Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 22, 2014

Macam-macam Amani

Semalam pergi 7-Eleven, terasa nak makan aiskrim. Sibuk je Amani nak aiskrim jugak so aku cakap "Kita share ye Amani" and she agreed.

Sampai dekat rumah....

Me: Amani, mama nak sikit aiskrim.

Amani: Bukan Amani la, cikgu besar (pengaruh Upin-Ipin).

Me: Cikgu besar, mama nak sikit aiskrim boleh?

Amani: Tak boleh, nanti batuk.

Me: Tadi janji nak share.

Amani: Ok, nah.. (sambil sudukan sikit aiskrim).

Me: Meh la Mama nak pegang.

Amani: Tak boleh, nanti tumpah.

Makan la aiskrim tu, aku sudu banyak-banyak, pueh ati!

Amani: Isssyyy...asyik Mama je! Amani pulak, Amani pulak. (and stole the ice cream away)

Haih, saboooo jele. Anak dah pandai, camtu pulak ragamnya.

Wednesday, September 17, 2014

Poligami - Lelaki, baca betul-betul!

Aku rasa macam bodoh pulak bila ostat-ostat kata poligami ni untuk elak zina... Untuk salurkan 'nafsu' ke arah yg diredhai Allah... Ostat-ostat ni macam meletakkan poligami ni sebagai lesen melampiaskan nafsu aje...


Aku terfikir.... Kalau lelaki kawen... Kendian tengok perempuan lain, bernafsu, atas nama poligami maka pergilah dia kawen lagi satu sebab nak elak zina... Kendian nampak lagi perempuan lain, bernafsu lagi... Kawen lagi... Sampailah cukup kuota, agak-agak macam mana pulak lepas tu dia nak uruskan nafsu besar dia tu? Kenapa bila rasa bernafsu, tidak disalurkan aje dekat isteri dia yang sah? Jadi dekat sini apa masalah dia?

Masalah dia ialah NAFSU.. Jadi nak uruskan nafsu ni Allah dah berfirman:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (QS. an-Nur [24]: 30-31)

Itu yang utama.. Jaga pandangan. Allah tak suruh engko kawen sebab engko nafsu besar.. Siapa ajar tu ostat? Cukup-cukuplah memburukkan nama Islam dengan nama POLIGAMI ni... Jangan la nak sucikan NAFSU tu dengan lesen 'SUNNAH'... Poligami bukan sunnah... Mana ada perkara sunnah yang Allah letakkan syarat begitu ketatttt untuk dilaksanakan... Sunnah tu satu galakan.. Galakan tak pernah wujud berserta syarat yang ketat macam syarat poligami ni.

Semulia-mulia perempuan yang menjaga dirinya, keluarganya, anak-anaknya, makan minum suaminya, pakaiannya, hatinya, jiwanya, akhirnya bila sampai bab poligami, mereka umpama sehelai kertas yang tak berguna.. Tanpa hak, tanpa ada kata dua, tanpa pembelaan sesiapa... Sejak bila Islam mendoktrinkan hukum sunnah sebegini kejam? Aneh. Kerana doktrin ini, Barat memperlekehkan agama kita dan kita bergelak ketawa seronok.

Nabi bermonogami (kahwin satu) dengan Khadijah selama 25 tahun, berpoligami hanya 10 tahun. Kenapa perlu highlight poligami yang 10 tahun sedangkan monogami nabi yang 25 tahun tu lebih layak dijadikah sunnah? Dangkal! Nabi tak pernah berpoligami dengan anak dara.. Tak pernah berpoligami dengan wanita-wanita cantik... Nabi berpoligami dengan janda-janda kecuali Aisyah yang nabi kahwini atas arahan Tuhan. Tapi apa jadi dengan ostat-ostat yang berpoligami sekarang? Bukan main vogue bini baru ostat???

Oh, aku dah kira ahli neraka ke ni bila tolak sunnah? Ini bukan aku cakap ikut nafsu macam engko cakap poligami tu sunnah... Ini Jumhur Ulama yg bersepakat poilgami itu hukumnya harus. Bukan sunnah... Okaylah, tak tahu Jumhur Ulama tu apa benda, kita tengok lah Bukhari dan Muslim ada merekodkan Rasulullah melarang kesemua puteri baginda untuk dimadukan.. Habis yang ini engko nak cakap macam mana pulak? 

