Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 21, 2013

Keburukan media sosial

Tajuk post cam tajuk karangan yang kita selalu dapat time skolah je. Hehehe..

Lately ak meroyan bila bukak Facebook. For me, Facebook adalah ruangan untuk share news, berkongsi pendapat dan ilmu, and bertanya khabar kawan-kawan. Stalker gambar orang tu antara kegunaan penting gak tapi jatuh penting tahap dua la. Hehehe...

Memang tak dinafikan ramai jadikan Facebook tempat luahkan perasaan. Ak ade je kawan yang hari-hari post cerita sedih konon dia la manusia paling malang dalam dunia ni. Bila ada orang komen dia terlalu berfikiran negatif, or dia tak grateful, dia akan post plak "Orang kata ak tak bersyukur tapi hanya ak yang fahami derita jiwa ini". Wah..sedeyyyy.... For dude like this, ak memang tak kisah. Yes la annoying tapi ak faham. At times ak rasa luahan hati dia tu ikhlas. Dia rasa ditindas, so dia bagitau dalam Facebook. Post-post sebegitu sedikit sebanyak dapat sedarkan orang lain tentang perasaan orang yang ditindas ni.

Tapi bila ada kes camni.......terasa panassss je kepala ngan hati ak bila bukak Facebook;

 

Dah ko kenapa berdoa dalam FB? Berdoa menghadap Allah la ngok. "Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang" Abes, mak bapak dia tak payah sayang? "Bantulah suamiku ketika ak tidak mampu membantunya" Yes, ko memang tak membantu la kalau asik kejenye update status camni. 


Dari orang yang sama. Bangga la tu skang semua orang kat FB tau yang laki kau belikan kau Samsung S3? Dah lapok okeh...skang dh kua S4. Suami beli henpon tros i love u. Conclusion ak 1 je, ko materialistik! Eleh, tak heran la. Orang henpon ni buat hantaran, kau baru nak dapat? Kesiannn...

Seriously, perlu ke update status macam ni? Satu pengajaran pun ak tak dapat dari status dia. Yang ak nampak hanyalah orang yang feeling dia seorang je paling bahagia dalam dunia ni, then melagak. 

Ak jeles? Tak jugak. En.Suami baru je belikan henpon baru untuk ak aritu, takde plak ak gedik nak letak dalam FB. Ak memang sangat grateful..and to return the favor, hehehe...orang dah kahwin tahu la kot apa nak buat. For me, kasih sayang ni terlalu abstrak. Even kalau ak luahkan, takkan dapat gambarkan apa yang ak rasa. The feeling for him is too deep, beyond words. And most importantly, cinta ak adalah hak ekslusif untuk suami ak, bukan untuk orang luar amik tau. 

Mungkin korang tak stuju dengan statement ak. Ok, lets look from another point. Ko dok post status camtu, ko pernah fikir tak perasaan orang yang belum kahwin.. Or orang yang baru kematian suami. Sedih gila kot kalau depa baca. Ko akan buat depa stress and meratapi takdir mereka. Kau bahagia, tapi orang lain menderita, elok ke camtu?

Ni belum lagi kes orang post gambar rumah baru tapi caption "Alhamdulillah syukur dengan rezeki Allah" Humble la sangatttt... Padahal ko nak letak "Yeay yeay, ak ada rumah! Ko ade??? " kan.....

Buat ak fikir, mana hilangnya sikap rendah diri manusia sekarang. Masing-masing sibuk bermegah. Oh my oh my...what are we trying to prove? Come on, sebarkan ilmu, bukan kemegahan!

What, ak pernah buat macam ni jugak? Ok then, ak susun sepuluh jari mintak ampun. Ak akan lebih berhati-hati kelak. Harap-harapnya kite semua berubah.

Oh ye, kalau ak bermegah dalam blog ni, itu memang disengajakan. Perlu diingat bahawa blog ini tidak lain tidak bukan hanyalah electronic diary ak. Kat sini tempat ak simpan semua memori. So kalau ak post ak gi jengjalan sana-sini tu bunyinye cam ak bermegah, itu adalah adalah untuk ak sendiri, takde kene mengena ngan orang lain.

Sekian.

Note tapak kaki: Please be aware that the above writing is based on blogger's personal view only. Do not take it personally. Tapi sape makan cili dia terasa pedas la kan. Hehuuu...

No comments:

Post a Comment