Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 29, 2013

Anak derhaka vs ibu meroyan

Ohhh...dunia hiburan tempatan sekarang dah jadi macam dunia hiburan Hollywood! Dah ada pulak kes saman mak bapak..isy isy isy... Orang glamor menang award, kau glamor sebab gosip. Popular segera!

Siapakah yang aku maksudkan? Malas nak cerita lanjut, gi cari sendiri.

Bila jadi kes gini, memang ramai salahkan si A ni dan dia dilabelkan sebagai anak derhaka. Siap suruh mak dia mintak maaf kat dia lagi! Wahwahwah dik...kau bangun mintak susu tengah-tengah malam masa kecik dulu, kau ada mintak maaf tak?

Aku sebenarnya tak salahkan A 100%. Korang memang takkan faham kenapa dia nak gaduh ngan mak dia sebab korang tak pernah gaduh ngan mak korang sampai camtu kan? Aku pun takde, Alhamdulillah. Mak aku terbaekk.... Tapi percayalah, tak semua mak macam tu.

Aku ada kawan yang aku kategorikan mak dia sebagai meroyan. Ni bukan meroyan yang biasa kita cakap time kita over stress tu, no - ini meroyan yang betul-betul meroyan. Asal kawan aku buat salah sikit je dia akan mengamuk. Kawan aku memang selalu kena halau keluar rumah. Sama seperti mak A, mak kawan aku pun pernah keluar statement "Ak tak halalkan susu aku kat kau!" "Kau ni anak setan!".  Kalau kakak kawan aku tak dapat balik sebab masalah kewangan, mak dia cakap "Kalau aku mati kau jangan balik tengok mayat aku!". Haa...nampak tak kat situ? So korang setuju ke tak kalau aku cakap mak dia ni meroyan? Masalahnya perangai dia camtu kat anak suami pertama je. Anak suami ke 2, dengan adik tiri kawan ak, mak dia okay je. Pernah adik tiri dia excident masa bawak kereta dia, dia kene RM3000 untuk baiki kereta tu, selamber je mak dia tak cakap pape, tak marah pun kat adik tiri dia. Tapi masa dia nak pinjam kereta mak dia, mak dia cakap "Kau ni hidup tak pernah nak menyenangkan hidup ak kan!".

Ye para pembaca sekalian, memang ada mak yang saiko camni. Tak semua mak sayang anak.


Fikir-fikir balik, kalau betul mak A tu mak yang penyayang, takkan dia sanggup keluarkan statement burukkan anak sendiri. Mak kau pernah pergi sekolah kau and cerita kat kawan-kawan kau yang kau kencing atas tilam? Or cerita yang kau tu bodoh tak reti belajar, pemalas tak suka buat kerja rumah? Tapi mak si A ni siap buat press conference burukkan anak dia. Anehhhh.....

And kalau mak tu mak yang baik, buruk mana pun anak dia, dia takkan keluarkan kata-kata kesat dengan mengatakan anak dia anak setan. Kalau anak tu anak setan, maka maknya ialah? Sila jawab sendiri. Anak kau kot, kau kandung 9bulan, kau lahirkan dengan penuh kesakitan, gamak kau nak caci maki dia. Buruk dia, buruk kau la sebab dia belajar dari kau and DNA kau ada dalam badan dia. Kalau dia buruk, kau doa dia jadi baik. Doa ibu ni makbul. Bukan buat press conference untuk buktikan anak kau jahat. 

Amik contoh cerita anak derhaka paling popular kat Malaysia. Dalam cerita Tanggang pun takde mak dia marah si Tanggang yang kurang ajar tu. Dia nanges turun dari kapal, sampai kat daratan terus dia sumpah anak dia jadi batu, abes cerita. Takde pun dia buat drama berlawan lidah atas kapal tu. Dalam cerita Anakku Sazali pun takde. Bapak dia just tampar sekali, pastu tepon polis suruh berkas anak dia, abes cerita. Takde pun dalam kedua-dua cerita anak tu kene carut kene maki. 

So conclusionnya bagi aku, kalau kau baca cerita si A, ni kau baca jela, baca kosong. Jangan amik kisah dan amik peduli sangat. Lantak la depa anak beranak nak gaduh, takyah kita nak judge sesiapa. Dalam hal ni mak dia saiko, and dia pun kurang ajar. Tak perlu la kau nak suruh mak kau mintak maaf kot, hutang budi kau kat dia sebab melahirkan kau pun tak terbalas lagi dik, takyah nak berlagak sangat. Ingat syurga bawah tapak kaki ibu. Jadi macam Najwa Latif and Nasha Aziz, bapak depa meroyan, depa rilek je. Lama-lama tutup la cerita sebab wartawan pun takde story nak keluarkan.

