Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 30, 2013

Ala omak kawen kan ak...

Alhamdulillah, dapat berita seorang sahabat dah tunang, and bakal dirikan rumah tangga hujung tahun ni. 

Ayat pertama terdetik dalam hati "Siapalah perempuan malang untung yang dapat kau ni?". Kawan ak ni I tell uols, cerewet gila babs dalam hal jodoh ni. Dia dah ade dah a set of criteria ciri-ciri isteri idaman dia. Satu je tak memenuhi piawaian, reject! Mungkin sebab dia konfiden dia ensem, maka ak pedulikkan aje. Nasib baik ada rupa dan pandai pula, kalau muka macam Sathiya dan otak cam lembu, memang awal-awal ak dah puih kan aje.

Katanya mak dia pergi umrah, dia mintak mak dia doakan untuk jodoh dia. Tak lama lepas tu, ade sorang opismate rekomen kan anak buahnya. Dia tengok kat Facebook, dia berkenan, terus dia masuk minang. Dah masuk minang, bertunang terus. Katanya lagi, so far baru jumpa 2x. Time bertunang tu antara salah satunya. Bakal isteri orang jauh, so memang susah nak jumpa.

Maka dia termasuk dalam kategori 'bercinta lepas kahwin'.

Pada ak, memang baguslah konsep bercinta lepas kahwin ni dengan kawan ak. Dengan perangai dia yang cerewet gila tu, kot dia berkenalan dengan lebih lanjut ngan minah ni sebelum tunang, ak risau ade je yang dia tak berkenan nanti kang. Kang reject lagi.. Sampai ke sudah la dia tak jumpa jodoh dia. Siapa yang susah? Ak jugak... Sebab apa ak susah? Eh sukati ak la! (jawapan cam haram, sila ignore).

Ok ok, mari kite lihat dari sudut lain. Ketepikan prejudis ak sebagai kawan dia bertahun-tahun ni. Assume dia adalah random person yang ceritanya ak terbaca kat tenet. Reaksi pertama ak would be "Subhanallah,..suwwiitttt nye!" Seriously, mana nak jumpa kes macam ni lagi sekarang. Yang try dulu sampai terpregnant then gi buang bayinye banyak lah. 

Ak ada jugak kawan yang dah 8tahun, 10tahun, sejak tadika bercinta tapi tak kawen-kawen sampai sekarang. Masa study dulu alasannya nak habiskan belajar. Dah habis belajar katanya nak cari kerja dulu. Dah dapat kerja katanya nak kumpul duit pulak. Now dah 27tahun, tak cukup lagi ke duitnya? Ko nak kawen kat Bali ke, Mauritius ke, camne ni? 

"Kau dah kahwin, bolehlah kau nak sembang..." kata sesetengah dari anda.

Sejujurnya, ak bukan orang yang layak nak ulas pasal isu ni. Ak pun bukanlah tergolong dalam golongan 'bercinta lepas nikah' ni.  Tapi one thing yang ak belajar masa bercinta dulu yang ak nak share ialah, kita tahu sebenarnya kalau orang tu bukan jodoh kita. 

Sebelum jumpa En. Suami, ak bercinta ngan mamat ni 2tahun. Tapi sepanjang 2tahun tu memang tak pernah sekali pun ak fikir masa depan ak ngan dia. And between us, we never talked about marriage pon. The most obvious thing was when ak pergi hometown dia, haram dia ajak ak pergi jumpa family dia, and yang funnynye, ak pun tak kisah. Siap doa lagi jangan terserempak ade la. Kitorang memang terbeban kalau cakap pasal kawen ni. Dalam pada tu pun kitorang tetap gak bercinta. Tapi tula, dah Allah kata bukan jodoh ak ngan dia kan. Bila ak jumpa En.Suami, terus teringin nak bawak jumpa famili. Bila dia setuju, tu yang terus ak terpikat tu. Then dia pun bawak ak jumpa famili dia, kitorang pun kawen. Masa cakap pasal nak jumpa famili masing-masing, nerves tu ade, tapi rasa terbeban tu tak. Rasa happy lagi ada.

Kepada kawan-kawan yang dah lama bercinta tapi tak kawen-kawen lagi tu, please la bukak mata anda. Kalau betul boifren anda ikhlas dengan anda, mesti dia ajak kahwin. Itu baru betul-betul lelaki gentleman. Takyah la berusaha nak pikat hati dia untuk dia kawen dengan anda. Kalau dia nak, dah lama dia lamar kak oi.... 

Jangan cakap pasal duit dengan ak. Ak dulu pun takde duit. Tengok gambar wedding ak? Gile kelakar pelamin ak weh. Kawen pun orang sponsor, Alhamdulillah. Once niat kita dah elok, Allah permudahkan jalan. Ramai orang sponsor, jumpa mak andam murah, fotografer pon kawan-kawan berebut nak tolong without any price. Tak kisahlah, yang penting kawen kan. Wedding grand pun untuk sehari je kot, pastu ko hadap la kehidupan lepas kawen yang takde la grand mana pon. 

Nak kahwin muda? Tak kisah. Nak kawen idang nasi putih lauk pucuk ubi je? Tak kisah. Janji halal.

No comments:

Post a Comment