Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 27, 2013

Muntah darah

Budak-budak memang ada satu ketagihan yang kau takkan pernah faham. Contoh cam puting, bantal busuk, kain busuk...

Now Amani is addicted to this movie called RIO.



Pagi petang siang malam nak tengok cite ni. Pantang bukak tv, dia dah amik remote suruh bukak. Kitorang sampai sorokkan remote. Tak larat la nak tengok cerita yang sama ulang-ulang hari-hari. Boleh muntah darah I tell you...


Bagusnya aku ada la mende nak buat dia ralit time aku buat keje. Bukak je Rio, diamlah dia depan tv tu. Tapi akibatnya aku terlepas la tonton drama-drama kesukaan aku. Sedey....

Okla, nak tengok Rio buat kali ke 3,381 kali. Bye.

posted from Bloggeroid

Sunday, June 23, 2013

Jalan-jalan cari cinta

Tajuk kali ni lain sket dari sebelum ni sebab this 1 is special.

Last April was our 2nd anniversary tapi tak dapat nak celebrate sebab En.Suami takde. Recently kebetulan aku ada cuti lebih, aku plan untuk celebrate our anniversary jauh sikit. Aku ada beli pakej bercuti kat Matta Fair awal tahun aritu, so I thought this is the right time to use it.

Bertolak sesudah subuh, perjalanan kami bermua dari Kuantan ke Jeti Kuala Besut, Terengganu. Sebab nak cepat, kami ikut Lebuhraya Pantai Timur. Time pagi-pagi subuh tak banyak sangat kenderaan so perjalanan sangat lancar. Berhenti dekat R&R sebelum masuk tol untuk breakfast. Mahal dowh makan kat situ. Oh, tol tu tak siap lagi sebenarnya so lalu tak kene bayar. I like...

Pulau Perhentian, Terengganu
 
Day 1
Muka excited nak hanimung. Alhamdulillah sempat naik bot on time.

Bot dari jeti Kuala Besut bertolak kol 8am, 10.30am, 2pm. Kenapa kene naik dari K.Besut? Sebab pakej aku beli include free boat transfer tapi kene naik dari K.Besut so aku follow je. Naik dari K.Terengganu pun boleh agaknya.

Tu dia tu dia..nampak dah pulau!

Inilah tempat penginapan kami selama 3hari 2malam- Arwana Resort
 
Dari jeti ke pulau amik masa 30-40min. Kirenya awal la kitorang sampai, checkin kol2. So jalan-jalan explore pantai terus.

Lunch buffet for day 1

Check in. Bilik sangat luas, I like..

Kol2.30 dah ready untuk snorkeling trip, pun included in the package.

Peta Pulau Perhentian. Aku duduk dekat pulau besar tu.

Antara aktiviti yang ditawarkan di sini. Tapi kalau yg tak masuk dalam pakej tu kene bayar la.

Comel tak kak ton??

Turtle live HD depan mata

Berenang di samping ikan-ikan

Cantik kan air warna biru hijau-hijau

Sambung mandi di kolam renang resort lak. Kami sepatutnya dapat bilik menghadap kolam cam kat blakang tu tapi masa kami datang bilik tak siap kemas lagi, so depa bagi kami bilik menghadap laut tanpa dikenekan cas tambahan. Alhamdulillah...(joget-joget hepi)

Selain chalet yang macam kitorg duduk tu, bilik-bilik biasa pun ada.

Dinner first day tak masuk dalam pakej so makan je kat restoren hotel beli nasi goreng. Dekat pantai ada banyak lagi restoren, tak semestinya makan kat hotel. Tapi sebab kitorg tertido dan terlewat bangun, cuaca pun cam nak ujan, so makan kat hotel je.

Lepas makan jalan-jalan tepi pantai to kill the time. Apo laie nak dibuek kat pulau ni, tu jela aktivitinya. Bukan ada mall nak shopping. Wifi takde, tv pun dapat setakat TV1. Bowringgg...

2nd day

Ready for 2nd day snorkeling trip. Ini tak termasuk dalam pakej, kami amik trip dari agen yang melambak kat tepi pantai nun, pilih je nak mana. Kami pilih trip ke Pulau Rawa and lighthouse. Pulau Rawa ni adalah pulau kecik yg terletak kat sebelah Perhentian Kecik. Patutnya kene RM60 seorang tapi masa ni kami berdua je pelanggan dia, so kene bayar RM150 untuk 1 bot.


Pulau Rawa yang dekat kepala aku tu. Jauh gak dari Perhentian besar, hamper 30-40min naik boat laju. Patutlah mahal...
 
Merasa naik speed bot yang sebelah kanan aku yang takde bumbung tu. Uiihh...hazab rupanya naik speed bot ni. What an experience!
 
The Lighthouse. Dekat sini bot akan berhanti untuk kite snorkeling. But the ultimate activity here is panjat lighthouse tu then dive in! Aku tak buat la..En.Asben je terjun.
 
Sayangnya lepas aku amik gambar ni, bateri kamero pon kong. Aduss..frust sangat. Tak dapat rakam aksi En.Suami terjun. An trip to Pulau Rawa was marvelous! Dapat tengok choral and fishes yang colourful. Nak-nak kitorg pergi ni waktu pagi, kol9.30 gitu. Matahari tengah naik so pemandangan dalam laut sangat clear. Berbaloi-baloi bayar lebih untuk trip ni. Highly recommended!
 
Kebetulan 2nd day ni hari Jumaat, wajib la kene pergi sembahyang Jumaat kan. Driver bot kami orang Islam so dia bawak kami kampung nelayan yang terletak dia pulau kecil secara percuma, sebab dia pun nak sembahyang sama. Yahoo..merasa jugak tiba kat kampung ni. Kat Perhantian ni, kalau nak ke mana-mana kene naik teksi (teksi depa ialah bot), kene cas RM10 satu hala but aku dapat ke kampung nelayan ni dengan free. Alhamdulillah. Makan tengahari kat kampung tu, tak la sedap mana tapi murah. Barang runcit cam jajan pun murah kat sini berbanding kat pulau besar. Like like.
 
Lepas sembahyang Jumaat, balik bilik, tidur. Petang jalan-jalan tepi pantai.
 
Lokasi sebenar Batu Belah Batu Bertangkup telah dijumpai!
 
Air kat sini pun cantik..
 
Barbeque dinner. Sedapppp....Ditemani live performance lagi. Super like!
 
3rd day
 
Menu breakfast, nasi minyak! Sooo pantai timur ok. Aku memang cari breakfast nasi minyak ni kalau balik pantai timur. Resort ni memang memahami kehendak aku. Sob sob..(terharu..)
 
Posing untuk kali terakhir sementara tunggu bot sampai. Ni la rupa bilik aku yang menghadap laut tu.
 
Looking at the resort for the last time. Hehehe...cian En.Suami kene angkut sume beg. Pasrah jela dapat bini camni ye..
 
Bot balik ni besar sikit. Bermaacam-macam jenis bot aku naik kat sini.
 
Bye-bye Pulau Perhentian. Till we meet again.
 
FAQ

Q: Brape tambang feri dari jeti ke pulau?
A: Tak silap aku RM60 one way. Takde pakai feri ye, pakai bot open tu je. Merasa la muke kebas kene tiup angin kuat. Untuk yang pakai contact lense macam aku, or jenis mata mudah kering, sila pakai sunglass untuk elak mata kering.

Q: Parking kereta macam mana?
A: Memandangkan aku pakai agen, depa tunjukkan tempat parking, siap ada bumbung lagi. RM7 sehari. Tempat lain katanya RM10.

Q: Hotel macam mana?
A: Hotel ok. Tapi hotel lama kot, so perabot pon ala-ala zaman 90an. Kerusi bilik aku dah terkoyak tapi aku maafkan sebab bukan aku duduk atas sofa tu pun.
 
Q: Mana gambar Amani, takde pun?
A: Amani aku tak bawak, tinggal ngan mertua aku. Kata nak gi hanimun, haruslah berdua aje.
.
.
.
.
.
Tobatlah taknak tinggalkan anak lagi. Rindu gila kot kat dia. Masuk hari ketiga aku dah tak boleh tidur sebab asal tido je mimpikan dia. Fuh, serik!
 
Q: Kenapa nak hotel ade swimming pool sedangkan dah ada laut?
A: Sukeatik le, aku kaya. Muakaka! Ok jugak ada pool ni. Duduk kat pulau ni agak membosankan so dengan adanya pool boleh la kill the time bila tak pergi snorkeling kat laut nun.
 
Q: Mana best, pulau kecik ke pulau besar?
A: Pulau kecik sebab lagi happening.
 
Q: Perlu ke amik extra trip tu?
A: Tak perlu kalau takde duit. Perlu kalau nak buang duit. Trip dengan hotel tu sangat singkat, baru nak syok-syok berenang depa dah suruh naik bot.. dan tempatnya tak cantik sangat. Trip extra yang aku amik, dia memang ikut je kite. Kalau nak berenang 2jam kat 1 tempat tu, 2 jam la dia tunggu. Berbaloi la...

Q: Snorkeling gear nak kene bawak ke?
A: Tak payah, peralatan snorkeling depa sediakan, termasuk dalam pakej. Tapi kalau kau nak pakai goggle tu untuk mandi kat bilik air, depa ade sewakan peralatan tu. So takyah dok kalut nak pergi beli ye.
 
Q: Apa yang disarankan untuk dibawa bila bercuti di sini.
A: Sunglass aku dah cakap tadi. Skin protector / sun block. Roti untuk kasi ikan makan. Jajan untuk makan kalau lapar. Mende-mende camni elok dibawak dari tanah besar sebab harga kat pulau sangat mahal. Owh ye, dan charger kamera ye.
 
Q: Makan senang tak kat sana?
A: Senang sebab banyak hotel dan restoren, tapi mahal la, macam benjo pun dia jual RM3 kat sana. Kene pandai pilih juga sebab aku pernah nak makan kat restoren ni macam Melayu punya, sekalik omputeh minum beer and arak lak kat situ. Tros lari ke restoren lain.
 
Rindunya nak ke sana lagi. Mari menabung!!
 
posted from Bloggeroid

Jalan-jalan

Lepas abes study aritu, I was deperately in need for vacation. Harus la release tension, macam nak tercabut mata and otak aku nak memyiapkan projek paper. Kebetulan En.Suami baru balik dari berbulan di perantauan (ewah ayat aku), so aku bukak tenet and beli pakej yang affordable. Nampak ade offer pakej di PD. Aku kedekut cuti, kalau gi jauh-jauh kene amik cuti untuk travel so PD pun PD lah, boleh pergi on weekend.

Port Dickson

Test kamera dulu. Pergi ikut highway KL-Seremban and exit Port Dickson


First stop, Cape Richado Lighthouse or Rumah Api Tanjung Tuan





Nak masuk kene entry fee RM1.50 sorang. Parking kereta kat pintu masuk, then menapak ke atas. Lelah jugak, tapi time aku datang tu ada staff nak naik atas, dia offer nak tumpangkan kitorang. Apa lagi, rezeki jangan ditolak, jimat tenaga takyah menapak. Masa aku pergi 10-15 tahun lepas, boleh masuk lighthouse ni but now Jabatan Laut dah takeover and dorang tak kasi masuk, tengok dari luar je.


Dah penat keluar peluh, chek-in bilik. Aku tido dekat Prima Inland, formerly known as Tiara Beach Resort. Dapat studio room, memang sangat luas.










Keluar makan malam kat luar, kat Seri Mesra Ikan Bakar. Sedap jugak makanan kat sini. Cume choices of seafood tak banyak. Tengok la gambar kat atas tu, pilihan ikan tak banyak, kerapu je ada. And paling mengejutkan ialah harganya sangat mahal. Untuk lauk-lauk yang aku order ni, aku kene RM120. Selalunya makan kat Bagan Lalang kalau setakat camni takkan jejak seratus. Puas hati tapi memang tak berapa nak rekomen kat orang sebab harganya. Lokasinya dekat ngan area Teluk Kemang.





Jalan-jalan kat Waterfront amik angin malam.


Esoknya breakfast dengan hotel sebab free breakfast. Not bad juga menunya.


The three of us
 
Lepas makan, mandi dekat hotel. Hotel ni istimewa sikit sebab dia ada taman tema air kat dalam. Tiket RM40 untuk dewasa, kanak-kanak aku tak ingat. Yang aku beli ni, tiket termauk dalam charge. Kalau korang nak beli pakej hotel ni, make sure harga tiket ke taman tema pun included tau. Syok sangat, Amani puas main gelongsor dan En.Suami puas swimming. Lepas mandi check-out.






Singgah makan tengahari kat Nasi Kukus Ayam Panggang ni. Lokasi sebeah Marina Apartment tu, tak jauh dari roundabout after tol. Aku tengok cam meriah, so tergoda untuk try. Kat sini takde menu lain selain Nasi Kukus Ayam Paggang ni je, air pun air tembikai je yg ade. Nasi kukus ni tak mcam nasi kukus yang selalu kita makan tu, yang kuah dia gulai kawah. Ini hanya nasi putih yng dikukus, ayam panggang, sos cecah dan sup kosong...tu je. Harga RM6 satu set. Rasa takla sedap sangat sampai ak mengigau nak ke PD untuk makan ni lagi but still, not bad. Mungkin sebab aku tengah lapar time tu, so laju ajela masuk dalam perut. Hehehe...




Ape lagi boleh dibuat dekat PD? Aktiviti wajib, jalan-jalan kat Teluk Kemang. Makan-makan, minum ABC/Cendol, tengok orang main air, and naik kuda cam famili aku buat ni ha. Muakaka...tak ride pun, just bergambar. RM2 amik la berapa keping nak amik.


Kat kolam taknak lak dia naik pelampung ni, dah sampai rumah baru sibuk nak feeling dalam pool. Alahai anak, nanti kite gi swim lagi ye.

posted from Bloggeroid

Sunday, June 16, 2013

Selamat Hari Bapa

Hari ini ialah Hari Bapa. Ramai betul orang yang wish kat Facebook.

Tiada ucapan hari bapa dari aku dalam Facebook arini. Simple, sebab ayah aku takde Facebook. Aku memang tak faham orang yang wish Hari Ibu la, Hari Bapa la, harijadi mak bapak dorg la dalam fb sedangkan orang tua tu takde pun akaun fb. Makanya motip wish bukanlah untuk mak bapak tu sangat pun kan, but more untuk menunjuk kat orang yang kau anak yang baik?

Untuk En.Suami, aku dah wish secara face to face. Ni la pointnya, kenapa perlu wish dalam Fb kalau sebenarnya boleh wish depan-depan?

Tapi memandangkan En.Suami baca blog ni, makanya nak buat la jugak satu slot special untuk dia sempena Hari Bapa ni.







To the proud daddy of Amani Azalea, thank you for being a wonderful and loving father. You have done a very good job and we could not thank you enough for all your hard work. We will always love you..

Sincerely,
Mama (who is watching from eyes and heart) & Amani (who is enjoying the loves)
posted from Bloggeroid