Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 3, 2013

Malaysia dan India tiada beza

Arini bukan Public Holiday dan ak cuti. Tengah dok kemas rumah sewa, diulangi, rumah SEWA yang sekangkang kera ni, tertengok plak cerita Intai-intai Deko kat TV3. Sape tak pernah tengok meh ak paste videonye.



Intai-intai Deko ni program pasal dekorasi rumah. But mostly rumah yang depa intai is rumah orang kaya. Dah tu, orang kaya je yang rajin deko-deko umah ni. Orang tak berapa kaya deko rumah pakai adiah dari kenduri kawen tu, segala cawan-cawan kecik gambo bunga ros yang kononnye vintage sangattt tu la depa letak kat display rak. Display rak tu pun adiah dari arwah nenek depa dulu. Layak ke masuk tv?

Korang tengok video yang ak post tu, kalau korang income RM3000 sebulan, korang jangan cakap ngan ak yang korang tak nganga tengok kehebatan rumah dia. Ini sikit je beb. Yang ak tengok tengahari tadi, dia bagi statement camni "Perabot dalam rumah ni takde kat market, semua saya design sendiri. Ada pun tak banyak la. Sebab saya nak make sure saya dapat rekaan yang saya nak. Kaler tangga ni takde kat pasaran. Saya sendiri pergi kilang tu and mix colour sampai la dapat kaler yang saya nak". Haa...ko mampu Jah pergi kilang untuk bancuh kaler ko sendiri? Tak payah kata nak bancuh, ko nak pilih kaler terhegeh-hegeh pun tokei cat tu dah jegil mata kat ko Jah, Ak tengok kaler tu serupa kaler silver je, tak nampak pon apa yang rare.

Dia sambung lagi "Rumah ni dah banyak kali renovate, kaler pun dah banyak kali tukar" Kite nak baiki pam tandas rosak pon tak mampu kan Jah? Lepas berak simbah jela air banyak-banyak. Lagi dia cakap "Saya jenis yang tak suka kunci rumah. Yang pintu depan ni yela kadang-kadang saya kunci tapi pintu belakang, pintu dapur saya tak kunci. Anak-anak jiran boleh masuk sesuka hati mereka" Wahai pencuri-pencuri sekalian, takyah la korang susah-susah nak mencuri pakai alat canggih-canggih, masuk jela umah orang kaya ni, melenggang pun takpe, pintu dia tak kunci pun.

Setiap inci rumah dia ada tv plasma. Sampai kat dapur pun tv plasma jugak. Yang ak kire ade la 5bijik kot. Begitu sekali uols tahap kekayaan mereka. Kau tak rasa ke lepas kau tengok rancangan tu n bila ko pandang rumah ko, tahap keluasan dia sama je ngan keluasan stor orang kaya tu. Paling sadis ialah rumah yang ko tengok tu pun sebenarnya rumah sewa, bukan rumah sendiri. Dan kau rasa sangat yang ko ni miskin tahap tegar....walaupun income kau RM3000 sebulan.

Patutlah sekarang ni rumah gila-gila mahal. Nun kat pinggir Putrajaya, rumah dah tahap juta-juta. Paling murah RM1.4m. Pedulik la rumah RM1.4m tu ade 10biji bilik tidur pun, pointnye is harga dia RM1.4m. Tu cara-cara pinggir Putrajaya, kalau tengah Putrajaya? And amazingly, semua rumah tu dah sold out. SOLD OUT! Even masa tu tapak rumah baru nak rata

Patutlah kerajaan susah sangat nak luluskan projek rumah mampu bilik. Aritu dengan bangga PM cakap kerajaan dah bina lebih banyak rumah mampu milik, iaitu sebanyak 3000 unit. Heh. 3000 tu banyak ke? Patutlah orang pakat dok cakap rumah mahal walaupun pada ak ok ape rumah RM300k, 3tingkat ape.

Lepas tengok Intai-intai Deko tu baru ak sedar betapa miskinnya ak. Kalau dicompare dari segi kekayaan, ak ni umpama 1sen je dalam harta dia yang bertimbun-timbun tu kot. Hakikatnya, orang lain semua kaya, ko je kayap. 

Kita ni makin lama makin jadi cam India, ada perbezaan kasta. Yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin. Salah siapa? Ak taktau. Tapi inilah keadaan Malaysia sekarang. Ak tak pandai ekonomi, tapi ak yakin ada sistem untuk ubah keadaan ni. Camne nak ubah sistem? Salah soalan. Bukan camne tapi siapa. 

Saya pilih Malaysia! (Dah takde tempat lain pun nak pergi...)

No comments:

Post a Comment