Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 29, 2013

Anak derhaka vs ibu meroyan

Ohhh...dunia hiburan tempatan sekarang dah jadi macam dunia hiburan Hollywood! Dah ada pulak kes saman mak bapak..isy isy isy... Orang glamor menang award, kau glamor sebab gosip. Popular segera!

Siapakah yang aku maksudkan? Malas nak cerita lanjut, gi cari sendiri.

Bila jadi kes gini, memang ramai salahkan si A ni dan dia dilabelkan sebagai anak derhaka. Siap suruh mak dia mintak maaf kat dia lagi! Wahwahwah dik...kau bangun mintak susu tengah-tengah malam masa kecik dulu, kau ada mintak maaf tak?

Aku sebenarnya tak salahkan A 100%. Korang memang takkan faham kenapa dia nak gaduh ngan mak dia sebab korang tak pernah gaduh ngan mak korang sampai camtu kan? Aku pun takde, Alhamdulillah. Mak aku terbaekk.... Tapi percayalah, tak semua mak macam tu.

Aku ada kawan yang aku kategorikan mak dia sebagai meroyan. Ni bukan meroyan yang biasa kita cakap time kita over stress tu, no - ini meroyan yang betul-betul meroyan. Asal kawan aku buat salah sikit je dia akan mengamuk. Kawan aku memang selalu kena halau keluar rumah. Sama seperti mak A, mak kawan aku pun pernah keluar statement "Ak tak halalkan susu aku kat kau!" "Kau ni anak setan!".  Kalau kakak kawan aku tak dapat balik sebab masalah kewangan, mak dia cakap "Kalau aku mati kau jangan balik tengok mayat aku!". Haa...nampak tak kat situ? So korang setuju ke tak kalau aku cakap mak dia ni meroyan? Masalahnya perangai dia camtu kat anak suami pertama je. Anak suami ke 2, dengan adik tiri kawan ak, mak dia okay je. Pernah adik tiri dia excident masa bawak kereta dia, dia kene RM3000 untuk baiki kereta tu, selamber je mak dia tak cakap pape, tak marah pun kat adik tiri dia. Tapi masa dia nak pinjam kereta mak dia, mak dia cakap "Kau ni hidup tak pernah nak menyenangkan hidup ak kan!".

Ye para pembaca sekalian, memang ada mak yang saiko camni. Tak semua mak sayang anak.


Fikir-fikir balik, kalau betul mak A tu mak yang penyayang, takkan dia sanggup keluarkan statement burukkan anak sendiri. Mak kau pernah pergi sekolah kau and cerita kat kawan-kawan kau yang kau kencing atas tilam? Or cerita yang kau tu bodoh tak reti belajar, pemalas tak suka buat kerja rumah? Tapi mak si A ni siap buat press conference burukkan anak dia. Anehhhh.....

And kalau mak tu mak yang baik, buruk mana pun anak dia, dia takkan keluarkan kata-kata kesat dengan mengatakan anak dia anak setan. Kalau anak tu anak setan, maka maknya ialah? Sila jawab sendiri. Anak kau kot, kau kandung 9bulan, kau lahirkan dengan penuh kesakitan, gamak kau nak caci maki dia. Buruk dia, buruk kau la sebab dia belajar dari kau and DNA kau ada dalam badan dia. Kalau dia buruk, kau doa dia jadi baik. Doa ibu ni makbul. Bukan buat press conference untuk buktikan anak kau jahat. 

Amik contoh cerita anak derhaka paling popular kat Malaysia. Dalam cerita Tanggang pun takde mak dia marah si Tanggang yang kurang ajar tu. Dia nanges turun dari kapal, sampai kat daratan terus dia sumpah anak dia jadi batu, abes cerita. Takde pun dia buat drama berlawan lidah atas kapal tu. Dalam cerita Anakku Sazali pun takde. Bapak dia just tampar sekali, pastu tepon polis suruh berkas anak dia, abes cerita. Takde pun dalam kedua-dua cerita anak tu kene carut kene maki. 

So conclusionnya bagi aku, kalau kau baca cerita si A, ni kau baca jela, baca kosong. Jangan amik kisah dan amik peduli sangat. Lantak la depa anak beranak nak gaduh, takyah kita nak judge sesiapa. Dalam hal ni mak dia saiko, and dia pun kurang ajar. Tak perlu la kau nak suruh mak kau mintak maaf kot, hutang budi kau kat dia sebab melahirkan kau pun tak terbalas lagi dik, takyah nak berlagak sangat. Ingat syurga bawah tapak kaki ibu. Jadi macam Najwa Latif and Nasha Aziz, bapak depa meroyan, depa rilek je. Lama-lama tutup la cerita sebab wartawan pun takde story nak keluarkan.

Ini nasihat untuk kita semua la. Terima jela mak kita tu buruk baik dia. And hal keluarga takyah heboh kat orang........apatah lagi kalau orang tu ialah wartawan hiburan Malaysia yang takde story sampai artis goreng sardin pun nak keluar majalah. Puih!

No comments:

Post a Comment