March..Time to celebrate birthday En.Suami pulak.
Both of us took a day leave on his birthday. Aku yang request..saje ajak jalan berdua. Dah lama sangat kot tak spend time berdua...last rasanya masa lepas abes pantang Danial. Ko ghase??
Pagi-pagi aku dah bangun, hantar anak pergi rumah pengasuh. This year takde kek untuk En.Suami..kek birthday Amani aritu pun tak habis lagi. So menu kite di hari yang mulia ini ialah pulut kuning dan rendang ayam. Masak pulut tak setahun sekalik..aku rasa macam sikit pulut tu, bila dah masuk dalam kukus..Allah! Tepuk dahi! Sape nak habiskan banyak-banyak ni?
Ha kau...gaya nak bagi satu kampung makan.
Pastu konon nak bagi rasa sedap sikit, aku kukus alas daun pisang. Tapi cara orang bongok masak kan..aku gi tutup semua lubang kukus tu ngan daun pisang. Tunggu sejam pun pulutnya tak masak-masak lagi. Maka pagi itu makanlah pulut yang agak mentah sebab dah lapar. Huhu... Bila aku buang daun pisang tu, tak sampai 10minit dah masak pulut aku. Ok, saya mengaku saya bangang memasak. Sekian.
Habis makan terus ride. Mula-mula En.Suami bawak gi Genting, nak asah tayar motor katanya. Aku on je...Skalik sampai kat puncak, terkejut beruk tengok keadaan Genting yang agak "huru-hara". Aku memang tau Genting tengah buat renovation, seluruh theme park dah licin dorang robohkan. Tapi datang kali ni memang the whole genting tu under construction. Berdebu habis. Dorang buat jalan baru, mall baru (nampak cam cineplex). So kitorang just lepak kat taman belakang hotel ape ntah.
Nice view. Cuaca masih sejuk (mungkin sebab aku datang pagi).
Then husband ajak gi Tanjung Malim makan pau. Dari Genting, turun ikut Batang Kali (naik ikut Gombak). Cun juga pemandangan, ada sungai tepi jalan, lalu perkampungan orang asli.
Tapi aku teringin pulak gi Fraser Hill, last ke sana masa aku lepas SPM ke apa tapi memang dah lama gila la..so terus tukar plan. Dari Batang Kali, terus belok ke Kuala Kubu Baru, then naik ke Fraser. Tengok signboard 36km je..macam dekat.
Sekalik....jauh gila rupanya. Sebab jalan ke Fraser macam Ulu Bendul, tapi darab 30. Naik pulak motor, sakit pinggang ngan lutut nak control badan belok ke kiri ke kanan. Sampai husband aku ingat kitorang kene sorok ngan bunian, sebab rasa dah lama ride tapi tak tiba-tiba. Aku pun cuak gak..baca la ayat Quran banyak-banyak.
Stop kejap kat Empangan Kuala Kubu Baru. Musim panas ni, air empangan surut sket. Takde apa kat sini, stop kejap je tgk view.
Jalan naik ke Fraser..dah la berbelit-belit, muat-muat satu ke kenderaan je. Nak menyelit bukan main payah. untung bawak motor, kalau kereta? Nangess....
Sampai juge akhirnya!
Sampai kat Fraser dah tengahari. Mengharapkan cuaca sejuk, sekalik panas rupanya..seriously panas.
Tempat wajib bergambar.
Food Garden katanya.
Fraser dah macam bandar terbiar. Masa aku datang ni memang sunyi..takde visitor. Kebetulan esoknya ada Le Tour de Langkawi nak naik Fraser, so ada la team LTDL yang jaga kawasan situ, so nampak la meriah sikit...sikittt je.
Aku ngan En.Suami singgah makan kejap kat Food Court. Ada kedai Melayu satu, mamak satu dan kedai cina satu, tu je.. Menu kedai melayu tu pun tak banyak. Aku amik lauk ikan sama sayur tauge ngan air suam, En.Suami amik lauk ayam goreng, tempe goreng dan Nescafe ais..sume skali RM25. Pengsannn....
Habis makan kitorang pusing-pusing Fraser Hill tu. Memang takde pape. Banyak hotel dan resort yang dah tutup. Yang masih beroperasi pulak dah uzur sangat, macam hidup segan mati tak mahu...kecuali Smokehouse yang nampak very colonial and authentic. Ada la macam lake garden called Allan's Water, boleh main bot kayak tapi masa aku datang tu tak beroperasi. Ada signboard ke air terjun tapi aku tak jumpa jalannya. Yang memang betul-betul beroperasi aku rasa sekolah dengan balai polis je. Jauh beza la dengan pengalaman aku yang lepas.
Allan's water. We missed this one as it's closed. Next time maybe. (credit pics: Google)
Jeriau Waterfall. We missed this one too due to lack of signboard...sigh (credit pic:Google)
Eh tapi nak puji jugalah Majlis Daerah Raub because they did a very god job in keeping the place clean. Aku guna tandas yang dekat dengan Allan's Water tu, sangat bersih! Kene bayar 30sen tapi takde sape pun jaga (eh, ke bunian yang jaga? haaa....), just ada box depan tandas tu. Kalau kau amanah, kau bayar la kan. Dan sebenarnya tarikan utama Fraser Hill ni ialah untuk aktiviti 'bird watching'. Kat tepi-tepi jalan banyak la pondok yang besar dan selesa. Aku terfikir jugakla siapa nak duduk kat pondok tepi jalan ni tapi fikir-fikir balik mungkin untuk kegunaan bird watcher atau pencinta alam yang nak menikmati kehijauan Fraser. Kemudahan awam pun not bad..masjid ade, pejabat pos ade, klinik desa ada. Klinik gigi aku tak sure.
In conclusion, bagi aku Fraser Hill ni bukanlah tempat pelancongan utama yang wajib kau pergi. Personally, aku prefer Cameron Highland sebab lebih banyak aktiviti boleh buat kat sana. But if you are a nature lover, tempat ni memang patut dikunjungi sebab Fraser Hill dah diwartakan sebagai Hutan Simpan, tak terjejas lagi kehijauannya. Hutan dara katanya...gittew. Ada banyak jungle trails yang boleh korang try. Boleh juga main golf walaupun coursenya kecil aje. Aku suka ayat one of the tourism page, it says "For honeymooners who wish to spend time together uninterrupted, Farser's Hill is the right honeymoon spot". Kihkih! But both En.Suami and I setuju, kalau kau putus cinta dan nak bawak diri tenangkan fikiran, inilah tempat terbaik. Tenang gile wa cakap lu...
Penat pusing-pusing tanpa hasil, terus decide untuk balik.
Malamnya belanja En.Suami makan dekat luar. Boring pulak rasanya time birthday makan makanan tak sedap hasil masakan aku kan. Tanya En.Suami nak makan kat mana, payah pulak dia nak decide, sebab tak tahu nak makan apa katanya. Pergh kalau aku tu, payah sangat nak decide sebab sume mende nak makan. Akhirnya makan la kat Burgerbyte Bangi.
Order burger daging dan ayam sama cheese. Sedapnye la hai....aku memang suka makan kat sini. Pilihan menu tak banyak tapi burger pattynye sangat tebal dan savoury. Air tembikai gelas besar tu bukan untuk aku sorang ye..tu kongsi sama En.Suami and Danial harap maklum. Makanan dan air sangat memuaskan hati.
Overall, I had such a blast day walaupun kepenatan sedikit. Thanks En.Suami melayan karenah saya walaupun yang birthday nya kamu. Hahaha!
To Abang,
May Allah give you health and wealth to continue to support us and guide us. Love you.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment