Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 23, 2015

Anak kau, anak aku, anak dia tak sama.

IBU DIKECAM KERANA PANGKU BAYI SEMASA MEMANDU KERETA


Gambar seorang wanita meletakkan bayinya dipangkuan ketika sedang memandu kereta tersebar meluas di laman sosial.

Gambar itu dimuat naik di laman Facebooknya bagi menyindir sesetengah pihak yang kerap berselisih pendapat mengenai cara-cara menjaga bayi/anak masing-masing.




Baby manja
Mesti ada yang nak gatal tangan nak komen "Eee bahaya lah... Kena letak dalam carseat!"
Ahhhhh shadap uols muahahahahah!

Memang tepat sangkaan si ibu berkenaan apabila ada rakan Facebook yang menegur perbuatannya itu amat bahaya. Bagaimanapun, jawapan balas dari wanita itu juga agak mengejutkan.




"Kalau awak baca komen2 saya dekat sini, dah bgtau yg saya tak suka biar anak menangis. Rimas, lagi huru hara nak driving. And budak kalau dah biasa nangis kita buat taktau je nanti dia memberontak and dia ingat nangis tu perkara biasa je nak nangis nak mengamuk ikut suka hati dia. Lain org, lain caranya. Kalau awak suka dgr anak awak melalak, but not me. Yes memang bahaya tapi i know best for me and for everyone too. Kalau anak mula meragam (so far tak pernah), inshaa Allah saya akan slowly bagi signal dan berhenti tepi jalan sampai anak boleh calm down balik. Thank you,"

Benar kata si ibu berkenaan, lain orang, lainlah cara mereka menjaga anak masing-masing. Atas satu matlamat yang sama, semua ibu mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka.

Akan tetapi, aspek keselamatan perlu lebih diutamakan lebih-lebih lagi melibatkan nyawa anak yang kita sayang. 

Penggunaan kerusi keselamatan atau Carseat itu adalah amat penting bagi memastikan keselamatan anak-anak terjamin lebih-lebih lagi apabila pemandu terpaksa menekan brek kecemasan untuk mengelak sebarang objek di hadapan semasa memandu.

Kerusi keselamatan yang dikunci menggunakan tali pinggang keledar itu dapat mengelakkan anak-anak dari tercampak ke bahagian belakang yang mana akan menyebabkan mereka tercedera.

Berbalik kepada masalah si ibu di atas, persoalan kami hanya satu, 

"Awak nak dengar si kecil menangis sepanjang perjalanan atau awak takkan dengar si kecil menangis lagi buat selama-lamanya?"

Demi keselamatan si kecil, gunakanlah kerusi keselamatan bayi. Berbeza pendapat sekali pun, usahlah melenting apabila ditegur. Mereka menegur kerana sifat sayang sesama manusia itu masih ada di dalam diri.

*******************************************

Aku dapat cerita kat atas lepas kawan aku kat facebook post kat page dia dengan caption "Takde otak!".

Hmmm....aku tak cakap aku sokong, tapi aku juga tak bangkang cara pompuan tu jaga anak dia. Bahaya..yes. But does she have choice..maybe not.

Sejujurnya, aku pun penah buat macam tu.

Tak semua budak sama. Yes kau boleh argue "kalau train anak tu, lama-lama pandai la dia duduk dalam car seat." But I have to remind you, tak semua budak sama. 

Ambil contoh mak aku. Masa lahirkan Along aku, mak aku memang betul-betul miserable, sampai orang cakap ayah dera mak, or mak tak happy dengan perkahwinan dia. Lepas lahirkan Along, mak memang kurus dan cengkung. Sebabnya.....Along aku masa babynya jenis kuat melalak. Dah la Along tu cucu sulung, sampai sekarang pun kalau balik kampung, makcik pakcik akan ungkit kenangan tu. "Wooo....Along lah paling hazab sekalik nak jaga dulu. Lampu dah tutup, semua orang dah tidur pun dia boleh main sorang-sorang dalam gelap." Begitulah aktifnya kakak aku dulu. 

Bila dapat kakak kedua aku pulak....orang sampai tak sedar mak aku dah melahirkan. Sebab rumah senyap je macam takde baby. Mak cakap, kakak kedua aku pulak spesis kuat tidur (sampai ke tua kot perangai camtu, hakhak!), so senang nak jaga. Agaknya berkat mak berdoa siang malam serik dah dapat anak kuat melalak cam Along. Hahaha!

Dari ibu yang sama, ayah yang sama, tapi perangai yang berbeza. So layakkah kau nak samakan anak kau dengan anak orang lain? Just because anak kau jenis behave dalam kereta, kau nak judge pula orang lain yang terpaksa pegang anak dia time drive. Kau pernah jaga anak dia ke?

Mungkin kalau jalan tak sesak, yes senang nak berhenti kat tepi, pujuk anak tu kejap, then sambung drive. Tapi kalau jalan sesak macam kat KL ni, mana mampu nak berhenti tepi. Takde istilah 'tepi' pun kat KL sebab jalan dua lane biasanya akan jadi empat lane. And nak stop 'kejap' time jem? Mampos la kene hon sebab ganggu lalu lintas. And kebanyakannya ibu-ibu yang buat macam ni adalah ibu yang bekerjaya. Masa itu emas...nak kene berkejar ke tempat keje, balik pulak nak kene masak and kemas rumah. No time to waste untuk berhenti kejap and pujuk anak nangis. 

So the easiest way is to letak anak atas pangku, diam la dia. Kalau kau tengok dalam gambar kat atas tu pun, anak dia lena je tido dalam dakapan dia. Macam tu lagi senang kot dari anak melalak kat tepi, ibu takleh nak fokus pada pemanduan.

And those keyboard worrior yang kencang sangat mengutuk....kalau kau betul-betul ada naluri keibuan yang tinggi macam kau claim tu, kau tentu tak sanggup tengok anak menangis. Sanggupkah kau tengok dan buat-buat pekak je bila budak melalak kat car seat dia...atas niat nak mengajar kononnya. No, kau takkan sanggup! Itu bezanya kita dengan ibu yang buang anak tu. Kite tak sanggup tengok anak nanges, memang naluri kite nak peluk dia dan pujuk dia untuk diam. Ada yang argue "Dah puas melalak nanti dia diam la". Oh tidak....ko pernah tengok budak lapar nak susu, lepas seketika tak dapat juga susu, dia akan diam dan tidur? Takde! Budak memang takkan diam selagi dia tak dapat apa yang dia nak.

Dia bukan takde otak...dia hanya buat apa yang terbaik untuk anak dia.

Dulu pernah ada trend di mana ibu bapa pakaikan anak dia dengan 'gelang' yang disambung dengan tali panjang, tali tu dipegang oleh ibu bapa budak tadi. Sekali pandang, sama macam bawak anjing bersiar-siar...or so that people call it. Senang la kite nak judge...tapi kalau anak dia hilang kat mall, kau nak tanggung ke? Kau nak tolong cari ke? Takkan. So layak ke kau nak judge apa yang dia buat kat anak dia.

Aku tak cakap, sayang anak punya pasal, kita halalkan segala cara walaupun ianya membahayakan kesihatan atau menjatuhkan moral budak tu. Point aku kat sini, anak kita berbeza, maka cara kita berbeza. So don't judge.

Berbalik pada cerita kat atas tadi.....walaupun aku sokong dia, tapi aku tetap rasa dia bersalah.

Dia bersalah sebab dia membanggakan diri camtu walaupun dah tahu salah. Berani sangat kan...bangga sangat kan...ha skang ko hadap la cemuhan masyarakat. Padan muke! Lenkali kalau dah bodoh tu jangan tayang sangat....simpan-simpan sikit bodoh tu.

No comments:

Post a Comment