kawen ni. Dalam pada tu pun kitorang tetap gak bercinta. Tapi tula, dah Allah kata bukan jodoh ak ngan dia kan. Bila ak jumpa En.Suami, terus teringin nak bawak jumpa famili. Bila dia setuju, tu yang terus ak terpikat tu. Then dia pun bawak ak jumpa famili dia, kitorang pun kawen. Masa cakap pasal nak jumpa famili masing-masing, nerves tu ade, tapi rasa terbeban tu tak. Rasa happy lagi ada.

Kepada kawan-kawan yang dah lama bercinta tapi tak kawen-kawen lagi tu, please la bukak mata anda. Kalau betul boifren anda ikhlas dengan anda, mesti dia ajak kahwin. Itu baru betul-betul lelaki gentleman. Takyah la berusaha nak pikat hati dia untuk dia kawen dengan anda. Kalau dia nak, dah lama dia lamar kak oi.... 

Jangan cakap pasal duit dengan ak. Ak dulu pun takde duit. Tengok gambar wedding ak? Gile kelakar pelamin ak weh. Kawen pun orang sponsor, Alhamdulillah. Once niat kita dah elok, Allah permudahkan jalan. Ramai orang sponsor, jumpa mak andam murah, fotografer pon kawan-kawan berebut nak tolong without any price. Tak kisahlah, yang penting kawen kan. Wedding grand pun untuk sehari je kot, pastu ko hadap la kehidupan lepas kawen yang takde la grand mana pon. 

Nak kahwin muda? Tak kisah. Nak kawen idang nasi putih lauk pucuk ubi je? Tak kisah. Janji halal.

Saturday, April 27, 2013

My baby can do what?

Dah lama tak update pasal my baby can do what. Banyak dah sebenarnya tapi tak snap pic, so malas nak blog. Tak best la kalau cite without evidence.

So latest is this;




Amani now can listen and follow simple instructions..most of the time la kan. The above picture was taken when I was mopping around the house. I told Amani to stay in the carpet, as it would be harmful if she walks on the wet floor, its slippery, she might fall (did happen once actually).

So there she was, wandering around the carpet, not once she tried to cross the boarder. Sampai la ak mop dalam bilik, dia pun nak ikut masuk bilik jugak (dia memang tak boleh jauh dari ak).... Tapi sebab ak dah bagi arahan duduk atas karpet je, so dia nangis.

Kalau ak cakap meh mandi or jom basuh poo-poo, dia akan terus gerak ke bilik air dan tunggu depan bilik air. Kalau dia dah tak sabar and terus masuk dalam bilik air, ak akan suruh dia keluar balik untuk bukak baju, then dia keluarlah. Kalau henfon bunyi tu tak payah suruh dia dah ambil and bagi kat ak.


Tapi biasa la budak-budak, ada jugak yang degil taknak dengar cakap. Contoh cam gambar gambar kat atas, degil tak mahu pakai baju. Tang tu memang kene banyak sabar and kena train lebih lagi. Well, memang dah ada dalam list ciri-ciri ibu mithali kene banyak sabar. Huhu...

Doa mama semoga Amani jadi anak yang rajin dan dengar cakap bila dah besar nanti, macam mama. 

Eh, yeke?
posted from Bloggeroid

Friday, April 26, 2013

Stop blaming

A boy was born to a couple after eleven years of marriage. They were a loving couple and the boy was the apple of their eyes.

One morning, when the boy was around two years old, the husband saw a medicine bottle open. He was late for work so he asked the wife to cap the bottle and put it in the cupboard. The mother, preoccupied in the kitchen, totally forgot the matter.

The boy saw the bottle and playfully went to it and, fascinated with its color, drank it all. It happened to be a poisonous medicine meant for adults in small dosages.

When the child collapsed, the mother hurried him to the hospital, where he died. The mother was stunned; she was terrified. How would she face her husband?

When the distraught father came to the hospital and saw the dead child, he looked at his wife and uttered just four words.

“I Love You Darling.”

The husband’s totally unexpected reaction is proactive behavior. The child is dead. He can never be brought back to life. There is no point in finding fault with the mother. Besides, if only he have taken time to put the bottle away, this would not have happened.

No point in attaching blame. She had also lost her only child. What she needed at that moment was consolation and sympathy from the husband. That is what he gave her.

Sometimes we spend time asking who is responsible or who’s to blame, whether in a relationship, in a job or with the people we know and miss out on the warmth in human relationships we could receive by giving each other support.

After all, shouldn’t forgiving someone we love be the easiest thing in the world to do?

Treasure what you have. Don’t multiply pain, anguish and suffering by holding onto forgiveness. Let go of all your envies, jealousies, unwillingness to forgive, selfishness, and fears and you will find things are actually not as difficult as you think.

If everyone could look at life with this kind of perspective, there would be fewer problems in the world.

 Source: Facebook

*************************************************** 

Is this a true story? Really? Naaahhhh....mesti tipu je ni.

Hakikatnya kita masyarakat menghukum. Memang dah diajar sejak kecik, kalau buat salah je first question mak akan tanya "Siapa punye keje ni?!". Dari kecik sampai ke besar. Dah besar ni kita belajar dari pemimpin jugak "Ini semua salah pembangkang. Pembangkang tak mentadbir negeri dengan telus. Pilihlah National Line, Janji Dicapati!"

"There is always two sides of a coin"

Nilai sesuatu tu berdasarkan banyak sudut. Macam cerita kat atas, kalau dalam drama Melayu dah kene ayat ni "Ini semua salah awak, tak pandai jaga anak!". Tapi sebenarnya salah suami tu sendiri kan. Look things at all angle, bukan satu sudut dan menyalahkan satu pihak saja.

Kenapa ek semua salah mesti jadi salah mak? Anak tu lahir macam versi Mariam yang takde suami ke macam mana? Then how mom always wrong?

Sebelum kita tanya orang apa yang orang tak buat, tanya diri kita sendiri dulu apa yang kita dah buat. 

Setiap perkara terjadi atas kelakuan semua orang. Butterfly effect. Setiap apa yang kau buat, ada effectnye pada orang lain, you have the share. So don't blame, don't judge. Muhasabah diri. 

Wednesday, April 24, 2013

Halal

 

Ak ada kawan yang very concern about makanan. Kalau nak try restoren baru, 1st thing yang dia akan tengok ialah halal atau tak. Kalau ada sijil halal pun, dia akan baca sijil tu betul-betul, make sure semua menu dia halal. Sijil halal tu ada senaraikan menu apa yang halal (ni ak baru tau, selama ni ak redah je asal ada sijil halal). Restoren yang nampak kotor dia taknak, risau tak halal katanya. Yela, bak kata En.Nasir dalam iklan Mekdi tu, halal bukan sekadar sembelihan. (Yang last point tu ak just rasa dia kekwat, takde kene mengena ngan halal haram). Bila ada kawan-kawan yang balik dari oversea bawak balik makanan dari sana, dia takkan makan sebab takde tanda halal.

Ok, ak bukan nak kutuk dia terlalu fussy pasal isu halal ni. Itu bagus.

Cuma yang ak pelik ialah, dia ada beli saham 1 syarikat MNC yang HQnye di US. Tak payah explain panjang, syarikat tu kapir punye. Kalau dah kata MNC, kapir punye lak tu, ada ke dia buat pelaburan yang halal? Takkan depa tak melabur kat syarikat arak dan rokok yang industrinya bernilai billion juta US dolar. Takkan depa melabur kat industry mee siput makcik dalam tv tu.

Bila kita beli saham, kita dapat dividen setiap tahun. Ak tau kenapa dia beli saham tu, sebab saham syarikat tu tak pernah jatuh dan memang market price sangat tinggi. Plus ko dapat dividen in USD, tukar ngan RM? Kaya siot... So pejam mata jela halal ke tak.

Ini yang ak tak suke dengan mentaliti orang kita. Ada plak boleh tolerate pasal mende ni. Ko taknak, ko kata haram. Ko nak, ko kata halal. And ada ke pulak halal haram ni tang makan je, halal haram ni the way of life kot.

Kalau taknak makan sebab ko geli restoren tu kerusi dia buruk, or ko tak selesa restoren tu panas takde aircond, ko cakap je taknak. Kalau menu dia tak penuhi selera tekak kau, cakap je terus terang. Takyah nak bangkit isu halal haram ni. Vangang!

Note: Ada orang cakap Old Town White Coffee takde sijil Halal so orang Islam takleh makan kat situ. Truth is,  dia dapat International Halal certificate, cuma belum dapat sijil Halal dari JAKIM. Sometimes there are also cases where dorang letak sijil Halal JAKIM tapi bila ko pergi lagi 2-3bulan lepas tu, sijil tu dah takde. Bukan bermakna premis tu tipu kau, cume sijil Halal dia dah expired, belum sempat nak renew, so kene tanggalkan dulu sementara dapat yang baru. Macam road-tax ko jugak. Road-tax takde, tak bermakna ko beli kereta seludup. Kereta ko still legal, cume illegal dari segi undang-undang ke. Camtu la lebih kurang....

So OTWC tu halal, ko boleh makan. Tapi kalau kau nak boikot jugak sebab tu company Cina, tu dah kira bab lain bai!

Check dulu sebelum buat konklusi!

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 23, 2013

Percaya

Ayat seorang sahabat "Percaya setiap satunya yang sekarang ini berlaku pada aku, suratan Allah"

Lately we always share our emotions and thoughts. We pretty much understand each other feeling, especially on life philosophy.

What?? Woman needs her beasties la!

That is what I like about being a muslim. No matter how tough life is, and would be, we always belief there is rainbow after rain. Saat kita lemah, kita yakin yang semua ni ketentuan Allah. Baik, buruk, semuanya...

Memang betul yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kelemahan kita. Tapi yang buruk terjadi sebab Allah nak kita belajar dari kesalahan kita. Or Allah nak tunjukkan kita apa yang lebih baik. Or Allah nak kita sabar dan peroleh pahala. Or Allah nak kita sedar yang kita ni insan yang lemah, dan kembali sujud padaNya. Or Allah nak kita jadi kuat, sebab dunia ni memang kejam. Banyak lagi alasan.. yang pasti Allah Maha Mengetahui.

Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Mentadbir. Kita hanya perlu percaya dan yakin.
"Semua orang nak masuk syurga, tapi tiada siapa yang nak mati."
Ak rasa kalau kita ni bukan orang Islam, dah lama kot bunuh diri. Dah lama kot hisap dadah. Dah lama kot jadi kaki mabuk. Senang...jadi khayal, lupa masalah, lupa beban. 

Rukun iman "Percaya pada qada' dan qadar". Senang kan. Tak payah nak blame diri sendiri, tak payah nak salahkan takdir, percaya je ini semua qada' dan qadar. Tak payah nak serabut kepala.

Yup, ak cakap ni cam bagus je kan. Padahal kadang-kadang ak sendiri pun meroyan. Tapi point is, meroyan pon akhirnya tetap juga bangun dan berusaha. That is the best thing about us Muslim. Tak pernah give-up.

To all friends out there, you never know what life could bring us. Kita lahir dulu pun bukan kita yang mintak, tup-tup je dah besar. Just enjoy the life.


Wednesday, April 17, 2013

The way she plays with her toys

Dah berkurun tak menghapdet, busy bebeno skang ni. Skang ni tido kol2-3 pagi tu dah macam rutin plak. Now baru 1.29am,mata belum nak ngantok. Haih...

Belek-belek gambo kt henpon ni,ada banyak plak gambo anak tengah main. Berikut adalah cara-cara Amani Azalea main dengan mainan dia:


Naik,lompat-lompat,ketuk-ketuk nak dengar bunyi.


Takpelah..main kotak lagi best.


Ketuk-ketuk nak dengar bunyi


Susah sangat nak kene picit 1-1, camni senang


Sedapnya mainan mama beli. Makan makan makan...anomnomnom...

Makcik dia cakap dia macam baby boy, lasak sangat. Mak ak ada pesan suruh berlembut ngan anak, nanti anak tu pun lembut la. Tapi ak rasa ni bukan salah ak ni...ni mesti sebab dia ada banyak DNA bapak dia ni. Ak kecik-kecik suka main teddy, main masak-masak. Ye...tak syak lagi. Anak bapak!
posted from Bloggeroid

Tuesday, April 16, 2013

Ting tong yg critical

Ak nak post mende ni kat pesbuk, tapi takut menganggu ketenteraman awam. Nak hold untuk diri sendiri tak boleh, ak memang nak luahkan!

Lawak of the day : I wear PetPet instead of Kotex.

Yes, true story. Ak tak tipu. Patutlah payah sangat ak nak tampal, ak ingat gam dia rosak. Bile dah sedar kesilapan sendiri, tepuk dahi dan gelak sorang-sorang dalam toilet. 

Moral of the story, jangan kerja dari rumah time period. Gitu ke? Huhuhu....

Ada orang tanya macam mana ak survive jadi isteri, mama, pekerja swasta (harus tekankan swasta sebab pekerja gomen biasanya keje depa melepak je) dan pelajar?

Jawapan ak: Tak boleh nak survive pun nokkk.. Every day rasa seperti tenggelam ke lautan dalam. Now dengan sume mende dah tiba deadline, ak rasa ak dah reach beyond my limitation. Kepala ak dah naik ting tong dah ni. Ak pun tak tahu camne ak boleh hadap semua ni. Amazing gak kan ak boleh survive? Kadang-kadang tu memang tak dapat menahan diri untuk berbangga dengan diri sendiri. Muahahahah!!!!

 I'm a SUPERWOMEN!!


Thursday, April 4, 2013

Ini anak saya.

Arini kawan ak mengomel. Stress katanya bila outing dengan anak dia yang masih kecil sebab orang keliling suka tegur dia. Aik, orang tegur pun marah? Ak tanya la orang tegur dia camne.

Dia kata people love to state the obvious. Anak dia dah pandai duduk, orang tanya lagi "Dah boleh duduk?" Buta ke ape???

Haaa....ok, faham faham.. Ak memang suke sangat la statement kawan ak tu. Sebab ak pun pernah alami. Ak dah pakaikan anak ak serba pink, siap riben lagi kat kepala, orang akan tanya "Laki ke pompuan ni?". Dowhh....

Masa Amani umur 5 bulan kot ak tak ingat, nurse cakap dah tak payah pakai stokin and sarung tangan dah sebab nak develop deria rasa budak. Ak pergi pasar malam kene marah ngan sorang makcik yang tak dikenali "Ee...stokin budak ni mana? Kenapa tak pakaikan?" Nak je cakap kat makcik tu "Excuse me, do I know you?".

Now anak ak dah setahun, dah boleh makan, setiap kali ak suap anak makan orang akan tanya "Dah boleh makan?". Anak tengah berjalan orang tanya "Dah boleh jalan?"

Itu tegur yang biasa ye, dah rasa annoying gile. Belum lagi bab kene marah.

"Eehh..budak berjalan atas tar, bahaya la nanti luka" - Ak rasa masa kecik-kecik, makcik tu bentang karpet kat jalan raya time anak dia jalan. Mungkin la kan...

"Ha,budak gigit ape tu? Tengok sikit nanti tertelan" -Padahal budak tengah gigit mainan yang tak muat pun masuk mulut apatah lagi tekak.

"Isy, kenapa melecet anu budak ni. Rajin-rajin tukar pampers tu" - Saya miskin makcik, tak mampu beli pampers anak, mintak sedekah sikit boleh?? Normal la budak melecet, tengah musim panas ni kan, budak plak tengah aktif. Jangan nak kata budak, ketiak kita pun kadang-kadang boleh melecet sebab berpeluh.

