Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 15, 2015

Kisah pemuja artis K-Pop dan pengajaran di sebaliknya

Mende dah viral kan, nak gak komen. Komen kali ni agak panjang lebar so post kat blog je instead of facebook. So here it goes....


First, jangan la guna perkataan CABUL tu. Aku rasa dah macam pervert plak artis K-Pop ni. Kalau refer dekat semua drama Korea, apa yang dorang buat kat peminat dorang tu lebih kepada romantic gesture. Lelaki Korea memang romantik camtu, kalau tak masakan ada lambakan cerita Korea kat siaran tv kita samada yang berbayar mahupun yang free. Bukannya dorang tu perogol bersiri. Dan berdasarkan pengalaman aku bekerja dengan orang Korea, dorang memang tak tahu pape pasal agama kat dunia ni. Almaklumlah, depa kan sembah nenek moyang. Aku ingat lagi bila first time masuk "prayer room", orang Korea tu tanya apa aku buat kat situ. Dowhhh...pray la ape lagi, takkan berak plak. Bila aku pray 2x (Zohor dan Asar), pun dia kagum dan tanya berapa kali aku sembahyang sehari. Aku jawab 5x, the first one starts as early as 6am, muka dia terkejut. Pelik gak la aku...ko ni tak pernah tengok tv ke ape. Itu tahap yang educated kerja ngan kompeni omputeh. Artis K-Pop yang datang sini aritu muda belia kot, ntah-ntah masuk sekolah seni, belajar menyanyi dan menari je hari-hari. So takleh nak salahkan dorang 'buat' anak gadis 'kite' camtu, dorang memang tak tahu. Salahkan penganjur yang tak brief artis tu pasal adab kat Malaysia ni.

Second, jangan la nak kondem budak tu gila babs macam kan budak tu buat sex dengan artis K-Pop atas pentas. Dorang excited tu dapat jumpa artis pujaan. Sejujurnya aku akui, kalau aku dalam umur itu dan Justin Timberlake (zaman aku popular dengan N'Sync) ajak naik atas pentas, aku peluk tak lepas kot. Tapi kalau MJ yang ajak memang takkan la terjadi kes peluk ni sebab kebarangkalian untuk aku pengsan kerana over excited sangat tinggi. Tapi itu duluuuuu...zaman dulu, zaman muda remaja. Dah tua ni kalau Justin ajak naik pentas, aku cakap je "No thanks, I'm married". Ewah. POYO. 


TAPI...(ini hujah ketiga)....Jangan la defend budak tu macam depa innocent gila. Salah tetap salah. Walaupun mereka masih muda remaja, tapi depa dah besar kot. Dah boleh kahwin boleh beranak. Dah boleh fikir halal haram. Dah cakap banyak kali kan, elak tempat maksiat. Tempat maksiat tu bukan setakat kelab malam, konsert hiburan camni juga tapi eeehhhh takkkk...nak pergi jugak. Dah jadi camni mana nak letak muka? Ada 'ustazah' cuba defend budak-budak tu dengan cakap semua yang berlaku atas izin Allah. Hmmm...betul gak tu. Kalau camtu kita takyah la hukum perogol-perogol ataupun mana-mana penjayah sebab apa yang berlaku atas izin Allah. Pffftttt..... 


Berbalik pada point aku nombor 2 tadi, aku rasa tindakan JAWI nak ambil tindakan pada budak-budak tu agak extreme. Ramai jugaklah kawan-kawan aku yang kesian kat dorang ni. Betul, memang kesian. Orang lain pergi konsert, dia pun pergi konsert. Tapi kenapa dia sorang je yang kene. Patutnya yang lain pun kene tindakan juga sebab bersubahat dalam kejadian tersebut!

Aku pernah baca kes lelaki dipenjara 20tahun kerana 'merogol' gadis bawah umur sebanyak 5x dilokasi yang berasingan iaitu dalam rumah, dalam kereta, dalam semak dan lain-lain, pada masa dan tarikh yang berlainan. Aku memang musykil betul kes camni. Camne la kau boleh ikut lelaki yang merogol kau dan biarkan diri kau dirogol banyak kali. Ini bukan kes rogol ni, dah macam kes suka dan rela. Tapi just because so called 'gadis' ni bawah umur, kurang dari 16tahun, so kes ni charge under 'rogol'. Ini undang-undang Malaysia. Bila jumpa kes macam ni aku memang kesian gila kat laki yang kene hukum tu.. Dia tak rogol sesiapa, silap-silap perempuan tu yang offer, tapi dia dihukum penjara 20tahun. 20tahun dari usia dia direntap macam tu je. Fikirkan juga perasaan mak bapak lelaki ni tadi bila anak dia kene masuk penjara sedangkan perempuan tu ada peluang untuk baiki kesalahan dia dan bina kehidupan baru.

Tapi sebenarnya tiada istilah kesian kat sini. Zina itu dosa dan ini adalah azab dunia yang dia perlu tanggung. Azab akhirat tak tahu pula macam mana. 

Sama juga macam peminat K-Pop yang merelakan diri mereka diperlakukan begitu. Ini azab mereka di dunia ini. Semoga dapat meringankan azab mereka di akhirat nanti.

So apa point aku ek? 

Point aku ialah kita tak patut menghukum, tapi kita juga kene tegas. Prevent is better than cure.

No comments:

Post a Comment