Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, June 23, 2013

Jalan-jalan

Lepas abes study aritu, I was deperately in need for vacation. Harus la release tension, macam nak tercabut mata and otak aku nak memyiapkan projek paper. Kebetulan En.Suami baru balik dari berbulan di perantauan (ewah ayat aku), so aku bukak tenet and beli pakej yang affordable. Nampak ade offer pakej di PD. Aku kedekut cuti, kalau gi jauh-jauh kene amik cuti untuk travel so PD pun PD lah, boleh pergi on weekend.

Port Dickson

Test kamera dulu. Pergi ikut highway KL-Seremban and exit Port Dickson


First stop, Cape Richado Lighthouse or Rumah Api Tanjung Tuan





Nak masuk kene entry fee RM1.50 sorang. Parking kereta kat pintu masuk, then menapak ke atas. Lelah jugak, tapi time aku datang tu ada staff nak naik atas, dia offer nak tumpangkan kitorang. Apa lagi, rezeki jangan ditolak, jimat tenaga takyah menapak. Masa aku pergi 10-15 tahun lepas, boleh masuk lighthouse ni but now Jabatan Laut dah takeover and dorang tak kasi masuk, tengok dari luar je.


Dah penat keluar peluh, chek-in bilik. Aku tido dekat Prima Inland, formerly known as Tiara Beach Resort. Dapat studio room, memang sangat luas.










Keluar makan malam kat luar, kat Seri Mesra Ikan Bakar. Sedap jugak makanan kat sini. Cume choices of seafood tak banyak. Tengok la gambar kat atas tu, pilihan ikan tak banyak, kerapu je ada. And paling mengejutkan ialah harganya sangat mahal. Untuk lauk-lauk yang aku order ni, aku kene RM120. Selalunya makan kat Bagan Lalang kalau setakat camni takkan jejak seratus. Puas hati tapi memang tak berapa nak rekomen kat orang sebab harganya. Lokasinya dekat ngan area Teluk Kemang.





Jalan-jalan kat Waterfront amik angin malam.


Esoknya breakfast dengan hotel sebab free breakfast. Not bad juga menunya.


The three of us
 
Lepas makan, mandi dekat hotel. Hotel ni istimewa sikit sebab dia ada taman tema air kat dalam. Tiket RM40 untuk dewasa, kanak-kanak aku tak ingat. Yang aku beli ni, tiket termauk dalam charge. Kalau korang nak beli pakej hotel ni, make sure harga tiket ke taman tema pun included tau. Syok sangat, Amani puas main gelongsor dan En.Suami puas swimming. Lepas mandi check-out.






Singgah makan tengahari kat Nasi Kukus Ayam Panggang ni. Lokasi sebeah Marina Apartment tu, tak jauh dari roundabout after tol. Aku tengok cam meriah, so tergoda untuk try. Kat sini takde menu lain selain Nasi Kukus Ayam Paggang ni je, air pun air tembikai je yg ade. Nasi kukus ni tak mcam nasi kukus yang selalu kita makan tu, yang kuah dia gulai kawah. Ini hanya nasi putih yng dikukus, ayam panggang, sos cecah dan sup kosong...tu je. Harga RM6 satu set. Rasa takla sedap sangat sampai ak mengigau nak ke PD untuk makan ni lagi but still, not bad. Mungkin sebab aku tengah lapar time tu, so laju ajela masuk dalam perut. Hehehe...




Ape lagi boleh dibuat dekat PD? Aktiviti wajib, jalan-jalan kat Teluk Kemang. Makan-makan, minum ABC/Cendol, tengok orang main air, and naik kuda cam famili aku buat ni ha. Muakaka...tak ride pun, just bergambar. RM2 amik la berapa keping nak amik.


Kat kolam taknak lak dia naik pelampung ni, dah sampai rumah baru sibuk nak feeling dalam pool. Alahai anak, nanti kite gi swim lagi ye.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment