Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 20, 2013

Berperikemanusiaan

Arini nak komen pasal cerita yang tengah hangat diperkatakan sekarang. 

Ada kes seorang ibu tak dibenarkan naikik flight balik Malaysia sebab anak dia kena demam campak. Nak baca detail pergi sini.

Maka ramailah rakyat jelata yang marah dengan cerita tidak berperikemanusiaan ini dan mengecam Air Asia (AA) secara habis-habisan. 

Ramai yang tidak setuju dan akan kutuk apa yang aku nak komen ni tapi aku tak peduli, aku nak cakap jugak.

Bagi aku Air Asia tak salah. Dia bertindak atas procedure normal syarikat. Mana nak, keluarkan seorang penumpang atau jangkitkan satu flight dengan virus then semua orang saman kau? Sebagai syarikat penerbangan komersil dan berteraskan keuntungan, ofkos la AA akan pilih option pertama. 

Kita kesian sebab yang sakit ialah baby. Kita kesian sebab dia kene demam campak je. Ok, macam mana kalau budak tu ade H1N5? Mesti kau suruh masuk spital jugak kan? Tak kisah sakit apa, virus is virus. 

Kau cakap AA tak berperikemanusiaan, macam mana dengan famili members dia lagi 11 orang tu? Seorang pun tak willing untuk stay and tinggal dengan dia untuk teman dia kat Vietnam tu. Bila menulis bukan lagi sedih "Barangkali   dia  bak  tidak mampu  mempercayai  cabaran didepaninya tatkala itu amat getir. Tambahan pula suami tersayang  tidak bersamanya untuk mengharung detik hitam tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayatnya itu." Fine suami dia takde, famili members yang lain kan ada. Sorang pun haram takde nak teman. Semua orang pakat say bye-bye and tinggalkan dia sorang terkontang-kanting kt Vietnam. Kalau famili members dia sendiri tak kesian kat dia, kau nak harap Air Asia kesian kan? Memang tak la....

Penulis tu pun satu, nampak tak berapa pandai bila dia cakap orang Malaysia ke Vietnam biasanya untuk shopping, so tak bawak balik banyak cash. Dengggg... Macam mana nak kesian kat ibu tu kalau dia boleh bawak anak dia yang demam semata-mata nak shopping? Anak aku pun pernah kene demam campak, memang disaster nak jaga dia. Merengek sentiasa, makan taknak, minum susu taknak. Memang kene bagi perhatian penuh dekat dia. Takkan la semata-mata sebab kau dah tempah tiket flight, kau jadikan alasan untuk pergi jugak. Pergi sefamili 12 orang, ak confirm depa tempah tiket murah ni. Brape? RM100? Kau sanggup angkut anak demam semata-mata sebab taknak rugi RM100? You gotta be kidding me people...

Ak kerja dalam bidang HR yang memerlukan keseimbangan antara polisi dan hati budi. Bukan kerja yang mudah. Kita memang kesian tapi hakikatnya kita makan gaji dan terikat dengan peraturan syarikat. Kalau 1 kes kita lepaskan, akan banyak lagi orang yang akan minta kelonggaran yang sama. Tak semua perkara kita perlu pandang pada sudut perikemanusiaan aje. Masing-masing perlu ingat tanggungjawab sendiri. 

Satu je yang ak rasa memang salah AA ialah bila doctor and nurse pun cakap baby ok tapi mereka tak kasi jugak, tang tu nampak sedikit over jugak la. Tapi whatever pun ak tak salahkan AA sebab bagi aku siapa suruh kau bawak budak demam pergi shopping oversea?

Nak blame AA tak berperikemanusiaan, lupakah anda dengan peristiwa di bawah?


Aritu masa AA jalankan tanggungjawab sosial dan bersifat patriotik terbangkan askar kita ke Sabah pun kena kutuk jugak. Ah korang ni, semuanya tak betul. Dah ape je yang betul?

No comments:

Post a Comment