Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 6, 2014

BM vs BI



CURAI? Apakah itu??

Aku bukan nak melagak tapi aku rasa dah tak begitu efektif kalau guna bahasa Melayu dalam hal rasmi, especially kalau tempat kau kerja menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi yang formal. Kata Kolej, dok mengajar dalam bahasa Inggeris, tetiba minit mesyuarat dalam bahasa Melayu. Aneh sangat. Untuk siapa bahasa Melayu ni? Siapa yang tak pandai bahasa Inggeris sampai kene menulis dalam bahasa Melayu? Nak serahkan minit mesyuarat pada Pakcik Jaga ke?

Kalau kerajaan tu aku faham. Siapa lagi nak mendukung kedaulatan bahasa Melayu kalau bukan kerajaan kita sendiri. Kerajaan memang digalakkan untuk guna bahasa Melayu. Tapi kalau institusi lain yang memang menggunakan bahasa Inggeris, bukan bahasa Melayu, rasa janggal kalau guna dwi bahasa. Memang takde masalah cumanya janggal, faham tak? Macam mana nak dapat taraf international kalau guna bahasa Melayu? Orang luar tak iktiraf kot.

Aku bukan anti bahasa Melayu. Aku sayang bahasa ibunda aku. Cuma aku rasa kelakar. Curai...siapa pernah dengar?

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment