Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 17, 2014

Poligami - Lelaki, baca betul-betul!

Aku rasa macam bodoh pulak bila ostat-ostat kata poligami ni untuk elak zina... Untuk salurkan 'nafsu' ke arah yg diredhai Allah... Ostat-ostat ni macam meletakkan poligami ni sebagai lesen melampiaskan nafsu aje...


Aku terfikir.... Kalau lelaki kawen... Kendian tengok perempuan lain, bernafsu, atas nama poligami maka pergilah dia kawen lagi satu sebab nak elak zina... Kendian nampak lagi perempuan lain, bernafsu lagi... Kawen lagi... Sampailah cukup kuota, agak-agak macam mana pulak lepas tu dia nak uruskan nafsu besar dia tu? Kenapa bila rasa bernafsu, tidak disalurkan aje dekat isteri dia yang sah? Jadi dekat sini apa masalah dia?

Masalah dia ialah NAFSU.. Jadi nak uruskan nafsu ni Allah dah berfirman:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (QS. an-Nur [24]: 30-31)

Itu yang utama.. Jaga pandangan. Allah tak suruh engko kawen sebab engko nafsu besar.. Siapa ajar tu ostat? Cukup-cukuplah memburukkan nama Islam dengan nama POLIGAMI ni... Jangan la nak sucikan NAFSU tu dengan lesen 'SUNNAH'... Poligami bukan sunnah... Mana ada perkara sunnah yang Allah letakkan syarat begitu ketatttt untuk dilaksanakan... Sunnah tu satu galakan.. Galakan tak pernah wujud berserta syarat yang ketat macam syarat poligami ni.

Semulia-mulia perempuan yang menjaga dirinya, keluarganya, anak-anaknya, makan minum suaminya, pakaiannya, hatinya, jiwanya, akhirnya bila sampai bab poligami, mereka umpama sehelai kertas yang tak berguna.. Tanpa hak, tanpa ada kata dua, tanpa pembelaan sesiapa... Sejak bila Islam mendoktrinkan hukum sunnah sebegini kejam? Aneh. Kerana doktrin ini, Barat memperlekehkan agama kita dan kita bergelak ketawa seronok.

Nabi bermonogami (kahwin satu) dengan Khadijah selama 25 tahun, berpoligami hanya 10 tahun. Kenapa perlu highlight poligami yang 10 tahun sedangkan monogami nabi yang 25 tahun tu lebih layak dijadikah sunnah? Dangkal! Nabi tak pernah berpoligami dengan anak dara.. Tak pernah berpoligami dengan wanita-wanita cantik... Nabi berpoligami dengan janda-janda kecuali Aisyah yang nabi kahwini atas arahan Tuhan. Tapi apa jadi dengan ostat-ostat yang berpoligami sekarang? Bukan main vogue bini baru ostat???

Oh, aku dah kira ahli neraka ke ni bila tolak sunnah? Ini bukan aku cakap ikut nafsu macam engko cakap poligami tu sunnah... Ini Jumhur Ulama yg bersepakat poilgami itu hukumnya harus. Bukan sunnah... Okaylah, tak tahu Jumhur Ulama tu apa benda, kita tengok lah Bukhari dan Muslim ada merekodkan Rasulullah melarang kesemua puteri baginda untuk dimadukan.. Habis yang ini engko nak cakap macam mana pulak? 

Aku naik bosan bila duduk ceramah agama, ostat-ostat bergurau senda pasal poligami ni.. Seronok ye ostat? Beribu perempuan terguris dengan senda gurau ostat yang kata "Poligami ni sunnah, lelaki no problem.. Bila-bila masa!".. Pandai kau ostat... Dekat mana hati nurani ostat-ostat ni terhadap perempuan-perempuan? Berdekah-dekah ketawa menjulang 'sunnah', tanpa hirau ada makhluk tuhan yang sepatutnya dijaga sebaik-baiknya, sedang terguris, terasa dan bersedih.

Islam ni agama syumul.... Agama yang tak terlepas satu zarah pun perihal kehidupan... Takkan lah Islam ni terlepas pandang soal hati dan perasaan perempuan kot? Engko yang nama ostat pulak pergi hiris-hiris hati perempuan.. Ewah ostat..... Perempuan ni ada pilihan untuk redha je ke ostat dalam isu poligami ni? Kesian perempuan kalau ikut ostat ni... Engko terluka macam mana pun, engko cuma ada 2 pilihan. Redha berendam air mata atau engko jadi ahli neraka sebab tolak sunnah... Kah! Kah! Ostat.. Ostat.... Poligami bukan pesta berseronok-seronok untuk lelaki ostat.... 

*****************************************

Again, aku copy paste ayat kat atas dari FBians. Aku pernah baca sirah Rasullulah, yes part setia Baginda pada Siti Khadijah dan part poligami tu betul.

Aku pernah terfikir gak pasal isu ni (normal la kot bagi wanita yang dah kahwin dok fikir pasal isu poligami), aku percaya dan yakin yang Islam indah itu sangat indah, tapi macam mana pulak boleh sakitkan hati wanita dengan benarkan dia dimadukan. Padahal status wanita dalam Islam sangat dipandang tinggi, isteri tulang rusuk suami kot. Bila baca artikel di atas, baru aku faham cerita yang sebenar.

Aku rasa, ostat zaman sekarang dok highlight tang nafsu tu sebab memang itu masalahnye dengan lelaki zaman sekarang ni, tak boleh control nafsu. Maklumlah zaman teknologi ni, gambar lucah dan video pornografi memang mudah sangat nak access. Takyah berusaha cari dalam internet, tengok ajelah perempuan kat luar sana, berbaju pun macam berbogel. Mana tak naik nafsu lelaki? Aku yang perempuan ni tengok pun kadang-kadang teruja. Masa zaman Rasulullah dulu mungkin tak banyak isu camni sebab Rasulullah ade untuk bimbing umat tapi zaman sekarang ni pemimpin pun kelaut, camne nak bimbing rakyat? Maka muncullah isu nafsu syahwat segala ni. Sebab tu la bila bagi ceramah, ostat cakap madu ni untuk elakkan maksiat, memang sesuai la sangat. Jarang lelaki kahwin sebab nak bantu ekonomi wanita yang dalam kesusahan (macam Rasulullah menikah janda), semuanya basically sebab nafsu.

Anyway, aku nak tekankan yang aku bukanlah golongan anti-hukum Islam. Dah Islam benarkan lelaki kahwin 4, aku setuju jela tapi tak bermakna aku sokong. Aku tak redha kot kalau laki aku kahwin lain, uiisyyy mintak simpag malaikat 44. Tapi kalau lelaki itu mampu, and kelemahan datang dari perempuan sendiri, why not izinkan aje. Tapi mohon jelaskan kenapa nak kahwin banyak, dan jangan gunakan alasan sunnah sebab dah terang lagi jelas Rasulullah tak poligami atas alasan suka-suka.

Jangan nak bangga tiru sunnah Nabi kalau diri sendiri sebenarnya macam syaitonnn. Sekian. 

No comments:

Post a Comment