Thursday, June 14, 2012
Papa..papa..
Cute giler ok video nih! Dah banyak kali ak tengok.
Amani dah besar nanti nak buat camni gak la..Lekat video kat kepala dia. Tapi ak takde video cam. Maka, lekat handphone??
KARMA
Karma. What you give, you get back. Kita buat kat orang, suatu hari nanti kita pun kene jugak. Karma
Hari ni Milah happy sangat! Seronok dapat tengok Lalita dapat balasan dia. Karma.
Dulu...prestasi Milah tak berapa nak bagus. Ada la masalah peribadi yang menganggu fokus kat tempat kerja. Apa kerja pun semua tak berjalan dengan lancar.
Pernah sekali tu, bos panggil Milah, meeting 1-1. Teruk Milah kene 'belasah' dengan bos. Bos cakap "I heard from your friend that you did not perform". Haa..bila bos cakap friend tu, Milah cari la siapa yang dok bawak mulut kan. Rupanyaaa...si Lalita ni dekat belakang selalu mengadu kat bos pasal Milah.
Milah sedih la.. Nasib baik lepas bagitahu keadaan sebenar dekat bos, bos bagi peluang. Tapi Milah kecewa sangat sebab Lalita, teammate Milah, sanggup buat cerita busuk kat bos. Kata kawan, kawan kena support kawan la. Lagi pun, kalau ada tak puas hati apa-apa, Lalita patut cakap direct dengan Milah, bukan dok cerita belakang dengan bos. Betul tak?? Depan Milah, Lalita ni baik gila kot, macam concern, konon kesian kan Milah, tapi kat belakang mulut longkang!
Lalita ni memang dasar busuk hati rupanya. Dia macam racism jugak, dengki bangsa lain berjaya. Over self-esteem plak tu, perasan bagus, padahalll...kelaut! Dia tau kerja dia so-so je..so bila dia nak naik, dia pun jatuhkan orang lain la. Kena pulak bos jenis suka kena ampu, memang menjadi la taktik taik dia tu.
Itu dulu... Sekarang Milah dah okay. Performance maintain, Tak kisah la tak naik, tapi yang penting tak turun. Milah tak buat apa-apa pun pasal Lalita tu. Takpe, Milah percaya pada karma.
La ni, Lalita pulak tak fokus pada kerja, Putus cinta katanya.. (tak la 'putus' cinta sangat kalau tak bercinta pun..ni lebih pada cinta tak berbalas sebenarnya). Dah banyak kali Lalita buat salah yang libatkan isu-isu besar. Dah buat salah tu satu pasal la, entah apa ke bebalnya, dia yang atur meeting, tapi dia yang tak masuk meeting. Mengamuk la bos. Boleh dia bagi alasan "Sorry, I pergi derma darah tadi" Alasan...padahal dia memang lupa. Kalau kitorang tak call dia suruh masuk meeting, kompem sampai ke sudah tak masuk. Bos pun sound la "Nak derma darah ke, nak lunch sampai pukul 6 ke, buat hari lain, bukan masa kita ada meeting".
Kan, karma. Dulu bila orang buat salah, kau canang satu opis. Sekarang ko salah, tak payah orang susah-susah nak canang, semuanya terjadi sendiri. Peliknya, memang semua silap Lalita tu ialah silap yang pernah Milah buat dulu. Dulu ko kutuk Milah macam kan ko tu perfect sangat, sekarang ko buat mende yang sama, pe cer???
Tak payah nak busuk hati sangat. Remember, KARMA.

Friday, June 8, 2012
Kaki
Siapa kata susah nak jaga anak? See, boleh buai anak pakai kaki sementara tangan sibuk main Facebook.
Nak lagi senang pakai mesin, on je buai berhenjut sendiri. Itu on the way..bajet untuk gaji akan datang.
Tak susah kan??
Wednesday, June 6, 2012
Malassss...
Sekarang ni ak hold dulu study ak. Tula gatal pergi mengandung time belajar, dah terpaksa hold dulu sebab nak bersalin.
Patutnya September ni ak start new semester, tapiiii.....
malasnya nak belajar balik. T_T
Ak niat nak quit je. Alasan-alasan untuk ak quit ialah;
1. Sejak ada anak ni, memang tak cukup masa. Sepenuh masa dihabiskan untuk jaga dia. Kadang-kadang nak makan pun tak sempat. Itu mujur makanan dah ready, kalau tak memang confirm ak tak makan sebab memang tak sempat der nak masak.
2. Kelas malam. Siapa nak jaga anak malam-malam? Kalau En. Suami ada pun, tak sampai hati nak let go tugas jaga anak kat dia sorang-sorang. Nanti anak tu lebih rapat dengan ayahnye, ak jugak yang jeles.
3. Ak ada baki 2 sem je tapiiiii.... final year projek tu paling hazab nak complete kan. Kawan ak sampai berhenti kerja la, amik cuti 2 minggu la.. Ak nak cuti celah mana sampai 2 minggu, tak dapek der..Nak upah orang buat FYP tu, takde duit la pulak...Nak buat sendiri? Berpeluhhhh....
