Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 26, 2014

Happy birthday to me!

Selamat Hari Jadi to myself!

Woott wott..bertambah 1 angka. Tua? Mana adaa..belum masuk 3 series lagi, muda lagi lettew. Hikhik!

Hari Sabtu aritu tetiba je demam. Bangun pagi rasa sejuk, lepak jap atas katil, sampai ke tengahari rasa sejuk, sah demam! Spent the whole day resting and sleeping at home. Adik ipar datang pun tak dapat nak layan. Nasib baik En.Suami ada di rumah, dapat tolong jaga rumah dan anak-anak.

Bila sakit camtu insaf la kejap. Takut juga kalau tak sempat celebrate another birthday tapi alhamdulillah di panjangkan umur. Semoga diberi kesempatan lagi untuk celebrate another 100years of birthdays ke? Aminn..

So for birthday this year, En.Suami belanja makan. Aku dari bulan puasa aritu teringin nak makan ikan bakar tapi biasala, time puasa semua restoren pun fullhouse. This time kitorang decide untuk celebrate besday aku awal, sebab kalau nak tunggu besday aku, time gaji confirm restoren tu penuh juga. Makanya semalam kami ke Ana Ikan Bakar Petai.

Ala...takde amik gambar pun. Menjak ada anak dua ni, aku kalau berjalan dah tak kisah henpon and wallet. Pening ar nak bawak banyak barang. Mana nak jaga anak, mana nak jaga barang berharga lagi. But I tell you, we really had a feast yesterday. Konon nak celebrate besday kan, order cam nak buat kenduri. Tomyam, kangkung belacan, telur dada, sotong celup tepung, ikan bakar, ikan tiga rasa, keropok lekor, sata...sume skalik kene RM123. Ko mampu makan 2 orang je sampai seratus lebih? Pendek cite makan sampai muntah. Tak abes pun semua makanan tu, bungkus bawak balik.

Arini punya cerita pulak, En.Suami insisted nak belikan kek, nak kasi aku merasa potong kek harijadi katanya (walaupun aku doubt itu untuk aku atau Amani sebenarnya). Ingat nak beli sepotong je tapi bila sampai kat kedai Amani sibuk tanya "Nak yang bulat-bulat (the whole cake) boleh? Boleh?", belikan jugak la kek sebiji. Sayang anak punya pasal kan... Makanya terjadilah upacara di bawah.


My birthday cake.


Budak kecik tu yang eksaited.

I don't need expensive gifts, sumbatkan aku makanan sedap-sedap je, I am more than happy.

I love you so strong la Abang!

Bila dah bertambah umur ni, throwback gak la pencapaian aku setakat ni kan. Sebenarnya banyak lagi impian yang tak tercapai. In fact ada sesetengah impian yang dah terkubur pun. Umur dah lanjut ni, rasa tak sempat nak capai semua. Status sekarang pun dah berubah, tak semua impian masih relevant. Kalau diikutkan, memang agak frust tapi kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Bak kata orang bijak pandai dan alim ulama;

"Do not cry for what you do not have, but be grateful for what you do"

Kepada yang wish happy birthday tu, terima kasih banyak-banyak. Semoga doa baik kalian dimakbulkan Allah. Wish Allah granted the same for you. Amin.
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment