Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 19, 2015

Lompat lah tinggi-tinggi - Jump Street

Ni suami belanja main lompat-lompat pulak. Sebabnya anak aku suke melompat di rumah. Dari gobok tv tu selamber je dia lompat ke bawah. Seriau juge tapi alhamdulillah so far xde plak cedera. Dah dia suke sangat, maka kami bawaklah dia main kat sini. Dah lama dah dengar pasal trampolin park ni tapi ni first try nak cuba. 


Jump Street
Location: No., 8, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Operation hours: 10am - 10pm


Melepak dulu kat kafe sambil tunggu turn nak main. Kitorang punya sesi pukul 11am, kitorang sampai kol10 lebih so kasi tunggu dulu sambil tengok orang melompat. Harga agak mahal, style cafe. Cam harga fries RM7. Ade jual pelbagai jenis kopi dan sandwiches.

Graffiti di tepi tandas. Tandas besih dan selesa. Surau juga disediakan.

First timer kene beli socks ni...grip sock namanya. Ada banyak size. Untuk Danial yang kecik tu pun ada.

Banyak gila trampolin, pilih je nak melompat katne. Ada ruang istimewa untuk kanak-kanak.

Pancit daa....


Kemudahan lain: Surau. Locker. Shoe rack. 

Harga: Tak ingat tapi kami bertiga (Danial free) termasuk stokin 4 ialah Rm120 untuk sejam.

Keselamatan: Banyak guard yang jaga setiap section. Macam aku kan bawak anak, dia memang tengok la betul-betul budak-budak tu main. Selalu tegur kalau kita violate any safety rules.

Aku memang betul-betul enjoy main dekat sini. Walau sejam tapi sangat berpeluh. Ada sorang omputih tu melompat sampai basah baju dia cam main bola. 

Tapi ada juga berita tak best pasal trampolin park ni. Ade kes sorang tu sampai lumpuh dari pinggang ke bawah. Tak tahu the detail story tapi kisahnya dia lumpuh sebab melompat kat sini. Mungkin ada dia buat silap tapi apa yang aku nak cakap ialah kena berhati-hatilah. And play at your own risk. Aku main alhamdulillah ok xde plak cedera cumanya biasalah kalau bersenam, 3-4 hari lepas tu abes tegang semua urat. Bagi aku tu tandanya yang kita betul-betul exercise, bagus!

Kumpul duit nak pergi lagi!

No comments:

Post a Comment