Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 22, 2014

Tiba-tiba (weird...)

Dapat call dari En. Suami

En Suami: Ayang ada curang ngan abang tak?

Aku: Ha??? Takde pun. Kenapa tanya? (gelak, gelak. Kufikir dia sengaja nak mengada)

En Suami: Ada orang cerita kat abang. Tapi abang tak nak percaya cakap dia, abang percaya cakap isteri abang la. (nada serius)

Aku: (Confuse) Siapa cakap camtu? Siapa?

En. Suami: Takde siapalah. Ok bye.

Ok.....ini adalah sangat weird....

Kadang-kadang En. Suami memang suka tanya soalan pelik-pelik and mengada like "Sayang abang tak?" "Nak cari lain tak?" "Menyesal tak kawen ngan abang?". So bila dia tanya soalan aku curang ke tak tu, aku rasa dia sengaja la nak bagi soalan rambang, cam soalan-soalan lain tu. Memang dah jadi kebiasaan aku jawab jela soalan-soalan tersebut dengan bersahaja.

Tapi bila dia bernada serius, terus aku terdiam. Dia ni betul-betul serius ke main-main??

Pendirian aku tentang curang.... Aku memang tak sokong langsung kalau perempuan curang. Tak kira suami tu dayus macam mana pun, isteri tak boleh curang. Dosa lelaki tu biar dia tanggung, jangan kita pulak nk buat dosa. Perempuan bila dah kahwin, syurga dia berpindah ke tapak kaki suami. Dari situ kita dah faham betapa besarnya role isteri terhadap suami, dan dengan curang, kita dah melakukan dosa yang amat besar sekaligus menidakkan hak kita terhadap syurga...tak kira la banyak mana pun amal kita. Kalau dah suami tu penjaga pintu syurga kita, kau buat dajal dengan penjaga tu, kau ingat dia nak bagi ke masuk pintu tu? Sila jawab sendiri.

Aku faham kalau ade yang jatuh cinta dengan lelaki lain selepas kahwin. Hati kita ni kita tak boleh duga, dan rasa cinta ni memang tak boleh control, dia datang tanpa paksa. Tapi itu tak menghalalkan isteri untuk curang. Kalau betul jatuh cinta dengan lelaki lain, terus terang aja dengan suami and mintak cerai secara baik. But selagi status kau adalah isteri, jangan curang!

Kalau betul la ada orang buat cerita kata aku curang, nauzubillah... Siapalah yang nak tengok rumah tangga aku musnah tu. Semua kawan lelaki aku En. Suami kenal, maksudnya aku memang cerita kat dia pasal semua kawan lelaki yang aku rapat. And most of them dah kahwin. Ade sorang tu bujang lagi tapi memang takde ciri-ciri nak kahwin (dia lelaki istimewa, if you know what I mean). Aritu adik angkat aku, lelaki, datang beraya kat rumah, En. Suami pun ada sekali. So memang tiada istilah curang kat sini.

Aku mungkin bukan isteri yang baik, dan En.Suami mungkin bukan suami gambaran novel, tapi untuk curang, tak tercapai akalku. 

Nauzubillah.  

No comments:

Post a Comment