Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 3, 2013

Testimoni

Kali ni punye post ada cam selekeh and pengotor sket. Jika anda mendapati post kali ini menyinggung perasaan anda, sila tingalkan blog ini sekrang jugak.

Siapa ada masalah buasir, sembelit dan susah nak berak, boleh stay.

Aku kurus, alhamdulillah. Tapi aku ada masalah susah nak buang air besar. Jadual buang air aku tak pernahnya cun, selalunye miss 2-3 hari. Masuk hari ke 4, hazabnye duduk dalam tandas lelama. Gigih nak membuang yang kadang-kadang hasilnya tak seberapa. 

Namun semua itu bukan masalah lagi sejak saya menggunakan produk....

 
Kapsul Pati Halia Nightriem Dunia Herbs

Tak mahal, RM30 je sebotol. Kadang-kadang kalau tokei kedai baik hati dapat la RM28.

Aku ada kawan yang ada masalah yang sama. Dia makan McD satu set large, 3 hari kemudian pun belum membuang lagi, takut tak? Kitorang memang suka try bermacam produk untuk melawaskan pencernaan ni tapi belum ada yang berkesan. Bila ak try pil Nightriem ni and aku rasa okay (dah masuk botol ke-2 ak makan skang ni), aku pun promote kat dia.

Aku: Amacam, berak tak?

Dia: Berak.

Aku: Alhamdulillah, settle dah masalah berak kita kan.

Dia: Tapi perut aku memulas

Aku: Kau gile...dasar taik degil taknak keluar, takkan kau expect lepas makan pil ni kau akan membuang dengan sukaria? Harus lah sakit perut beb.

Dia: Kau kejam.

Haa...itu jela side effect dia kot, perut rasa memulas. Tapi aku anggap itu normal la kalau nak berak mesti ade sakit perut sikit. Side effect lain so far takde. Aku makan okay je. Kalau ikut kotak, pil ni boleh kuruskan badan. Tang tu ak tak sure sebab aku memang sedia kala kurus. Tapi secara teorinya kalau usus kau bersih, tak mustahil kau boleh kurus sebab usus kau hanya serap zat-zat yang diperlukan oleh badan. Lemak tak sempat nak serap dah kene buang.

Post kali ni aku buat secara sukarela ye, takde dibayar mana-mana pihak. Orang kata benda baik elok sebarkan, tak gitu Kak Ton?

No comments:

Post a Comment