Ini nasihat untuk kita semua la. Terima jela mak kita tu buruk baik dia. And hal keluarga takyah heboh kat orang........apatah lagi kalau orang tu ialah wartawan hiburan Malaysia yang takde story sampai artis goreng sardin pun nak keluar majalah. Puih!

Wednesday, May 22, 2013

My baby can do what?

Anak memang suka sepahkan rumah - itu fakta.

Aku jenis yang biarkan aje anak buat sepah. Sepah la puas-puas, sebelum tidur aku akan kemaskan. Mainan berterabur satu ruang tamu, aku biarkan aje. Dia nak keluarkan bantal dari dalam bilik ke ruang tamu (ntah apa motip pun aku taktau), ak biarkan aje. Tak larat weh nak kemas, 5 minit lepas tu sepah balik. Cuma kalau dia makan bersepah, that one aku akan kemaskan immediately sebab taknak bagi semut datang.

Semalam macam biasa dia sepahkan makanan lagi. Dia taknak makan, kat situ jugak dia buang. Tapi yang bestnya ialah....

 Pandai sepahkan, pandai pulak amik penyapu kemas

Gigih nak menyapu sampah

Takde la gigih mana pun. Biasa kalau aku menyapu, sebelah pegang penyapu sebelah pegang penyodok. Dia nak tiru gaya ak tapi tak mampu sebab penyapu tu panjang, susah dia nak pegang. Last-last dia kutip sampah masuk dalam penyodok, dapat satu dua sampah, dia bawak pergi dapur. Siap la kononnya tu. Tapi jadilaaaa....

Bila anak dah pandai macam ni, memang rasa terharu sangat. Harapnya dah besar nanti dapatlah ringakna beban aku, boleh dia pulak tolong kemas rumah. Dia memang mudah tiru perbuatan aku. Ini one of the example. Selain tu dia dah pandai curi bantal peluk aku. Ntah sejak bila nak tido berbantal peluk, bantal peluk aku lak tu dia nak, yang lain dia taknak. Meniru aku le tu.

When this entry was posted, Amani baru nak masuk 15bulan tapi dah pandai meniru kan. Aku memang tak setuju dengan statement sesetengah parents yang suka guna ayat "Takpelah...dia kecik lagi". Hell no.... Masa kecik ni la time anak paling pandai. Masa tu macam-macam information dia serap. This is the best stage for the children to learn so parents kene banyak mengajar anak-anak time ni. Bila Amani buat perangai, aku memang cakap dengan dia "Amani dah besar tau, bukan baby lagi" Sounds funny tapi aku taknak dia terbiasa dengan perangai dia tu. Aku taknak dia beranggapan bahawa kalau dia buat perangai, dia boleh dapat apa yang dia nak. 

Lepas ni memang kene tunjuk example yang baik-baik je depan anak. Wallaweh....mampukah aku bersopan 24/7? Hukhuk!

Monday, May 20, 2013

Berperikemanusiaan

Arini nak komen pasal cerita yang tengah hangat diperkatakan sekarang. 

Ada kes seorang ibu tak dibenarkan naikik flight balik Malaysia sebab anak dia kena demam campak. Nak baca detail pergi sini.

Maka ramailah rakyat jelata yang marah dengan cerita tidak berperikemanusiaan ini dan mengecam Air Asia (AA) secara habis-habisan. 

Ramai yang tidak setuju dan akan kutuk apa yang aku nak komen ni tapi aku tak peduli, aku nak cakap jugak.

Bagi aku Air Asia tak salah. Dia bertindak atas procedure normal syarikat. Mana nak, keluarkan seorang penumpang atau jangkitkan satu flight dengan virus then semua orang saman kau? Sebagai syarikat penerbangan komersil dan berteraskan keuntungan, ofkos la AA akan pilih option pertama. 

Kita kesian sebab yang sakit ialah baby. Kita kesian sebab dia kene demam campak je. Ok, macam mana kalau budak tu ade H1N5? Mesti kau suruh masuk spital jugak kan? Tak kisah sakit apa, virus is virus. 

Kau cakap AA tak berperikemanusiaan, macam mana dengan famili members dia lagi 11 orang tu? Seorang pun tak willing untuk stay and tinggal dengan dia untuk teman dia kat Vietnam tu. Bila menulis bukan lagi sedih "Barangkali   dia  bak  tidak mampu  mempercayai  cabaran didepaninya tatkala itu amat getir. Tambahan pula suami tersayang  tidak bersamanya untuk mengharung detik hitam tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayatnya itu." Fine suami dia takde, famili members yang lain kan ada. Sorang pun haram takde nak teman. Semua orang pakat say bye-bye and tinggalkan dia sorang terkontang-kanting kt Vietnam. Kalau famili members dia sendiri tak kesian kat dia, kau nak harap Air Asia kesian kan? Memang tak la....

Penulis tu pun satu, nampak tak berapa pandai bila dia cakap orang Malaysia ke Vietnam biasanya untuk shopping, so tak bawak balik banyak cash. Dengggg... Macam mana nak kesian kat ibu tu kalau dia boleh bawak anak dia yang demam semata-mata nak shopping? Anak aku pun pernah kene demam campak, memang disaster nak jaga dia. Merengek sentiasa, makan taknak, minum susu taknak. Memang kene bagi perhatian penuh dekat dia. Takkan la semata-mata sebab kau dah tempah tiket flight, kau jadikan alasan untuk pergi jugak. Pergi sefamili 12 orang, ak confirm depa tempah tiket murah ni. Brape? RM100? Kau sanggup angkut anak demam semata-mata sebab taknak rugi RM100? You gotta be kidding me people...

Ak kerja dalam bidang HR yang memerlukan keseimbangan antara polisi dan hati budi. Bukan kerja yang mudah. Kita memang kesian tapi hakikatnya kita makan gaji dan terikat dengan peraturan syarikat. Kalau 1 kes kita lepaskan, akan banyak lagi orang yang akan minta kelonggaran yang sama. Tak semua perkara kita perlu pandang pada sudut perikemanusiaan aje. Masing-masing perlu ingat tanggungjawab sendiri. 

Satu je yang ak rasa memang salah AA ialah bila doctor and nurse pun cakap baby ok tapi mereka tak kasi jugak, tang tu nampak sedikit over jugak la. Tapi whatever pun ak tak salahkan AA sebab bagi aku siapa suruh kau bawak budak demam pergi shopping oversea?

Nak blame AA tak berperikemanusiaan, lupakah anda dengan peristiwa di bawah?


Aritu masa AA jalankan tanggungjawab sosial dan bersifat patriotik terbangkan askar kita ke Sabah pun kena kutuk jugak. Ah korang ni, semuanya tak betul. Dah ape je yang betul?

Thursday, May 16, 2013

Food Review: Umai Cafe, Putrajaya

Ak sefamili suka jalan-jalan amik angin petang. Kalau dah jalan-jalan, tak sah kalau takde makan-makan sekali. (Eh,ke memang motip berjalan petang tu ialah untuk cari makan?). Watever la...so kali ni nak buat 1 lagi food review.

Nama: Umai Cafe
Lokasi: Taman Monumen Alaf Baru, Putrajaya

Restoren ni tepi tasik betul-betul tak jauh dari monumen alaf baru tu. Ak taktau bila dia start meniaga tapi yang pasti setiap kali ak pergi, which was waktu petang, mesti restoren ni sesak gile. Waahh..cm sedap kan, harus try. Akhirnya tercapai jugak hajat.


Mee kari for me


Laksa Penang for En.Suami


Rainbow Cake for Amani

Komen: Sedap. Mee kari pekat dan banyak ayam. Laksa Penang En.Asben tak komplen, kire sedap la tu. Kek pun sedap, banyak Amani makan. Cuma ak rasa keknye dry sket. Air pun sedap.

Price sangat cun. Semua harga standard. Tak brape ingat tapi mee kari tu tak sampai RM5. Kek tu mahal standard la kan, kek murah kek marble je. Price memang cun dengan rasa and portion.

Please note bahawa ak tak dibayar mana-mana restoren so ak nak komen secara jujur. Secara jujurnya, restoren ni x cosy. Ada meja kat luar dan dalam so korang boleh pilih. But basically 2-2 sama je panasnya sebab time ak datang, ak duduk dalam tak rasa aircond pon. Takla pulak ak tanya tokei aircond dia rosa ke or tu memang suhu semulajadi restoren tu. Meja and kerusi besar tapi restorennye kecik. They try so hard to put as many table as they can so nampak serabut.

Servis kire ok, x la lama ak tunggu sebelum order sampai. Cume air lambat sampai tapi ak boleh maafkan je,mungkin nasib ak yang malang,bukannya kelemahan restoren tu. Staff dia ramai.

Overall, kedai ni kire not bad. Boleh la kalau nak cari port makan-makan. Dia ada jual western food sekali. Makan petang ada jugak cucur kalau nak.

Ak tak cakap sedap gila tau tapi kalau korang nak pergi, ak tak halang. Selamat mencuba!
posted from Bloggeroid

Monday, May 13, 2013

Perfect itu hanya satu

http://www.wanista.com/wp-content/uploads/2013/04/ironman3.jpg 

Aritu ak berkesempatan jugak tengok Iron Man 3. Agak terlewat kerana tiada kelapangan dan juga sebab panggung selalu full house bila ada filem box office camni.

Ak bagi 5 bintang untuk cerita ni!!!

Ak tak tau la mungkin sebab ak dah lama sangat tak tengok wayang, makanya bila ak tgk Iron Man kali ni ak jadi terlebih teruja. Tapi yang pasti perasaan ak masa tengok cerita ni sama macam tengok cite Transformers 1 dulu. Ngangaaaaaa....

Best gile dowh cite ni. Gile canggih teknologi yang Tony Stark guna kali ni, memang tak terjangkau akal pembikin filem-filem tempatan. More romance..ak memang tersentuh gila part Tony Stark protect awek dia tu. And this time skrip dia banyak unsur jenaka, so untuk orang yang suke release tension time tengok wayang cam ak ni, memang terhibur la. Eh, memang banyak kot ak gelak.

Kakak ak cakap "Tak suke tengok Iron Man sebab tak suke hero dia tua". Hmm..tang tu ak setuju la but amazingly, this time Tony Stark nampak macho gile kot. Tak nampak tua sangat. Cuci mata.

Point is ak memang teruja sangat dengan Iron Man 3 ni.

Tapi bila ak tengok film review untuk cerita ni sebelum ke panggung, dia hanya dpt 4 bintang. Hmm...ak memang tak faham. Apa yang kurangnya cerita ni? Apa yang tak best? Kalau ni ratingnye 4, filem macam mana ratingnya 5? If it is not a good movie, kenapa selalu pecah panggung?

Ak rasa kite ni selalu ade fahaman yang salah. Prinsip kite "There is no such thing as perfect". 

Yes true. Yang perfect cuma Allah. Tapi kalau manusia tak boleh dapat perfect mark untuk hasil kerja dia yang sangat bagus, then kenapa wujud 100% or 5 stars? Why not stop at 90% or 4.5 stars?

Mende ni ak sangat perasan masa ak buat research. I can say on 1% je yang dare bagi 5 (totally agree) point for question yang dia rasa betul. Yang letak 3 (either agree or disagree) ramai. Macam bangang lak ko tak tau apa yang ko rasa. Soalan simple "I like my work" pon letak tiga. Apa masalah? Ko suke letak agree. Tak suke letak disagree. Ko mesin ke takde perasaan atas apa yang kau buat?

Ridiculous! Bila bercakap pasal manusia, jangan harapkan kesempurnaan. Jangan compare manusia dengan malaikat. Kalau dia layak dapatr full mark, then give him what he deserve. Kite sendiri tak perfect, so layak ke kite judge orang tu tak perfect? 

Ak nak tunggu filem apa rating 5. So far memang tak pernah jumpa.

Saturday, May 4, 2013

Papaku pulang dari kota

Finally the man in the house has safely arrived home. Alhamdulillah.

Rindu dekat anak atanya so dia bawak anak dia main dekat taman.


Mama, Ayah..you stay there okay.


Bismillah..mintak-mintak la selamat lalu atas ni


Orang takutlah ayah..


Aiyoo...nak kene gelongsor ke camne ni...?


Panjat ikut bawah je tak boleh ke?


Everyday I shuffelin.. 

Inilah dua budak buah hati pengarang jantung saya. Sayang setengah mati, sehingga hujung nyawa...


posted from Bloggeroid

Friday, May 3, 2013

Malaysia dan India tiada beza

Arini bukan Public Holiday dan ak cuti. Tengah dok kemas rumah sewa, diulangi, rumah SEWA yang sekangkang kera ni, tertengok plak cerita Intai-intai Deko kat TV3. Sape tak pernah tengok meh ak paste videonye.



Intai-intai Deko ni program pasal dekorasi rumah. But mostly rumah yang depa intai is rumah orang kaya. Dah tu, orang kaya je yang rajin deko-deko umah ni. Orang tak berapa kaya deko rumah pakai adiah dari kenduri kawen tu, segala cawan-cawan kecik gambo bunga ros yang kononnye vintage sangattt tu la depa letak kat display rak. Display rak tu pun adiah dari arwah nenek depa dulu. Layak ke masuk tv?

Korang tengok video yang ak post tu, kalau korang income RM3000 sebulan, korang jangan cakap ngan ak yang korang tak nganga tengok kehebatan rumah dia. Ini sikit je beb. Yang ak tengok tengahari tadi, dia bagi statement camni "Perabot dalam rumah ni takde kat market, semua saya design sendiri. Ada pun tak banyak la. Sebab saya nak make sure saya dapat rekaan yang saya nak. Kaler tangga ni takde kat pasaran. Saya sendiri pergi kilang tu and mix colour sampai la dapat kaler yang saya nak". Haa...ko mampu Jah pergi kilang untuk bancuh kaler ko sendiri? Tak payah kata nak bancuh, ko nak pilih kaler terhegeh-hegeh pun tokei cat tu dah jegil mata kat ko Jah, Ak tengok kaler tu serupa kaler silver je, tak nampak pon apa yang rare.

Dia sambung lagi "Rumah ni dah banyak kali renovate, kaler pun dah banyak kali tukar" Kite nak baiki pam tandas rosak pon tak mampu kan Jah? Lepas berak simbah jela air banyak-banyak. Lagi dia cakap "Saya jenis yang tak suka kunci rumah. Yang pintu depan ni yela kadang-kadang saya kunci tapi pintu belakang, pintu dapur saya tak kunci. Anak-anak jiran boleh masuk sesuka hati mereka" Wahai pencuri-pencuri sekalian, takyah la korang susah-susah nak mencuri pakai alat canggih-canggih, masuk jela umah orang kaya ni, melenggang pun takpe, pintu dia tak kunci pun.

Setiap inci rumah dia ada tv plasma. Sampai kat dapur pun tv plasma jugak. Yang ak kire ade la 5bijik kot. Begitu sekali uols tahap kekayaan mereka. Kau tak rasa ke lepas kau tengok rancangan tu n bila ko pandang rumah ko, tahap keluasan dia sama je ngan keluasan stor orang kaya tu. Paling sadis ialah rumah yang ko tengok tu pun sebenarnya rumah sewa, bukan rumah sendiri. Dan kau rasa sangat yang ko ni miskin tahap tegar....walaupun income kau RM3000 sebulan.

Patutlah sekarang ni rumah gila-gila mahal. Nun kat pinggir Putrajaya, rumah dah tahap juta-juta. Paling murah RM1.4m. Pedulik la rumah RM1.4m tu ade 10biji bilik tidur pun, pointnye is harga dia RM1.4m. Tu cara-cara pinggir Putrajaya, kalau tengah Putrajaya? And amazingly, semua rumah tu dah sold out. SOLD OUT! Even masa tu tapak rumah baru nak rata

Patutlah kerajaan susah sangat nak luluskan projek rumah mampu bilik. Aritu dengan bangga PM cakap kerajaan dah bina lebih banyak rumah mampu milik, iaitu sebanyak 3000 unit. Heh. 3000 tu banyak ke? Patutlah orang pakat dok cakap rumah mahal walaupun pada ak ok ape rumah RM300k, 3tingkat ape.

Lepas tengok Intai-intai Deko tu baru ak sedar betapa miskinnya ak. Kalau dicompare dari segi kekayaan, ak ni umpama 1sen je dalam harta dia yang bertimbun-timbun tu kot. Hakikatnya, orang lain semua kaya, ko je kayap. 

Kita ni makin lama makin jadi cam India, ada perbezaan kasta. Yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin. Salah siapa? Ak taktau. Tapi inilah keadaan Malaysia sekarang. Ak tak pandai ekonomi, tapi ak yakin ada sistem untuk ubah keadaan ni. Camne nak ubah sistem? Salah soalan. Bukan camne tapi siapa. 

Saya pilih Malaysia! (Dah takde tempat lain pun nak pergi...)