Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 1, 2013

Mengadu ke bercerita?

Ofismate aku ada pergi interview aritu. Interviewer tu ada cakap yang depa akan call ofismate aku on sekian-sekian haribulan untuk bagitau jawapan. On that promised day, mak mertua opismate aku telefon dia tanya apa result, berjaya ke tak.

Aku tegur la ofismate aku tu.

Aku: U bagitau mak mertua u yg u pergi interview?

Dia: Dah I kan takde mak. Kalau mak I ada lagi, I cerita kat dia la, tak cerita kat mak mertua. Tak kuasek la I nak ulang cerita banyak kali.

Aku: Ooo....

Aku tau memang ramai yang suka share cerita ngan parents especially ibu korang. Tapi aku tak. Kalau aku nak bercerita, aku cari adik beradik or kawan-kawan rapat. Kawan rapat tu pun aku pilih bulu juga nak bercerita. Kalau nak cerita pasal ni, aku approach kawan ni. Nak cerita pasal tu, aku approach kawan tu plak. Kawan ramai, pilih je mana nak. Hehe...

Ini pendapat peribadi jela.. Aku tak suka mengadu kat mak bapak sebab aku rasa depa tak perlu disesakkan ngan masalah anak-anak. Parents ni I tell u, kadang-kadang kita nak bercerita je tapi concern dia terlebih..memang naluri depa gitu kot. Bila dia dah bagi 1001 jalan penyelesaian, kita plak pening kepala. Kalau cerita ngan adik beradik, depa dok sokong cakap kita je, depa jarang nak bagi solution, kawan-kawan pun camtu. Kita perlukan pendengar je kadang-kadang kan. Haa..tapi kalau aku betul-betul perlukan nasihat, aku akan refer parents...macam camne nak masak lemak cili padi, camne nak bagi cicak mati, ape mende yang patut masuk dalam cukai..u know, mende-mende fakta hidup yang depa lebih arif sebab dah terlebih makan garam. Hehe...

Aku tak cakap cara korang yang suka mengadu kat parents tu salah tau...Elok la tu berkomunikasi ngan mak bapak kan.

Tapi tapi tapi.....aku memang paling geli jenis pengadu tegar ni. Kau tak payah la setiap sejam nak call parents kau mengadu itu ini. Paling aku meluat kalau masalah yang paling kecik pun kau nak telefon mak bapak kau. Contohnya tayar kereta kau pancit kat KL, kau gi ngadu kat bapak kau yang duduk Johor - "Ayah...tayar kite pancit. Isk isk.." Jangan mengada sangat boleh tak, pergi la bengkel baiki. Takpun call jela insurans kau suruh datang baiki, free apa. Ada gak kes telefon mak kat Kedah semata-mata nak cakap "Ujan lebat ni mak, kite tak tau camne nak balik". Pfftt...

Kejadah wei? Kejadah kita nak risaukan mak bapak kite kat kampung yang tengah sedap minum kopi cecah biskut tu? Kalau setakat nak bercerita aku ok, like "Ayah, tayar kereta kite pencit ni tapi kite dah call insurans, jap lagi depa datang" takpe, aku cool. Ni memang tahap mengadu dengan harapan mak bapak tu solve kan problem kau.

Adehh...letih aku ngan orang camni. Kau dah besar, sampai bila nak duduk bawah ketiak mak bapak. Once kau dah keluar rumah, maka tanggungjawab kau adalah untuk berdikari. Kalau kau masih duduk sebumbung ngan mak bapak kau mungkin lain cerita sebab kau memang takleh lari dari bercerita dengan depa.

Ada parents yang control freak, aku tau. Semua benda pun pasal anak dia, dia nak amik tau..waima anak dia beli spender sekotak pun dia akan tanya. Yang anak ni tadi pun sebab dah dididik, semua benda pun nak report kat parents dia. Tapi bagi ak semua ni kesedaran sivik. Macam aku cakap tadi, kau dah besar, mohon berdikari.

Nak tepon mak la, nak cakap yang aku baru je buang air besar. Hakhak!
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment