Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 31, 2014

Looking back at the year 2014

Yohoi! Today is the last day of 2014! Oh my...how time flies so fast. So let us reminisce our wishlist for 2014, dah tercapai ke tak??

Wish 1: Langsir baru

Yang ni dah dapat. Aku tak ingat aku dah pernah post pasal ni atau tidak tapi takpela, kite repeat balik. Alkisahnya kakak aku ade follow sorang blogger ni. Pendek cerita kita boleh dapat harga kain langsir murah dengan blogger ni. Aku follow je kakak aku, aku tak follow pon blogger tu tapi konsepnya, sesiapa yang baca blog dia boleh bawak satu kampung beli langsir murah, tu je..as easy as that. Dalam keadaan ekonomi yang serba "mencekik" ni, bila ade orang buat promosi "murah hati" camni memang agak aneh dan pelik, tapi orang tua-tua kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, kite grab ke rezeki yang ada.

Sila visit this page Blogger Miera untuk baca selebihnya.

Aku grab kain yang harga RM69 semeter...dengan dia aku dapat RM5 semeter, tak ke leleh air liur? Errrmmm...tapi akibat kekangan bajet, sampai skang kain tersebut masih lagi kain, bukan langsir. Untuk tahun 2015 mungkin boleh buat wishlist "jahit kain langsir" pulak. Huhuhuhu....

Wish 2: Starcruise sail

Yang ini tak tercapai...but aku tak sedih. Sebab Danial kecik lagi, rasa tak sesuai nak bawak naik cruise. Boleh memang boleh tapi aku rasa nanti tak enjoy la..mana nak tour the cruise, mana nak susukan and tidurkan anak kecik. Kite postpone je la wish ni tunggu Danial besar sikit.

Wish 3: New job

This is my biggest wish for 2014 sebenarnya. Happily aku dah dapat tukar keje, not once but twice! Lepas habis pantang Danial aritu, tak sempat naik ofis, dah dapat offer keje lain. Masa dalam maternity leave jugak aku tender resignation. 

On April aku start keje baru dekat Damansara. Aku pernah post pasal keje baru tu. Excited memang excited dapat new environment, gaji pun lebih besar...tapiiiiiiiiiiiii turned out aku tak happy. Kawan-kawan la tak best. Takde kawan yang kamceng, rasa bosan sangat pergi kerja. Lagipun susah kerja kat Damansara tu, nak parking susah. Selalunya pergi kerja husband hantar dan ambil balik kerja. Kalau husband kene pergi outstation, memang hazab sangat kene bangun pagi drive ke stesen komuter, naik komuter, then tukar LRT, then naik pulak bas baru sampai ofis. Seksa!

Then on August aku dapat offer tempat lain. Ha yang ini aku tak pernah blog lagi. So now I am officially announcing that aku dah tukar kerja lagi and this time, education line plak. Jadi cikgu le pulak kite! But masih lagi dalam bidang HR, aku ajar subject HR. Kolej swasta je... Memang rezeki Allah nak bagi, berkat doa tak putus time bulan Ramadhan (kan doa orang berpuasa itu makbul), tempat kerja baru ni memang convenient sangat. Kolej masih di KL but bukan tengah bandar la. Kire dekat juga dengan rumah dan tak jem. Paling teruja, ofismate yang duduk sebelah meja rupanya tinggal satu taman dengan aku. Alhamdulillah!! Boleh pergi kerja dan balik kerja sama-sama, jimat! 

Basically apa yang aku hajati aku dapat dalam kerja baru ni. Cuma satu perkara yang kurang, gaji kat sini sangatlahhhhhh rendah. Kalau gaji dah rendah, benefits pun tak payah la nak sebut ye tak. Susah wooo nak manage hidup dari gaji besar ke gaji kecik. Tapi takpela, dah rezeki aku banyak ni je, syukur. Bak kata kawan aku, aku kurang tang ini je tapi aku dilimpahi kasih sayang. Huhuhu...yolaaaa....

Wish 4: Outdoor family portrait

Yang ini pun dah sebenarnya. Tapi hasilnya masih belum kelihatan. Ntah dapat tengok ntah tak sebab alkisahnya, aku tak bayar pun photographer tu! So ko rasa???

Visit page fotografer baik hati.

Dia ni adik sedara aku, now duduk kat Kelantan dan jadi fotografer kat sana. But some times dia akan turun KL. Masa dia turun KL aritu, aku mintak tolong dia ambilkan gambar aku sefamili. Aku memang dah cakap siang-siang yang aku tak dapat nak bayar... Bukan nak ambil kesempatan amik gambar percuma mentang-mentang dia kezen aku, cumanya jujur aku cakap kat dia yang memang aku takde bajet. Almaklumlah upah fotographer sekarang ni kan mahal. Kezen aku ni kalau amik job wedding pakej dia beribu. Kalau dia kasi aku bayar installment, aku boleh je bayar sikit-sikit. Tapi adik kesayangan yang baik hati ni setuju pulak nak ambilkan gambar aku. So kitorang jumpa aku Taman Tasik Perdana kat KL and shoot. But until now tak nampak hasilnya. Aku malas nak bising sebab aku tak bayar. Nantilah kot ade duit sikit, boleh bagi dia and tuntut gambar tu. 

Begitulah sedikit sebanyak cerita 2014 aku. Alhamdulillah everything went well for me. Untuk tahun 2015 so far aku belum ada apa-apa perancangan lagi. 2015 ni maybe aku guna pendekatan "go with the flow" je kot, lebih mudah begitu. 

Bye-bye 2014. Hello 2015!

Wednesday, December 24, 2014

Tribute to MJ



You watch this, and tell me why people can't love him. Tell me if there is any other entertainer like him. Tell me if being his fan is wrong. Tell me if he shouldn't be adored.

RIP Michael Jackson. 

Friday, December 19, 2014

Cerpen: Simple

Suasana sunyi di rumah. Pagi yang sangat dingin, matahari masih belum muncul. Salmah dan Izwan sedang bersiap-siap ke tempat kerja. Anak-anak sedang tidur lena di atas katil. Selesai siap, Salmah lantas menuju ke tempat kerja, meninggalkan Izwan seorang menguruskan anak untuk diletakkan di rumah pengasuh. Memang itu kerja Izwan.

Sampai di ofis, Salmah dan kawan-kawan sepejabatnya turun ke kedai makan di luar pejabat, breakfast. Sudah kebiasaannya dia makan di situ kerana tidak sempat makan di rumah. Izwan tidak masak sarapan pagi, dia pula malas untuk sediakan sendiri. Lebih senang dan selesa makan di kedai, tidak perlu kalut bangun pagi.

Setelah selesai waktu bekerja, Salmah terus pulang ke rumah. Anak-anak dan Izwan sudah sedia menanti. Izwan pualng lebih awal darinya, makanya anak-anak telak siap dijemput dari rumah pengasuh. Dia merehatkan diri atas sofa.

"Sayang penat? Sayang baring la dulu, biar abang masak untuk makan malam nanti." ucap Izwan.

Salmah hanya mengangguk lemah. Tiada ucapan terima kasih. Dia sudah lali, memang selalunya Izwan yang sediakan makan malam kerana dia yang sampai ke rumah dulu.

Tiba-tiba henfonnya berbunyi, nada mesej diterima. Dia membaca mesej tersebut "Jom ladies kita hangout malam ni". Salmah tersenyum. Spontan dia memberitahu Izwan "Abang, tak payah masak banyak-banyak, saya nak keluar dengan kawan-kawan malam ni ye." Sayup terdengar suara Izwan menyahut "Ok". Salmah terus bangun untuk mandi dan bersiap.

Malam itu Salmah betul-betul gembira dapat berjumpa kawan-kawannya. Walaupun sudah acapkali bertemu, namun dapat berborak dan bergelak ketawa setelah penat menghadap kerja seharian di pejabat, merupakan terapi baginya. Dia lebih suka bersama kawan-kawannya, bercerita tentang gosip artis, tentang trend fashion yang terkini, tentang kenangan sewaktu belajar bersama-sama dahulu. Topik-topik begini tidak betah dibicarakan bersama Izwan. Dengan Izwan biasanya topik yang lebih serius seperti hal anak-anak, kewangan keluarga dan masa depan....topik yang agak membebankan sebenarnya.

Namun istimewanya malam itu, pertemuan mereka dihadiri oleh seorang jejaka, yang agak kacak dan berketrampilan bagi lelaki sebaya mereka yang sudah 30an. Lokman adalah salah seorang rakan sekelas mereka dahulu. Lokman hadir kerana ajakan salah seorang kawan Salmah, mahu re-union katanya. Lokman kini seorang yang berjaya. Salmah begitu kagum dengan personaliti Lokman yang dirasakan sungguh berkarisma, bahkan Lokman begitu pandai menghidupkan suasana dengan jenaka-jenaka spontannya. Berbeza sungguh dengan karakter Izwan yang baginya agak serius dan membosankan.

Pertemuan malam itu tidak berhenti setakat di situ. Salmah dan Lokman bertukar-tukar nombor telefon. Mereka kerap berhubung. Perbualan yang pada awalnya bermula sebagai kawan lama, akhirnya membuatkan Salmah jatuh cinta pada Lokman, Dia begitu menyanjungi Lokman yang dirasakan serba lebih berbanding suaminya. Perasaan itu cuba dikawal, dia sedar akan status dirinya yang merupakan seorang isteri dan ibu kepada anak yang masih kecil namun dia tewas. Lokman terlalu baik, romantik dan sentiasa di sisinya di saat dia perlukan seorang teman. Lokman sendiri adalah seorang duda yang telah lima tahun bercerai. Kehadiran Salmah benar-benar mengisi kekosongan hidupnya.

Mereka seperti tidak dapat dipisahkan lagi. Jika tidak dapat bertemu, mereka akan berbalas mesej. Untuk mengelakkan dari pengetahuan Izwan, Salmah lock henfonnya. Izwan mula berasa curiga dengan sikap Salmah yang sering berubah-ubah. Pada satu masa, Salmah seakan dingin terhadap dirinya, namun ada juga ketika Salmah begitu mesra...seperti orang bersalah yang ingin menutup silapnya. Salmah juga semakin kuat berahsia. Jika ditanya siapa yang selalu menghubunginya, Salmah hanya akan menjawab panggilan itu dari client atau rakan-rakan sepejabat. Salmah juga sering balik lewat, makin kerap keluar rumah dan jarang melekat di rumah. Hal-hal rumah memang langsung tidak diendahkan. Anak semakin kurang bertanya tentang ibunya dek kerana sudah terlalu biasa. Malah anak semakin rapat dengan Izwan. Namun, kerana rasa kasih dan percaya yang terlalu tinggi terhadap isteri tercinta, Izwan tidak mahu berburuk sangka.

Sebelum terlanjur, Salmah harus berterus-terang. Malam itu dia nekad untuk berdepan dengan Izwan. Malam itu selepas makan malam, Salmah mengajak Izwan ke bilik tidur untuk mengelakkan perbualan mereka di dengar anak.

"Abang, Sal ada perkara nak terus-terang dengan abang" Sal memulakan bicara. Izwan mendegar dengan debaran di hati.

"Cakaplah Sal, apa yang serius sangat ni? Risau pula abang" kata Izwan sedikit tergelak, cuba mengurangkan suasana yang agak suram.

"Pertama sekali, Sal nak mintak maaf ngan abang. Sal berdosa pada abang. Sebenarnya, Sal dah jatuh cinta pada lelaki lain. Kami dah berkenalan dah hampir 2 tahun dah bang" jelas Sal sambil menundukkan muka, takut menghadap reaksi Izwan.

Izwan yang pada mulanya berdiri, jatuh ke lantai. Kakinya terlalu lemah untuk berdiri setelah mendengar pengakuan Salmah. Tidak disangka ruapnya apa yang dirasakan selama ini adalah benar.

"Kenapa Sal? Kenapa? Apa kurangnya abang?" tanya Izwan dengan air mata yang berlinang.

"Abang takde kekurangan, abang memang seorang suami yang baik. Sal pun tak tahu macam mana dan bila Sal jatuh cinta pada dia, perasaan tu datang tanpa diduga." Sal memandang sayu muka suaminya yang sedang menagis di depannya. Sungguh dia sayu...namun air mata itu tidak mampu melembutkan bulat tekadnya.

"Sungguh Sal sayang padanya. Sal tidak mahu berpisah dengannya. Tapi Sal masih sayangkan abang dan anak juga. Sal buntu" kata Sal lagi.

 ******************************************

Sekarang aku nak tanya korang, kalau korang jadi Izwan, ape yang korang akan buat?

Ceraikan Salmah? Sebab Salmah no use-no good punye pompuan. Salmah isteri nusyuz, memang layak diceraikan. Ceraikan! Ceraikan!

Ok, then aku nak mintak korang baca balik cerpen di atas, tapi tukarkan watak Salmah = Salman, Izwan = Izwani, Lokman = Normah. Mulakan sekarang.

Sekarang aku nak tanya soalan yang sama kalau korang jadi Izwani, ape yang korang akan buat?

Takkan nak ceraikan Salman pulak kan. Kuasa cerai bukan kat tangan pompuan. Paling tidak, hanya mampu mintak cerai...itu pun kalau la si Salman tu nak ceraikan. Paling tinggi pun Izwani hanya mampu menangis meratapi nasib diri yang malang.

Itulah stigma masyarakat kita. Kalau lelaki yang buat, its okay, tapi kalau perempuan yang buat, macam-macam nama digelarkan perempuan tu...nusyuz la, jalang la, gatal la. Tapi jalan cerita dan konsepnya sama je kan?

Kenapa jadi camtu?

Kepada lelaki di luar sana, camnilah... Whatever yang korang nk buat, fikir sekejap "macam mana kalau bini aku buat camni kat aku". Kalau kau tak suka dan tak sanggup dia buat camtu, kau jangan buat.

Itu je, simple.

Note: Cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Dah, stop buat spekulasi.

Thursday, December 18, 2014

Danial at 11 months


Yeay, Danial dah pandai jalan. Syukur Alhamdulillah.

I'm so proud of you dear. Love you to the moon and back!

P/S: Mama is getting emotional again tengok anak dah membesar.

Sunday, November 23, 2014

Danial at 9mos





Danial dah pandai berdiri. Hoyeah!!

Mama excited, another milestone for Danial. Lepas ni kite belajar berjalan pulak ye sayang.

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 19, 2014

Siapa boleh relate dengan cerita ni, kite geng!

Bulan 3 baru-baru ni, Isteri ajak saya ke Mid Valley. Ada Baby Fair katanya. Saya yang takda apa-apa kerja hujung minggu tu, ikut aje. Siap berkemas kami bertolak.

Dalam pukul 10.00 pagi, kami sampai kat sana. Awal. Namun, kelihatan sudah banyak kereta yang beratur untuk memenuhi parking. Alhamdulillah, nasib kami baik. Kami dapat parking betul-betul berhampiran lif. Saya keluarkan stroller kakak, ambil gambar nombor parking dan terus naik ke atas.

Sampai di atas, orang ramai telahpun membanjiri tapak festival. Saya ni jenis yang tak suka berada di tempat yang ramai orang. Lebih-lebih lagi yang crowded macam ni. Tapi, bila mengenangkan Isteri yang dah 7 bulan memboyot ni, saya hanya butakan mata dan pekakkan telinga. Lautan manusia saya redah jua. 10 minit berlalu dan saya masih di situ. Bertahan, memilih baju untuk anak yang bakal dilahirkan, bersama Isteri tercinta.

Tapi bila masuk minit yang seterusnya, saya surrender. Dengan kakak yang dah boring duduk dalam stroller, saya volunteerkan diri untuk menjaganya. Saya bawa kakak pusing-pusing di ruang legar aras berkenaan. Kakak yang suka explore ni meronta-ronta ingin keluar dari strollernya. Ok fine.

"Didi buka belt kakak. Tapi janji, kakak kena behave ok.."

"K.." Jawabnya mengambil suku kata belakang

Budak-budak, mana diorang kisah tentang janji. 'Bebas' je, ke hulu ke hilir dia lari. Apa yang boleh saya buat hanyalah bersabar dan kejar. Aduhaiii.....

Dari minit ke-11 saya tinggalkan Isteri membawa kepada 1 jam. Namun, bilangan pengunjung yang datang tidak menunjukkan sebarang tanda diorang bakal berkurang.

"Dah lama sangat ni. Jom kakak. Kita pergi kat Ummi" kata saya menarik kakak

Saya dukung kakak yang masih nak berlari. Sebelah tangan lagi saya gunakan untuk menolak stroller. Beg dia yang tergantung di handle stroller, membuatkan perjalanannya tidak lurus. Sungguh mencabar. Sekali lagi, berasakkan dengan pengunjung lain, saya gagahkan diri, membelah masuk untuk berjumpa Isteri.

"Dah ke Sayang..?" Soal saya sebaik berjumpanya.

"Yang ni je Abang..''

Tunjuk dia pada saya akan beberapa pasang baju yang berjaya dia pilih.

"Pampers new born belum beli lagi ni. Cane ye Abang..?" Sambungnya lagi.

Saya yang dah mula boring, cepat-cepat ingin beredar dari situ. "Kita cari kat lain je lah. Sini ramai orang sangatla. Kakak pulak taknak duduk diam. Penat dah Abang kejar.." Lapor saya meminta simpati.

"Ok lah. Jap ye. Sayang nak bayar.."

Dalam masa menunggu tu, kakak nampak budak-budak dapat belon free pulak. Berhempas pulas la saya mencari kat mana nak dapatkan belon tu. Hmm.. Takpelah. Asal awak duk diam sudah.

Selesai Isteri membuat pembayaran, saya terus nak tolak stroller straight ke pintu keluar. Tapi Isteri mengajak saya tawaf dulu, melawat booth-booth dalam sebelum keluar.

"Dengan ribuan orang yang membanjiri, awak nak redah masuk dalam jugak..? Tak payahlah.."

"Tapi bang, alang-alang kita dah sampai, kita masuk je la kejap. Pastu, kita balik lah nanti.."

Saya diam. Membisu. Tak kata apa-apa.

Selang beberapa saat, sambil memegang kening, saya menghela nafas. Panjang.. "Hmmmmmmmhhhhhhhh.." Dia faham dan tahu yang saya sudah takda mood.

"Abang selalu macam ni. Dah la. Jom la balik.."

Helaan saya membantutkan kemahuannya. Dia bertindak spontan. Menarik handle stroller lalu ditolak tanpa menghiraukan saya. Dia keluar. Saya pun keluar. Dia bengang. Saya lagi bengang.

Keadaan itu membuatkan saya panas. Rimas dan nak marah. Tapi semua tu saya tahan. Saya hanya membontotinya dari belakang. Saya biarkan dia menolak stroller sendirian.

Dengan keadaannya yang sarat mengandung, dia memimpin tangan kakak. Barang-barang baby, handbag gadjetnya dan beg anak diletakkan dalam stroller.

Kesian. Memang kesian.

Tapi kipas syaitan terlebih dahulu menyemarakkan api kemarahan saya daripada memberikan belas kasihan terhadapnya. Astargfirullah.. Menyesal sangat bila dikenang kembali. Huuu..

Dia berjalan menuju lif. Ditekannya button down dan kami ke AEON.

Setibanya di AEON, saya tinggalkan mereka di sana. Tanpa memberitahu ke mana saya ingin tuju, saya berlalu begitu sahaja. Ketika itulah, bisikan syaitan galak bersuara dalam hati saya. Katanya..

"Jika dia masih berkeras, kau tinggalkan aje dia. Biarkan dia balik naik teksi. Padan muka..!!"

Saya pergi. Tapi tidak jauh dari situ pun. Saya ke surau. Bertenang di bangku luarnya sambil kepala bersandar di dinding. Saya dongakkan kepala. Pejamkan mata. Dan mulut mula melafazkan kata-kata istighfar, memohon ampun dan bantuan dari-Nya.

"Astarghfirullah.. Astarghfirullah.. Astarghfirullah.."

Perlahan-lahan air mata saya mengalir dari alur tepi keduanya. Sedih. Sayu. Pilu. Hati saya begitu tersentuh.. Mengenangkan Isteri sukar memahami saya.

Pada masa tu, entah kenapa, tiba-tiba terlintas di fikiran saya kisah Mahatma Gandhi yang menghukum dirinya sendiri dek kerana anaknya tidak menepati janji. Dia merasakan dirinya adalah seorang ayah yang gagal apabila anaknya tidak menjadi manusia sejati.

Allah..!! Kisah itu terpalit pada diri saya. Sayalah yang bertanggungjawab menjadikan Isteri saya sebegitu. Mungkin cara saya mentarbiahnya belum sempurna. Semua itu tadi adalah salah saya bukan silap dia.

Sejenak selepas itu, saya berfikir untuk mencari mereka. Tetapi ego lelaki ini belum bersedia untuk tunduk mengakui kekhilafan sendiri. Hmm..

Setelah sedikit tenang, saya keluar. Berjalan menghampiri dinding kaca yang di bawahnya terdapat escalator. Tatkala memerhati gelagat seorang demi seorang yang lalu lalang, perhatian saya tertumpu pada sepasang suami isteri yang mempunyai dua orang anak.

Si suami mendukung kakak yang telah lena di bahunya. Manakala si ibu memegang adik yang bulat pipinya.

Saya teringat kakak.

Tak semena selepas itu, saya terdengar satu suara memanggil kuat panggilan saya.

"Di.."

Saya menoleh ke belakang. Tapi kelibat kakak tidak kelihatan. Ya Allah.. Perasaan rindu terhadapnya terus menyelubungi diri disertakan rasa bersalah terhadap Isteri.

"Apa yang telah aku buat ni.." Rintih saya separuh menangis.

Saya seluk saku seluar. Mencari iPhone untuk menghubungi Isteri.

"Ciss.. Masa ni pulak kau nak habis bateri.. Macam mana ni.."
Saya buntu.

Nafas sekali lagi saya tarik dalam-dalam.

Bertenang.

Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menunggu mereka sekitar 5 minit lagi. Jika tiada, saya akan berlari berkejar menuju kereta.

Setiap mereka yang lalu di hadapan saya, saya scan. Saya fokuskan mata hanya kepada dua warna. Merah dan turqoise. Ya. Itulah warna baju yang dipakai kakak dan Isteri.

"Bukan. Bukan. Bukan. Tu pun bukan. Yang tu pun bukan. Hahhh.. Sana, bukan jugak.."

Melilau saya mencari keduanya. Namun semuanya hampa. Pabila saya ingin melangkah memulakan larian, seolah datang satu ilham, mengarahkan saya untuk menoleh ke belakang sekali lagi. Dan ketika itulah, saya ternampak susuk tubuh Isteri sedang termengah-mengah menolak stroller, bersama kakak yang sedang relaks di dalamnya. Allah.. Syukur sangat pada-Mu ya Allah..

Saya segera mendapatkan mereka. Perasaan ego tadi tu saya buang jauh-jauh, pergi bersama serpihan-serpihan masa yang berlalu.

Saya ambil stroller dari tangannya. Saya galas handbag yang tersandang di bahunya. Saya pegang barang-barang yang dibimbitnya. Lalu dia menyuakan straw air coffee latte ke mulut saya. Saya minum. Selepas itu, kami berjalan bersama-sama dengan tangannya memaut erat lengan saya, seolah tiada apa yang berlaku. Oh!! Bahagianya saya rasa..

Kami berjalan menuju ke bawah. Mencari kerusi untuk berehat dan ruang legar untuk kakak bermain. Di situ juga kami makan roti dan menghabiskan baki-baki air yang tersisa.

"Abang.. Jom balik.." Isteri saya bersuara.

Saya masih diam. Tetapi hanya menjawab melalui perbuatan. Saya dapatkan kakak dan letakkan dia kembali di stroller.

Saya tolak stroller menuju escalator. Isteri yang mengikut di belakang, menyangka saya akan ke mesin auto untuk membuat pembayaran. Tetapi ternyata, jangkaannya silap. Saya sebaliknya menolak stroller untuk naik ke atas kembali.

"Jom, kita cari pampers new born baby.."

Tengok. Perancangan Allah. Cantik Dia aturkan semuanya. Saya yang tadinya dah tak sabar-sabar nak balik, kini menjadi orang pertama nak beli pampers baby.

Saya redah masuk sekali lagi. Dan Alhamdulillah, kami dapat beli 2 beg pampers dengan dapat diskaun lagi. Keluar tu, saya nampak ada pertunjukkan Transfomers kat bawah. Saya bawa kakak ke sana. Dia happy. Saya happy. Dan Isteri pun happy.

Selesai semuanya, barulah kami pulang.

Dalam kereta, Isteri dan anak tertidur keletihan. Saya memandang sayu wajahnya. Dan dalam perlahan saya berkata..

"Maafkan Abang Sayang.. Maafkan Abang atas 'kekasaran' yang Abang lakukan tadi.."

Saya kucup tangannya.

Setelah traffic light bertukar hijau, laju saya membawa keduanya bersama bahagia menuju destinasi cinta.

**Pesanan buat suami : Belajarlah mengawal amarah terhadap isterimu. Lumrah isteri akalnya satu. Sekiranya amarah menguasai diri, bertenanglah. Carilah masa seketika untuk berfikir dan merungkai amarah itu.

Pesanan buat isteri : Belajarlah untuk memahami suami. Andai ada rasa tidak senang tersimpan di hati, bertuturlah dengan suara keibuan sejati.

Buat suami dan isteri : Andai berlakunya pertelingkahan, elakkan bermasam muka berjam-jam lamanya. Ambillah masa untuk menenangkan hati. Apabila sejuk kembali, sapalah pasangan dengan kemaafan dan anggaplah tiada apa yang berlaku sebelumnya.

Kisah benar dari Karyawan Bisu
Safwan Ismail
**********************************************************
Aku copy paste cerita di atas dari facebook.

Habis baca cite ni, aku sengih sorang-sorang. Cite ni patutnya sedih, cite pengajaran, but I found it funny.

Sebab.....inilah aku! Hahahahhahaha...

Ye, memang inilah aku dan En.Suami bila kitorang gi keluar shopping. Memula cam happy je dapat pergi berjalan-jalan satu famili. Tapi bila aku dah start shopping, abes shopping je nampak obvious muka En.Suami yang bengang, tapi tak luahkan. Bukan tak tahu dia bengang, tau...tapi aku pun jadi bengang sama sebab yela, bukan selalu dapat shopping! Perempuan kalau shopping bukan cam laki, amik terus bayar. Nak pilih color dulu, nak survey dulu mana yang murah, then cari size...eh banyak la kejenye! Sejam tak cukup der....

Ego taknak kalah.

Yang paling aku rasa kelakar ialah part 'silent treatment' tu. True! Dah masing-masing diam. Dari awal-awal tadi elok happy-happy, dah sekarang tak bercakap dah. Tanya sepatah jawab sepatah. Dan yang paling kelakar, pastu buat like nothing happen. Hahahhaha! Sangat betul! Kalau mood tak baik, kadang-kadang sampai ke rumah diam tak bercakap. Tapi kalau dah reda sikit, elok la bercakap balik like nothing happened.

Seronok juge bila baca kisah orang camni. Ternyata apa yang kita alami adalah normal, sebab orang lain pun alami yang sama! Rasa cam nak komen kat situ "I feel youuuu...."

Lalala....

Thursday, November 13, 2014

Resipi cheese cake mudah

Post dulu, later-later try.




Wednesday, November 12, 2014

Legoland Malaysia

Pada bulan lepas (muahahha, baru skang nak update, gila sedey) aku dan famili telah pergi ke Legoland Malaysia yang terletak dia Johor Bahru (awat skema sangat ayat aku cam buat karangan periksa??).

Ni bukan pakai tiket MATTA , tapi pakai tiket Family Day company bapak mertua aku. Terima kasih BASF Petronas. Cayang cikit! So pergilah kami satu family kecuali adik ipar aku yang baru lepas bersalin, and bapak mertua aku sendiri sebab dia sakit. Dah kompeni support percutian percuma, sayang plak nak tolak rezeki, so terpaksa la mementingkan diri dengan meninggalkan bapak mertuaku seorang di rumah. Dia dah ok sikit sebenarnya so boleh je jaga diri sendiri. Kami pergi pun bukan lama, 2D 1N je. Pergi ari Sabtu, Ahad dah balik.

Skip la intro tak penting, kita terus pergi straight ke review untuk Legoland ye.

 Pintu masuk Legoland bersama baju sponsor oleh kompeni.

 Orang main air, dia sibuk susun lego kat tepi, aptb!
Note: Life jaket yang bebudak ni pakai disediakan oleh pihak Legoland, toksah risau anak lemas. Come in various sizes for all ages.


 Danial pun nak main air gak. 
Note: Pampers biru yang Danial pakai tu memang kene pakai, kira cam peraturan Legoland. Kene bayar RM10 kat kaunter masuk, dapat 2 pampers. Depa taknak bagi taik terapung-apung kat kolam le tu. Hakhak!


Bergambar bersama patung Lego yang 'bapok beso' kate orang Pahang.

Ini jela gambar yang dapat diselitkan, tapi gigih nak berblog juge, cam haram kan. Hahahhaha.

Review:

1. Kompeni support tiket ke Waterpark je tapi kami upgrade untuk masuk Theme Park skalik, kene topup la. But sayangnya due to time limitation, tak dapat nak enjoy sangat 2-2 park. So kalau korang beli tiket untuk 2-2 parks, make sure datang pagi-pagi and balik bila Legoland nak tutup. Kalau takde masa, jangan beli 2-2, buang duit je. Theme park tu luas sebenarnye, termasuk kene beratur lagi, memang makan masa. Aku advise korang beli tiket asing-asing. Contoh arini masuk theme park, esok masuk waterpark pulak.

2. Dia tak check pulak beg masa nak masuk, so boleh kot bawak makanan. Wallahualam.

3. Aku pergi Legoland ni hari Ahad. Kalau ikutkan tak ramai orang sebab Ahad JB cuti tapi ramai pelancong asing datang sini, so tetap penuh. Sila bersabar menunggu giliran.

4. Theme park ada mainan basah gak, air pancut-pancut, so bawak baju spare.

6. Kamera kene penuh bateri, banyak gila attraction untuk bergambar, landscape nye cantik. Personally aku rasa itu la tarikan utama Legoland ni. Nak harapkan mainannye tak seberapa pun. Kalau waterpark best lagi A'Famosa or Sunway Lagoon (kolam legoland kecik der, tak dapat la nak main ombak cam kat A'Famosa tu). Theme park plak best lagi Sunway Lagoon or Genting Highland (Legoland takde Vuvuzela). Tapi landscape tiptop, sana sini lego.

7. Theme park banyak roller-coasters. Kalau korang jenis semput, toksah la main, pergi waterpark sudah. Roller coaster paling best terletak di kawasan paling hujung dalam theme park, make sure korang aim tu dulu.

8. Kalau taknak susah-susah drive ke Legoland yang letaknya agak terpencil dari JB, boleh pilih untuk duduk kat Legoland hotel yang betul-betul dalam Legoland tu tapi mahal la sewanya. Aku duduk kat JB, kene drive jauh siki tapi takde masalah sebab ade highway, plus ari Ahad orang keje, jalan agak lengang.

9. Parking sangat luas dan banyak, cumanya tak berbumbung. Dengan cuaca yang maha hazab panasnya skang ni, sila cari parking yang paling dekat dengan bangunan Legoland supaya tak perlu menapak jauh-jauh. Kadar parking juga agak mahal, sila sediakan duit bebanyak.

10. Legoland ni bersih, sangat selesa.

11. Makanan mahal, standard taman tema la kot. Nak murah beli set combo. Kat luar Legoland, jalan dalam 50 meter ade banyak fast food restaurant, so toksah kalut tak cukup makan.

Itu jela kot nak komen. Aku taknak la rate sebab aku rasa nanti aku bias. Aku bukan main semua permainan pun. Aku rasa kalau bawak anak-anak kita, depa suke je kot (kecuali anak aku sebab dia takut air, pfffttt!!). Pergilah sendiri untuk merasainya.

(selingan: tiket MATTA aku untuk naik cruise kat Putrajaya dah hilang, dem!!)

Thursday, November 6, 2014

Danial at 8 months





Dah boleh merangkak dah.. And dah start meniti juga. Lambat merangkak, pastu terus nak belajar jalan.

Mama is now pening kepala sebab anak dah start aktif. Leka sikit je dah ke pintu. Senyap je bila tengok dok ralit main dalam bilik. Semua benda kakak buat dia nak tiru. Kakak guling dia guling. Kakak main dia rampas..pastu gaduh.

Pandai takpe, tapi jangan nakal ye nak. Mama love you ketat-ketat.

posted from Bloggeroid

Monday, November 3, 2014

Parenting Paranoid

Aritu aku ade nampak status kawan aku kat Facebook, dia tegur kawan dia supaya stop post pasal kes budak kena dera.

Recently banyak kot kes macam tu dilaporkan kat news. Paling femes kalau yang dera budak tu ialah taska. Dulu orang gaji suka dera, bila dah hantar ke taska, pengasuh kat taska pulak dera. Kes terbaru ni budak 3 tahun kene ikat tangan ngan kaki. Siap tunjuk gambar tu..dengan budak tu tak berbajunya. 

Sadis gila! Tak payah nak jadi parents, sesiapa pun waima yang takde anak akan sayu tengok gambar atau baca laporan macam tu, walaupun budak tu bukan anak kita. Memang sedih....dan menyeramkan juga.

So aku komen dengan post kawan aku tu, aku cakap "Aku stuju. Stop la post mende-mende camni. Jangan jadikan parents fobia. Nanti tak pasal-pasal kite jadi overprotective walaupun anak kita ok je sebenarnye."

Seriously, itu yang aku rasa. So far, alhamdulillah anak aku dijaga dengan baik. Even kalau aku bagi surprise visit pun kat rumah pengasuh tu, nampak anak aku ok je. Tapi bila asyik baca kes macam ni, aku jadi risau je anak aku kat umah orang tu. Ok ke tak, kene dera ke tak, cukup makan ke tak.. Isy, risau!

Then kawan aku reply "Bagus juga jadi overprotective, kita kene amik tau hal anak".

Wo wo wo....cop! Ok, kat sini aku tak stuju.

Protective boleh. But over protective, No! Na-ah! Nay! Nehi! Tidak!

Berdasarkan pengamatan aku la kan, kawan-kawan aku yang mak dia jenis overprotected, tak berapa nak berjaya dalam hidup. Belajar pandai pun, end up tak berani nak berdikari dengan berhijrah jauh dari family. 

Aku tak cakap semua, tapi kebanyakan. And yang pandai berdikari tu pun aku nampak, bukan atas 'didikan' parents tu tadi, tapi lebih pada sikap budak tu sendiri. Pendek cite, dia jenis 'rebellious'. Selama ni parents dia asik kongkong dia kan, so now dah cukup umur, dia bawak haluan sendiri jauh dari 'tampuk pemerintahan' parents ni tadi.

Ini cakap aku sekarang, which I plan to practice in the future. Tapi dengan peningkatan kadar jenayah kat Malaysia skang, aku tak nafikan pentingnya untuk ibu bapa tau kat mana anak dia berada, di setiap masa. Mungkin zaman akan datang, apa yang aku cakap ni tak applicable. Cuma perkataan 'overprotective' tu aku rasa tak sesuai. Care yes, concern yes, protective yes..but not overprotective.

Penah dengar lagu Britney Spears tajuk "Overprotected"? Dah tengok video klip dia? Cuba comparekan dengan album pertama dia. Ko rasa kenapa dia bertukar camtu?

Lagipun dalam Islam kan suruh kita bersederhana aje. 

Aku rasa yang jadikan "Overprotective tu okay" ialah sebab parents sekarang sangat paraniod dengan apa yang jadi kat luar sana.

Please, parenting is hard enough, don't make it worst. Stop the media exploitation!

Saturday, October 25, 2014

Macam-macam Amani - Kek harijadi

Aku ngan Amani berdua kat dapur bila dia tunjuk mixer atas meja.

Amani: Mama, apa ni?

Me: Mixer, mesin buat kek.

Amani: Ha, kek? Yeayyyy!!! Kek arijadi Amani ke?

Me: Bukanlah.

Amani: Arijadi mama ke?

Me: Bukanlah. Mama tak buat kek arijadi, mama buat kek pisang je.

Amani: Kek pisang? Pisang apa?

Me: Pisang la..pisang awak.

Amani: Awak siapa?

Me: Ok Amani, jom tido.

Larikkkk....
posted from Bloggeroid

Friday, October 24, 2014

Cerpen: Aku butuh kamu

Dian: Mas, kamu kenapa lagi marah-marah sama aku? Kelmarin juga begitu, minggu lepas juga begitu. Kenapa mas?

Randa: Kerna kamu selalu menjengkelkan aku! 

Dian: Seperti apa mas?

Randa: Seperti tempoh hari, kamu tidak menyediakan minuman seperti yang aku minta. Lagi kamu selalu sibuk sehingga nggak punya waktu menjaga anak-anak. Selalu saja dengan hp mu, kamu buat apa aja sih? Ahh..banyak lagi jika mau aku sebutkan!

Dian: Aku ini lagi sibuk melayan client-client ku mas. Kau bukan tidak tahu kerjaya aku gi mana.

Randa: Ya ya ya...aku ngerti kerjayamu, tapi anak-anak adalah keutamaan mu.

Dian: Tapi kamu juga bapa mereka kan mas, apa salahnya kalau kamu sama-sama tolong aku jaga mereka.

Randa: Dan kamu selalu memjadikan aku seperti kuli mu, kamu tidak menghormati aku selayaknya aku suamimu!

Dian: Maafkan aku jika kamu rasa begitu. Jika kamu tidak betah membantuku, kamu bisa aja terus terang ama aku. Aku bisa berdikari.

Randa: Ahhh..bukan begitu maksudku. Lihat kamu, selalu pantas membalas segala kata-kataku. Usah kita bicara lagi jika kamu tidak bisa mendengar kata-kataku.

Dian: Aku cuma nggak ngerti kenapa kamu selalu marah-marah gini. Aku ini isterimu, mas... Aku butuhkan kasih sayang kamu. Jika benar kamu menyintai aku, bukankah sewajarnya kamu memaafkan segala kesalahanku? 

Randa: Agar kamu bisa berbuat salah lagi?

Dian: Bukan itu maksudku mas. Coba kau hargai kelebihanku, dan memaafkan kelemahanku. Aku ini wanita tak sempurna mas. Aku butuh kamu untuk menyempurnakan ku, bukan untuk menghukumku. Bagaimana kita mahu cipta syurga yang bahagia jika kita terus berantakan seperti ini mas? Pulang ke rumah aja seperti beban yang menekan. Aku yakin kamu juga butuhkan yang sama kan, mas? Makanya aku mohon mas, aku mohon jika kamu bisa mendengar aku, berhenti marah aku terus-terus begini. Aku juga ada masa sebal sama kamu, tapi aku cintai kamu seadanya. Aku menikahi kamu atas baik buruk kamu. Aku harap kau bisa lakukan yang sama untukku.

************************

P/S: Aku taktau kenapa tetibe nk cakap Indon plak. Anyway, ini karya bebas semata-mata, takde kene mengena ngan lain.

Friday, October 3, 2014

Monday, September 22, 2014

Macam-macam Amani

Semalam pergi 7-Eleven, terasa nak makan aiskrim. Sibuk je Amani nak aiskrim jugak so aku cakap "Kita share ye Amani" and she agreed.

Sampai dekat rumah....

Me: Amani, mama nak sikit aiskrim.

Amani: Bukan Amani la, cikgu besar (pengaruh Upin-Ipin).

Me: Cikgu besar, mama nak sikit aiskrim boleh?

Amani: Tak boleh, nanti batuk.

Me: Tadi janji nak share.

Amani: Ok, nah.. (sambil sudukan sikit aiskrim).

Me: Meh la Mama nak pegang.

Amani: Tak boleh, nanti tumpah.

Makan la aiskrim tu, aku sudu banyak-banyak, pueh ati!

Amani: Isssyyy...asyik Mama je! Amani pulak, Amani pulak. (and stole the ice cream away)

Haih, saboooo jele. Anak dah pandai, camtu pulak ragamnya.

Wednesday, September 17, 2014

Poligami - Lelaki, baca betul-betul!

Aku rasa macam bodoh pulak bila ostat-ostat kata poligami ni untuk elak zina... Untuk salurkan 'nafsu' ke arah yg diredhai Allah... Ostat-ostat ni macam meletakkan poligami ni sebagai lesen melampiaskan nafsu aje...


Aku terfikir.... Kalau lelaki kawen... Kendian tengok perempuan lain, bernafsu, atas nama poligami maka pergilah dia kawen lagi satu sebab nak elak zina... Kendian nampak lagi perempuan lain, bernafsu lagi... Kawen lagi... Sampailah cukup kuota, agak-agak macam mana pulak lepas tu dia nak uruskan nafsu besar dia tu? Kenapa bila rasa bernafsu, tidak disalurkan aje dekat isteri dia yang sah? Jadi dekat sini apa masalah dia?

Masalah dia ialah NAFSU.. Jadi nak uruskan nafsu ni Allah dah berfirman:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (QS. an-Nur [24]: 30-31)

Itu yang utama.. Jaga pandangan. Allah tak suruh engko kawen sebab engko nafsu besar.. Siapa ajar tu ostat? Cukup-cukuplah memburukkan nama Islam dengan nama POLIGAMI ni... Jangan la nak sucikan NAFSU tu dengan lesen 'SUNNAH'... Poligami bukan sunnah... Mana ada perkara sunnah yang Allah letakkan syarat begitu ketatttt untuk dilaksanakan... Sunnah tu satu galakan.. Galakan tak pernah wujud berserta syarat yang ketat macam syarat poligami ni.

Semulia-mulia perempuan yang menjaga dirinya, keluarganya, anak-anaknya, makan minum suaminya, pakaiannya, hatinya, jiwanya, akhirnya bila sampai bab poligami, mereka umpama sehelai kertas yang tak berguna.. Tanpa hak, tanpa ada kata dua, tanpa pembelaan sesiapa... Sejak bila Islam mendoktrinkan hukum sunnah sebegini kejam? Aneh. Kerana doktrin ini, Barat memperlekehkan agama kita dan kita bergelak ketawa seronok.

Nabi bermonogami (kahwin satu) dengan Khadijah selama 25 tahun, berpoligami hanya 10 tahun. Kenapa perlu highlight poligami yang 10 tahun sedangkan monogami nabi yang 25 tahun tu lebih layak dijadikah sunnah? Dangkal! Nabi tak pernah berpoligami dengan anak dara.. Tak pernah berpoligami dengan wanita-wanita cantik... Nabi berpoligami dengan janda-janda kecuali Aisyah yang nabi kahwini atas arahan Tuhan. Tapi apa jadi dengan ostat-ostat yang berpoligami sekarang? Bukan main vogue bini baru ostat???

Oh, aku dah kira ahli neraka ke ni bila tolak sunnah? Ini bukan aku cakap ikut nafsu macam engko cakap poligami tu sunnah... Ini Jumhur Ulama yg bersepakat poilgami itu hukumnya harus. Bukan sunnah... Okaylah, tak tahu Jumhur Ulama tu apa benda, kita tengok lah Bukhari dan Muslim ada merekodkan Rasulullah melarang kesemua puteri baginda untuk dimadukan.. Habis yang ini engko nak cakap macam mana pulak? 

Aku naik bosan bila duduk ceramah agama, ostat-ostat bergurau senda pasal poligami ni.. Seronok ye ostat? Beribu perempuan terguris dengan senda gurau ostat yang kata "Poligami ni sunnah, lelaki no problem.. Bila-bila masa!".. Pandai kau ostat... Dekat mana hati nurani ostat-ostat ni terhadap perempuan-perempuan? Berdekah-dekah ketawa menjulang 'sunnah', tanpa hirau ada makhluk tuhan yang sepatutnya dijaga sebaik-baiknya, sedang terguris, terasa dan bersedih.

Islam ni agama syumul.... Agama yang tak terlepas satu zarah pun perihal kehidupan... Takkan lah Islam ni terlepas pandang soal hati dan perasaan perempuan kot? Engko yang nama ostat pulak pergi hiris-hiris hati perempuan.. Ewah ostat..... Perempuan ni ada pilihan untuk redha je ke ostat dalam isu poligami ni? Kesian perempuan kalau ikut ostat ni... Engko terluka macam mana pun, engko cuma ada 2 pilihan. Redha berendam air mata atau engko jadi ahli neraka sebab tolak sunnah... Kah! Kah! Ostat.. Ostat.... Poligami bukan pesta berseronok-seronok untuk lelaki ostat.... 

*****************************************

Again, aku copy paste ayat kat atas dari FBians. Aku pernah baca sirah Rasullulah, yes part setia Baginda pada Siti Khadijah dan part poligami tu betul.

Aku pernah terfikir gak pasal isu ni (normal la kot bagi wanita yang dah kahwin dok fikir pasal isu poligami), aku percaya dan yakin yang Islam indah itu sangat indah, tapi macam mana pulak boleh sakitkan hati wanita dengan benarkan dia dimadukan. Padahal status wanita dalam Islam sangat dipandang tinggi, isteri tulang rusuk suami kot. Bila baca artikel di atas, baru aku faham cerita yang sebenar.

Aku rasa, ostat zaman sekarang dok highlight tang nafsu tu sebab memang itu masalahnye dengan lelaki zaman sekarang ni, tak boleh control nafsu. Maklumlah zaman teknologi ni, gambar lucah dan video pornografi memang mudah sangat nak access. Takyah berusaha cari dalam internet, tengok ajelah perempuan kat luar sana, berbaju pun macam berbogel. Mana tak naik nafsu lelaki? Aku yang perempuan ni tengok pun kadang-kadang teruja. Masa zaman Rasulullah dulu mungkin tak banyak isu camni sebab Rasulullah ade untuk bimbing umat tapi zaman sekarang ni pemimpin pun kelaut, camne nak bimbing rakyat? Maka muncullah isu nafsu syahwat segala ni. Sebab tu la bila bagi ceramah, ostat cakap madu ni untuk elakkan maksiat, memang sesuai la sangat. Jarang lelaki kahwin sebab nak bantu ekonomi wanita yang dalam kesusahan (macam Rasulullah menikah janda), semuanya basically sebab nafsu.

Anyway, aku nak tekankan yang aku bukanlah golongan anti-hukum Islam. Dah Islam benarkan lelaki kahwin 4, aku setuju jela tapi tak bermakna aku sokong. Aku tak redha kot kalau laki aku kahwin lain, uiisyyy mintak simpag malaikat 44. Tapi kalau lelaki itu mampu, and kelemahan datang dari perempuan sendiri, why not izinkan aje. Tapi mohon jelaskan kenapa nak kahwin banyak, dan jangan gunakan alasan sunnah sebab dah terang lagi jelas Rasulullah tak poligami atas alasan suka-suka.

Jangan nak bangga tiru sunnah Nabi kalau diri sendiri sebenarnya macam syaitonnn. Sekian. 

Friday, September 12, 2014

Anak bertuah

Hantar anak kat rumah pengasuh pagi tadi, dia nanges nak basikal. Dekat tempat kerja dok teringat kat dia, call la dia kejap.

Me: Amani buat apa tu?

Amani:Tengok tv.

Me: Amani nangis lagi tak?

Amani: Tak...

Me: Ok good girl. Petang kang kite main basikal ye.

Amani: Yeay!

Tuuuttt tuutttt, dia letak tepon.

Bertuah punye anak! Penat je mama fefeeling rasa bersalah dan tak senang duduk kat opis.


Wednesday, September 10, 2014

Duit: Kalau Allah tanya nak jawab apa?

Mak ayah nak pergi umrah. Depa buat kenduri sikit, ajak jiran-jiran and kawan-kawan datang makan. Mak sibuk keluarkan segala koleksi pinggan mangkuk yang dia ada, nak bagi tetamu pakai katanya. Memang tak dinafikan koleksi pinggan mangkuk mak memang boleh buat kenduri, banyak!

Anak-anak tak puas hati. Kalau pakai pinggan mangkuk kaca, nanti lepas kenduri kene basuh, penat! Kalau pakai pinggan polistrene pakai buang tu kan senang. Tak kalut pecah pun satu hal.

Tapi mak jawab:
"Takpelah dik, pinggan mak banyak. Mak takut kalau tak guna, nanti bila mati Allah tanya, mak tak boleh nak jawab"

Ok, senyap. Ikut je kehendak mak.

*************************

My students need to do role play for their Training and Development class, its part of a mandatory project for the course. 40% of their marks is for this assignment, it is really a big deal. They need to be a trainer and do a training program. 

Semalam depa buat discussion, nak tentukan arah tuju program depa tu. Mintak izin amik masa aku mengajar, aku izinkan. Tekak pun dah perit dok mengajar, rehat sat 10 minit. Ketua depa dok depan kelas and mulakan perbincangan. Memula discuss tajuk, semua agree, settle. Then discuss baju, ketua cadang suruh pakai kemeja dengan kot, ade yang bangkang. Katanya yang duduk belakang tabir pakai t-shirt berkolar dah la. Semua stuju, settle. Then decide the colour of the shirt. Ketua cadangkan kaler hitam. Tetiba ada yang angkat tangan and ask "Kalau biru boleh tak?". Ketua tadi tanya balik "Biru ada banyak biru, ada biru tua, biru muda, blue black, biru yang mana? Kalau nak tetapkan biru, aku takut kaler tu tak seragam." Lepas tu kelas mula bising. Ada yang dok cadang kaler putih, yang lain marah, then mulalah semua nak cadangkan feveret kaler masing-masing.

Aku hangin. Terus bersuara dengan nada yang tinggi. "Attention class!!"

"Apa masalahnya ni? Tak suka hitam sebab panas? Kan buat dalam dewan, ada aircond, apa masalahnya? Takde baju hitam? Pinjam la dari abang, kakak, adik, emak, ayah, atok, nenek, jiran sebelah rumah, takkan sorang pun takde baju hitam. Kalau takde jugak apa salahnya beli? Duit elaun kamu banyak-banyak kamu buat apa? Beli buku teks tidak. Ni nak spend sikit untuk program yang 40% dari markah kamu, kamu berkira. Kalau kamu mati esok, Allah tanya mana duit yang mak bapak bagi kamu untuk study tu kamu nak jawab apa?"

Satu kelas senyap.

******************

Jalan-jalan di kaki lima kota raya memang penuh dengan baskers. Ada yang nyanyi sedap, ada yang kelaut, tapi gigih nak menyanyi jugak. Kalau suara sedap tu memang syiok la, yang tak sedap tu yang rasa nak suruh DBKL halau.

"Buat apa kasi mereka ni duit? Menyemak dan memekak aje kat sini. Orang asyik bagi duit tu la sebabnya dorang datang hari-hari kat sini" bising seorang pekedai.

"Biaq pi la, depa bukan buat menda jaat, depa caghi rezeki. Dah depa suka menyanyi, depa buat la kerja tu." tegur seorang lelaki yang kebarangkalian besar orang utara berdasarkan loghatnya.

"Dari bagi dorang duit, baik derma kat anak yatim" dengus pekedai itu lagi.

"Orang bukan bagi depa duit sebab depa mintak sedekah, orang bagi duit sebab orang suka depa nyanyi, kira upah la untuk depa sebab hiburkan hati orang. Kalau Allah tanya esok, hang jawablah hang tolong sahabat seIslam dapat rezeki yang halal. Elok depa nyanyi tang ni dari depa mencuri merompak." jawab lelaki Utara iu lagi sambil berlalu.

Pekedai itu masuk ke kedai dan meneruskan perniagaan seperti selalu.

******************************
"Wei, kau tengok ni, orang buta ada rumah banglo siot! Keje dia jual tisu je." cerita Mamat pada Mael.

"So, apa masalahnya?" tanya Mael.

"Betul jugak ek...modal tisu tu berapa sen sangat, tapi biasanya orang beli dengan harga RM1. Uiihhh, untung banyak tu!" terang Mamat bersungguh-sungguh.

"Asal buta asal OKU je kene hidup miskin merempat la? Orang camtu tak layak untuk jadi kaya la? Camtu maksud kau? Biarlah dia kaya, alhamdulillah rezeki dia. Dia kurang penglihatan tapi murah rezeki. Ko jeles? Abes ko butakanlah mata kau tu and pergi jual tisu malam-malam." jawab Mael lagi.

"Yela, kite beli tisu sebab nak tolong dia, kesian dia buta. Sekalik rupanya dia kaya. Pasni taknak dah aku beli tisu dengan orang buta" jawab Mamat dengan muka menyampah.

"Orang beli sebab niat nak sedekah, kesian dia buta. Elok juga ada golongan ni, dapat juga kita pahala sedekah. Nak harapkan kau tu pergi jumpa orang susah and bagi sedekah, memang tak la, liat! Makanya Allah datangkan dia pada kita untuk kita buat ibadah dengan senang. Kau ni, RM1 pun nak berkira. Nanti Allah tanya apa kau buat dengan duit kau banyak-banyak tu, kau nak jawab ape?"

*******************************

Note: Kalau jumpa baskers camni, bayar mahal pun takpe. Berbaloi-baloi!

Saturday, September 6, 2014

BM vs BI



CURAI? Apakah itu??

Aku bukan nak melagak tapi aku rasa dah tak begitu efektif kalau guna bahasa Melayu dalam hal rasmi, especially kalau tempat kau kerja menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi yang formal. Kata Kolej, dok mengajar dalam bahasa Inggeris, tetiba minit mesyuarat dalam bahasa Melayu. Aneh sangat. Untuk siapa bahasa Melayu ni? Siapa yang tak pandai bahasa Inggeris sampai kene menulis dalam bahasa Melayu? Nak serahkan minit mesyuarat pada Pakcik Jaga ke?

Kalau kerajaan tu aku faham. Siapa lagi nak mendukung kedaulatan bahasa Melayu kalau bukan kerajaan kita sendiri. Kerajaan memang digalakkan untuk guna bahasa Melayu. Tapi kalau institusi lain yang memang menggunakan bahasa Inggeris, bukan bahasa Melayu, rasa janggal kalau guna dwi bahasa. Memang takde masalah cumanya janggal, faham tak? Macam mana nak dapat taraf international kalau guna bahasa Melayu? Orang luar tak iktiraf kot.

Aku bukan anti bahasa Melayu. Aku sayang bahasa ibunda aku. Cuma aku rasa kelakar. Curai...siapa pernah dengar?

posted from Bloggeroid

Friday, September 5, 2014

MH17

Ramai mempersoal kewajaran jenazah-jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 disambut dengan istiadat sebegitu gah. Persoalan mereka, SIAPA JENAZAH-JENAZAH INI? Apa istimewanya mereka? Apa sumbangannya kepada negara sampaikan jenazah ini mendapat penghormatan sebegitu tinggi. Membuatkan YDPA dan Permaisurinya turut bangun memberikan penghormatan... Membuatkan rakyat 'pegun' di seluruh pelosok negara membacakan Al-Fatihah dan bertafakur..

Jawapannya, MAS adalah Malaysia!
Sebuah pesawat bernilai kira-kira RM1billion yang ditembak jatuh ini adalah front embassador kepada negara. Membawa imej Malaysia.. Membawa kebanggaan dan sentimen kenegaraan Malaysia kepada dunia. Di dalamnya terdapat 280 penumpang yang kesemuanya bernaung di bawah 'nama' Malaysia ketika itu. Negara Malaysia sedang bertanggungjawab ke atas kesemua penumpang dan anak kapal tersebut.
Jatuhnya MH17 umpama jatuhnya maruah negara. MAS dipersoal, dikeji, dikutuk dan dihina. Malaysia menjadi sasaran.. Pilu mengenangkan pesawat ini yang umpama 'anak' kepada rakyat Malaysia hancur ditembak di kala ia terbang menuju ke tanah air... Sedih mengenangkan ketika itu Malaysia umpama gagal melindungi penumpang-penumpang yang bernaung di dalam pesawatnya... Maruah MAS dan negara tercalar...
Mungkin ramai yang mengatakan MAS cuma sebuah entiti pengangkutan. Sebagaimana PROTON sebagai sebuah entiti pembangunan dan penghasilan kenderaan. Ramai tidak menyedari jauh sekali menghayati nama MAS pada jantung negara... Hati negara... Dan jiwa rakyatnya...
Ramai memandang MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan yang sedang jatuh... Tapi mereka lupa.. MAS lah yang selalu melakukan penerbangan-penerbangan ehsan demi rakyat dan negara. Di kala syarikat tambang murah yang dibangga-bangga meninggalkan satu keluarga di Ho Chi Minh kerana anaknya yang menghidapi down syndrome, MAS lah yang menghulurkan bantuan membawa baliK keluarga itu... Di kala Mesir bergolak, MAS lah yang menawarkan penerbangan ehsan untuk pelajar-pelajar Malaysia bagi urusan pemindahan.
Sebuah syarikat penerbangan yang mempunyai rekod servis antara yang terbaik di dunia ini melakukan semua ini atas dasar tanggungjawab dan nama negara.. Kalau bukan MAS, siapa lagi? MAS milik Malaysia.. Bantuan-bantuan mereka demi rakyat dan negara. Namun kita lupa, sebuah penerbangan bukan berkos RM0.. Bahan bakar, servis dan sebagainya tidak pernah difikir oleh kita. Berapa banyak penerbangan ehsan yang MAS lakukan dan berapa banyak kos yang ditanggung MAS sendiri? MAS tidak pernah mengungkit ini...
Jadi apabila sebuah pesawatnya ditembak jatuh, yang jatuh itu adalah nama negara, sebuah pesawat yang berjasa, sebuah pesawat yang berkhidmat demi negara dan rakyatnya.. Sebuah pesawat yang melakukan penerbangan-penerbangan jauh merentasi dunia... Sebuah pesawat yang kita jaga... Sebuah pesawat sebagai simbol kebanggaan negara. Tidakkah kita membayangkan bagaimana perasaan mereka yang jatuh dari ketinggian 40,000 kaki di udara...? Tidakkah kita membayangkan bagaimana lenyapnya kemesraan ciuman sepasang suami dan isteri sebelum penerbangan? Dan tidakkan kita membayangkan bagaimana leburnya jiwa keluarga mereka menerima berita sedih tiba-tiba?
Istiadat dilakukan bukan sekadar sebagai penghormatan.... Tetapi sebagai permohonan maaf... Permohonan maaf Malaysia dan MAS kepada rakyatnya yang tidak berjaya dihantar pulang dengan selamat... Jenazah-jenazah ini bukan seorang perajurit... Tetapi mereka duduk di dalam peswat ini dengan harapan yang 'gagal' disempurnakan... Harapan untuk selamat sepanjang berada di dalam perut pesawat itu... Harapan melihat dan menghadiahkan senyuman kepada ibu, bapa, anak-anak dan isteri tercinta.. Harapan untuk meluangkan masa bersama mereka....
Apalah salahnya jenazah mereka diusung pulang dengan jalur gemilang meliputinya.. Mereka ini rakyat kita.. Mereka ini pulang ke tanah airnya sendiri... Sebelumnya mereka berangan-angan untuk memijak kembali bumi Malaysia... Mereka ini pastinya merindui atmosfera negara.. Walaupun tiada lagi nyawa pada dada mereka... Kitalah yang memberikan 'nyawa' kepada mereka dan keluarga mereka... Abang, kakak, adik, ibu, ayah, anak, suami dan isteri.... Dan hilangnya MH17 adalah kehilangan 1 'anak' yang disayang-sayang oleh Malaysia dan rakyatnya...
Penghormatan ini bukan hanya diberi oleh rakyat Malaysia... Tetapi semua laluan penerbangan di seluruh dunia turut memberikan laluan kepada mereka.... Dunia pilu meratapi 'cinta' negara ini..... Hanya satu mesej yang ingin disampaikan MAS; "Maafkan kami..."..... MH17.. Captains and all Malaysians onboard, welcome home... Al-Fatihah~
‪#‎MASdihati‬ ‪#‎mh17‬

************************

Aku dapat petikan kat atas dari facebook seseorang yang telah di'share' beramai-ramai.

Sangat tepat, sangat bernas, sangat menyentuh jiwa. Yes, I agree with you.

Aku tak pernah pertikaikan cara Malaysia nak perabih duit buat isitiadat camni.

Yang aku persoalkan kenapa rakyat Malaysia kena bayar tol dan minyak pada kadar yang tinggi walaupun negara kita negara pengeluar minyak dan batu-batu untuk buat jalanraya adalah hasil bumi kita. Mana pergi semua duit kita?

Tuesday, September 2, 2014

Miracle in Cell No.7


Ni lagi satu, don't call yourself a parent kalau kau tak nanges tengok cerita ni. Air mata aku mengalir cam paip bocor baq ang!!

Tengok la cerita ni, highly recommended. 

P/S: Aku sungguh pelik kenapa industri filem kita tak boleh nak hasilkan karya camni. Balik-balik cerita hantu dan gangster bodoh yang takde kualiti. Rasa nak ludah pengarah, pelakon, cameraman, pemilik panggungwayang, termasuk budak yang koyak tiket wayang tu.

Sunday, August 31, 2014

Macam-macam Danial









Crazy over you!!

posted from Bloggeroid

Tuesday, August 26, 2014

Happy birthday to me!

Selamat Hari Jadi to myself!

Woott wott..bertambah 1 angka. Tua? Mana adaa..belum masuk 3 series lagi, muda lagi lettew. Hikhik!

Hari Sabtu aritu tetiba je demam. Bangun pagi rasa sejuk, lepak jap atas katil, sampai ke tengahari rasa sejuk, sah demam! Spent the whole day resting and sleeping at home. Adik ipar datang pun tak dapat nak layan. Nasib baik En.Suami ada di rumah, dapat tolong jaga rumah dan anak-anak.

Bila sakit camtu insaf la kejap. Takut juga kalau tak sempat celebrate another birthday tapi alhamdulillah di panjangkan umur. Semoga diberi kesempatan lagi untuk celebrate another 100years of birthdays ke? Aminn..

So for birthday this year, En.Suami belanja makan. Aku dari bulan puasa aritu teringin nak makan ikan bakar tapi biasala, time puasa semua restoren pun fullhouse. This time kitorang decide untuk celebrate besday aku awal, sebab kalau nak tunggu besday aku, time gaji confirm restoren tu penuh juga. Makanya semalam kami ke Ana Ikan Bakar Petai.

Ala...takde amik gambar pun. Menjak ada anak dua ni, aku kalau berjalan dah tak kisah henpon and wallet. Pening ar nak bawak banyak barang. Mana nak jaga anak, mana nak jaga barang berharga lagi. But I tell you, we really had a feast yesterday. Konon nak celebrate besday kan, order cam nak buat kenduri. Tomyam, kangkung belacan, telur dada, sotong celup tepung, ikan bakar, ikan tiga rasa, keropok lekor, sata...sume skalik kene RM123. Ko mampu makan 2 orang je sampai seratus lebih? Pendek cite makan sampai muntah. Tak abes pun semua makanan tu, bungkus bawak balik.

Arini punya cerita pulak, En.Suami insisted nak belikan kek, nak kasi aku merasa potong kek harijadi katanya (walaupun aku doubt itu untuk aku atau Amani sebenarnya). Ingat nak beli sepotong je tapi bila sampai kat kedai Amani sibuk tanya "Nak yang bulat-bulat (the whole cake) boleh? Boleh?", belikan jugak la kek sebiji. Sayang anak punya pasal kan... Makanya terjadilah upacara di bawah.


My birthday cake.


Budak kecik tu yang eksaited.

I don't need expensive gifts, sumbatkan aku makanan sedap-sedap je, I am more than happy.

I love you so strong la Abang!

Bila dah bertambah umur ni, throwback gak la pencapaian aku setakat ni kan. Sebenarnya banyak lagi impian yang tak tercapai. In fact ada sesetengah impian yang dah terkubur pun. Umur dah lanjut ni, rasa tak sempat nak capai semua. Status sekarang pun dah berubah, tak semua impian masih relevant. Kalau diikutkan, memang agak frust tapi kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Bak kata orang bijak pandai dan alim ulama;

"Do not cry for what you do not have, but be grateful for what you do"

Kepada yang wish happy birthday tu, terima kasih banyak-banyak. Semoga doa baik kalian dimakbulkan Allah. Wish Allah granted the same for you. Amin.
posted from Bloggeroid

Friday, August 22, 2014

Tiba-tiba (weird...)

Dapat call dari En. Suami

En Suami: Ayang ada curang ngan abang tak?

Aku: Ha??? Takde pun. Kenapa tanya? (gelak, gelak. Kufikir dia sengaja nak mengada)

En Suami: Ada orang cerita kat abang. Tapi abang tak nak percaya cakap dia, abang percaya cakap isteri abang la. (nada serius)

Aku: (Confuse) Siapa cakap camtu? Siapa?

En. Suami: Takde siapalah. Ok bye.

Ok.....ini adalah sangat weird....

Kadang-kadang En. Suami memang suka tanya soalan pelik-pelik and mengada like "Sayang abang tak?" "Nak cari lain tak?" "Menyesal tak kawen ngan abang?". So bila dia tanya soalan aku curang ke tak tu, aku rasa dia sengaja la nak bagi soalan rambang, cam soalan-soalan lain tu. Memang dah jadi kebiasaan aku jawab jela soalan-soalan tersebut dengan bersahaja.

Tapi bila dia bernada serius, terus aku terdiam. Dia ni betul-betul serius ke main-main??

Pendirian aku tentang curang.... Aku memang tak sokong langsung kalau perempuan curang. Tak kira suami tu dayus macam mana pun, isteri tak boleh curang. Dosa lelaki tu biar dia tanggung, jangan kita pulak nk buat dosa. Perempuan bila dah kahwin, syurga dia berpindah ke tapak kaki suami. Dari situ kita dah faham betapa besarnya role isteri terhadap suami, dan dengan curang, kita dah melakukan dosa yang amat besar sekaligus menidakkan hak kita terhadap syurga...tak kira la banyak mana pun amal kita. Kalau dah suami tu penjaga pintu syurga kita, kau buat dajal dengan penjaga tu, kau ingat dia nak bagi ke masuk pintu tu? Sila jawab sendiri.

Aku faham kalau ade yang jatuh cinta dengan lelaki lain selepas kahwin. Hati kita ni kita tak boleh duga, dan rasa cinta ni memang tak boleh control, dia datang tanpa paksa. Tapi itu tak menghalalkan isteri untuk curang. Kalau betul jatuh cinta dengan lelaki lain, terus terang aja dengan suami and mintak cerai secara baik. But selagi status kau adalah isteri, jangan curang!

Kalau betul la ada orang buat cerita kata aku curang, nauzubillah... Siapalah yang nak tengok rumah tangga aku musnah tu. Semua kawan lelaki aku En. Suami kenal, maksudnya aku memang cerita kat dia pasal semua kawan lelaki yang aku rapat. And most of them dah kahwin. Ade sorang tu bujang lagi tapi memang takde ciri-ciri nak kahwin (dia lelaki istimewa, if you know what I mean). Aritu adik angkat aku, lelaki, datang beraya kat rumah, En. Suami pun ada sekali. So memang tiada istilah curang kat sini.

Aku mungkin bukan isteri yang baik, dan En.Suami mungkin bukan suami gambaran novel, tapi untuk curang, tak tercapai akalku. 

Nauzubillah.  

Wednesday, August 20, 2014

My baby can do what?

At almost 7 months, finally Danial dah pandai pegang botol sendiri.



Good boy.

posted from Bloggeroid

Thursday, August 14, 2014

Appreciate the mother

A Japanese tribute video dedicated to mothers with new born babies has moved audiences to tears. 

In the video presented by Pampers, it showed Japanese mothers bringing their babies for their first-year check-up at the hospital. 

During the visit, they brought up observations about their babies and also voiced their concerns to the doctor. 

One mother said: "I'd worry myself to tears everyday" while another asked "Am I doing it right?". 

Little did they know, they were about to be welcomed with a photo tribute to them. 

Led by their husbands, the crew helped to line the walls of the hallway with intimate and heart-warming photo moments of the mothers together with their families. 

Some photos feature scenes of their delivery, others are of day-to-day activities. Pasted below the photos were captions written by the fathers. 

One read: "I almost cried when you first said "hello" to our son", another read: "You were in such pain. But acted so strong". 

After the visit was over, the mothers walked out and were welcomed with the photo gallery. 

Their reactions were varied but they all ended up in tears and smiles. 

One mother was so shocked that she let out a yelp, while another just stood motionless for awhile, before tears started to roll down her cheeks. 

After they exited the hospital, their husbands thanked them with a cake and a warm embrace.

 

******************************

Don't call yourself a mother if you do not cry watching this video.

Air mata aku mengalir cam paip bocor bak hang!!!

Tuesday, August 12, 2014

Misteri perempuan


Kisah Laki Bini part 721
---------------------------
Misteri orang perempuan.
Lepas mandi, aku check dalam almari, nak cari baju pagoda, atau baju kungfu, atau baju panas ( T-shirt nipis warna putih) tapi nampaknya tiada stok dalam lipatan, aku ada 5 helai baju ni, bermakna mungkin berada dalam bakul baju sebelum di basuh, atau mungkin berada dalam mesin basuh, atau mungkin berada dalam bakul baju yang sudah dibasuh belum dijemur, atau mungkin ada di ampaian, atau mungkin ada dalam bakul baju yang baru di angkat.
Bini yang sedang memasak ditanya aku:
“Kat mana baju panas abang?”
“Dalam bakul baju bilik depan, saya belum sempat nak lipat”
Aku pergi bilik depan, ada 2 bakul baju, satu bakul baju orang dewasa, (baju kami laki bini) satu bakul baju anak anak, (ada 5 anak) akupun selongkar cari baju panas aku dalam bakul baju orang dewasa tapi tak jumpa. Cara cari lihat kain warna putih, tapi bila tarik, bukan baju panas tu.
“mungkin termasuk dalam bakul baju anak-anak”
Bisik aku yang mula rasa panas, lantas akupun selongkar pulak cari baju panas dalam bakul baju kanak kanak, lagilah tak jumpanya!.
Aku yang sudah panas! Lalu jerit:
“Takdepun abang cari dalam bakul, atau awak belum basuh!?”
Bini kecilkan api dapur dan datang dengan gaya larian macam jogging siap dengan gerak perlahan sambil berkata:
“ye, cik abang, salah saya cik abang cari baju tak jumpa”
Aku nak tergelak tengok bini buat lawak yang mengingatkan aku pada babak suri rumah jepun yang setia. Tapi aku dengan ego lelaki, langsung tak senyum dengan lawak bini malah siap murka lagi:
“Abang cari dalam kedua dua bakul tak ada pun, jika tak ada cakap tak ada, tak payah susah susah abang nak cari!”
Bini dengan senyuman yang masih belum berhenti terus seluk tangan dalam bakul baju orang dewasa, keluarkan baju panas sambil berkata:
“ini baju abang, saya sambung memasak ye bang!”
Arghh, dulu jika barang hilang, bini cari terus jumpa, hari ni baju pun sama, sekali seluk dah jumpa?
Misteri sungguh orang perempuan ni, bela jin ke apa? Woha!

*************************************************

FBians mesti dah baca kisah ni sebab tengah viral sekarang. Mana yang dah jadi isteri tu dok berebut-rebut share story ni.

I likeeee!!!!!!!!!!!!!!! 

Itu ialah aku.

Mende yang paling kerap kene cari ialah wallet En. Suami. Susah nak cari sebab wallet dia colour coklat gelap, susah nak nampak tapi of course, aku jugak la yang berjaya cari. Betullah, memang isteri ni magic. 

Tapi aku rasa nak cari gak la wallet kaler oren ke, pink ke supaya senang nak cari nanti.