What's wrong with all this people??

Memang sakit telinga nak tadah orang bercakap pasal anak ni. Ye, memang itu semua nasihat, tapi kadang-kadang yang dok sound tu pun takla hebat mana pun jaga anak depa, ada hati nak sound oang. Lagipun, logik la budak-budak tengah membesar perangai macam-macam, ko takyah la nak jakun sangat. Kalau anak dia slow pun, biarlah. Kau nak cakap anak dia bodoh, Menteri pun tak ramai yang pandai. So what? So what??

Ak tak tau la kenapa society kita camni. Mungkin kita ni lack of communication skill kot. Dulu kat skolah takde subjek ni. Patut propose kat Tan Sri Muhyiddin soh tambah dalam silibus skolah.

Pfftttt....

Tuesday, April 2, 2013

Food review: Chup!

Aritu kitorang try restoren baru, Chup! namanya. Comel je kan bagi nama restoren camtu. Chup ni terletak kat bangunan Shaftbury, Cyberjaya.

Kitorang amik lunch set. Dengan RM18, dapat Ice Lemon Tea, Nasi Putih with Siakap Bakar wrap in banana leaf, and strawberry cheesecake for dessert.









Memang berbaloi la dengan harga tu dapat macam-macam kan. Mungkin ada yang rasa RM18 tu mahal tapi area Cyber itu kira murah untuk restoren yang cosy cam Chup ni. Nasi and ikannya besar, memang puas la makan. Cuma ikan tu pedas, ak gastrik 3 hari lepas makan kat sini. Those yang suka pedas memang enjoy. They take seriously on the dessert. Cheesecake dia memang cheesy ala-ala Secret Recipe. Memang puas hati la!

Menu-menu lain pun nampak menyelerakan. Taknak makan berat, ada juga menu sampingan cam cucur udang ke, bruchetta ke..

Chup!

B for balloon

Orang nak ade blog,ak pn nak ada blog tapi takde modal nak bercerita. Ekceli cite banyak, tapi dah dasar mak jemah kan, cepat je bergosip dan mencerca bersama rakan-rakan. Dah tu bila nak post kat sini, tetaplah rasa takde modal sebab ulang mende yang sama. Reader pun geng-geng tu jugak (blog tak laku kata ko..), so kalau nak ulang cerita yang sama rasa can dejavu plak.

Tapi sebab kebosanan tahap 8, xtau nak buat apa sementara nak tunggu rambut kering, so update la jugak blog ni. Kali ni nak post pasal trip pergi tengok Hot Balloon kat Putrajaya. Dah post dalam Pesbuk,post plak kt Instag, now post lagi kat sini. Dasar kasihan sungguh ak ni.










Ak pergi dengan in laws. Saje bawak depa jalan-jalan, takde modal nak bawak gi tempat lain. Kitorang pergi dah petang sebab tunggu hujan reda. So masa kitorang datang, depa tengah naikkan belon semula. Macam-macam belon ada. Memang jakun abes.. Jakun lah, mende ni bukan orang bawak gi keje ari-ari. Nak naik boleh tapi kene cas. Berapa hengget ak taktau tapi yang ak tau,kene beratur panjanggggg. Kuasek mak! Lagipun dia naik x jauh pun, pastu turun balik untuk bagi can kat orang lain plak. Memang best la pergi sini, setahun sekali je eventnya pun kan, so grab the opportunity!

Makin lama ak makin menyayangi tempat ak skang. Dekat ngan opis, dekat ngan Putrajaya. Macam-macam oleh buat on weekend sebab Putrajaya selalu buat event. Rasa cam nak menetap kat sini tapi harga umah nauzubillah mahalnye. Gadai diri pun belum tentu mampu nak beli sebijik. Huhuhu...

Saya pilih Malaysia!! Pffttt....