4. Ak belajar ni berhutang dengan PTPTPu sebenarnya. Baki 2 sem tu kos nya lebih kurang RM8000. Ak fikir dari ak menambah hutang, baik ak guna RM8000 tu untuk settlekan aje hutang Degree. Haisy, bila la kerajaan nak hapuskan yuran pentadbiran PT ni...
5. Ak ade few close friends yang dah grad tapi masih belum dapat kerja. Working experience dorang gempak jugak. Now with Master, they hardly get even an interview! Apatah lagi ak yang background kerani je ni, tetiba ada Master, laku ke resumenye? Memang la rezeki orang lain-lain but hey, I'm in HR field for too long. I know the game. Chance is almost null!

Ada banyak lagi alasan nak list tapi kat atas ni kira top 5 la. Tapi ramai sangat yang membantah. Even my besty pun tentang habes-habesan niat murni ak tu. Sedeyyy....
Katanye "quitter doesn't seem suits us well".
Bukan lah nak jadi quitter. Cuma perspektif and tujuan hidup ak dah berubah. Dulu ak sambung belajar sebab nak isi masa lapang. Bosan bila hari-hari pergi keje, balik rumah tengok tv, repaeat aktiviti yang sama hari-hari. Masa tu bf pon takde. But now I'm fully occupied. And focus ak bukan lagi pada kerjaya, tapi pada famili. Now Amani is my priority.
I'm not an achiever. Yes. Now rasa nak hidup simple je. Ak dah cukup happy sekarang. I'm blessed with a wonderful husband and a beautiful daughter. What more can I ask? Happy..itu je yang ak nak.
I'm not an achiever. Yes. Now rasa nak hidup simple je. Ak dah cukup happy sekarang. I'm blessed with a wonderful husband and a beautiful daughter. What more can I ask? Happy..itu je yang ak nak.
Tapi, kalau dah semua orang bantah, tak bernanah pulak telinga ak dengar orang membebel kalau ak berhenti kan. Hmm..sambung jela nanti. Dah tak kisah kan pointer, janji lulus je suda..
Caiyok Farah!
Saturday, May 12, 2012
Kawan ku kawan mu jua..
Semalam petang ak, En.Suami dan Amani pergi pasar malam kat Putrajaya.
Tengah jalan-jalan tu, tetiba En.Suami buat muka terkejut. Dia terserempak ngan kawan dia, sorang awek yang putih tinggi dan agak besar badannya (yela...kalau nak dicompare dengan ak yang kecik cinonet ni..). Pendek cite memang cantik la...(ak memang selebet time tu, kata pun gi pasar malam je kan..)
Ak ni kalau En.Suami jumpa kawan dia, biasanya ak hanya akan berdiri tegak kat belakang and senyum simpul je buat-buat ayu. Kalau perempuan ak salam, then settle. Takde jadahnye ak nak tegur kawan dia tu. Takyah la nak buat-buat peramah plak kalau setakat terserempak tepi jalan tu kan.
Dalam kereta ak tergerak ati nak tanya En.Suami siapa kawan dia yang gojes tu..
En Suami: Ala, Azida la. Dia ada kembar, Azima. Yang tadi tu Azida ke Azima pun abang tak tau, tapi memang dia la.
Ak: Cop, budak sekolah kita ke? Kembar Azima Azida tu..ingat ingat! Lorr..Azida tu duduk sebelah ayang kot dalam kelas..
En. Suami: Dia kawan baik Lyn tu.
Ak: Memang patut pun depa rapat sebab rumah depa dekat-dekat, 1 blok.
Kadang-kadang rasa bongok la jugak diri ak ni. Camne la boleh tak perasan yang ak and En. Suami ni dulu satu sekolah masa sekolah rendah. Kawan dia kawan ak la jugak. Boleh pulak ak buat muka toye je masa jumpa Azida tu. Patutlah dia buat muka mesra je masa jumpa ak, siap tanya ak duduk mana, keje mana segala, rupanya kawan ak dowhhh...Hahahaha! Budusss la ko ni Farah.
Ni bukan kali pertama pun sebenarnya. Kat Cameron aritu ada sekali terjumpa kawan skolah. Masing-masing dah besar dowh, dah tua, mana ak nak cam lagi. Kenal dulu masa muka innocent kanak-kanak, now masing-masing dah make-up tebal 3 inci. Lagipun dah lama benar ak meninggalkan mereka, lain la En.Suami yang masih bersekolah sama dengan mereka masa sekolah menengah. Makanya ak tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini. Ihik!
1 yang ak pelik, selalu beno En.Suami ni jumpa kawan-kawan. Ak kalau jalan-jalan takde jumpa sorang pun. Konpiusss....
Kenangan sewaktu re-union sekolah rendah. Titik permulaan jodoh kami berdua. Tengok, baju pun sama kaler..Memang kuat chemistry kami kan.
Subscribe to:
Posts (Atom)