Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon (x jumpa lemon aku letak je sikit sunquick)
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
140g gula
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon (x jumpa lemon aku letak je sikit sunquick)
Cara-cara:-
Utk adunan A:
Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik
double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.
Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn
tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dalam adunan cream
cheese & gaul sehigga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
Utk adunan B:
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus
lemon, sampai berbuih2 (foamy).
Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai
bertanduk (soft peak). (*akak pukul lebih kurang 7-8 minit)
Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B
yg dah gebu tu & kacau sampai sebati.
Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg
digriskan bawahnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm
tin kek.
Bakar kek dlm kira-kira sejam, dgn cara au
bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.
**Pada sesiapa yg kurang pasti waterbath tu cmner,
buatnye simple jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga separuh
tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air x masuk esp.
springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp
advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air
panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler
dlm oven then bakar ler, tu aje).
Ni la rupa kek aku yang dah siap. Gebu sangat, sedappp..
Selamat mencuba!
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment