Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 28, 2013

To my husband




A Thousand Years - Christina Perri

Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave?
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone?
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer
One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

**********************************************************

It has been three weeks but it feels like three months since we last met. Setiap kali cakap kat telefon, En.Suami akan suruh ak setia, jangan keluar ngan laki lain, jangan curang. Dia siap mimpi ak curang dengan dia. OK, funny sangat tu ye bang. Ni bukan zaman kapel-kapel nak curang. Dosa besar kalau isteri curang, eeee....takut! 

So to my dearest husband who I miss soooo much, I dedicate the above song specially for you. XOXO

Sunday, March 24, 2013

Till we meet again

Selamat engkau pergi
Pahlawan ku pembela nusaku
Selamat engkau berbakti
Membela untuk negaramu

Seruan nusa bangsa
Memanggil dikau pahlawan muda
Membela ibu pertiwi
Dengan semangat yang sejati

Selalu ku doa kepada Tuhanku
Atas keselamatan dirimu
Selamat kau pergi dan berjuang
Ku nanti bila kau pulang...

**********************************************

Lagu ni ak belajar masa sekolah rendah time kelas muzik. Lagu ni memang lagu kesukaan ak, selalu ak nyanyi.

Tapi tak sangka, lagu ni jadi kenyataan dalam hidup ak. En.Suami pergi berjuang untuk negara, tak tahu bila akan pulang.

Demi Allah ak memang risau. Rindu apatah lagi. Tapi ak cuba tabahkan hati. Merenung pun takde guna, dah takdirNya begini. Ak cuba sibukkan diri dengan kerja tanpa henti. Mesti En.Suami marah sebab setiap kali dia call, ak busy. Bunyi macam tak peduli, tapi kalau tak macam ni, rindu akan memakan diri. Biar ak dengan cara ak sebab apa yang ak lalui ni, hanya ak dan Allah yang tahu.

Semoga abang selamat pergi dan pulang. Doa ayang mengiringi perjalanan abang. Till we meet again... I love you with all my heart.

Kajang hamba musafir lalu..



Tengok...ni la cara-cara dah 2 tahun kawen and dah ada anak. Rindu katanya tapi gambo ak sekeping je dalam laptop dia. Anak diutamakan, isteri diketepikan. Oh sedih...

P/S: I know u love me..

Friday, March 22, 2013

We are who we are

This is what we call back to the root yaw..jyeah jyeah!!

Rembau Most Wanted - WARIS


I representin’ this place
Where people say murder is the case
R.E.M.B.A.U
The food gonna make your tongue blaze
That forward hold your head high
Be proud for where you came from and stay fly
That’s what I’m doin’
Hobin Jang Hobin
We ain’t no trippin Jang
Tahun dopan ado laie Pialo Malaysia kito pogang
Lagu nogori berkumandang
Semuo player masuk padang
Tabik hormat tando monang
Kito monang kito monang yo
Duo satu kocik bonar
Ompek satu sonyum lebar

Teringek bilo poghah kerigek
Nyabit rumput poie sawah
Kojo macam nak mati tapi gaji kocik anak
Itu urang dulu
Tak macam budak-budak sekarang
Susah sikit je
Dah lari kampung tinggal bondang
Dulu maso kocik-kocik cito-cito angkosawan
Bilo bosa jadi rapper tukar dialek nogori sembilan
Tak ponah terlinteh kek ati nak lupo’an daratan
Sapo tak pueh hati meh kito jumpo dopan-dopan

Chorus
Being the most wanted
Don’t wake me up from my dream
C.R.E.A.M
Rembau Most Wanted yo
To my boys in N-nine
Who worked hard and strugglin’
Rembau Most Wanted yo
My brain works faster than computer
Cuz I’m the prime mover
Entrepreneur yes I am
We’ve been busy chasin’ dollars
Chillin’ at Mui Fong with my homies yaw
And if you keep talkin’ shit others might listening bro
Then gangin’ up, just pick up your gear
Listen dear
I ain’t messin’ wit the coward
I ain’t messin’ wit the fake gangstas
All I know I keep my rap clean
Being the most wanted
Don’t wake me up from my dream
C.R.E.A.M

Lembu ado tali takdo pon tak guno
Tunggu hujan dah ghobeh
Baru payung nak dibuko
Kojo tak kuek tapi berangan nak hidup sonang
Baik poie mampuih dari susah’an semuo urang
Polik bona bilo pikir orang tuduh bukan-bukan
Takpo tunggu den dah kayo jangan cubo nadah tangan
Mintak pinjam duit apotah laie tandotangan
Time tu takdo nak berbaik ekau boleh poie jalan

Ulang Chorus 2X

Paya kumbuh, where you at?
Tigo Nenek, where you at?
Tanah Datar, where you at?
Batu Hampar, where you at?
Where you at?
Biduanda, where you at?
Somo Lenggar, where you at?
Solomak, where you at?
Anak Mukal Anak Acheh, where you at?
Mungkar, where you at?
Anak Melako, where you at?

Tigo Batu
Rajo Beralam
Penghulu Berluak
Lembago berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapo suku eh?
Duo boleh

Ulang Chorus 2X

20 years and still going strong


Except for the free-hari girl in blue shirt and the man in white shirt, inilah kawan-kawan baik ak. Kitorang kawan sejak dari kecik, sama-sama satu sekolah kat Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, Kuantan. Kat sekolah tu jugaklah ak jumpa En. Suami. Ni the latest pic yang kitorang snap masa visit kawan kitorang yang baru lepas bersalin tu. Oh, kekurangan seorang lagi sahabat baik yang dok kat UK nun, ak ada post pasal dia before ni. 

Congrats Ju for your new born baby Ramona binti Amir. Pelik nama anak dia tapi anak dia, sukeati la dia nak bagi nama apa pun kan. 

Kitorang memang sahabat sejati. Semua duduk 1 taman. Pergi sekolah sama-sama, tuisyen sama-sama, sekolah agama sama-sama, kayuh basikal petang-petang pun sama-sama. Dari darjah 2 sampai la darjah 6. Form 1 ak dah kene pindah Negeri Sembilan, kitorang pun terpisah. Tapi jumpa balik kat Facebook. Terima kasih la bebanyak ye Mark Zuckerberg.


Cayang korang ketat-ketat!

E for Elephant & S for Swimming pool

Ak memang dah lama teringin nak gi sini. Eh, cam ayat ulang-ulang plak. But true..memang dah lama. Dulu ade kawan ajak gi sini tapi ntah kenapa ek ak tak pergi ngan dia. Kedekut duit sangat kot dulu..huhuhu... Bila En.Suami ajak gi holiday, ak betul-betul takde idea nak pergi mana so ajak jela En.Suami balik kampung dia kat Kuantan. Then terfikir, ha..why not singgah tempat ni, on the way je pun.

Pusat Konservai Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah 
(Kuala Gandah National Elephant Conservation Centre) 

Pusat ni terletak 15km dari pekan Lanchang, daerah Temerloh, Pahang. Kalau ikut hiway LPT (Lebuhraya Pantai Timur), exit Lanchang, dah boleh nampak signboard besar pasal tempat ni. Belok kanan, jalan terus, jumpa la pusat ni on your right. Kalau nak ikut jalan lama pun takde masalah, signboard nak ke sini memang banyak. Nampak signboard kaler coklat tu, boleh belok kiri, sampai simpang tiga, belok kiri lagi, then jalan terus. Don't worry, boleh memandu dengan selesa sebab jalan masuk ke tempat ni ok.

Masuk je centre ni akan jumpa bangunan ni dulu. Masuk dalam and register your name. Free je uols, jangan tak caye....Lepas register, kite akan dapat sticker, kene lekat kat badan.

Parking kat sebelah bangunan tu, then kene menapak masuk dalam. Posing kat sini dulu.

Ha, ni baru betul-betul pintu masuk. Posing lagi.

 
Jalan tak berapa jauh ke dalam, dah boleh jumpa GAJAH! Weehuuu...belakang tu anak gajah.

 
Bagi gajah makan. Makanan boleh beli kat tepi kandang gajah ni je. RM3 untuk seikat tebu. Gajah ni memang lapo so sila jangan kedekut dan rasailah pengalaman feed gajah.

Orang penakut nak bagi bapak gajah makan. Ko tengok betapa gigihnya gajah tu panjangkan belalai dia nak amik tebu dari tourist penakut ni. Arrghh...fear factor sungguh!

Rilek je En.Suami bagi makan. Pfftt...Amani takut gajah, tu yang melekat je ngan bapak dia.

Kitorang ni datang dah lewat (memang perangai ak la tu lambat bersiap nak jalan). Katanya kalau nak tengok elephant show kene datanng pukul 2. Lupa nak cite tempat ni tutup pukul 4.45pm gitu. Patutnya ada banyak lagi aktiviti. Boleh mandikan gajah, naik gajah (tengok experience blogger lain cam syok gile je) tapi kata penjual tebu kat situ aktiviti camtu dah takde lagi. Bila ak tanya kenapa, dia tak tau. Nak tanya officer centre ni, depa dah takde, sudahnya ak ditinggalkan dengan tanda tanya. Ala, kalau nak kan jawapan call ajelah centre ni, ape susah. Takpe, next time boleh datang lagi.

Overall ak rating tempat ni 5 bintang...sebab senang nak cari, tempatnya cantik dan selesa, dan yang penting sekalik, its free! Hahahaha.... 

For more information, you may visit http://www.myelephants.org/

Kitorang memang nak pergi bercuti so plan nak pergi Cherating. En.Suami was soooo insisted to go to this one hotel. Bila cek dalam tenet, full house plak so tak boleh nak tido. Tapi dah En.Suami nak nak jugak pergi, tak boleh tidak, so pergi la jugak hotelnya.

De Rhu Beach Resort, Cherating

Amani and Mama by the pool side.

Haa...inilah sebabnya. Nak sangat bawak anak kesayangan dia ni mandi kolam.

Swimmin pool + taman tema air, memang sesuai untuk kanak-kanak.

Nampak gaya macam bapak dia yang terlebih seronok berbanding anaknya.

The pool is open to public tapi kene bayar. RM10 for adult and RM7 for kids. Ni pool untuk budak kecik. Sebelah kiri ade pool untuk orang besar. Kanan pun ade pool jugak...pendek cerita memang banyak la pool kat sini. Boleh mandi sampai kecut. En.Suami beli tiket untuk ak jugak tapi miscommunication menyebabkan beg tu tertinggal di rumah. Akhirnya ak hanya duduk di tepi jadi tukang amik gambar. Pfftt....

Thursday, March 21, 2013

Keburukan media sosial

Tajuk post cam tajuk karangan yang kita selalu dapat time skolah je. Hehehe..

Lately ak meroyan bila bukak Facebook. For me, Facebook adalah ruangan untuk share news, berkongsi pendapat dan ilmu, and bertanya khabar kawan-kawan. Stalker gambar orang tu antara kegunaan penting gak tapi jatuh penting tahap dua la. Hehehe...

Memang tak dinafikan ramai jadikan Facebook tempat luahkan perasaan. Ak ade je kawan yang hari-hari post cerita sedih konon dia la manusia paling malang dalam dunia ni. Bila ada orang komen dia terlalu berfikiran negatif, or dia tak grateful, dia akan post plak "Orang kata ak tak bersyukur tapi hanya ak yang fahami derita jiwa ini". Wah..sedeyyyy.... For dude like this, ak memang tak kisah. Yes la annoying tapi ak faham. At times ak rasa luahan hati dia tu ikhlas. Dia rasa ditindas, so dia bagitau dalam Facebook. Post-post sebegitu sedikit sebanyak dapat sedarkan orang lain tentang perasaan orang yang ditindas ni.

Tapi bila ada kes camni.......terasa panassss je kepala ngan hati ak bila bukak Facebook;

 

Dah ko kenapa berdoa dalam FB? Berdoa menghadap Allah la ngok. "Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang" Abes, mak bapak dia tak payah sayang? "Bantulah suamiku ketika ak tidak mampu membantunya" Yes, ko memang tak membantu la kalau asik kejenye update status camni. 


Dari orang yang sama. Bangga la tu skang semua orang kat FB tau yang laki kau belikan kau Samsung S3? Dah lapok okeh...skang dh kua S4. Suami beli henpon tros i love u. Conclusion ak 1 je, ko materialistik! Eleh, tak heran la. Orang henpon ni buat hantaran, kau baru nak dapat? Kesiannn...

Seriously, perlu ke update status macam ni? Satu pengajaran pun ak tak dapat dari status dia. Yang ak nampak hanyalah orang yang feeling dia seorang je paling bahagia dalam dunia ni, then melagak. 

Ak jeles? Tak jugak. En.Suami baru je belikan henpon baru untuk ak aritu, takde plak ak gedik nak letak dalam FB. Ak memang sangat grateful..and to return the favor, hehehe...orang dah kahwin tahu la kot apa nak buat. For me, kasih sayang ni terlalu abstrak. Even kalau ak luahkan, takkan dapat gambarkan apa yang ak rasa. The feeling for him is too deep, beyond words. And most importantly, cinta ak adalah hak ekslusif untuk suami ak, bukan untuk orang luar amik tau. 

Mungkin korang tak stuju dengan statement ak. Ok, lets look from another point. Ko dok post status camtu, ko pernah fikir tak perasaan orang yang belum kahwin.. Or orang yang baru kematian suami. Sedih gila kot kalau depa baca. Ko akan buat depa stress and meratapi takdir mereka. Kau bahagia, tapi orang lain menderita, elok ke camtu?

Ni belum lagi kes orang post gambar rumah baru tapi caption "Alhamdulillah syukur dengan rezeki Allah" Humble la sangatttt... Padahal ko nak letak "Yeay yeay, ak ada rumah! Ko ade??? " kan.....

Buat ak fikir, mana hilangnya sikap rendah diri manusia sekarang. Masing-masing sibuk bermegah. Oh my oh my...what are we trying to prove? Come on, sebarkan ilmu, bukan kemegahan!

What, ak pernah buat macam ni jugak? Ok then, ak susun sepuluh jari mintak ampun. Ak akan lebih berhati-hati kelak. Harap-harapnya kite semua berubah.

Oh ye, kalau ak bermegah dalam blog ni, itu memang disengajakan. Perlu diingat bahawa blog ini tidak lain tidak bukan hanyalah electronic diary ak. Kat sini tempat ak simpan semua memori. So kalau ak post ak gi jengjalan sana-sini tu bunyinye cam ak bermegah, itu adalah adalah untuk ak sendiri, takde kene mengena ngan orang lain.

Sekian.

Note tapak kaki: Please be aware that the above writing is based on blogger's personal view only. Do not take it personally. Tapi sape makan cili dia terasa pedas la kan. Hehuuu...

Wednesday, March 20, 2013

High Hill

Cam tak kene je direct translation ak tu..

Kali ni nak post pasal jengjalan kat Bukit Tinggi aritu. Ni cite lama tapi baru nak update. Maklumla, sejak menjak jadi Superwoman ni, I busy sungguh.

Bukit Tinggi

Nak pergi Bukit Tinggi ni, kene masuk tol Gombak, bayar tol RM5, jalan terus arah Kuantan. Nampak simpang gi Genting, terus lagi. Tak jauh dari situ akan ada sign-board ke Berjaya Hills, belok kiri (kalau cari sign board ke Bukit Tinggi memang tak jumpa). Nama je Bukit Tinggi tapi takde la tinggi sangat pun nak drive ke atas. Kene hati-hati sebab jalannya buruk, tak macam jalan naik ke Genting. I think probably because tempat ni tak ramai visit, so jalan dia ala-ala jalan kampung (jalan kat kampung ak pun lagi cantik. hehehe). 

Then sampai kat kaunter tiket. Ada entrance fees ye uols. RM12 untuk dewasa, RM7 untuk kanak-kanak. Amani free. 

Ak memang dah lama gila nak pergi sini. Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak hasrat. First mesti pergi Japanese Village. Harus awal ye kawan-kawan sebab tempat ni tutup pukul 4.30.

Dari parking lot, kene menapak ke Japanese Village. Sila pakai kasut yang sesuai.

At one of the pit stop. Boleh tengok keindahan kehijauan hutan. Nice.

Selamat Datang. Gambar sefamili

Amani baru bangun tido, masam gila muka.

The Japanese House. Nak masuk kene bayar RM20, dapat pakai baju jepun tu and bergambar. Kalau tak bayar, tengok dari luar je. Huhuhu..

Sejuk gila air ni.

Replika rumah jepun.

Another attraction-Botanical Garden

Kat Botanical Garden ni ada Japanese restaurant. Price? Agak mahal. Rasa? Ntah, tak cuba.

Colmar Tropical. Posing maut feeling model.

Sneak peak of the site. 

Gambar ni diambil dari pintu masuk. Menara kat ujung nun kat tengah-tengah gambar ni is the end. So basically, ni jela 'town' dia pun. Kebetulan ak pergi ni masa Krismas so ada la Krismas tree tengah-tengah tu. Kat sini ada hotel, pub, game house, restaurants...hmm...tu jela kot. 

Ak pergi dah lewat so ini jela tempat yang ak sempat pergi. Mungkin ada banyak lagi tempat yang boleh dilawati kat sini. 

My comment? Untuk harga RM12, ak rasa tak berbaloi. Sebab takde apa pon kat sini yang ko boleh buat. Basically ini tempat untuk jalan-jalan cuci mata. Kalau nak tempat berehat, sini tempat yang sesuai untuk tenangkan fikiran. Tapi untuk bercuti bawak anak-anak jalan, tak kot....bosan.

Tapi tapi tapi........tempat ni memang usaha pelancongan yang baik. Tak mampu ke Jepun, at least kat Japanese Village tu boleh la nak feeling-feeling ada kat Jepun. Kat Colmar Tropical tu pulak boleh la feeling-feeling macam kat Perancis. Dengan adanya tempat macam ni, ada la jugak alternatif kita nak berjalan kan. Kalau tak asik ke mall je, bosan juge. 

So conclusionnya, kalau ada duit lebih, why not pergi jalan-jalan kan. ^_^

Friday, March 15, 2013

I'm Calling YOU

I'm calling YOU-Outlandish


I'm callin' U
With all my goals, my very soul
Ain't fallin' through
I'm in need of U
The trust in my faith
My tears and my ways is drowning so
I cannot always show it
But don't doubt my love

I'm callin' U
With all my time and all my fights
In search for the truth
Tryin'a reach U

See the worth of my sweat
My house and my bed
Am lost in sleep
I will not be false in who I am
As long as I breathe

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
all I need in my life

I'm callin' U
When all my joy
And all my love is feelin' good
Cuz it's due to U

See the time of my life
My days and my nights
so it's alright
Cuz at the end of the day
I still got enough for me and my

I'm callin' U
When all my keys
And all my bizz
Runs all so smooth
I'm thankin' U
See the halves in my life
My patience, my wife
With all that I know
Oh, take no more than I deserve
Still need to learn more

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
all I need in my life

Our relationship, so complex
Found U while I was headed straight for hell in quest
You have no one to compare to
'Cause when I lie to myself it ain't hidden from U
I guess I'm thankful
Word on the street is U changed me
It shows in my behaviour
Past present future
Lay it all out
Found my call in your house
And let the whole world know what this love is about

Yo te quiero, te extra├▒o, te olvido
Aunque nunca me has faltado, siempre estas conmigo
Por las veces que he fallado y las heridas tan profundas
Mejor tarde que nunca para pedirte mil disculpas
Estoy gritando callado yo te llamo, te escucho, lo intento
De ti yo me alimento
Cuando el aire que respiro es violento y turbulento
Yo te olvido, te llamo, te siento

[Translation:]
I love you, I miss you, I forget you
Even though you never let me down and always are by my side
For all the times I've failed and hurt you deeply
Better later than never to give you a 1000 apologies
I'm shouting silently, callin' you, I'm listening to you, I'm tryin'
You nourish me
When the air that I breathe is violent and turbulent
I'm forgettin' you, I'm callin' you, I'm feelin' you

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U...

Oh, no, no
  Idon't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My one and only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't nobody but U
all I need in my life... 

*****************************************

It's YOU I hold my faith to

Tuesday, March 12, 2013

Our little celebration again and the story behind it

2 hari lagi birthday En.Suami tapi dia kene kerja, so terpaksa la diawalkan celebrationnya. Malam ni En.Suami dah nak bertolak le Perak, terpaksa la ak amik half day leave for the occasion. Takpela, anything for you sayang. Eewah!

Kali ni celebrate kat Sushi King plak. Ni kes mengidam aritu tak settle lagi. Sebenarnye baru lepas lunch, konon nak ringan-ringan jela tapi....mentekedarah juge akhirnya.



Orang yang dicelebrate lak keje jaga anak. Hehehe..


Ringan la sangat kalau siap order bento


Sesi buka hadiah


Budak kecik tu plak yang sibuk

Makan memang puas hati. Kene RM50 untuk 8 pinggan sushi, bento and air. Tengok, sekalik hadap sampai 8 pinggan, tu cara tak lapo tu, kalau lapo? Memang sedap la wa cakap lu. Amani pun suke, especially tue green tea. Bagus..boleh jadi foodwhore cam mak bapak dia, tak salah ak didik anak. Hehe..

This year En.Suami dapat a shirt for his birthday. Ada kisah disebalik shirt tu...

Alkisahnya ak tak bajet dapat celebrate birthday En.Suami sebab dia kene keje tapi tetiba dia dapat cuti plak. Harus beli aritu jugak before En.Suami balik, kalau tak, tak surprise la. Lepas keje ak terus kalut pergi Parkson Alamanda. Cari pun tergopoh-gopoh sebab nak kejarkan nak amik anak pulak..jam lagi. I got limited time to shop.

En.Suami ada berkenan kat 1 brand ni so ak memang dah aim nak beli kat situ je hadiah dia. Lepas pilih, panggil le orang yang jaga brand tu.

Budak: Baju ni takde kak, ada dalam stor

Ak: Dah tu, amik la (ak dah panas bila ak nak cepat, orang bagi statement agak stupik camni)

Budak: Tak boleh, kunci takde

Ak: (oh my....) Abes tu kunci pada siapa?

Budak: Budak yang jaga kaunter ni pergi break. Baru kejap dia pergi.

Ak: Abes tu macam mana skang? Saya nak beli jugak baju ni!

Budak: Tak boleh kak, kunci takde

Ak: Manager awak mana? Panggil dia! Takkan dia takde kunci? -- Masa ni ak dah tinggi suara. Orang keliling dah pandang-pandang. Dulik! 2 orang staff lagi datang kunun nak selamatkan oawan dia yang tengah buat muka bersalah ni.

Budak: Manager pun takde kunci kak

Ak: Korang nak meniaga ke tak ni? Pukul brape budak tu balik?

Budak: Pukul 7. Puan tunggu la dia, dia balik nanti puan boleh beli (sambil sengih kambing dan tetibe bersopan panggil ak puan)

Ak memang tak puas hati. Apa motif budak yang in-charge tu pergi makan bawak kunci sekalik? Apsal tak bagi je budak tu bawak baju-baju tu sume balik umah, takdela ak sakit ati tengok baju ada tapi tak boleh beli. Punye la ramai staff kat situ, dibayar beratus ringgit untuk cakap kat customer yang baju tu tak boleh dibeli, management bagaimanakah tu? Meh ak jawab..itu namanya management STUPIK!

Do you think I will walk away just like that? No way.... Ak terus pergi bahagian customer servis and dengan marahnya ak cakap "I want to file a complaint!" Wah..marah kalu,tetibe speaking London. Terkejut budak kaunter tu. Maaf la ye dik, hakak tengah marah ni. Namun, kemarahanku meruap bile budak counter tu cakap "Borang komplen dah abes" waaaahhh...masa ni ak rasa semua darah dah naik ke muka. "Wat??!!! This is so unacceptable! Ridiculous! Saya nak saman!" Wah...gitu gaya hakak bile da marah. Betul...ak tak tipu, memang gitu la ak mengamuk kat kaunter tu. Bila fikir-fikir balik banyak sangat ke duit ak nak saman syarikat besar tu? Abaikan..yang penting mak tengah marah masa tu nyah. Terus dia bagi ak kertas A4 putih kosong 1 untuk ak tulis. Menggigil-gigil tangan ak menulis sebab marah sangat. Nak tergelak pun ada jugak bila terdengar budak kat kaunter tu bisik "eee...lajunye dia tulis,panjang plak tu, marah sangat ye.."

End up ak beli jenama lain dan balik. Esoknya wakil Parkson call ak and mintak maaf. Ak sambung lagi marah "I don have 25hrs a day to spend 1 hour for a bloody salesperson" ak cakap dengan marahnye. "Yes yes we understand and we really apologize. We are investigating this matter" kata orang Parkson tu. Abes camtu jela...Dia call semata-mata nak minta maaf. Ceh ingat boleh le dapat voucher ke apa, nan hado... Tak kisahlah, janji mokcik pueh hati la at least rungutan mokcik didengari.

Fobia plak nak shopping kat Parkson Alamanda tu lagi. Kalau jadi lagi, memang jadi bahan jela ak nak letupkan the whole store. Dulik!


posted from Bloggeroid

Sunday, March 10, 2013

Foodwhore lagi

Balik kampung, check-in Kuantan.

Negeri pantai timur popular ngan seafood. Tapi tak pernah merasa makan ikan bakar sebab biasanya makan kat umah mertua je. But this time teringan lak mulut mengajak En.Suami makan ikan bakar. Tempat femes..Tanjung Lumpur.E.Suami pon setuju.


Dinner feast with the in-laws at Ana Ikan Bakar Petai

Udang,ketam,sotong,lala,ikan..you name it,semua ada. Disebabkan ketamakkan diri, ak amik ikan sampai 2 ekor..1 bakar petai,1 bakar biasa,ketam masak sambal, and sotong celup tepung. Tambah lak order khailan ikan masin, sup ayam, nasi paprik for bro-in-law, sata and kopok. Memang betul-betul melepas gian. Hehehe...

Ana Ikan Bakar ni memang popular. Kat Kuantan ni je dia ada 3 cawangan. Ak prefer makan yang kat tepi laut. Kot jauh nak ke Kuantan, kat Bangi pun ada. But to be honest, mana nak sama dengan rasa kat tempat asal. Mungkin sebab seafood kat sini lagi fresh.

Kedainya memang sesak so nak dapat seat is hazab. Nak place order pun payah nak dapatkan attention pekerja yang sangat busy. But once dah order, kejap je tunggu order sampai. Berbaloi-baloi la menunggu sebab rasanya memang tip-top! The price is relevant la. Ak order banyak-banyak tu kene RM150.

Teringat pulak seafood feast kat Bagan Lalang. Bila la dapat pergi lagi ek...(sambil leleh air liur).
posted from Bloggeroid

Tuesday, March 5, 2013

Makan-makan yang kecewa.

Dek kerana terpengaruh ngan rancangan Jalan-jalan Cari Makan kat TV3 tu, ak beriya ajak En.Suami gi makan kat 1 restoren Jepun ni. Ak ni boleh dikira peminat makanan Jepun gak la. Walaupun tak semua ak boleh telan tapi ada jugak yang jadi feveret ak. Yang ak paling suka sushi la.

Selama ni ak makan kat Sushi King je. Itu pun dah bisa buat ak ngidam nak makan sekali-sekala. Pernah sekali ak makan kat the real Japanese restoren kat Sunway, orang belanja, oih memang sedap! So bila JJCM promote kedai yang dekat ngan area umah ak, ak pun gedik la nak cuba.

Miyagi, Bangi


The menu. Tengok harga, telan air liur gak la. Parak la wallet


Sneak peak of the interior


Kalau makan luar memang ak aim bench macam ni,senang anak ak nak landing.


Mengisi masa lapang sementara tunggu order yang lambat sampai.


Chicken teriyaki dinner set

Ada lagi ak order few set of sushi tapi lupa nak snap. Servis slow, bila sampai tu terus sambar sebab dah lapo. Tang servis mmg ak rate 2 bintang jela. Kalau kat Sushi King kan sushi lalu atas conveyer, ko grab je apa ko nak. Takyah tunggu-tunggu.

Pasal harga memang ekstrem mahal. Rasa pun tak berapa sedap. Harga dan rasa memang tak berbaloi. Bagi ak bile cakap pasal restoren Jepun je otak ak dah set SUSHI! Tapi kat Miyagi ni choice of sushi are limited, sedey...Overall ak rate 2 bintang je kat restoren ni.

Ak dah cakap ak memang tak berapa percaya kat JJCM ni tapi dah dasar manusia mudah terpedaya cam ak ni, tertipu juga akhirnya. Pasni takdela ak nak datang sini lagi. Layan Sushi King jela, kompem pueh ati.
posted from Bloggeroid

Our small celebration

A day after besday Amani, kitorang pergi makan kat Pizza Hut. Kunun nak celebrate besday anak tapi mak bapak dia yang excited order macam-macam, anak makan set free for kids. Hahaha...ala,dia baru setahun, dia bukan tau apa pon. Kehkeh..

Ingat nak makan kek jugak, buat syarat besday katanya..tapi tak jumpa kek kecik. Beli besar-besar kompem tak abes stakat budak setahun yang makan. 2 hari kemudian baru jumpa kedai kek. So kami pin celebrate la kecil-kecilan kat umah.

The cake


Muke eksaited dapat kek


Potong kek dengan ayah



Amani loves her cake. Nanti bila dia dah besar kitorang plan nak beli designated cake yang macam dalam cite Cake Boss tu. For now cake ni pon ok la kan,dia bukan tau apa pon, bedal je.

Again, Happy Birhtday anak mama.
posted from Bloggeroid