Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 14, 2015

Rindu mak ayah

Now mak ayah aku kt mekah, tengah buat haji. Alhamdulillah turn dorang cepat.

Sekarang ni tengah kecoh pasal incident kren jatuh dekat Masjidil Haram. Ramai yang mati kene hempap. Ada juga jemaah dari Malaysia yang jadi mangsa. Alfatihah.

Risau sungguh bila dapat berita tu. Nak jadi cerita, aku tak boleh tidur sangat masa subuh tu. Walaupun period, tapi mata takmau lelap, selalunya best je aku lena sampai ke siang, maklumla tak solat. Terus capai henpon dan tengok Along ade wassap pasal inciden tu. Terus bukak tv, belum ada liputan. Terus msg ayah. Nak call tak boleh, kene set IDD call ke apa.

Tunggu ayah reply sampai tertido. Bangun pagi tengok ayah reply cakap mak ayah selamat. Alhamdulillah.



Sungguh mulia siapa yang terkorban tu. Meninggal hari jumaat, dalam the most sacred place and masa tengah beribadah. Ada gambar tunjuk magsa tengah sujud. Subhanallah..mati syahid katanya.

Tapi...aku taknak mak ayah aku meninggal kat sana. Aku nak dorang balik sini. Yup, I'm selfish like that. Pape pun biar kat Malaysia, biar kat depan mata. Kalau boleh biar aku pergi dulu. I just don't know how to live without the people I love most. It must be damn hurt, right? No, I don't want to feel that. Let them live longer.  


The one and only Mak dan Ayah
posted from Bloggeroid

Thursday, September 10, 2015

A series of unfortunate events.

Aritu aku balik keje lewat. Memang jadualnye begitu, harus balik pukul tujuh malam. Kebiasaannya suami akan ambil anak-anak di rumah pengasuh, tapi aritu suami kene outstation, terpaksalah aku yang ambil anak.

Tepat je pukul tujuh, terus berlari keluar pejabat. Allahuakbar, hujan selebat-lebat tidak. Cuaca dah macam pukul lapan malam, gelap sungguh. Taknak anak-anak menunggu lama, aku redahkan juga hujan tu. Parking kereta jauh sikit, basah. Sepanjang dalam kereta merempuh jem, aku kesejukan.


Lepas amik anak, sampai rumah terus nak masak. Nak beli kat kedai pun tak boleh sebab hujan, masak ajelah apa yang ada. Takde apa pun nak masak sebenarnya..yang ada telur dan fishcake baki buat mee goreng sebelum tu, buat nasi goreng jela senang. Masa nak prepare bahan masak, Danial pulak buat hal. Taknak berenggang langsung. Bengang je tengok perangai dia. Mana nak masak, mana nak layan anak, mandi pun belum lagi dengan baju basah. Tapi cuba juga melayan..sebab rasa bersalah amik dia lambat aritu. Amani pulak nak pisang la bagai. Aku bagi taknak, nak buat sendiri katanya. Layankan ajela dengan penuh kesabaran walaupunnn...

Lepas mandi, terus menuju ke dapur untuk masak. Lagi sikitttt nak habis masak tiba-tiba......pufff! Blackout!


Anak-anak dah start menangis sebab takut gelap. Aku nak cari sumber cahaya pun tak tahu macam mana, henpon ade kat ruang tamu. Amani yang berjalan ke dapur mula melanggar itu ini, sambil nanges makin kuat. Adoiii..serabutnya! Aku on kan aje api dapur gas, mengharapkan sedikit cahaya. Bila dah jumpa Amani, aku try cari lilin kat dapur, tapi tak jumpa. Aku try ke ruang tamu, blur tak tahu kat mana aku letak telefon. Alhamdulillah Allah nak tolong, ada lampu kelip-kelip dari henfon  tanda msg masuk, terus aku capai. Terang sikit rumah. Now nak cari lilin pulak, buatnya blackout lama, kong pulak bateri nanti. Dalam masa yang sama, anak-anak sibuk bertanya soalan innocent "kenapa gelap mama? mama cari apa? henpon Amani mana? Kenapa tak bukak lampu? Lampu rosak ke mama?" Pening....

Tiba-tiba........basah. Tengok Amani, muntah!! 


Allahuakbar....rasa aku nak menangis time tu jugak. Lepas satu-satu hal jadi! Aku suruh Amani masuk toilet sementara aku amik kain buruk kat dapur. Tapi sebab gelap dia takut, Amani ikut aku ke dapur, kat situ dia muntah lagi! Aku cepat-cepat tarik dia masuk toilet. Sebelum masuk toilet muntah lagi! Aku dah kalut mana nak pegang Danial, mana nak pegang lampu suluh. Aku tinggalkan Danial ngan Amani dalam toilet, gi amik lilin kat ruang tamu. Anak-anak ingat aku tinggalkan dorang, dah start meraung. 

Aku bersihkan toilet, tukar baju Amani, mop ruang tamu dan dapur. Itu pun ntah brape trip ulang alik ke toilet bersihkan mop. Amani muntah bukan sikit-sikit. Siap kemas, aku cedok nasi goreng dan makan dengan anak-anak dekat ruang tamu. 

Panas, penat (kebetulan aritu jadual aku pack sangat, kelas non stop sebab aku buat kelas ganti)...aku dah hampir tiada perasaan. Habis makan, elektrik pun ada semula. Alhamdulillah.

Aku pun tak tahu macam mana aku survive that day. Tapi sekarang aku tahu, dalam doa aku, aku takkan lupa minta "Ya Allah, tolong beri aku kekuatan Siti Khadijah dan Mariam!" 

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 1, 2015

Hold your peace

In Chistians holy matrimony, before the proceeding starts, the Minister will announce that if anyone would like to object the marriage, they should;

"Speak now or forever hold your peace" 

Konsepnya mudah, kalau tak puas hati cakap. Kalau taknak cakap, simpan dan pendam sampai mati.

I personally LOVE this sentence. 

Pendek kata, JANGAN MENGUNGKIT!