Aku naik bosan bila duduk ceramah agama, ostat-ostat bergurau senda pasal poligami ni.. Seronok ye ostat? Beribu perempuan terguris dengan senda gurau ostat yang kata "Poligami ni sunnah, lelaki no problem.. Bila-bila masa!".. Pandai kau ostat... Dekat mana hati nurani ostat-ostat ni terhadap perempuan-perempuan? Berdekah-dekah ketawa menjulang 'sunnah', tanpa hirau ada makhluk tuhan yang sepatutnya dijaga sebaik-baiknya, sedang terguris, terasa dan bersedih.

Islam ni agama syumul.... Agama yang tak terlepas satu zarah pun perihal kehidupan... Takkan lah Islam ni terlepas pandang soal hati dan perasaan perempuan kot? Engko yang nama ostat pulak pergi hiris-hiris hati perempuan.. Ewah ostat..... Perempuan ni ada pilihan untuk redha je ke ostat dalam isu poligami ni? Kesian perempuan kalau ikut ostat ni... Engko terluka macam mana pun, engko cuma ada 2 pilihan. Redha berendam air mata atau engko jadi ahli neraka sebab tolak sunnah... Kah! Kah! Ostat.. Ostat.... Poligami bukan pesta berseronok-seronok untuk lelaki ostat.... 

*****************************************

Again, aku copy paste ayat kat atas dari FBians. Aku pernah baca sirah Rasullulah, yes part setia Baginda pada Siti Khadijah dan part poligami tu betul.

Aku pernah terfikir gak pasal isu ni (normal la kot bagi wanita yang dah kahwin dok fikir pasal isu poligami), aku percaya dan yakin yang Islam indah itu sangat indah, tapi macam mana pulak boleh sakitkan hati wanita dengan benarkan dia dimadukan. Padahal status wanita dalam Islam sangat dipandang tinggi, isteri tulang rusuk suami kot. Bila baca artikel di atas, baru aku faham cerita yang sebenar.

Aku rasa, ostat zaman sekarang dok highlight tang nafsu tu sebab memang itu masalahnye dengan lelaki zaman sekarang ni, tak boleh control nafsu. Maklumlah zaman teknologi ni, gambar lucah dan video pornografi memang mudah sangat nak access. Takyah berusaha cari dalam internet, tengok ajelah perempuan kat luar sana, berbaju pun macam berbogel. Mana tak naik nafsu lelaki? Aku yang perempuan ni tengok pun kadang-kadang teruja. Masa zaman Rasulullah dulu mungkin tak banyak isu camni sebab Rasulullah ade untuk bimbing umat tapi zaman sekarang ni pemimpin pun kelaut, camne nak bimbing rakyat? Maka muncullah isu nafsu syahwat segala ni. Sebab tu la bila bagi ceramah, ostat cakap madu ni untuk elakkan maksiat, memang sesuai la sangat. Jarang lelaki kahwin sebab nak bantu ekonomi wanita yang dalam kesusahan (macam Rasulullah menikah janda), semuanya basically sebab nafsu.

Anyway, aku nak tekankan yang aku bukanlah golongan anti-hukum Islam. Dah Islam benarkan lelaki kahwin 4, aku setuju jela tapi tak bermakna aku sokong. Aku tak redha kot kalau laki aku kahwin lain, uiisyyy mintak simpag malaikat 44. Tapi kalau lelaki itu mampu, and kelemahan datang dari perempuan sendiri, why not izinkan aje. Tapi mohon jelaskan kenapa nak kahwin banyak, dan jangan gunakan alasan sunnah sebab dah terang lagi jelas Rasulullah tak poligami atas alasan suka-suka.

Jangan nak bangga tiru sunnah Nabi kalau diri sendiri sebenarnya macam syaitonnn. Sekian. 

Friday, September 12, 2014

Anak bertuah

Hantar anak kat rumah pengasuh pagi tadi, dia nanges nak basikal. Dekat tempat kerja dok teringat kat dia, call la dia kejap.

Me: Amani buat apa tu?

Amani:Tengok tv.

Me: Amani nangis lagi tak?

Amani: Tak...

Me: Ok good girl. Petang kang kite main basikal ye.

Amani: Yeay!

Tuuuttt tuutttt, dia letak tepon.

Bertuah punye anak! Penat je mama fefeeling rasa bersalah dan tak senang duduk kat opis.


Wednesday, September 10, 2014

Duit: Kalau Allah tanya nak jawab apa?

Mak ayah nak pergi umrah. Depa buat kenduri sikit, ajak jiran-jiran and kawan-kawan datang makan. Mak sibuk keluarkan segala koleksi pinggan mangkuk yang dia ada, nak bagi tetamu pakai katanya. Memang tak dinafikan koleksi pinggan mangkuk mak memang boleh buat kenduri, banyak!

Anak-anak tak puas hati. Kalau pakai pinggan mangkuk kaca, nanti lepas kenduri kene basuh, penat! Kalau pakai pinggan polistrene pakai buang tu kan senang. Tak kalut pecah pun satu hal.

Tapi mak jawab:
"Takpelah dik, pinggan mak banyak. Mak takut kalau tak guna, nanti bila mati Allah tanya, mak tak boleh nak jawab"

Ok, senyap. Ikut je kehendak mak.

*************************

My students need to do role play for their Training and Development class, its part of a mandatory project for the course. 40% of their marks is for this assignment, it is really a big deal. They need to be a trainer and do a training program. 

Semalam depa buat discussion, nak tentukan arah tuju program depa tu. Mintak izin amik masa aku mengajar, aku izinkan. Tekak pun dah perit dok mengajar, rehat sat 10 minit. Ketua depa dok depan kelas and mulakan perbincangan. Memula discuss tajuk, semua agree, settle. Then discuss baju, ketua cadang suruh pakai kemeja dengan kot, ade yang bangkang. Katanya yang duduk belakang tabir pakai t-shirt berkolar dah la. Semua stuju, settle. Then decide the colour of the shirt. Ketua cadangkan kaler hitam. Tetiba ada yang angkat tangan and ask "Kalau biru boleh tak?". Ketua tadi tanya balik "Biru ada banyak biru, ada biru tua, biru muda, blue black, biru yang mana? Kalau nak tetapkan biru, aku takut kaler tu tak seragam." Lepas tu kelas mula bising. Ada yang dok cadang kaler putih, yang lain marah, then mulalah semua nak cadangkan feveret kaler masing-masing.

Aku hangin. Terus bersuara dengan nada yang tinggi. "Attention class!!"

"Apa masalahnya ni? Tak suka hitam sebab panas? Kan buat dalam dewan, ada aircond, apa masalahnya? Takde baju hitam? Pinjam la dari abang, kakak, adik, emak, ayah, atok, nenek, jiran sebelah rumah, takkan sorang pun takde baju hitam. Kalau takde jugak apa salahnya beli? Duit elaun kamu banyak-banyak kamu buat apa? Beli buku teks tidak. Ni nak spend sikit untuk program yang 40% dari markah kamu, kamu berkira. Kalau kamu mati esok, Allah tanya mana duit yang mak bapak bagi kamu untuk study tu kamu nak jawab apa?"

Satu kelas senyap.

******************

Jalan-jalan di kaki lima kota raya memang penuh dengan baskers. Ada yang nyanyi sedap, ada yang kelaut, tapi gigih nak menyanyi jugak. Kalau suara sedap tu memang syiok la, yang tak sedap tu yang rasa nak suruh DBKL halau.

"Buat apa kasi mereka ni duit? Menyemak dan memekak aje kat sini. Orang asyik bagi duit tu la sebabnya dorang datang hari-hari kat sini" bising seorang pekedai.

"Biaq pi la, depa bukan buat menda jaat, depa caghi rezeki. Dah depa suka menyanyi, depa buat la kerja tu." tegur seorang lelaki yang kebarangkalian besar orang utara berdasarkan loghatnya.

"Dari bagi dorang duit, baik derma kat anak yatim" dengus pekedai itu lagi.

"Orang bukan bagi depa duit sebab depa mintak sedekah, orang bagi duit sebab orang suka depa nyanyi, kira upah la untuk depa sebab hiburkan hati orang. Kalau Allah tanya esok, hang jawablah hang tolong sahabat seIslam dapat rezeki yang halal. Elok depa nyanyi tang ni dari depa mencuri merompak." jawab lelaki Utara iu lagi sambil berlalu.

Pekedai itu masuk ke kedai dan meneruskan perniagaan seperti selalu.

******************************
"Wei, kau tengok ni, orang buta ada rumah banglo siot! Keje dia jual tisu je." cerita Mamat pada Mael.

"So, apa masalahnya?" tanya Mael.

"Betul jugak ek...modal tisu tu berapa sen sangat, tapi biasanya orang beli dengan harga RM1. Uiihhh, untung banyak tu!" terang Mamat bersungguh-sungguh.

"Asal buta asal OKU je kene hidup miskin merempat la? Orang camtu tak layak untuk jadi kaya la? Camtu maksud kau? Biarlah dia kaya, alhamdulillah rezeki dia. Dia kurang penglihatan tapi murah rezeki. Ko jeles? Abes ko butakanlah mata kau tu and pergi jual tisu malam-malam." jawab Mael lagi.

"Yela, kite beli tisu sebab nak tolong dia, kesian dia buta. Sekalik rupanya dia kaya. Pasni taknak dah aku beli tisu dengan orang buta" jawab Mamat dengan muka menyampah.

"Orang beli sebab niat nak sedekah, kesian dia buta. Elok juga ada golongan ni, dapat juga kita pahala sedekah. Nak harapkan kau tu pergi jumpa orang susah and bagi sedekah, memang tak la, liat! Makanya Allah datangkan dia pada kita untuk kita buat ibadah dengan senang. Kau ni, RM1 pun nak berkira. Nanti Allah tanya apa kau buat dengan duit kau banyak-banyak tu, kau nak jawab ape?"

*******************************

Note: Kalau jumpa baskers camni, bayar mahal pun takpe. Berbaloi-baloi!

Saturday, September 6, 2014

BM vs BI



CURAI? Apakah itu??

Aku bukan nak melagak tapi aku rasa dah tak begitu efektif kalau guna bahasa Melayu dalam hal rasmi, especially kalau tempat kau kerja menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi yang formal. Kata Kolej, dok mengajar dalam bahasa Inggeris, tetiba minit mesyuarat dalam bahasa Melayu. Aneh sangat. Untuk siapa bahasa Melayu ni? Siapa yang tak pandai bahasa Inggeris sampai kene menulis dalam bahasa Melayu? Nak serahkan minit mesyuarat pada Pakcik Jaga ke?

Kalau kerajaan tu aku faham. Siapa lagi nak mendukung kedaulatan bahasa Melayu kalau bukan kerajaan kita sendiri. Kerajaan memang digalakkan untuk guna bahasa Melayu. Tapi kalau institusi lain yang memang menggunakan bahasa Inggeris, bukan bahasa Melayu, rasa janggal kalau guna dwi bahasa. Memang takde masalah cumanya janggal, faham tak? Macam mana nak dapat taraf international kalau guna bahasa Melayu? Orang luar tak iktiraf kot.

Aku bukan anti bahasa Melayu. Aku sayang bahasa ibunda aku. Cuma aku rasa kelakar. Curai...siapa pernah dengar?

posted from Bloggeroid

Friday, September 5, 2014

MH17

Ramai mempersoal kewajaran jenazah-jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 disambut dengan istiadat sebegitu gah. Persoalan mereka, SIAPA JENAZAH-JENAZAH INI? Apa istimewanya mereka? Apa sumbangannya kepada negara sampaikan jenazah ini mendapat penghormatan sebegitu tinggi. Membuatkan YDPA dan Permaisurinya turut bangun memberikan penghormatan... Membuatkan rakyat 'pegun' di seluruh pelosok negara membacakan Al-Fatihah dan bertafakur..

Jawapannya, MAS adalah Malaysia!
Sebuah pesawat bernilai kira-kira RM1billion yang ditembak jatuh ini adalah front embassador kepada negara. Membawa imej Malaysia.. Membawa kebanggaan dan sentimen kenegaraan Malaysia kepada dunia. Di dalamnya terdapat 280 penumpang yang kesemuanya bernaung di bawah 'nama' Malaysia ketika itu. Negara Malaysia sedang bertanggungjawab ke atas kesemua penumpang dan anak kapal tersebut.
Jatuhnya MH17 umpama jatuhnya maruah negara. MAS dipersoal, dikeji, dikutuk dan dihina. Malaysia menjadi sasaran.. Pilu mengenangkan pesawat ini yang umpama 'anak' kepada rakyat Malaysia hancur ditembak di kala ia terbang menuju ke tanah air... Sedih mengenangkan ketika itu Malaysia umpama gagal melindungi penumpang-penumpang yang bernaung di dalam pesawatnya... Maruah MAS dan negara tercalar...
Mungkin ramai yang mengatakan MAS cuma sebuah entiti pengangkutan. Sebagaimana PROTON sebagai sebuah entiti pembangunan dan penghasilan kenderaan. Ramai tidak menyedari jauh sekali menghayati nama MAS pada jantung negara... Hati negara... Dan jiwa rakyatnya...
Ramai memandang MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan yang sedang jatuh... Tapi mereka lupa.. MAS lah yang selalu melakukan penerbangan-penerbangan ehsan demi rakyat dan negara. Di kala syarikat tambang murah yang dibangga-bangga meninggalkan satu keluarga di Ho Chi Minh kerana anaknya yang menghidapi down syndrome, MAS lah yang menghulurkan bantuan membawa baliK keluarga itu... Di kala Mesir bergolak, MAS lah yang menawarkan penerbangan ehsan untuk pelajar-pelajar Malaysia bagi urusan pemindahan.
Sebuah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod servis antara yang terbaik di dunia ini melakukan semua ini atas dasar tanggungjawab dan nama negara.. Kalau bukan MAS, siapa lagi? MAS milik Malaysia.. Bantuan-bantuan mereka demi rakyat dan negara. Namun kita lupa, sebuah penerbangan bukan berkos RM0.. Bahan bakar, servis dan sebagainya tidak pernah difikir oleh kita. Berapa banyak penerbangan ehsan yang MAS lakukan dan berapa banyak kos yang ditanggung MAS sendiri? MAS tidak pernah mengungkit ini...
Jadi apabila sebuah pesawatnya ditembak jatuh, yang jatuh itu adalah nama negara, sebuah pesawat yang berjasa, sebuah pesawat yang berkhidmat demi negara dan rakyatnya.. Sebuah pesawat yang melakukan penerbangan-penerbangan jauh merentasi dunia... Sebuah pesawat yang kita jaga... Sebuah pesawat sebagai simbol kebanggaan negara. Tidakkah kita membayangkan bagaimana perasaan mereka yang jatuh dari ketinggian 40,000 kaki di udara...? Tidakkah kita membayangkan bagaimana lenyapnya kemesraan ciuman sepasang suami dan isteri sebelum penerbangan? Dan tidakkan kita membayangkan bagaimana leburnya jiwa keluarga mereka menerima berita sedih tiba-tiba?
Istiadat dilakukan bukan sekadar sebagai penghormatan.... Tetapi sebagai permohonan maaf... Permohonan maaf Malaysia dan MAS kepada rakyatnya yang tidak berjaya dihantar pulang dengan selamat... Jenazah-jenazah ini bukan seorang perajurit... Tetapi mereka duduk di dalam peswat ini dengan harapan yang 'gagal' disempurnakan... Harapan untuk selamat sepanjang berada di dalam perut pesawat itu... Harapan melihat dan menghadiahkan senyuman kepada ibu, bapa, anak-anak dan isteri tercinta.. Harapan untuk meluangkan masa bersama mereka....
Apalah salahnya jenazah mereka diusung pulang dengan jalur gemilang meliputinya.. Mereka ini rakyat kita.. Mereka ini pulang ke tanah airnya sendiri... Sebelumnya mereka berangan-angan untuk memijak kembali bumi Malaysia... Mereka ini pastinya merindui atmosfera negara.. Walaupun tiada lagi nyawa pada dada mereka... Kitalah yang memberikan 'nyawa' kepada mereka dan keluarga mereka... Abang, kakak, adik, ibu, ayah, anak, suami dan isteri.... Dan hilangnya MH17 adalah kehilangan 1 'anak' yang disayang-sayang oleh Malaysia dan rakyatnya...
Penghormatan ini bukan hanya diberi oleh rakyat Malaysia... Tetapi semua laluan penerbangan di seluruh dunia turut memberikan laluan kepada mereka.... Dunia pilu meratapi 'cinta' negara ini..... Hanya satu mesej yang ingin disampaikan MAS; "Maafkan kami..."..... MH17.. Captains and all Malaysians onboard, welcome home... Al-Fatihah~
‪#‎MASdihati‬ ‪#‎mh17‬

************************

Aku dapat petikan kat atas dari facebook seseorang yang telah di'share' beramai-ramai.

Sangat tepat, sangat bernas, sangat menyentuh jiwa. Yes, I agree with you.

Aku tak pernah pertikaikan cara Malaysia nak perabih duit buat isitiadat camni.

Yang aku persoalkan kenapa rakyat Malaysia kena bayar tol dan minyak pada kadar yang tinggi walaupun negara kita negara pengeluar minyak dan batu-batu untuk buat jalanraya adalah hasil bumi kita. Mana pergi semua duit kita?

Tuesday, September 2, 2014

Miracle in Cell No.7


Ni lagi satu, don't call yourself a parent kalau kau tak nanges tengok cerita ni. Air mata aku mengalir cam paip bocor baq ang!!

Tengok la cerita ni, highly recommended. 

P/S: Aku sungguh pelik kenapa industri filem kita tak boleh nak hasilkan karya camni. Balik-balik cerita hantu dan gangster bodoh yang takde kualiti. Rasa nak ludah pengarah, pelakon, cameraman, pemilik panggungwayang, termasuk budak yang koyak tiket wayang tu.