Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 20, 2013

High Hill

Cam tak kene je direct translation ak tu..

Kali ni nak post pasal jengjalan kat Bukit Tinggi aritu. Ni cite lama tapi baru nak update. Maklumla, sejak menjak jadi Superwoman ni, I busy sungguh.

Bukit Tinggi

Nak pergi Bukit Tinggi ni, kene masuk tol Gombak, bayar tol RM5, jalan terus arah Kuantan. Nampak simpang gi Genting, terus lagi. Tak jauh dari situ akan ada sign-board ke Berjaya Hills, belok kiri (kalau cari sign board ke Bukit Tinggi memang tak jumpa). Nama je Bukit Tinggi tapi takde la tinggi sangat pun nak drive ke atas. Kene hati-hati sebab jalannya buruk, tak macam jalan naik ke Genting. I think probably because tempat ni tak ramai visit, so jalan dia ala-ala jalan kampung (jalan kat kampung ak pun lagi cantik. hehehe). 

Then sampai kat kaunter tiket. Ada entrance fees ye uols. RM12 untuk dewasa, RM7 untuk kanak-kanak. Amani free. 

Ak memang dah lama gila nak pergi sini. Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak hasrat. First mesti pergi Japanese Village. Harus awal ye kawan-kawan sebab tempat ni tutup pukul 4.30.

Dari parking lot, kene menapak ke Japanese Village. Sila pakai kasut yang sesuai.

At one of the pit stop. Boleh tengok keindahan kehijauan hutan. Nice.

Selamat Datang. Gambar sefamili

Amani baru bangun tido, masam gila muka.

The Japanese House. Nak masuk kene bayar RM20, dapat pakai baju jepun tu and bergambar. Kalau tak bayar, tengok dari luar je. Huhuhu..

Sejuk gila air ni.

Replika rumah jepun.

Another attraction-Botanical Garden

Kat Botanical Garden ni ada Japanese restaurant. Price? Agak mahal. Rasa? Ntah, tak cuba.

Colmar Tropical. Posing maut feeling model.

Sneak peak of the site. 

Gambar ni diambil dari pintu masuk. Menara kat ujung nun kat tengah-tengah gambar ni is the end. So basically, ni jela 'town' dia pun. Kebetulan ak pergi ni masa Krismas so ada la Krismas tree tengah-tengah tu. Kat sini ada hotel, pub, game house, restaurants...hmm...tu jela kot. 

Ak pergi dah lewat so ini jela tempat yang ak sempat pergi. Mungkin ada banyak lagi tempat yang boleh dilawati kat sini. 

My comment? Untuk harga RM12, ak rasa tak berbaloi. Sebab takde apa pon kat sini yang ko boleh buat. Basically ini tempat untuk jalan-jalan cuci mata. Kalau nak tempat berehat, sini tempat yang sesuai untuk tenangkan fikiran. Tapi untuk bercuti bawak anak-anak jalan, tak kot....bosan.

Tapi tapi tapi........tempat ni memang usaha pelancongan yang baik. Tak mampu ke Jepun, at least kat Japanese Village tu boleh la nak feeling-feeling ada kat Jepun. Kat Colmar Tropical tu pulak boleh la feeling-feeling macam kat Perancis. Dengan adanya tempat macam ni, ada la jugak alternatif kita nak berjalan kan. Kalau tak asik ke mall je, bosan juge. 

So conclusionnya, kalau ada duit lebih, why not pergi jalan-jalan kan. ^_^

No comments:

Post a Comment