Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 19, 2014

Cerpen: Simple

Suasana sunyi di rumah. Pagi yang sangat dingin, matahari masih belum muncul. Salmah dan Izwan sedang bersiap-siap ke tempat kerja. Anak-anak sedang tidur lena di atas katil. Selesai siap, Salmah lantas menuju ke tempat kerja, meninggalkan Izwan seorang menguruskan anak untuk diletakkan di rumah pengasuh. Memang itu kerja Izwan.

Sampai di ofis, Salmah dan kawan-kawan sepejabatnya turun ke kedai makan di luar pejabat, breakfast. Sudah kebiasaannya dia makan di situ kerana tidak sempat makan di rumah. Izwan tidak masak sarapan pagi, dia pula malas untuk sediakan sendiri. Lebih senang dan selesa makan di kedai, tidak perlu kalut bangun pagi.

Setelah selesai waktu bekerja, Salmah terus pulang ke rumah. Anak-anak dan Izwan sudah sedia menanti. Izwan pualng lebih awal darinya, makanya anak-anak telak siap dijemput dari rumah pengasuh. Dia merehatkan diri atas sofa.

"Sayang penat? Sayang baring la dulu, biar abang masak untuk makan malam nanti." ucap Izwan.

Salmah hanya mengangguk lemah. Tiada ucapan terima kasih. Dia sudah lali, memang selalunya Izwan yang sediakan makan malam kerana dia yang sampai ke rumah dulu.

Tiba-tiba henfonnya berbunyi, nada mesej diterima. Dia membaca mesej tersebut "Jom ladies kita hangout malam ni". Salmah tersenyum. Spontan dia memberitahu Izwan "Abang, tak payah masak banyak-banyak, saya nak keluar dengan kawan-kawan malam ni ye." Sayup terdengar suara Izwan menyahut "Ok". Salmah terus bangun untuk mandi dan bersiap.

Malam itu Salmah betul-betul gembira dapat berjumpa kawan-kawannya. Walaupun sudah acapkali bertemu, namun dapat berborak dan bergelak ketawa setelah penat menghadap kerja seharian di pejabat, merupakan terapi baginya. Dia lebih suka bersama kawan-kawannya, bercerita tentang gosip artis, tentang trend fashion yang terkini, tentang kenangan sewaktu belajar bersama-sama dahulu. Topik-topik begini tidak betah dibicarakan bersama Izwan. Dengan Izwan biasanya topik yang lebih serius seperti hal anak-anak, kewangan keluarga dan masa depan....topik yang agak membebankan sebenarnya.

Namun istimewanya malam itu, pertemuan mereka dihadiri oleh seorang jejaka, yang agak kacak dan berketrampilan bagi lelaki sebaya mereka yang sudah 30an. Lokman adalah salah seorang rakan sekelas mereka dahulu. Lokman hadir kerana ajakan salah seorang kawan Salmah, mahu re-union katanya. Lokman kini seorang yang berjaya. Salmah begitu kagum dengan personaliti Lokman yang dirasakan sungguh berkarisma, bahkan Lokman begitu pandai menghidupkan suasana dengan jenaka-jenaka spontannya. Berbeza sungguh dengan karakter Izwan yang baginya agak serius dan membosankan.

Pertemuan malam itu tidak berhenti setakat di situ. Salmah dan Lokman bertukar-tukar nombor telefon. Mereka kerap berhubung. Perbualan yang pada awalnya bermula sebagai kawan lama, akhirnya membuatkan Salmah jatuh cinta pada Lokman, Dia begitu menyanjungi Lokman yang dirasakan serba lebih berbanding suaminya. Perasaan itu cuba dikawal, dia sedar akan status dirinya yang merupakan seorang isteri dan ibu kepada anak yang masih kecil namun dia tewas. Lokman terlalu baik, romantik dan sentiasa di sisinya di saat dia perlukan seorang teman. Lokman sendiri adalah seorang duda yang telah lima tahun bercerai. Kehadiran Salmah benar-benar mengisi kekosongan hidupnya.

Mereka seperti tidak dapat dipisahkan lagi. Jika tidak dapat bertemu, mereka akan berbalas mesej. Untuk mengelakkan dari pengetahuan Izwan, Salmah lock henfonnya. Izwan mula berasa curiga dengan sikap Salmah yang sering berubah-ubah. Pada satu masa, Salmah seakan dingin terhadap dirinya, namun ada juga ketika Salmah begitu mesra...seperti orang bersalah yang ingin menutup silapnya. Salmah juga semakin kuat berahsia. Jika ditanya siapa yang selalu menghubunginya, Salmah hanya akan menjawab panggilan itu dari client atau rakan-rakan sepejabat. Salmah juga sering balik lewat, makin kerap keluar rumah dan jarang melekat di rumah. Hal-hal rumah memang langsung tidak diendahkan. Anak semakin kurang bertanya tentang ibunya dek kerana sudah terlalu biasa. Malah anak semakin rapat dengan Izwan. Namun, kerana rasa kasih dan percaya yang terlalu tinggi terhadap isteri tercinta, Izwan tidak mahu berburuk sangka.

Sebelum terlanjur, Salmah harus berterus-terang. Malam itu dia nekad untuk berdepan dengan Izwan. Malam itu selepas makan malam, Salmah mengajak Izwan ke bilik tidur untuk mengelakkan perbualan mereka di dengar anak.

"Abang, Sal ada perkara nak terus-terang dengan abang" Sal memulakan bicara. Izwan mendegar dengan debaran di hati.

"Cakaplah Sal, apa yang serius sangat ni? Risau pula abang" kata Izwan sedikit tergelak, cuba mengurangkan suasana yang agak suram.

"Pertama sekali, Sal nak mintak maaf ngan abang. Sal berdosa pada abang. Sebenarnya, Sal dah jatuh cinta pada lelaki lain. Kami dah berkenalan dah hampir 2 tahun dah bang" jelas Sal sambil menundukkan muka, takut menghadap reaksi Izwan.

Izwan yang pada mulanya berdiri, jatuh ke lantai. Kakinya terlalu lemah untuk berdiri setelah mendengar pengakuan Salmah. Tidak disangka ruapnya apa yang dirasakan selama ini adalah benar.

"Kenapa Sal? Kenapa? Apa kurangnya abang?" tanya Izwan dengan air mata yang berlinang.

"Abang takde kekurangan, abang memang seorang suami yang baik. Sal pun tak tahu macam mana dan bila Sal jatuh cinta pada dia, perasaan tu datang tanpa diduga." Sal memandang sayu muka suaminya yang sedang menagis di depannya. Sungguh dia sayu...namun air mata itu tidak mampu melembutkan bulat tekadnya.

"Sungguh Sal sayang padanya. Sal tidak mahu berpisah dengannya. Tapi Sal masih sayangkan abang dan anak juga. Sal buntu" kata Sal lagi.

 ******************************************

Sekarang aku nak tanya korang, kalau korang jadi Izwan, ape yang korang akan buat?

Ceraikan Salmah? Sebab Salmah no use-no good punye pompuan. Salmah isteri nusyuz, memang layak diceraikan. Ceraikan! Ceraikan!

Ok, then aku nak mintak korang baca balik cerpen di atas, tapi tukarkan watak Salmah = Salman, Izwan = Izwani, Lokman = Normah. Mulakan sekarang.

Sekarang aku nak tanya soalan yang sama kalau korang jadi Izwani, ape yang korang akan buat?

Takkan nak ceraikan Salman pulak kan. Kuasa cerai bukan kat tangan pompuan. Paling tidak, hanya mampu mintak cerai...itu pun kalau la si Salman tu nak ceraikan. Paling tinggi pun Izwani hanya mampu menangis meratapi nasib diri yang malang.

Itulah stigma masyarakat kita. Kalau lelaki yang buat, its okay, tapi kalau perempuan yang buat, macam-macam nama digelarkan perempuan tu...nusyuz la, jalang la, gatal la. Tapi jalan cerita dan konsepnya sama je kan?

Kenapa jadi camtu?

Kepada lelaki di luar sana, camnilah... Whatever yang korang nk buat, fikir sekejap "macam mana kalau bini aku buat camni kat aku". Kalau kau tak suka dan tak sanggup dia buat camtu, kau jangan buat.

Itu je, simple.

Note: Cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Dah, stop buat spekulasi.

No comments:

Post a Comment