Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 22, 2013

E for Elephant & S for Swimming pool

Ak memang dah lama teringin nak gi sini. Eh, cam ayat ulang-ulang plak. But true..memang dah lama. Dulu ade kawan ajak gi sini tapi ntah kenapa ek ak tak pergi ngan dia. Kedekut duit sangat kot dulu..huhuhu... Bila En.Suami ajak gi holiday, ak betul-betul takde idea nak pergi mana so ajak jela En.Suami balik kampung dia kat Kuantan. Then terfikir, ha..why not singgah tempat ni, on the way je pun.

Pusat Konservai Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah 
(Kuala Gandah National Elephant Conservation Centre) 

Pusat ni terletak 15km dari pekan Lanchang, daerah Temerloh, Pahang. Kalau ikut hiway LPT (Lebuhraya Pantai Timur), exit Lanchang, dah boleh nampak signboard besar pasal tempat ni. Belok kanan, jalan terus, jumpa la pusat ni on your right. Kalau nak ikut jalan lama pun takde masalah, signboard nak ke sini memang banyak. Nampak signboard kaler coklat tu, boleh belok kiri, sampai simpang tiga, belok kiri lagi, then jalan terus. Don't worry, boleh memandu dengan selesa sebab jalan masuk ke tempat ni ok.

Masuk je centre ni akan jumpa bangunan ni dulu. Masuk dalam and register your name. Free je uols, jangan tak caye....Lepas register, kite akan dapat sticker, kene lekat kat badan.

Parking kat sebelah bangunan tu, then kene menapak masuk dalam. Posing kat sini dulu.

Ha, ni baru betul-betul pintu masuk. Posing lagi.

 
Jalan tak berapa jauh ke dalam, dah boleh jumpa GAJAH! Weehuuu...belakang tu anak gajah.

 
Bagi gajah makan. Makanan boleh beli kat tepi kandang gajah ni je. RM3 untuk seikat tebu. Gajah ni memang lapo so sila jangan kedekut dan rasailah pengalaman feed gajah.

Orang penakut nak bagi bapak gajah makan. Ko tengok betapa gigihnya gajah tu panjangkan belalai dia nak amik tebu dari tourist penakut ni. Arrghh...fear factor sungguh!

Rilek je En.Suami bagi makan. Pfftt...Amani takut gajah, tu yang melekat je ngan bapak dia.

Kitorang ni datang dah lewat (memang perangai ak la tu lambat bersiap nak jalan). Katanya kalau nak tengok elephant show kene datanng pukul 2. Lupa nak cite tempat ni tutup pukul 4.45pm gitu. Patutnya ada banyak lagi aktiviti. Boleh mandikan gajah, naik gajah (tengok experience blogger lain cam syok gile je) tapi kata penjual tebu kat situ aktiviti camtu dah takde lagi. Bila ak tanya kenapa, dia tak tau. Nak tanya officer centre ni, depa dah takde, sudahnya ak ditinggalkan dengan tanda tanya. Ala, kalau nak kan jawapan call ajelah centre ni, ape susah. Takpe, next time boleh datang lagi.

Overall ak rating tempat ni 5 bintang...sebab senang nak cari, tempatnya cantik dan selesa, dan yang penting sekalik, its free! Hahahaha.... 

For more information, you may visit http://www.myelephants.org/

Kitorang memang nak pergi bercuti so plan nak pergi Cherating. En.Suami was soooo insisted to go to this one hotel. Bila cek dalam tenet, full house plak so tak boleh nak tido. Tapi dah En.Suami nak nak jugak pergi, tak boleh tidak, so pergi la jugak hotelnya.

De Rhu Beach Resort, Cherating

Amani and Mama by the pool side.

Haa...inilah sebabnya. Nak sangat bawak anak kesayangan dia ni mandi kolam.

Swimmin pool + taman tema air, memang sesuai untuk kanak-kanak.

Nampak gaya macam bapak dia yang terlebih seronok berbanding anaknya.

The pool is open to public tapi kene bayar. RM10 for adult and RM7 for kids. Ni pool untuk budak kecik. Sebelah kiri ade pool untuk orang besar. Kanan pun ade pool jugak...pendek cerita memang banyak la pool kat sini. Boleh mandi sampai kecut. En.Suami beli tiket untuk ak jugak tapi miscommunication menyebabkan beg tu tertinggal di rumah. Akhirnya ak hanya duduk di tepi jadi tukang amik gambar. Pfftt....

No comments:

Post a Comment