Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 20, 2015

Kid's Paradise and our first attempt to watch movie

Haaa amik ko. Sebelom ni lama sangat menyepi page ni, arini skalik 3 posts aku up. Sebabnya semua gambar ni ada dalam henpon En.Suami. Itu hari dia transfer semua gambar dalam laptop, maka dapatlah aku update ha.

Ni nak cerita pasal Kid'z Paradise kat The Mines. Ni kes jerebu punye pasal la ni, tak boleh nak bawak anak pergi main kat outdoor playground, bawak la anak main indoor playground camni ha. (And sebab tengah berduit, boleh la nak bawak. Kalau xde duit boleh tengok jela...)

Kid'z Paradise
Lokasi: The Mines Shopping Complex, Seri Kembangan, Selangor
Admission Fee: RM28 (Weekdays) 
RM 40 (Weekend and Public Holidays)







Rule terpenting, kene pakai stokin nak masuk sini. Stokin ada dijual tapi bawak ajela stokin dari rumah, jimat sikit. 

Walaupun mahal tiketnye, tapi ini untuk all day entrance. Maksudnya ko masuk pagi, tengahari ko keluar gi lunch, pastu masuk balik sambung main. Main la dari pagi sampai ke petang, sampai pengsan sampai muntah. So berbaloi la kan. Parents pun boleh masuk, for FREE! So mak bapak bayar tiket untuk anak-anak, mak bapak main secara percuma.

Pilihan mainan not bad banyak. 

Kat sini takde siapa jaga anak kau. Ade pembantu kedai tapi untuk jaga kaunter dan sapu-sapu je. Aku memang sarankan parents jaga la anak masing-masing elok-elok. 


Lalu depan cinema, tiba-tiba En.Suami tanya "Nak tegok wayang tak?" Eeehhh...opkos la nak! Dah berkurun tak tengok wayang. Risau juga anak-anak buat hal dalam cinema, tapi Alhamdulillah ok. Danial awal-awal dah tertido, penat main agaknya. Amani ok je khusyuk menonton sebab cite katun kan. Cuma part yang seram tu dia dah mintak duduk dengan aku, bazir je beli 1 seat untuk dia. Pape pun, dengan kejayaan ini, lepas ni tengok wayang angkut budak-budak ni sekali la kot. 

Seronok!!

Monday, October 19, 2015

Lompat lah tinggi-tinggi - Jump Street

Ni suami belanja main lompat-lompat pulak. Sebabnya anak aku suke melompat di rumah. Dari gobok tv tu selamber je dia lompat ke bawah. Seriau juge tapi alhamdulillah so far xde plak cedera. Dah dia suke sangat, maka kami bawaklah dia main kat sini. Dah lama dah dengar pasal trampolin park ni tapi ni first try nak cuba. 


Jump Street
Location: No., 8, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Operation hours: 10am - 10pm


Melepak dulu kat kafe sambil tunggu turn nak main. Kitorang punya sesi pukul 11am, kitorang sampai kol10 lebih so kasi tunggu dulu sambil tengok orang melompat. Harga agak mahal, style cafe. Cam harga fries RM7. Ade jual pelbagai jenis kopi dan sandwiches.

Graffiti di tepi tandas. Tandas besih dan selesa. Surau juga disediakan.

First timer kene beli socks ni...grip sock namanya. Ada banyak size. Untuk Danial yang kecik tu pun ada.

Banyak gila trampolin, pilih je nak melompat katne. Ada ruang istimewa untuk kanak-kanak.

Pancit daa....

video

Kemudahan lain: Surau. Locker. Shoe rack. 

Harga: Tak ingat tapi kami bertiga (Danial free) termasuk stokin 4 ialah Rm120 untuk sejam.

Keselamatan: Banyak guard yang jaga setiap section. Macam aku kan bawak anak, dia memang tengok la betul-betul budak-budak tu main. Selalu tegur kalau kita violate any safety rules.

Aku memang betul-betul enjoy main dekat sini. Walau sejam tapi sangat berpeluh. Ada sorang omputih tu melompat sampai basah baju dia cam main bola. 

Tapi ada juga berita tak best pasal trampolin park ni. Ade kes sorang tu sampai lumpuh dari pinggang ke bawah. Tak tahu the detail story tapi kisahnya dia lumpuh sebab melompat kat sini. Mungkin ada dia buat silap tapi apa yang aku nak cakap ialah kena berhati-hatilah. And play at your own risk. Aku main alhamdulillah ok xde plak cedera cumanya biasalah kalau bersenam, 3-4 hari lepas tu abes tegang semua urat. Bagi aku tu tandanya yang kita betul-betul exercise, bagus!

Kumpul duit nak pergi lagi!

F for Fish - Aquaria KLCC

Aritu En.Suami belanja gi Aquaria KLCC.  

Manyaknye ikan...

Ada open aquarium. Boleh celup tangan dan touch sendiri ikan dalam kolam. 

Ada la deco-deco sikit untuk bergambar.

Ikan dalam ship-wrecked temanya. Kreatif!

Budak kecik kene dapatkan pertolongan orang besar. Kalau tak dia nampak kaki jela.

Ikan besoo...

Fefeeling underwater.

 Ikan yu berenang di atas kepala.

 SHARK.

 Jellyfish. 

Ada ruang aktiviti untuk kanak-kanak. Mintak kertas kat kaunter, then kaler. Kaler provided for free.

Jellyfish kuning tu adalah hasil karya Amani dan Ayah.

Break minum susu jap. Skeati buat cam kat rumah sendiri.

Last aquarium before balik. Berani plak dia sentuh starfish ni.

Pendapat aku... SERONOK! SERONOK! SERONOK!

Banyak benar ikan. Dan presentation sangat menarik, Akuariumnya didecorate dengan menarik dan mengikut tema, Kepada peminat ikan, boleh la dapatkan idea nak menghias akuarium anda di sini. 

Tiket mahal sikit tapi memang berbaloi. Tempat pun selesa fully air-conditioned.

Toilet bersih dan selesa.

Kalau nak bergambar dalam ni pakai kamera sendiri boleh, free je Tapi tak boleh guna flash. Takut ikan melompat keluar dari akuarium. Kalau nak pakai khidmat fotografer dalam ni pun boleh tapi gambarnya sangat mahal, 2 keping RM90.

Boleh tengok sesi fish-feeding pada waktu-waktu tertentu, baca label pada cermin akuarium untuk waktu.

Kedai makan takde dalam ni so makan la siap-siap. Kedai makan ada kat luar Aquaria.

Parking kat KLCC banyak tapi kene sediakan duit parking, mahal.

Bila fikir-fikir balik, mungkin aku seronok sebab ade orang belanja. Kalau pakai duit sendiri belum tentu gedik camni. Pape pun, syukur Alhamdulillah. Hehehe...


Tuesday, October 6, 2015

They are home!

Alhamdulillah mak ayah dah selamat balik dari menunaikan haji. Legaaa....

Flight dijangka tiba pukul 8.50malam di KLIA. Walaupun excited nak sambut dorang balik tapi aku paling benci menunggu. Rilek je pukul8 baru keluar rumah. Rumah dekat je ngan KLIA, bajet boleh sampai on time. Tapi sebab dah lama sangat tak ke sana, siap sesat bagai kol9 lebih baru tiba KLIA.

Nasib baik kakak aku dah roger, ruang Ketibaan jem katanya. Aku terus naik ke Perlepasan and head to parking. Alhamdulillah parking banyak. Orang semua parking tepi jalan la tu, sebab tu sampai jem. But cannot blame them also, parking KLIA harap maklum jela mahal. Lepas McD satu set. Eh.

Ramai dah yang menunggu, sesak. Kene pulak aku spesis ketot, payah pulak nak nampak orang keluar dari arrival gate tu. Aku ngan kakak2 aku excited tunggu, anak2 ntah kemana. Nasib baik suami semua memahami tolong jaga anak. Kebetulan aku bawak bekal pisang goreng, budak2 siap berpiknik dalam KLIA tu makan berjemaah. Dulik.

Dah pukul9.40pm, sorang-sorang jemaah haji keluar dari arrival gate tu. Seksa weh menunggu. Alhamdulillah famili depan aku cepat pulak sedare dia keluar, dapatlah aku kedepan sikit. Itu pun dorang dah menunggu dari pukul8 katanya. Kesian...

Kelakarnya adik beradik aku semua rabun, sorang pun tak nampak.

"Tu kot mak"

"Bukanlah, mak tak jalan camtu"

"Tapi gaya laki dia jalan cam ayah"

"Mak takde handbag camtu"

"Jerit je panggil macam kenal, dia dah datang dekat niant kalau bukan kite cakap la eh sori, silap orang"

"Elok-elok excited nak jumpa mak, ade kang yang kene marah "apsal lambat sangat?""

Hahaha..bengong.

Alhamdulillah ktorang takyah tanggu lama. Belum pukul10 mak ayah dah keluar dari arrival gate.



Senang je nak spot, mak dan jacket merahnya yang dah bertahun tu. Lusuh dah tapi dia suke pakai.


Lepaskan budak yang tak sabo nak jumpa atok, dari pukul6 dah mintak mandi nak amik atok. Berlari dia dapatkan tok mak dia.


Lengkap kami satu famili. Jarang nak dapat ni. This is the moment that will be appreciated through the rest of our life. (Sorang lagi abang ipar takde sebab dia tolong amik gambo)

Alhamdulillah I got both of them back. Semoga panjang umur mak dan ayah. Amin.
posted from Bloggeroid