Anak memang suka sepahkan rumah - itu fakta.
Aku jenis yang biarkan aje anak buat sepah. Sepah la puas-puas, sebelum tidur aku akan kemaskan. Mainan berterabur satu ruang tamu, aku biarkan aje. Dia nak keluarkan bantal dari dalam bilik ke ruang tamu (ntah apa motip pun aku taktau), ak biarkan aje. Tak larat weh nak kemas, 5 minit lepas tu sepah balik. Cuma kalau dia makan bersepah, that one aku akan kemaskan immediately sebab taknak bagi semut datang.
Semalam macam biasa dia sepahkan makanan lagi. Dia taknak makan, kat situ jugak dia buang. Tapi yang bestnya ialah....
Pandai sepahkan, pandai pulak amik penyapu kemas
Gigih nak menyapu sampah
Takde la gigih mana pun. Biasa kalau aku menyapu, sebelah pegang penyapu sebelah pegang penyodok. Dia nak tiru gaya ak tapi tak mampu sebab penyapu tu panjang, susah dia nak pegang. Last-last dia kutip sampah masuk dalam penyodok, dapat satu dua sampah, dia bawak pergi dapur. Siap la kononnya tu. Tapi jadilaaaa....
Bila anak dah pandai macam ni, memang rasa terharu sangat. Harapnya dah besar nanti dapatlah ringakna beban aku, boleh dia pulak tolong kemas rumah. Dia memang mudah tiru perbuatan aku. Ini one of the example. Selain tu dia dah
pandai curi bantal peluk aku. Ntah sejak bila nak tido berbantal peluk,
bantal peluk aku lak tu dia nak, yang lain dia taknak. Meniru aku le tu.
When this entry was posted, Amani baru nak masuk 15bulan tapi dah pandai meniru kan. Aku memang tak setuju dengan statement sesetengah parents yang suka guna ayat "Takpelah...dia kecik lagi". Hell no.... Masa kecik ni la time anak paling pandai. Masa tu macam-macam information dia serap. This is the best stage for the children to learn so parents kene banyak mengajar anak-anak time ni. Bila Amani buat perangai, aku memang cakap dengan dia "Amani dah besar tau, bukan baby lagi" Sounds funny tapi aku taknak dia terbiasa dengan perangai dia tu. Aku taknak dia beranggapan bahawa kalau dia buat perangai, dia boleh dapat apa yang dia nak.
Lepas ni memang kene tunjuk example yang baik-baik je depan anak. Wallaweh....mampukah aku bersopan 24/7? Hukhuk!
No comments:
Post a Comment