Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 14, 2015

Rindu mak ayah

Now mak ayah aku kt mekah, tengah buat haji. Alhamdulillah turn dorang cepat.

Sekarang ni tengah kecoh pasal incident kren jatuh dekat Masjidil Haram. Ramai yang mati kene hempap. Ada juga jemaah dari Malaysia yang jadi mangsa. Alfatihah.

Risau sungguh bila dapat berita tu. Nak jadi cerita, aku tak boleh tidur sangat masa subuh tu. Walaupun period, tapi mata takmau lelap, selalunya best je aku lena sampai ke siang, maklumla tak solat. Terus capai henpon dan tengok Along ade wassap pasal inciden tu. Terus bukak tv, belum ada liputan. Terus msg ayah. Nak call tak boleh, kene set IDD call ke apa.

Tunggu ayah reply sampai tertido. Bangun pagi tengok ayah reply cakap mak ayah selamat. Alhamdulillah.



Sungguh mulia siapa yang terkorban tu. Meninggal hari jumaat, dalam the most sacred place and masa tengah beribadah. Ada gambar tunjuk magsa tengah sujud. Subhanallah..mati syahid katanya.

Tapi...aku taknak mak ayah aku meninggal kat sana. Aku nak dorang balik sini. Yup, I'm selfish like that. Pape pun biar kat Malaysia, biar kat depan mata. Kalau boleh biar aku pergi dulu. I just don't know how to live without the people I love most. It must be damn hurt, right? No, I don't want to feel that. Let them live longer.  


The one and only Mak dan Ayah
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment