Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, June 21, 2017

Madu

Semalam opismate aku tanya "Kau kasi tak kalau laki kau kawen lagi satu?"

Terdiam kejap. Fikir.

Aku jawab "Tak boleh juga nak cakap tak kasi. Nak kasi pun tak juga. Tengok alasan la"

Betullah kan. Kalau dalam kes perempuan tu memang niat baik, aku nak kata apa. Tapi kalau niat memang nak merampas, nak duit semata, memang takkan la aku bagi.

Opismate aku tanya lagi "Kalau sebab nafsu?"

Mana la tau kot one day aku ada penyakit dan aku tak mampu lagi nak puaskan nafsu laki aku, terpaksa la kot bagi. Tapi, kalau time aku sihat walafiat ni tetiba nak kahwin sebab nafsu, meh aku potong kau punya anu. Dia (suami) out of all people patut tahu yang perkahwinan lebih dari sekadar nafsu. Banyak lagi tanggungjawab yang lebih besar. Kalau akidah sendiri pun tak berapa nak jaga, jangan berangan nak kahwin banyak. Tak terbimbing anak bini, kau dapat nikmat dunia jela, kat akhirat meringkuk dalam neraka beribu tahun. 

Aku tak tahu kenapa orang suka sangat tanya aku soalan tu. Ke sebab muka aku ni muka orang nak bermadu. 

Ada ke camtu?

Tuesday, June 20, 2017

Inside me

I'm not happy.
Not today.
Not now.

I can't sleep.
Not now.
Not tonight.

I know this is just another phase, another cycle.
Life is like a wheel they said, you may not always be on top.
And today, I'm down.

O Allah, release me from this pain.
Make me strong again.
Though the pain cannot be seen, it is real and I'm in vain.

These are too much to bear.
I felt alone and lost nowhere.
No one wants to listen, nobody care.
I cry alone, no one to talk to, no one to share.

I know this misery will go away.
Like the other day, I managed to walk away.
But today, it is going to stay.

I'm not happy.
Not tonight.
Not today.

posted from Bloggeroid

Thursday, June 15, 2017

Terima kasih saja tak cukup

Seronok juga bila jumpa banyak artikel yang ditulis suami tentang kekaguman mereka dengan isteri masing-masing.

Mana taknya, pagi masih gelap sudah bangun. Siapkan breakfast, siapkan baju suami untuk ke tempat kerja, siapkan anak-anak, kemudian diri sendiri bersiap untuk ke tempat kerja. Sudah siap segala hal di rumah, hantar anak-anak ke sekolah dan terus ke tempat kerja. Kereta pandu sendiri tanpa driver. Yang naik kenderaan awam, berpeluhla menunggu dan berasak untuk naik.

Bekerja di ofis dari pagi sampai petang.

Sampai rumah pukul6 atau pukul7, terus tanggal tudung sinsing lengan baju masuk dapur, masak. Ketung ketang ketung ketang, siap 2-3 lauk. Mandi, solat, makan. Malam sebelum tidur, kemas dapur kemas rumah basuh baju sidai baju lipat baju bla bla bla... pukul12 malam tidur.

Esok sambung rutin yang sama. Hujung bulan bawak masuk duit ribu-ribu untuk keluarga.

Selamanya.

Lelaki. Jarang ada rutin sesibuk ini. Pagi bangun tidur isteri kejut. Mandi dan bersiap, terus ke pejabat. Balik rumah walau lebih awal dari isteri, rilek-rilek dulu depan tv atau main game dalam phone sampai isteri pulang. Isteri siap masak, makan. Lepas makan sambung tengok tv.

Lepas tu bangga dengan kawan-kawan sebab dapat isteri yang hebat boleh uruskan rumah tangga serba-serbi.

Ustaz cakap, hargailah isteri. Tak payah beli barang mahal-mahal, ucap terima kasih pun dah cukup. Sang suami pun ikut.

Tapi bila fikir dalam-dalam, betul ke cakap terima kasih je dah cukup?

Seriously. Suami kalau balik kerja walaupun tak payah buat apa, tapi kalau rumah bersepah membebel. Padahal yang kemas nanti bininya juga. Dah tu pandai pula order nk air panas. Order pula lauk sekian sekian untuk makan malam. Sebelum tidur minta picit lagi.

Kalau isteri tak buat? Alamatnya si isteri dilabel sebagai isteri tak pandai jaga suami. Tak pandai ambil hati suami. Erti kata lain, isteri tak berterima kasih.

So..sebenarnya la kan, UCAPAN terima kasih je tak cukup. Kau bayang kau dah kerja penat-penat, hujung bulan bos cakap terima kasih je, gaji tak beri. Kau puas hati?

No, ni bukan hal materialisme. Bukan suruh bayar gaji isteri.

Cumanya, cuba fikir. Suami kagum dengan kehebatan isteri, tapi apa yang suami buat untuk jadi setanding dengan isteri? Isteri super hero, suami buat apa untuk jadi hebat sama?

Takde. Setakat kagum jela kan.

At the end isteri rasa terbeban. Isteri rasa penat. Isteri rasa tak berbaloi.

Yang lelaki pula tak faham kenapa isteri nak mengamuk, kan dah cakap terima kasih?

Face palm.

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 1, 2016

It's not always my fault, you know.

Tonight husband were out jumpa kawan dia accident. Bila tiba waktu tidur, the kids sleep with me la. Yup, nothing extraordinary.

Cuma masalahnya bila tidur dengan mama, budak-budak ni akan berebut nak tidur sebelah mama. I refused to be in the middle, memang tak tidur sampai pagi la jawabnya sebab anak-anak tidur lasak. So aku buat rule - gilir-gilir tidur sebelah mama. Kalau hari ini kakak tidur sebelah mama, adik tidur tepi sana. Kalau adik tidur sebelah mama, kakak tidur hujung sana.

Nampak simple kan?

Tak.

Kakak senang nak pujuk, senang nak mengalah. Tapi adik dia degil nauzubillah. Bila turn dia tidur jauh, mula buat drama air mata. Nangis macam mama dera! Dia ingat dia sorang boleh degil, mama punya degil dia tak tahu. Aku taknak kakak asik mengalah, tak fair. Nanti kakak kata mama tak sayang dia pula, asik sayang adik. She is just 4 years old you know, masih nak bermanja walaupun dah ada adik.

So drama air mata continues sampai ayah balik. Si adik berlari keluar dapatkan ayahnya dengan air mata berjujai.

My husband being tired, dah mula annoyed. "Siapa buat Danial?" And being kid, anak aku jawab "Mama buat" Ermm..which is kinda true la kan. Tapi mama tak pukul. Well, you know the whole story la, malas nak explain myself.

Husband aku dengar "mama buat", terus naik angin. "Tidur dengan ayah!"

Cerita tak habis lagi.

My kids berebut satu permainan ni. Ada dua sebenarnya, sorang satu tapi satu lagi ntah ke mana. The father insist mainan tu dah hilang. So sebelum aku masuk tidur tadi, aku dah cari dalam bakul mainan, ada!

Bila husband nampak mainan tu, dia tanya anak mana jumpa. Anak aku jawab "Amani main tadi" Again..ermm kinda true also tapi dia tak jawab soalan sebenarnya. But of course husband tak tanya banyak dan assume anak dia yang cari.

Me? Duduk dalam bilik diam-diam and write this post instead. Malas nak explain myself because you know, "kids don't lie". So who do you think my husband would trust more?

Penat jadi mangsa prejudis. I'm just a mom. It's not always my fault, you know.

posted from Bloggeroid

Monday, October 17, 2016

ETS Kajang-Gemas

Weekend punya cerita.

Buat pertama kali balik kampung naik keretapi. Amani la..request nak naik keretapi, layankan jela. Kebetulan ada hal nak balik kampung, so berangkat la kami.

Ok, untuk pengetahuan, tren antara-bandar (inter-city train) dah tak ada. Ala train lama yang macam Sinaran Pagi or Senandung Malam tu dah dihentikan perkhidmatan. Aku tak tahulah sebab apa tapi aku rasa yela, Malaysia kan dah modern, nak uograde la ke tren yang canggih sikit. Lalu perkhidmatan ETS diperkenalkan mulai Mei 2016. Kau nak tahu lebih lanjut, refer jela website KTMB ok.


Hentian Kajang at 12.26pm. Yela, stesen yang sama  ngan komuter tu, mana lagi. ETS ni pun pakai rail komuter juga, bukan rail emas ke perak ke.


Nahh...ada tv. Cerita Dilwale 2016 lagi dia bagi. Layannn...


Aku ambil 3 seats je. 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Danial free sebab bawah umur.


Kerusi agak selesa, boleh adjust. Cuma mungkin sempit sikit sebab kaki suami yang panjang macam muat-muat je dengan seat depan.


Dalam train ada cafe. Aku yang jakun pun try la beli, saje nak buat rasa. Ni Amani yang order, nasi lemak rendang ayam + milo panas = RM9. OK la kot dari kau kebulur dalam tren tu, walaupun perjalanan tak sampai 2 jam. Hikhik! Not bad, sedap juge. Milo tu ala Milo 3 in 1 yang dia bancuh air panas je. Lain menu yang ada bihun goreng dan nasi tomato. 


Beli 3 seats dapat 1 gerabak, ko hado?? 

Sampai Gemas pukul 2.15pm, tak sampai 2jam dah sampai, which normally take 3 hours kalau naik kereta. Aku nak balik Segamat sebenarnya tapi stesen terakhir sampai sini je, so kat Gemas mak ayah aku amik kitorang. 

Overall memang memuaskan hati. Cabin sentiasa dibersihkan. Toilet bersih dan wangi. Aircond agak sejuk, yang tak tahan sejuk boleh bawak jaket la. 

Cuma yang aku rasa kureng ialah waktu perjalanan yang tak berapa nak cun. Train terawal yang aku naik ni la, pukul 12.26pm. Sampai Gemas pukul 2.15pm. Aku prefer kalau ada train pagi, cepat sikit sampai Gemas. Which I think is the reason contribute to the empty cabin showed above. Takpe la, baru diperkenalkan kan. Mungkin bila dah popular nanti akan banyak lagi jadual perjalanan.

posted from Bloggeroid