Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 31, 2014

Looking back at the year 2014

Yohoi! Today is the last day of 2014! Oh my...how time flies so fast. So let us reminisce our wishlist for 2014, dah tercapai ke tak??

Wish 1: Langsir baru

Yang ni dah dapat. Aku tak ingat aku dah pernah post pasal ni atau tidak tapi takpela, kite repeat balik. Alkisahnya kakak aku ade follow sorang blogger ni. Pendek cerita kita boleh dapat harga kain langsir murah dengan blogger ni. Aku follow je kakak aku, aku tak follow pon blogger tu tapi konsepnya, sesiapa yang baca blog dia boleh bawak satu kampung beli langsir murah, tu je..as easy as that. Dalam keadaan ekonomi yang serba "mencekik" ni, bila ade orang buat promosi "murah hati" camni memang agak aneh dan pelik, tapi orang tua-tua kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, kite grab ke rezeki yang ada.

Sila visit this page Blogger Miera untuk baca selebihnya.

Aku grab kain yang harga RM69 semeter...dengan dia aku dapat RM5 semeter, tak ke leleh air liur? Errrmmm...tapi akibat kekangan bajet, sampai skang kain tersebut masih lagi kain, bukan langsir. Untuk tahun 2015 mungkin boleh buat wishlist "jahit kain langsir" pulak. Huhuhuhu....

Wish 2: Starcruise sail

Yang ini tak tercapai...but aku tak sedih. Sebab Danial kecik lagi, rasa tak sesuai nak bawak naik cruise. Boleh memang boleh tapi aku rasa nanti tak enjoy la..mana nak tour the cruise, mana nak susukan and tidurkan anak kecik. Kite postpone je la wish ni tunggu Danial besar sikit.

Wish 3: New job

This is my biggest wish for 2014 sebenarnya. Happily aku dah dapat tukar keje, not once but twice! Lepas habis pantang Danial aritu, tak sempat naik ofis, dah dapat offer keje lain. Masa dalam maternity leave jugak aku tender resignation. 

On April aku start keje baru dekat Damansara. Aku pernah post pasal keje baru tu. Excited memang excited dapat new environment, gaji pun lebih besar...tapiiiiiiiiiiiii turned out aku tak happy. Kawan-kawan la tak best. Takde kawan yang kamceng, rasa bosan sangat pergi kerja. Lagipun susah kerja kat Damansara tu, nak parking susah. Selalunya pergi kerja husband hantar dan ambil balik kerja. Kalau husband kene pergi outstation, memang hazab sangat kene bangun pagi drive ke stesen komuter, naik komuter, then tukar LRT, then naik pulak bas baru sampai ofis. Seksa!

Then on August aku dapat offer tempat lain. Ha yang ini aku tak pernah blog lagi. So now I am officially announcing that aku dah tukar kerja lagi and this time, education line plak. Jadi cikgu le pulak kite! But masih lagi dalam bidang HR, aku ajar subject HR. Kolej swasta je... Memang rezeki Allah nak bagi, berkat doa tak putus time bulan Ramadhan (kan doa orang berpuasa itu makbul), tempat kerja baru ni memang convenient sangat. Kolej masih di KL but bukan tengah bandar la. Kire dekat juga dengan rumah dan tak jem. Paling teruja, ofismate yang duduk sebelah meja rupanya tinggal satu taman dengan aku. Alhamdulillah!! Boleh pergi kerja dan balik kerja sama-sama, jimat! 

Basically apa yang aku hajati aku dapat dalam kerja baru ni. Cuma satu perkara yang kurang, gaji kat sini sangatlahhhhhh rendah. Kalau gaji dah rendah, benefits pun tak payah la nak sebut ye tak. Susah wooo nak manage hidup dari gaji besar ke gaji kecik. Tapi takpela, dah rezeki aku banyak ni je, syukur. Bak kata kawan aku, aku kurang tang ini je tapi aku dilimpahi kasih sayang. Huhuhu...yolaaaa....

Wish 4: Outdoor family portrait

Yang ini pun dah sebenarnya. Tapi hasilnya masih belum kelihatan. Ntah dapat tengok ntah tak sebab alkisahnya, aku tak bayar pun photographer tu! So ko rasa???

Visit page fotografer baik hati.

Dia ni adik sedara aku, now duduk kat Kelantan dan jadi fotografer kat sana. But some times dia akan turun KL. Masa dia turun KL aritu, aku mintak tolong dia ambilkan gambar aku sefamili. Aku memang dah cakap siang-siang yang aku tak dapat nak bayar... Bukan nak ambil kesempatan amik gambar percuma mentang-mentang dia kezen aku, cumanya jujur aku cakap kat dia yang memang aku takde bajet. Almaklumlah upah fotographer sekarang ni kan mahal. Kezen aku ni kalau amik job wedding pakej dia beribu. Kalau dia kasi aku bayar installment, aku boleh je bayar sikit-sikit. Tapi adik kesayangan yang baik hati ni setuju pulak nak ambilkan gambar aku. So kitorang jumpa aku Taman Tasik Perdana kat KL and shoot. But until now tak nampak hasilnya. Aku malas nak bising sebab aku tak bayar. Nantilah kot ade duit sikit, boleh bagi dia and tuntut gambar tu. 

Begitulah sedikit sebanyak cerita 2014 aku. Alhamdulillah everything went well for me. Untuk tahun 2015 so far aku belum ada apa-apa perancangan lagi. 2015 ni maybe aku guna pendekatan "go with the flow" je kot, lebih mudah begitu. 

Bye-bye 2014. Hello 2015!

Wednesday, December 24, 2014

Tribute to MJ



You watch this, and tell me why people can't love him. Tell me if there is any other entertainer like him. Tell me if being his fan is wrong. Tell me if he shouldn't be adored.

RIP Michael Jackson. 

Friday, December 19, 2014

Cerpen: Simple

Suasana sunyi di rumah. Pagi yang sangat dingin, matahari masih belum muncul. Salmah dan Izwan sedang bersiap-siap ke tempat kerja. Anak-anak sedang tidur lena di atas katil. Selesai siap, Salmah lantas menuju ke tempat kerja, meninggalkan Izwan seorang menguruskan anak untuk diletakkan di rumah pengasuh. Memang itu kerja Izwan.

Sampai di ofis, Salmah dan kawan-kawan sepejabatnya turun ke kedai makan di luar pejabat, breakfast. Sudah kebiasaannya dia makan di situ kerana tidak sempat makan di rumah. Izwan tidak masak sarapan pagi, dia pula malas untuk sediakan sendiri. Lebih senang dan selesa makan di kedai, tidak perlu kalut bangun pagi.

Setelah selesai waktu bekerja, Salmah terus pulang ke rumah. Anak-anak dan Izwan sudah sedia menanti. Izwan pualng lebih awal darinya, makanya anak-anak telak siap dijemput dari rumah pengasuh. Dia merehatkan diri atas sofa.

"Sayang penat? Sayang baring la dulu, biar abang masak untuk makan malam nanti." ucap Izwan.

Salmah hanya mengangguk lemah. Tiada ucapan terima kasih. Dia sudah lali, memang selalunya Izwan yang sediakan makan malam kerana dia yang sampai ke rumah dulu.

Tiba-tiba henfonnya berbunyi, nada mesej diterima. Dia membaca mesej tersebut "Jom ladies kita hangout malam ni". Salmah tersenyum. Spontan dia memberitahu Izwan "Abang, tak payah masak banyak-banyak, saya nak keluar dengan kawan-kawan malam ni ye." Sayup terdengar suara Izwan menyahut "Ok". Salmah terus bangun untuk mandi dan bersiap.

Malam itu Salmah betul-betul gembira dapat berjumpa kawan-kawannya. Walaupun sudah acapkali bertemu, namun dapat berborak dan bergelak ketawa setelah penat menghadap kerja seharian di pejabat, merupakan terapi baginya. Dia lebih suka bersama kawan-kawannya, bercerita tentang gosip artis, tentang trend fashion yang terkini, tentang kenangan sewaktu belajar bersama-sama dahulu. Topik-topik begini tidak betah dibicarakan bersama Izwan. Dengan Izwan biasanya topik yang lebih serius seperti hal anak-anak, kewangan keluarga dan masa depan....topik yang agak membebankan sebenarnya.

Namun istimewanya malam itu, pertemuan mereka dihadiri oleh seorang jejaka, yang agak kacak dan berketrampilan bagi lelaki sebaya mereka yang sudah 30an. Lokman adalah salah seorang rakan sekelas mereka dahulu. Lokman hadir kerana ajakan salah seorang kawan Salmah, mahu re-union katanya. Lokman kini seorang yang berjaya. Salmah begitu kagum dengan personaliti Lokman yang dirasakan sungguh berkarisma, bahkan Lokman begitu pandai menghidupkan suasana dengan jenaka-jenaka spontannya. Berbeza sungguh dengan karakter Izwan yang baginya agak serius dan membosankan.

Pertemuan malam itu tidak berhenti setakat di situ. Salmah dan Lokman bertukar-tukar nombor telefon. Mereka kerap berhubung. Perbualan yang pada awalnya bermula sebagai kawan lama, akhirnya membuatkan Salmah jatuh cinta pada Lokman, Dia begitu menyanjungi Lokman yang dirasakan serba lebih berbanding suaminya. Perasaan itu cuba dikawal, dia sedar akan status dirinya yang merupakan seorang isteri dan ibu kepada anak yang masih kecil namun dia tewas. Lokman terlalu baik, romantik dan sentiasa di sisinya di saat dia perlukan seorang teman. Lokman sendiri adalah seorang duda yang telah lima tahun bercerai. Kehadiran Salmah benar-benar mengisi kekosongan hidupnya.

Mereka seperti tidak dapat dipisahkan lagi. Jika tidak dapat bertemu, mereka akan berbalas mesej. Untuk mengelakkan dari pengetahuan Izwan, Salmah lock henfonnya. Izwan mula berasa curiga dengan sikap Salmah yang sering berubah-ubah. Pada satu masa, Salmah seakan dingin terhadap dirinya, namun ada juga ketika Salmah begitu mesra...seperti orang bersalah yang ingin menutup silapnya. Salmah juga semakin kuat berahsia. Jika ditanya siapa yang selalu menghubunginya, Salmah hanya akan menjawab panggilan itu dari client atau rakan-rakan sepejabat. Salmah juga sering balik lewat, makin kerap keluar rumah dan jarang melekat di rumah. Hal-hal rumah memang langsung tidak diendahkan. Anak semakin kurang bertanya tentang ibunya dek kerana sudah terlalu biasa. Malah anak semakin rapat dengan Izwan. Namun, kerana rasa kasih dan percaya yang terlalu tinggi terhadap isteri tercinta, Izwan tidak mahu berburuk sangka.

Sebelum terlanjur, Salmah harus berterus-terang. Malam itu dia nekad untuk berdepan dengan Izwan. Malam itu selepas makan malam, Salmah mengajak Izwan ke bilik tidur untuk mengelakkan perbualan mereka di dengar anak.

"Abang, Sal ada perkara nak terus-terang dengan abang" Sal memulakan bicara. Izwan mendegar dengan debaran di hati.

"Cakaplah Sal, apa yang serius sangat ni? Risau pula abang" kata Izwan sedikit tergelak, cuba mengurangkan suasana yang agak suram.

"Pertama sekali, Sal nak mintak maaf ngan abang. Sal berdosa pada abang. Sebenarnya, Sal dah jatuh cinta pada lelaki lain. Kami dah berkenalan dah hampir 2 tahun dah bang" jelas Sal sambil menundukkan muka, takut menghadap reaksi Izwan.

Izwan yang pada mulanya berdiri, jatuh ke lantai. Kakinya terlalu lemah untuk berdiri setelah mendengar pengakuan Salmah. Tidak disangka ruapnya apa yang dirasakan selama ini adalah benar.

"Kenapa Sal? Kenapa? Apa kurangnya abang?" tanya Izwan dengan air mata yang berlinang.

"Abang takde kekurangan, abang memang seorang suami yang baik. Sal pun tak tahu macam mana dan bila Sal jatuh cinta pada dia, perasaan tu datang tanpa diduga." Sal memandang sayu muka suaminya yang sedang menagis di depannya. Sungguh dia sayu...namun air mata itu tidak mampu melembutkan bulat tekadnya.

"Sungguh Sal sayang padanya. Sal tidak mahu berpisah dengannya. Tapi Sal masih sayangkan abang dan anak juga. Sal buntu" kata Sal lagi.

 ******************************************

Sekarang aku nak tanya korang, kalau korang jadi Izwan, ape yang korang akan buat?

Ceraikan Salmah? Sebab Salmah no use-no good punye pompuan. Salmah isteri nusyuz, memang layak diceraikan. Ceraikan! Ceraikan!

Ok, then aku nak mintak korang baca balik cerpen di atas, tapi tukarkan watak Salmah = Salman, Izwan = Izwani, Lokman = Normah. Mulakan sekarang.

Sekarang aku nak tanya soalan yang sama kalau korang jadi Izwani, ape yang korang akan buat?

Takkan nak ceraikan Salman pulak kan. Kuasa cerai bukan kat tangan pompuan. Paling tidak, hanya mampu mintak cerai...itu pun kalau la si Salman tu nak ceraikan. Paling tinggi pun Izwani hanya mampu menangis meratapi nasib diri yang malang.

Itulah stigma masyarakat kita. Kalau lelaki yang buat, its okay, tapi kalau perempuan yang buat, macam-macam nama digelarkan perempuan tu...nusyuz la, jalang la, gatal la. Tapi jalan cerita dan konsepnya sama je kan?

Kenapa jadi camtu?

Kepada lelaki di luar sana, camnilah... Whatever yang korang nk buat, fikir sekejap "macam mana kalau bini aku buat camni kat aku". Kalau kau tak suka dan tak sanggup dia buat camtu, kau jangan buat.

Itu je, simple.

Note: Cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Dah, stop buat spekulasi.

Thursday, December 18, 2014

Danial at 11 months

video

Yeay, Danial dah pandai jalan. Syukur Alhamdulillah.

I'm so proud of you dear. Love you to the moon and back!

P/S: Mama is getting emotional again tengok anak dah membesar.