Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 13, 2013

Advantages and disadvantages of technology




Aku xtau le anak sape yang main tab sampai tak reti tengok dunia luar. Teruk beno gayanya.

Ok, ni aku nak bagi pendapat aku plak.

Sejujurnya, anak aku ade henpon. Henpon lama aku, yang now dah jadi milik dia. Dalam tu aku download banyak bursery rhymes and children games for her to play and listen to....sejak dia kecik. Mixed videos, ada belajar huruf, ada belajar nombor, ada belajar english songs, ada belajar kenal huruf jawi, ada juga vide Korea. Wahahaha....

Alhamdulillah, now Amani can follow a few words. Like "row row row your boat" tu bunyinya "yo yo yo yo bot!", jadilah kan... Dengar lagu Old Macdonald has a Farm, bila keluar gambar itik tu, dia dah pandai keluarkan bunyi 'quack quack'. Bagi aku ianya satu pencapaian untuk budak yang umurnya tak sampai 2 tahun.

Anak buah aku yang umur 2tahun pulak dah pandai main Angry Bird. Walaupun dia just shoot the bird secara semebrono tak truely score, tapi dia pandai la nak navigate the screen. Pandai la lepas shoot tu, dia go back and shoot another one (for those who haven't play the game, it didn't show the full screen, unless you minimize it). And pandai la dia go back to menu to choose stage lain plak. Ok la tu, kire otak dia dah develop. Anak sepupu aku yang umur 2tahun pun dah pandai settlekan game Mahjong Tiles (bukan main mahjong, tapi kene suai padankan mahjong tiles yang ada character Chinese pelik-pelik). Susah gak game tu sebenarnya sebab kene ade strategi, settlekan tiles yang atas dulu, then yang luar, baru leh game over. We are talking about 2 years kids ni, yang masih pakai pampers dan cakap pon tak faham butir. Kau dulu umur 2 tahun pandai buat apa?

Sejak zaman aku kecik lagi game dah dicipta. Dulu ada playstation je, game paling popular is Mario. Now dah upgrade jadi PS2 la, PSP la ape bagai. Aku akui main game ni memang addictive, boleh spend berjam-jam depan tv mengadap game, tak keluar rumah. Tapi seingatnya aku tetap ada kenangan main galah panjang dengan jiran-jiran, petang-petang kayuh beskal dengan kawan-kawan. Takdelah aku jadi anti sosial and bodoh dungu tang aktiviti fizikal ni.

Bosan wei nak hadap game 24 jam pon. Cam dulu lepas selamatkan Puteri dari rasaksa, abes lah game Mario tu. Pastu nak buat apa? Kalau dari pagi ngadap game, petang mesti nak keluar jugak.

Aku ingat lagi zaman aku sekolah rendah, projek ujung tahun yang paling glamer ialah buat buku skrap. Masa tu aku kene buat pasal Perdana Menteri Malaysia. Gigih la belek surat khabar, gunting gambar PM dari zaman Tunku Abdul Rahman, letak nama penuh, tarikh lahir, tahun bila berkhidmat, bla bla bla. Budak zaman sekarang ntah tahu ke tak apa itu buku skrap. And kalau dorang nak dapat information pasal PM, Google ajelah, apa susah. Tak payah nak buat  buku skrap bagai. Sekolah menengah up sket, kene buat powerpoint slides show. Masa tu kalau pandai buat animated slide show dah kire terer gila la, letak lak muzik sebagai latar, fuiyoooo...A terus! Itu pun biasanya kitorang lepas tangan kat budak yang terer komputer, biar dia je buat. Itu cerita 10 tahun lepas.....

Nowadays  abang ipar aku yang merupakan cikgu sekolah rendah cakap, budak-budak akan diberikan cam notebook gitu le. Pastu projek akhir tahun, kene buat video. Contohnya kene amik gambo orang menari, amik suara orang bercakap, then combinekan. Projek sekolah rendah tu beb! Kau mampu???

Sekarang dunia makin canggih, teknologi makin hebat. Kalau kau rasa ada produk kat Malaysia ni yang canggih gila, percayalah apa yang kita ada is 10 tahun terkebelakang dari Jepun. Kat Jepun tu lagi la ntah apa-apa teknologi canggih depa ada. Siap ada robot soccer tournament lagi, perlawanan bola antara robot. Kita ni baru tengok remote control speed bot pon dah jakun. Itu pun dalam 1 taman, ade la sorang je budak yang ada mainan tu. Kesiannn....

So apa pendapat anda, masih mahu restrict anak-anak anda dari gadget? Tepuk dada tanya selera.

No comments:

Post a Comment