Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 9, 2015

The heart wants what it wants


Ada orang cakap aku pentingkan diri sendiri, SELFISH. 

Which aku rasa betul. Aku tak nafikan, aku MEMANG selfish. 

Tapi salah ke aku nak kejar cita-cita aku?

Aku membesar sendiri. Mak ayah sibuk kerja, kakak pulak semua belajar jauh. Sejak kecik aku belajar duduk rumah sorang-sorang. Dekat sekolah aku belajar rajin-rajin sebab mak aku pernah pesan, dia tak mintak apa-apa dari anak-anak, dia mintak belajar rajin-rajin je. Balik rumah pun bukan ada apa sangat nak main, paling tinggi tengok tv sampai malam. Kalau takde rancangan best memang aku akan baca buku. Resultnya, aku jadi antara pelajar pandai kat sekolah. Lepas habis sekolah, dapat sambung belajar pun jauh ke utara, 5 tahun kat sana. Yang mak ayah hantar pergi belajar boleh kira dengan jari je, yang lain semua aku buat sendiri. Naik train ke, naik flight ke, bas ke..semua handle sendiri. I was pretty much independent.

Aku memang dah terbiasa jalani hidup dengan gaya aku sendiri. Aku buat apa yang aku nak buat, takde siapa guide, takde siapa halang. I just do it. Aku nak jadi pandai, aku belajar rajin-rajin. Yang mana aku tak faham, aku pergi jumpa kawan walaupun kawan tu duduk jauh. Aku nak kerja, aku gigih pergi interview kat KL banyak kali. Dapat kerja kat KL, aku tinggalkan rumah dan menyewa dekat KL. Kompeni first aku kerja ada ura-ura nak buang orang, aku cepat-cepat cari kerja lain. Tempat kerja baru jauh dengan rumah sewa, aku cari rumah sewa lain yang dekat pulak dengan ofis baru. Aku buat apa yang aku nak buat.

Aku ada cita-cita. Banyak benda yang aku nak capai. Aku dah ada "Life Plan" apa yang aku nak kecapi dalam hidup ni. 

Cita-cita itu juga impian aku. Impian yang aku nak capai sejak kecik. Angan-angan yang aku pasang masa aku bosan duduk rumah sorang-sorang. Impian yang aku bina masa penat sengkang mata belajar hingga lewat malam. Impian yang aku idamkan masa aku travel jauh-jauh pergi belajar. Impian yang aku niatkan masa aku bersendirian dan kesunyian dalam lot bilik sewa aku tanpa teman.

Jika aku tak punya cita-cita, bisa saja aku habiskan sisa-sisa masa aku dengan berpoya-poya bukannya belajar. Jika aku tak punya cita-cita, boleh aja aku hanya selesa duduk di rumah selepas habis SPM. Kalau aku takde impian, boleh saja aku kerja di supermarket dekat dengan rumah ibu bapaku. Kalau aku takde angan-angan, aku takkan keluar dari bawah ketiak kedua orang tua ku. Lebih mudah begitukan?

Namun aku punya cita-cita. Aku mahu capai apa yang aku inginkan. Maka aku aturkan perjalanan hidupku untuk tujuan itu.

Aku tidak faham bagaimana untuk hidup tanpa cita-cita, tanpa keinginan, tanpa impian. Umpama sebuah mesin yang bergerak mengikut arahan si pengawalnya. Bahagiakah? 

Aku faham jika tidak semua yang kita inginkan itu bisa kita capai. Hidup ini perlu pengorbanan. Tapi untuk hidup tanpa mencuba, bahagiakah?

Aku ada impian dan cita-cita. Aku ingin BAHAGIA.

No comments:

Post a Comment