Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 12, 2013

Our little celebration again and the story behind it

2 hari lagi birthday En.Suami tapi dia kene kerja, so terpaksa la diawalkan celebrationnya. Malam ni En.Suami dah nak bertolak le Perak, terpaksa la ak amik half day leave for the occasion. Takpela, anything for you sayang. Eewah!

Kali ni celebrate kat Sushi King plak. Ni kes mengidam aritu tak settle lagi. Sebenarnye baru lepas lunch, konon nak ringan-ringan jela tapi....mentekedarah juge akhirnya.



Orang yang dicelebrate lak keje jaga anak. Hehehe..


Ringan la sangat kalau siap order bento


Sesi buka hadiah


Budak kecik tu plak yang sibuk

Makan memang puas hati. Kene RM50 untuk 8 pinggan sushi, bento and air. Tengok, sekalik hadap sampai 8 pinggan, tu cara tak lapo tu, kalau lapo? Memang sedap la wa cakap lu. Amani pun suke, especially tue green tea. Bagus..boleh jadi foodwhore cam mak bapak dia, tak salah ak didik anak. Hehe..

This year En.Suami dapat a shirt for his birthday. Ada kisah disebalik shirt tu...

Alkisahnya ak tak bajet dapat celebrate birthday En.Suami sebab dia kene keje tapi tetiba dia dapat cuti plak. Harus beli aritu jugak before En.Suami balik, kalau tak, tak surprise la. Lepas keje ak terus kalut pergi Parkson Alamanda. Cari pun tergopoh-gopoh sebab nak kejarkan nak amik anak pulak..jam lagi. I got limited time to shop.

En.Suami ada berkenan kat 1 brand ni so ak memang dah aim nak beli kat situ je hadiah dia. Lepas pilih, panggil le orang yang jaga brand tu.

Budak: Baju ni takde kak, ada dalam stor

Ak: Dah tu, amik la (ak dah panas bila ak nak cepat, orang bagi statement agak stupik camni)

Budak: Tak boleh, kunci takde

Ak: (oh my....) Abes tu kunci pada siapa?

Budak: Budak yang jaga kaunter ni pergi break. Baru kejap dia pergi.

Ak: Abes tu macam mana skang? Saya nak beli jugak baju ni!

Budak: Tak boleh kak, kunci takde

Ak: Manager awak mana? Panggil dia! Takkan dia takde kunci? -- Masa ni ak dah tinggi suara. Orang keliling dah pandang-pandang. Dulik! 2 orang staff lagi datang kunun nak selamatkan oawan dia yang tengah buat muka bersalah ni.

Budak: Manager pun takde kunci kak

Ak: Korang nak meniaga ke tak ni? Pukul brape budak tu balik?

Budak: Pukul 7. Puan tunggu la dia, dia balik nanti puan boleh beli (sambil sengih kambing dan tetibe bersopan panggil ak puan)

Ak memang tak puas hati. Apa motif budak yang in-charge tu pergi makan bawak kunci sekalik? Apsal tak bagi je budak tu bawak baju-baju tu sume balik umah, takdela ak sakit ati tengok baju ada tapi tak boleh beli. Punye la ramai staff kat situ, dibayar beratus ringgit untuk cakap kat customer yang baju tu tak boleh dibeli, management bagaimanakah tu? Meh ak jawab..itu namanya management STUPIK!

Do you think I will walk away just like that? No way.... Ak terus pergi bahagian customer servis and dengan marahnya ak cakap "I want to file a complaint!" Wah..marah kalu,tetibe speaking London. Terkejut budak kaunter tu. Maaf la ye dik, hakak tengah marah ni. Namun, kemarahanku meruap bile budak counter tu cakap "Borang komplen dah abes" waaaahhh...masa ni ak rasa semua darah dah naik ke muka. "Wat??!!! This is so unacceptable! Ridiculous! Saya nak saman!" Wah...gitu gaya hakak bile da marah. Betul...ak tak tipu, memang gitu la ak mengamuk kat kaunter tu. Bila fikir-fikir balik banyak sangat ke duit ak nak saman syarikat besar tu? Abaikan..yang penting mak tengah marah masa tu nyah. Terus dia bagi ak kertas A4 putih kosong 1 untuk ak tulis. Menggigil-gigil tangan ak menulis sebab marah sangat. Nak tergelak pun ada jugak bila terdengar budak kat kaunter tu bisik "eee...lajunye dia tulis,panjang plak tu, marah sangat ye.."

End up ak beli jenama lain dan balik. Esoknya wakil Parkson call ak and mintak maaf. Ak sambung lagi marah "I don have 25hrs a day to spend 1 hour for a bloody salesperson" ak cakap dengan marahnye. "Yes yes we understand and we really apologize. We are investigating this matter" kata orang Parkson tu. Abes camtu jela...Dia call semata-mata nak minta maaf. Ceh ingat boleh le dapat voucher ke apa, nan hado... Tak kisahlah, janji mokcik pueh hati la at least rungutan mokcik didengari.

Fobia plak nak shopping kat Parkson Alamanda tu lagi. Kalau jadi lagi, memang jadi bahan jela ak nak letupkan the whole store. Dulik!


posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment