Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 30, 2013

Tahyul dan Iman

2 orang rakan yang kebosanan takde ape nak borak, tiba-tiba bukak cerita pasal kepercayaan tahyul dan aktiviti paranormal. Macam-macam hantu la keluar. Yang pastinya 2 orang rakan yang berfikiran liberal dan tak pernah bersemuka dengan hantu secara face-to-face menganggap mende ni mengarut.

Peah: Aku tak pernah tengok, so aku tak percaya mende ni wujud.

Joyah: Ehhh...mende ni memang wujud la. Setiap orang ade 'hijab' yang menghalang kita nampak makhluk-makhluk halus ni. Hijab kita tak terbuka, bersyukur la kita tak pernah jumpa depa.

Peah: Ah, yela aku tau wujud cuma aku tak rasa kita perlu obses dengan mende-mende ni. Ni tak, demam pun nak mintak tangkal, makan ubat je takleh ke? Dah doktor bagi antibiotik tak mau abeskan, mana la demam tak berulang.

Joyah: Kan, aku pun tak faham. Kita umat Islam ni paling simple, doa aje kat Allah. Ni sanggup bersusah payah jumpa bomoh, ngangkung bagai. Buat solat hajat kan senang.

Peah: Mintak kat Allah lambat dapatnya. Mintak kat setan, esok pagi terus kuar nombor kite jadi jackpot kt Sport Toto. Senang beb....

Joyah: Hmmm... betul jugak ek. Allah tu bukan apa, Dia rindu nak dengar suara umatNya merayu dan merintih pada Dia, sebab tu Dia bagi lambat sikit. Kalau sume senang nak dapat, tak ramai orang nak bersujud padaNya.

Peah: Betul betul betul.

Payah jugak sebenarnya nak buat hajat and tahajjud sebab kene bangun tengah malam...ngantuk. Kene sujud lama-lama...lenguh. Tapi ok la kan dari kene duduk bertafakur kat kubur tengah malam 4 hari berturut-turut, gali kubur amik kain kapan mayat...eee, tak takut ke?

Thursday, December 19, 2013

Bodoh vs Bengap edisi 2

Adoiii....aku ni tak tau la aku stress sangat pasal keje ke, sume mende pon aku nak naik angin.

Nak ngumpat kawan lagi. Aku rasa cam penah cite pasal kawan ni before this. Same old issue, pasal kegemukan.

Aku ada sorang kawan yang risau sangat pasal badan dia naik. Sibuk nak compare masa dia zaman anak dara, berat badan 40kg je. Now umur dah masuk 30-an, anak pun dah dua, berat badan 75kg, and she stress. Ari-ari dok bukak cerita pasal diet, pasal produk kurus yang berkilo-kilo dia telan tapi tak berkesan, pasal dia stress dengan kerja and jadikan dia addicted to food dan bermacam-macam lagi isu yang pusing-pusing akhirnya nak cakap yang dia stress dia gemuk. Everyday ok, EVERYDAY!

Lunch tadi dia order Tuna Sandwich, nak diet katanya kan.... But problem is, we had lunch at a fine dining restaurant yang harga sandwichnya 1 set RM7.90. With that price, the sandwich came in a big size platter with big big fries on the side, xde la kurus-kurus cam fries Mekdi tu.

You know what.....instead of eating the sandwich, dia habeskan fries dulu. Oh, not to forget dia order teh tarik for drink. Diet la sangatttttttttttt............ Fries is a no-no untuk orang nk berdiet sebab kentang tu lemak tepu, masak plak deep fry dalam minyak, memang tak sesuai langsung untuk orang berdiet. 

Eeee....rasa nak lempang je. Or nak herdik kat depan muka dia cakap "Tak sedo diri!".

Jangan salah faham ye.... Aku bukan nak menghina orang gemuk. In fact kawan aku ni tak gemuk mana pun cuma dia je fefeling dia gemuk. Umur dah lanjut, anak dah dua tapi mengidam badan masa anak dara, memang tak dapekkkk la... Cuma aku menyampah perangai dia yang asik mengeluh tapi tak walk the talk, faham tak? Cakap nak kurus tapi makan macam kau tu tak gemuk, camne?

Bersyukur jela yang kau tu takde penyakit and masih boleh enjoy all the foods, takleh ke? Hmmm...




Tuesday, November 26, 2013

Bengap vs Bodoh

Sedang menghadapi situasi di mana terdapat seorang rakan yang malas guna otak.

Dia tak bodoh, tapi dia tak guna otak. Dia mcam fikir guna rambut, or gigi, or kepala lutut?

Contoh, dia mintak tolong export data dari sistem sebab dia kata dia tak boleh export. Rupanya dia tak install software to export the data, opkos la xleh nak export. Tapi sebab dia mintak tolong dengan muka kesian, kita pun tolong..anggap je dia ada isu untuk install software tu, like dah xde free space dalam laptop dia untuk install software baru ke? Since dia tak install the software, dia tak boleh baca data tu, so dia datang lagi dan mintak tolong convert the data into excel format. Ok fine, kita pun tolong. Then dia datang lagi sebab katanya data tu takde nilai total value, which is the total amount of the data. Memang boleh terjadi sebab format asal data tersebut adalah lain, so bila convert into excel, excel tak boleh nak baca the formula. Tapi, raw data masih sama, kau hanya perlu ubah formula. Formula excel takkan tak tau, setakat SUM UP je pun. 

Kau tak faham cerita aku sebab terlalu teknikal?

Ok, contoh 2. Setiap tahun kitorang kene pilih medical plan apa yang kitorang nak pakai for the whole year. Kalau kau rasa nak pergi major operation this year, ko pilih coverage yang mahal sikit. Kalau kau rasa medical coverage tak penting, then kau boleh exchange dengan life insurance yang mahal, or convert duit tu untuk beli extra cuti. Mende ni memang buat setahun sekali, wajib. So unless kau baru masuk opis ni bulan lepas, mende ni still baru pada kau. Tapi kalau kau dah keje sini dekat 5 tahun, kau memang dah arif sangat dengan sistem ni. Tetiba kawan kau ni tadi datang tanya camne nak cek apa yang dia pilih aritu. Dia lupa. LUPA??? Dia pilih coverage untuk diri sendiri aje kot, bukan macam orang lain yang kene pilih untuk anak bini sampai 4-5 orang. And yes dia dah kerja kat sini dah 5 tahun. Oh lupa, tahun lepas dia LUPA untuk select benefit ni so dia langsung tak di cover untuk ape-ape plan. Setahun la kene bayar sendiri bil medical, kompeni tak support. Itu pun ada hati nak mengadu kat management cakap tak fair la dekat dia kene bayar bil medical sendiri hanya sebab dia lupa nak select. Well, ada kompeni kisah???

Kau nampak tak sebenarnya dia memang langsung tak guna otak dia. Otak dia buat hiasan je dalam kepala tu. Dia harap orang keliling untuk selesaikan masalah dia. 

Kau sanggup nak layan hari-hari? Hal remeh temeh je kot...yang kau takde masa nak layan sebab ade lagi mende crucial yang kau kene settlekan. 

Dan yang paling penting kau rasa annoying sangat-sangat sebab hal tu terlalu remeh, sampai kau rasa nak sekeh kepala and sepak terajang dia. Tapi kau tak mampu.

So hari-hari kau rasa sakit ati nak ke opis, hanya sebab dia. Kau rasa mana lagi bagus, upah pembunuh upahan atau santaukan aje kawan kau tu?

Monday, November 25, 2013

Mama so sorry sayang

Dear Amani,

I'm writing this with millions of remorse.

I've treated my lil angel bad yesterday and I regret it.

I'm so sorry sayang... Mama dah cuba jadi kuat untuk anak Mama, but seems like I haven't tried enough. Mama terlalu mengikut perasaan dan terikut-ikut dengan kelemahan diri sampai anak Mama jadi mangsanya.

Yet you are an angel. After what have I done, you still pouring that beautiful smile and laugh on your cute little face. Looking such loves coming from you, Mama betul-betul rasa bersalah. How could I hurt my little angel?!

Since you were born, you have been my strength and will always be. Mama akan cuba jadi lebih kuat untuk anak Mama. Please do not give up on me and forgive me. I will never hurt you again. I may not be the best mom for you but my love for you is higher than thousands of moms combined! You must know that...tak kira macam mana layanan Mama pada Amani, sayang Mama pada Amani tetap tinggi dan utuh.

Maafkan Mama ye sayang...

I love you with all my heart, and I swear it all over again...

Saturday, November 9, 2013

Random talk #2

Me: Bang, bagi anak nama Aaron Aziz nak?

En. Suami: long silence Ada makna ke?

Me: Aziz tu adalah, Aaron tak tau.

En. Suami: Nama lain la.

Me: Adi Putra?

En. Suami: Lain.

Me: Nak nama Aidil tapi kenangkan ex-suami Rita Rudaini tu, nyampah plak.

En. Suami: Cari la nama lain.

Me: Adam Lavigne?

En. Suami: krik krik....krik krik...

Me: Ok....fikir lagi.....

Bagi nama Ahmad Albab mesti femes kan? Huhu...

posted from Bloggeroid

Monday, October 28, 2013

What is wrong could be right

The most sad thing is when you have reason for your mistake, but people won't listen to you because for them what is wrong is wrong.

Wrong and right are solely based on personal judgement.

For people who cannot accept you for who you are, you don't have to be sorry. Indeed they owe you one for being too ignorance to learn the world.

We are different, and that what makes the world better.

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 23, 2013

My baby can do what?

At 19 months, my lil daughter bukan sahaja dah pandai bukak baju sendiri malah dah pandai nak pakai baju sendiri. Dah lama dia nak pakai sendiri tapi selalunya tak bersungguh. Now langsung taknak mama tolong, kemain sombong.















Alahai..dah besar dah anak mama, semua nak buat sendiri. I'm so proud of you.

posted from Bloggeroid

Post merapu lagi

So I've accepted my ex-bf's friend request on Facebook.

Its a mix feeling to see him now, especially when he has married and recently have a baby. Not that I still holding feelings for him, but you know...we used to have history together, the memories remain, hence the mix feeling.

Satu je yang aku terkilan, bini dia tak cantik! Oh, please don't make me feels yang kau sebenarnye takde taste dan aku ni sebenarnye tak cantik.

Bapak sedey weh.....

OK Farah, get back to work!

Tuesday, October 8, 2013

Anak dia, sukeati dia la

Perbualan dua orang rakan di suatu hari.

Peah: Beb, ko rasa ok tak home schooling?

Gayah: Kalau macam anak-anak Kardashians tu ok kot. Sibuk shooting sana sini, mana ada masa nak gi skolah. Pece?

Peah: Kan beb. Opismate aku ni ha, dia sibuk nak anak dia home school. Padahal kedekut nak mampos, ada hati nak home school kan anak.

Gayah: Tang pelajaran dia tak kedekut kot, ko mana tau.

Peah: Tak...dia nak suruh bini dia yang ajo.

Gayah: Ehh...tak boleh la camtu. Bini dia ada kelulusan cikgu ke? Nak jadi cikgu ni bukan senang, kene ada kursusnya, trainingnya. Bukan boleh sembarangan je.

Peah: Tau takpe.. Alasan dia apa tau? Dia cakap sekarang ni gejala sosial teruk sangat. Budak darjah 2 dah pandai beromen.

Gayah: Aduhh...memang la ada kes macam tu tapi tak semua budak macam tu kan. Kau didik la anak kau dengan baik, takde la anak kau jadi macam tu. Ibu bapa kene monitor anak masing-masing, jangan nak blame school je.

Peah: Dia cakap sekarang ni senang sangat nak download video-video lucah ni.

Gayah: Amboi, mana dia tau, dia pernah try download ke? Laa..kan benda tu semua kita boleh block. Ni yang payah kalau semua nak salahlan environment.

Peah: Betul tu.. Kalau tak belikan budak tab ape bagai tu, takdela dia pandai nak tengok web lucah ke apa kan.

Gayah: Sampai bila dia nak 'simpan' anak dia dari masyarakat? Esok-esok kot budak tu pandai...kot la kan...dapat masuk universiti, bersosial jugak dia. Silap-silap anak dia yang culture shock lebih mengalahkan budak lain.

Peah: Aku ni datang dari keluarga porak peranda, tapi takde pun aku nak buat perangai tak senonoh. Pucuk pangkalnya budak tu sendiri.

Gayah: Takleh nak samakan dengan kita jugak. Zaman kita dulu jangan nak kata internet, komputer pun takde. Mana nak tau porn porn ni. Budak-budak skang, ade wifi ade henpon, dah boleh layan dah. Di mana jua, bila-bila masa. Huhuhu...Banyak jenis sekolah kat Malaysia ni, pilih la sekolah yang bagus, insyaAllah selamat.

Peah: Betul betul betul. Aku tak faham betul kenapa dia nak marah aku bangkang idea ni sampai dah taknak tegur aku lagi dah

Gayah: Hmm...memang salah kau la jugak.

Peah: Apsal plak? Aku betul apa..kau pun sokong aku kan?

Gayah: Yela...masalahnya yang kau nak bangkang dia gila-gila tu buat apa? Anak dia, sukeati dia la nak besarkan macam mana.

Peah: Yela yela aku salah....

Gayah: Hehehe...
posted from Bloggeroid

Ketam mengajar anak berjalan

I kinda have a good relationship with my bro-in-law's family. Kenal la mak bapak and semua adik-beradik dia. Dah nama tinggal berjiran, so kalau depa datang ke rumah kakak aku, aku kena la somehow tunjuk muka, kang orang kata menyombong plak.

One thing about them is they call each other by 'Aku-Kau' term. Lantak la, dah gitu cara famili depa.

One day aku lepak la dengan famili tu, mak bapak abang ipar aku baru datang dari kampung bawak banyak buah, aku pun join. Yang adik beradik ni sibuk la berbual sakan ber'aku-kau' dengan selamber.

Tetiba anak sorang kakak ni yang umur 5 tahun sound mak dia...

"Ha ha..mama cakap aku-kau....berdosa"

Terus satu rumah terdiam, then ramai-ramai bantai gelakkan budak kecik tu..(or maybe gelakkan kakak ni, mana-mana la).

Camni la susahnya nak jadi parents. Kita ajar semua nilai-nilai murni kat anak kita tapi hakikatnya our own moral value kelaut. Esok-esok bila anak tu jadi kurang ajar ke, mula la kita salahkan environment.

Contoh

Emak: Siti belajar dari siapa cakap perkataan tak senonoh ni ha? Mak tak pernah ajar Siti cakap camni tau! Ni mesti ikut budak-budak kat sekolah kan. Hisyyyy....!!!

Anak: (Tapi aritu masa mak bawak kereta mak cakap s**l b**i bila orang lain potong kereta mak) ~~ cakap dalam hati je sebab konpius kene marah.

Tak pun macam mana nak kasi budak tu faham yang sebenarnye mende tu memang salah tapi ada exception. Budak-budak boleh faham ke?

Camne? Camne? Camne????

Tuesday, October 1, 2013

Perfume murah tapi puas hati

Siapa follower lama blog ni mesti ingat pasal perfume Nenek Lapo (Nannete Lepore) yang aku pernah post dulu. Almost 2years jugak aku pakai tak abes-abes (aku bukan spesis suka bermandikan perfume, pakai sikit-sikit je untuk cukup syarat wangi). Sayangnya, anak bertuah yang sorang tu, sejak menjak dah tinggi ni, rajin pulak mencapai barang atas ghobok, maka dipecahkannya perfume kesayangan aku tu. Oh sedih....

Nak membeli perfume baru, asik terbantut je hasrat sebab ada je mende lain nak buat dengan duit. Maklumla...duit limited edition memang tak boleh nak buat berjoli sangat. Tapi sebab pakai perfume ni dah jadi habit, so bila tak pakai tu rasa cam tak selesa. One day my sister tanya "Nak tak beli perfume original, tapi reject punye. Harga less than RM200?". I said why not so she introduced me to her friend.


Again, post kali ni tak berbayar tapi aku nakkkkk sangat promote perfume ni sebab...

Alasan 1:
Ini bukan perfume tiruan Dubai Gred A, AA mahupun AAA. Perfume ni memang ori. Bau sama macam ori, and tahan sampai ke petang. As you can see from picture above, yang defect cuma faded labels, loose cap etc. Perfume datang tanpa kotak. That's why dia murah. Aku beli 2 botol, 1 for my self, defect cume faded labels and 1 for En.Suami, defect cume loose cap. 

Alasan 2:
Sebab Kak Erny tokei perfume ni baikkkkk sangat. Alkisahnya perfume dihantar pakai pos laju. Walopon perfumenye xde kotak tapi Kak Erny ensure goods are securely sealed. Tapi ntah camne bukan rezeki aku, perfume aku pecah. Perfume En. Suami ok plak. 



Teramatlah hibanya hati beta. Kak Erny janji kalau botol ade defect yang lebih teruk, like nozzle tersumbat ke, leaking ke, xleh spray ke, dia akan ganti. Tapi kalau macam ni kene mintak ganti rugi dekat Pos Laju sebab salah depa. Alahaiii....time ni aku dh rasa menyesal beli barang kaca online.

Tetiba....Kak Erny cakap datang la booth dia kat Putrajaya, kat KPKT, nanti dia ganti yang baru. Macam tak caya je. Apsal plak dia yang nak kene ganti kan? Abes, rugi la dia kalau camtu. Dia cakap takpe..bukan rezeki dia nak dapat duit dari aku kot, so dia gantikan aje. Dia cakap kalau aku dapat duit claim dari Pos Laju nanti, bankin la duitnya ke dia. Alahaii..kesian Kak Erny but seriously, she is so kind and generous. Seperti yang dijanjikan, aku pun ke Putrajaya collect perfume tu dari dia.

Bagusnya kalau semua perniaga online camni. Ramai yang nak lepas tangan je sebab bagi depa, depa dah deliver the goods dengan elok, kenapa pulak depa nak kene ganti. Sebab tu aku nak promote Kak Erny kat semua orang. Support la peniaga Melayu yang gigih and jujur ni. Aku skang ni tengah tunggu claim dari Pos Laju tu, harapnya ada la rezeki Kak Erny.

Sesiapa yang berminat nak beli perfume ni boleh visit Facebook page dia -Erny Suhaiza Hamzah. Banyak jugak choice of perfumes yang dia jual. Korang boleh test-test perfume dekat mall dulu, bila dah jumpa perfume yang berkenan then boleh order dengan dia. Aku order latest perfume from Hugo Boss untuk En.Suami but amazingly Kak Erny ada stock. Pape boleh deal ngan Kak Erny sendiri.

Saturday, September 28, 2013

I repent

I make mistake..and I repent.

I make mistake........and I repent.

I make mistake again....and I repent.

Yet I did it again.....and I repent.

I know it's a sin, but I just love doing it...so I repent.

They said Allah won't accept the repent of whose heart is not sincere, for they are not serious in asking forgiveness.

Nobody knows how He work.

And for that, I repent.

posted from Bloggeroid

Friday, September 13, 2013

Toddlers tongue

Mari belajar bahasa dengan Amani Azalea,

Cucu = Susu
Apai = Hi 5
Nyek nyek bok = Nenek nenek si bongkok tiga
Anakkkkk = Taknak
Cece meme = Terima kasih sama sama (come together, dia cakap terima kasih dia jugak yang jawab sama-sama)
Com =  Assalamualaikum
Ban = Bantal
Pon = Handphone
Pin Pin = Upin Ipin
Opok = Koko krunch
Anana = Banana
lelelele = Gula-gula

Sekian sahaja untuk kali ini. Bertemu kite lagi di episod akan datang. Baiiiiii.......

Tuesday, September 10, 2013

D for Dinasour..aummmm

Seperti biasa, hari minggu yang berharga bersama keluarga akan diisi dengan sesuatu yang berharga. Macam biasa la, alasannya keluarga aku jarang nak cukup corumn. Last Sunday bangun pagi tetiba En. Suami ajak gi Zoo Negara. Ok on, mandi and bersiap. Tapi singgah breakfast dulu kat kedai. Tengah breakfast tu la nampak satu poster menarik. Tukar plan, tak jadi gi Zoo Negara, kitorg gi sini pulak.

 Backyard Monsters & Dinosaurs
Marina Putrajaya, Pusat Maritim Putrajaya
 (sebelah Pullman Putrajaya)
Fee: RM10 (Adult), RM6 (Children 2-12years)

 Ni le rupa pintu masuknya. Parking tak kene bayo.

 Haaa...nampak tak muka budak cuak. Amani memang taknak masuk, kat luar lagi dia dah tarik tangan ayah dia ajak balik. Tapi tiket dah bayo wooo...rugiiii....

 Dasar mama hati kering paksa anak takut tengok dinosaurs. Muahahaha...

 Ada pameran insects jugak. Good knowledge.

 Mantis mutant, oversize

Jalan-jalan kat Marina tengok keindahan alam.

Takde la luas mana pon ruang pameran dia ni, tapi ok la kalau nak isi masa lapang di hujung minggu tak tau nak buat apa kan. Yang penting dapat gambo ngan T-Rex, yeehaaa....  Agak menakutkan la untuk budak kecik sebab suasananya gelap, plus bunyi Dinasours mengaum memeriahkan ruang pameran, tapi alhamdulillah Amani tido malam tak ngigau. Pameran open sampai 28 February 2014, pergi la...

Kalau nak makan, ada Maritime Restoren dekat bangunan sebelah. Aku selalu jugak makan situ, food not bad, mungkin boleh buat food review next time. Tak pun boleh pergi Alamanda, lebih kurang 10minit drive dari sini. Eh, lupa pulak pada yang kaya boleh makan aje kt Pullman Hotel sebelah tu.

Selamat berhujung minggu!

Wednesday, August 28, 2013

Selamat Hari Jadi untuk aku!

25hb aritu besday aku. Alhamdulillah dapat hidup setahun lagi.

Bestnye besday kali ni, En. Suami ada dekat rumah, dapat la celebrate 1 family. Mak ayah aku pun kebetulan datang sini, lagiiii la meriah.



En.Suami belanja makan Sushi King upon request. Makan sampai muntah. Nyum nyum!!


Bawak emak try sushi, ayat pertama beliau "Kenyang ke makan ni?". Aku jawab "Kenyang aje kalau makan 10 pinggan". Mak cakap tak sedap. Hehe...

Potong kek kat umah je. (maafkan budak seksi disebelah).


Kek yang sodap dari Bakers Cottage. Tak jakun pun kat Secret Recipe...Wish atas kek En.Suami yang buat, macam skema je ayat kan? Hehe..

Hidup aku ni takdelah sempurna mana, basic je kot. But I got thousands of reasons to be grateful. Kalau ade yang sounds tak grateful tu normal la, manusia.... Tak payah la poyo-poyo nak cakap "Thank you Allah" dalam blog kan, baik cakap dalam sujud solat. Kepada yang wish selamat hari jadi kat aku, terima kasih yang tak terhingga diucapkan, semoga Allah memakbulkan segala doa baik kalian. Kepada yang wish lambat, aku maafkan korang. Kalau takde Facebook nak bagi reminder memang orang tak ingat, aku faham sangat dah.... Kepada yang tak wish, takpe takpe...ade ubi ada batas. Huh!
posted from Bloggeroid

Tuesday, August 20, 2013

Resipi Japanese Cheese Cake

Ni 2nd time dah aku cuba resipi ni, memang sangat yummy. Aku dapat dari tenet, dari sape aku dah lupa dah. Haruslah plagiarism je, nak suruh aku create resipi sendiri memang tak la...  Jom la try jugak.



Bahan-bahan ( 8-inci )

Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon (x jumpa lemon aku letak je sikit sunquick)
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon (x jumpa lemon aku letak je sikit sunquick)

Cara-cara:-

Utk adunan A:
Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.

Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dalam adunan cream cheese & gaul sehigga sebati (gaul guna senduk kayu sj).

Utk adunan B:
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy).
Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). (*akak pukul lebih kurang 7-8 minit)

Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau sampai sebati.

Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.

Bakar kek dlm kira-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.

**Pada sesiapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simple jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga separuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air x masuk esp. springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
 
Ni la rupa kek aku yang dah siap. Gebu sangat, sedappp..
Selamat mencuba!

Friday, August 16, 2013

Orang Johor sei..


Today's menu: Asam pedas ikan tenggiri dan kacang panjang goreng dengan tempe.

Orang Johor katanya, haruslah menu asam pedas. Tempe tu tak letak takpe tapi kalau dah tekak jawa, back to the root jugakla dalam masakan, tempe harus selit. En. Suami puji sedap, kiranya not bad jugakla skill memasak aku ni kan. Ehem ehem...heee...

Tak terai tak tahu....

posted from Bloggeroid

Thursday, August 15, 2013

Resipi Ayam Goreng KFC

I found this on Facebook, never tried myself (well not yet, soon maybe). Sesiapa yang berminat boleh la try yek.


KFC ORIGINAL SECRET CHICKEN RECIPE
12 Herbs and spices.

Share this one so you don't lose it, you won't see it again!

Ingredients


1 whole chicken, cut into pieces
3 beaten eggs
4 tablespoons oil

For the coating:
2 cups flour
4 teaspoons paprika
1 teaspoons salt
1 teaspoon pepper
1 teaspoon poultry seasoning (or chicken stock powder)
1 teaspoon oregano
1 teaspoon tarragon
1 teaspoon parsley
1/2 teaspoon thyme
1 teaspoon chives
1/2 teaspoon garlic powder
1/2 teaspoon onion powder
1/2 teaspoon celery salt

Directions:

Sift flour and add together all the coating ingredients and grind finely with a mortar and pestle and place in a clean plastic bag. Coat each chicken piece first with the beaten egg, then with the flour mixture in the bag. Make sure you coat each piece completely with the flour.

Heat the oil in a skillet. Brown the chicken in oil slowly, uncovered. Once browned, cover the skillet and keeping frying on a very gentle heat until the chicken is fully cooked. Place on paper towels to drain out the excess oil.

Wednesday, August 14, 2013

Cerpen pendek : Bukan Jodoh Kita

"Assalamualaikum" sapa Shahir lembut saat panggilannya berjawab.

"Waalaikumussalam.." jawab Ain, agak terkesima tatkala terdengar suara itu.

"Suara Ain lemah, Ain sihat?" tanya Shahir agak risau.

"Sihat, cuma agak letih, majlis dah tak lama" jawab Ain sedikit tersenyum.

"Ain....yakin dengan keputusan Ain?" tanya Shahir teragak-agak, tapi dia tidak mahu berdalih-dalih.

"Maksud Shah?" tanya Ain agak keliru.

"Ain betul nak kahwin dengan dia?" soalan Shahir agak tegas kali ni.

"Ya..majlis Ain dah dekat sangat, ini bukan masa untuk ubah fikiran" jawab Ain.

"Sempat. Kita lari?" tiada tanda ragu-ragu dalam nada Shahir ketika mengajak Ain.

Ain terdiam, kali ni lidahnya betul-betul kelu. Tiada jawapan mampu diberikan. Agak lama dia terdiam sehingga mampu bersuara kembali.

"Kenapa sekarang Shah, kenapa sekarang?" soalan yang benar-benar meruntun kepastian dari bibir Shahir,

"Shah dah lama sayangkan Ain, cuma Shah terlambat sedar betapa pentingnya Ain dalam hidup Shah" jelas Shahir dengan nada kesal.

"8 tahun Shah...8 tahun Ain tunggu Shah ucapkan perkataan tu, akhirnya dapat juga Ain dengar. Demi Tuhan, Ain pun sayangkan Shah" ujar Ain sambil menitiskan air mata.

Ain tidak mampu menahan sebak di dada. Lelaki yang disayanginya dalam diam selama ini meluahkan kata-kata yang sudah lama didambakannya. Bukan dia tidak mahu meluahkan perasaannya selama ini, tapi dia perempuan, mana bisa perigi mencari timba. Selama 8 tahun dia setia di sisi Shahir, susah payah Shahir dia sentiasa di sisi, Shahir sudah sepatutnya arif tentang perasannya!

"Kita lari. Shah akan jaga Ain. Kita hidup berdua je" ujar Shahir agak merayu.

"8 tahun Ain tunggu Shah, tapi Shah tak pernah cakap Shah sayangkan Ain. 8 tahun Ain sabar jadi saksi berapa kali Shah putus cinta, Ain setia di sisi Shah tapi Shah tak pernah pilih Ain. Hari ni, jari Ain dah berinai, dan inai ni tandanya Ain bakal jadi milik dia. Cukuplah 8 tahun untuk Shah, sekarang Ain untuk dia" jawab Ain tenang, walaupun hatinya bergolak dengan perasaan. Dipandang cincin pertunangannya untuk mendapatkan kekuatan meluahkan kata-kata.

"Maafkan Shah...Shah sayangkan Ain, Shah tak boleh hidup tanpa Ain"

"Terima hakikat kita takde jodoh. Kalau ditakdirkan berjodoh pun, bukan sekarang. Ain sayangkan Shah, tapi Ain lebih sayangkan famili Ain. Semuanya dah tersedia, Ain tak sanggup nak malukan mereka"

"Ain yakin Ain boleh bahagia?"

"Ain tak tahu. 8 tahun Ain sayangkan Shah, mana mungkin Ain boleh ganti hati Ain pada orang lain macam tu je. Tapi Ain taknak pentingkan diri sendiri lagi. Dia sayangkan Ain, dan Ain akan balas kasih sayang dia tu. Dia suami Ain..dan demi tanggunjawab itu, Ain akan berusaha menjadi isteri yang terbaik untuk dia"

"Shah tak mampu nak cakap apa lagi kalau Ain dah buat keputusan. Shah harap Ain bahagia" Ain dapat rasakan ada nada kesal yang mendalam dalam kata-kata Shahir itu.

"Terima kasih. Ain harap Shah temui kebahagiaan juga. Terima kasih untuk kenangan bahagia selama 8 tahun ni." ujar Ain lembut mengakhiri perbualan.

Tamat perbualan itu Ain menangis sepuas-puasnya. 8 tahun lamanya dia menunggu, dia tidak pasti jika keputusannya menolak 'lamaran' Shahir itu adalah perkara yang terbaik. Sungguh hatinya ingin berkata ya tapi akal fikirannya yang masih waras, dan senipis iman di dada mengingatkannya pada janji dan harapan yang telah diberikan pada keluarganya dan keluarga tunangnya, Janji itu harus ditepati. Dalam tangisannya dia berdoa agar pilihan yang dibuat adalah yang terbaik untuknya dan semua.

Shahir terduduk. Rasa kesal dan kecewa yang tidak dapat diungkap. Diimbas kembali saat-saat manis dia bersama Ain. 8 tahun bukan waktu perkenalan yang singkat, sungguh banyak kenangan manis yang dicipta. Ain wanita yang manis, periang, penyabar, manja, tak pernah lekang dari sisinya di waktu dia susah dan senang. Entah kenapa dia tetap menunggu cinta Wani yang tidak henti-henti memperbodohkan dan mempermainkan hatinya. Ah, dia memang bodoh dan buta! Namun kesalannya tak bererti kerana Ain bakal jadi milik orang selang beberapa hari lagi. Shahir menangis lagi...

 ******************************
Notakaki: Cerita ini hanyalah rekaan blogger semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal. 

Tuesday, August 13, 2013

Advantages and disadvantages of technology




Aku xtau le anak sape yang main tab sampai tak reti tengok dunia luar. Teruk beno gayanya.

Ok, ni aku nak bagi pendapat aku plak.

Sejujurnya, anak aku ade henpon. Henpon lama aku, yang now dah jadi milik dia. Dalam tu aku download banyak bursery rhymes and children games for her to play and listen to....sejak dia kecik. Mixed videos, ada belajar huruf, ada belajar nombor, ada belajar english songs, ada belajar kenal huruf jawi, ada juga vide Korea. Wahahaha....

Alhamdulillah, now Amani can follow a few words. Like "row row row your boat" tu bunyinya "yo yo yo yo bot!", jadilah kan... Dengar lagu Old Macdonald has a Farm, bila keluar gambar itik tu, dia dah pandai keluarkan bunyi 'quack quack'. Bagi aku ianya satu pencapaian untuk budak yang umurnya tak sampai 2 tahun.

Anak buah aku yang umur 2tahun pulak dah pandai main Angry Bird. Walaupun dia just shoot the bird secara semebrono tak truely score, tapi dia pandai la nak navigate the screen. Pandai la lepas shoot tu, dia go back and shoot another one (for those who haven't play the game, it didn't show the full screen, unless you minimize it). And pandai la dia go back to menu to choose stage lain plak. Ok la tu, kire otak dia dah develop. Anak sepupu aku yang umur 2tahun pun dah pandai settlekan game Mahjong Tiles (bukan main mahjong, tapi kene suai padankan mahjong tiles yang ada character Chinese pelik-pelik). Susah gak game tu sebenarnya sebab kene ade strategi, settlekan tiles yang atas dulu, then yang luar, baru leh game over. We are talking about 2 years kids ni, yang masih pakai pampers dan cakap pon tak faham butir. Kau dulu umur 2 tahun pandai buat apa?

Sejak zaman aku kecik lagi game dah dicipta. Dulu ada playstation je, game paling popular is Mario. Now dah upgrade jadi PS2 la, PSP la ape bagai. Aku akui main game ni memang addictive, boleh spend berjam-jam depan tv mengadap game, tak keluar rumah. Tapi seingatnya aku tetap ada kenangan main galah panjang dengan jiran-jiran, petang-petang kayuh beskal dengan kawan-kawan. Takdelah aku jadi anti sosial and bodoh dungu tang aktiviti fizikal ni.

Bosan wei nak hadap game 24 jam pon. Cam dulu lepas selamatkan Puteri dari rasaksa, abes lah game Mario tu. Pastu nak buat apa? Kalau dari pagi ngadap game, petang mesti nak keluar jugak.

Aku ingat lagi zaman aku sekolah rendah, projek ujung tahun yang paling glamer ialah buat buku skrap. Masa tu aku kene buat pasal Perdana Menteri Malaysia. Gigih la belek surat khabar, gunting gambar PM dari zaman Tunku Abdul Rahman, letak nama penuh, tarikh lahir, tahun bila berkhidmat, bla bla bla. Budak zaman sekarang ntah tahu ke tak apa itu buku skrap. And kalau dorang nak dapat information pasal PM, Google ajelah, apa susah. Tak payah nak buat  buku skrap bagai. Sekolah menengah up sket, kene buat powerpoint slides show. Masa tu kalau pandai buat animated slide show dah kire terer gila la, letak lak muzik sebagai latar, fuiyoooo...A terus! Itu pun biasanya kitorang lepas tangan kat budak yang terer komputer, biar dia je buat. Itu cerita 10 tahun lepas.....

Nowadays  abang ipar aku yang merupakan cikgu sekolah rendah cakap, budak-budak akan diberikan cam notebook gitu le. Pastu projek akhir tahun, kene buat video. Contohnya kene amik gambo orang menari, amik suara orang bercakap, then combinekan. Projek sekolah rendah tu beb! Kau mampu???

Sekarang dunia makin canggih, teknologi makin hebat. Kalau kau rasa ada produk kat Malaysia ni yang canggih gila, percayalah apa yang kita ada is 10 tahun terkebelakang dari Jepun. Kat Jepun tu lagi la ntah apa-apa teknologi canggih depa ada. Siap ada robot soccer tournament lagi, perlawanan bola antara robot. Kita ni baru tengok remote control speed bot pon dah jakun. Itu pun dalam 1 taman, ade la sorang je budak yang ada mainan tu. Kesiannn....

So apa pendapat anda, masih mahu restrict anak-anak anda dari gadget? Tepuk dada tanya selera.

Sunday, August 11, 2013

My baby can do what?



Ini anak saya umur 17 bulan.

Dah pandai cakap "anakkk" (read taknak).

Kejadian di atas adalah scene normal lepas mandi, dia taknak keluar bilik air sebab nak main air. Gigih menyorok belakang baldi.

Ajak mandi taknak mandi. Dah mandi taknak keluar bilik air. Dah keluar taknak pakai baju. Berlari keliling rumah dulu baru dapat pakaikan baju dan pampers. Itu pun lepas 10x pasang bukak pasang bukak pampersnya.

Sekarang anda dah tau rahsia saya kurus.
posted from Bloggeroid

Wednesday, August 7, 2013

My baby can do what?

Amani is now 16 months old and is actively developing her brain.


Last skali letak itik


Yeay, berjaya!!


Itik quack quack

I am strongly recommend uols to get married at early age. Sebab bila dah tua, memang tak larat nak main dengan anak. Aktif ya rabbi...semputtt ...
posted from Bloggeroid

Tuesday, August 6, 2013

Me, myself and I

Aku...bila bercerita dengan orang, hanya untuk luahkan perasaan. Jarang untuk dapatkan nasihat.

Rasa macam dah post pasal topik ni before. Tapi ada kejadian yang berlaku akhir-akhir ni apabila cerita aku end up dengan khutbah yang panjang, aku bosan.

Bukan sombong, tapi...

Aku anggap diri aku jenis perempuan yang berdikari. I called myself Wonderwoman didn't I? (Smile) I use to face the world alone. Dulu belajar jauh dari famili sampai ke sempadan nun. Lepas belajar keje kat Kolumpo. Dah kahwin pun terpaksa berjauhan dengan suami atas tuntutan kerjaya. I blame nobody, this is my life and I live with it.

Orang hanya pandai berkhutbah tapi takde sapa tahu apa yang kita lalui. Nobody has the right to judge until they walk on my path. Orang cakap apa yang dia rasa betul tapi apa yang dia rasa betul belum tentu sesuai dengan kita. Sebab hidup kita dan dia berbeza. Oh, kadang-kadang dia pun tak pakai nasihat dia tu, tapi dia bagi nasihat macam dia bagus. Puih!

Or kadang-kadang orang bagi nasihat cliche like "sabarlah.." or "usaha lagi"...bosan...

Face it, dalam kubur pon sorang-sorang, bukan boleh ajak orang teman.

Tak perlu dengar kata orang coz at the end of the day, kau suap nasi kat mulut sendiri pakai tangan sendiri, takde sape nak suapkan. Ok, kalau taknak dengar tu macam kurang ajar sangat kan, kau dengar jela nasihat orang tapi tak payah ikut.

Kalau kau silap, kau juga yang tanggung akibatnya. Well, kena berani la. Tapi kalau kau pengecut, kau dengar la cakap orang, tapi kalau kau akhirnya buat silap jugak, salahkan diri sendiri sebab tak berani buat keputusan untuk diri sendiri. But I tell you, buat silap atas keputusan sendiri lebih berbaloi dan puas hati berbanding kalau ikut cakap orang. Sebab at least kau tau yang kau dah buat yang terbaik untuk diri sendiri, cuma nasib tak menyebelahi.

I always found this amazing when people gave you advise but actually the force you to follow their words. Funny also. Who they think they are?

posted from Bloggeroid

Saturday, August 3, 2013

Biar papei asal bergayei

Kakak aku bagitau kakak aku lagi sorang yang aku ni nampak kesian, nampak macam takde duit.

Kureng hasam sangat statement begitu.

Ni mesti sebab kes aku beli handbag kat pasar malam yang takde jenama. Kakak aku tu beli handbag original harga ribu-ribu. Kakak yang lain pun memang make sure handbag depa sume original. Rela tunggu time sale asal yang original. Kalau tak ori pon haruslah tiruan gred AA yang harga ratus-ratus.

Ayat balas diplomatik: Kekayaan tak perlu ditunjuk-tunjuk.

Ayat balas jujur: Yela kot xde duit. Hahaha!!!

Entah la ye, aku rasa aku memang tak di ajar untuk bergaya. Masa kecik-kecik dulu mak aku takde la nak beli gaun cantik-cantik, kasut comel-comel, pinky-pinky, girlish-girlish untuk aku. Aku ingat lagi masa form 1/2 gitu, aku ada 2 helai t-shirt yang sama sebijik kaler tapi lain gambo depan sampai kawan aku cakap aku tak tukar baju. Dan jenis mak aku dulu, beli baju time raya je, pakai la sampai lusuh. Tak pun aku kene recycle baju kakak-kakak aku yang elok lagi.

Ayah aku je yang fussy sikit. Dia tak suka tengok anak dia macam orang miskin. Keluar jalan pakai tshirt sekolah or track suit was a no-no. Dia kata macam la dia takde duit nak belikan baju untuk anak dia. Kalau keluar kene pakai tshirt yang dia/mak beli and jeans.

Bukan nak salahkan mak ayah, well mungkin sebab kecik-kecik dulu hidup kitorang susah.

Tapi dah besar ni aku memang aku takde la kecenderongan untuk bergaya ni. Pakai aje apa yang ada. And apa yang ada biasanya apa yang paling murah. Dari dulu sampai la anak sorang, fesyen aku ialah tshirt and jeans walau kemana jua. Alasan:

1. Selesa - Msia is hot, tak perlu pakai baju berlapis-lapis.
2. Murah - Biasanya harga bawah RM30
3. Flexible - Fesyen yang acceptable walau untuk apa jua occasion, gi mall, gi pasar malam, gi kebun bunga semua sesuai.
4. Sopan - kire sopan la jugak berbanding baju-baju berfesyen yang kadang-kadang menonjolkan aset wanita.
5. Senang dan mudah - takyah gosok pon takpe (aku spesis malas gosok baju).

Dapat plak asben yang jenis tak kisah (atau mungkin dia kisah tapi dia pasghah. Hahaha). Dia jenis yang tak cerewet, alhamdulillah. Kadang-kadang tanya ok tak baju aku, dia ok aje. Makanya takde la perubahan terhadap sense of fashion aku.

Nak gak try berfesyen tapi takleh blah harga blouse sehelai hampir cecah seratus ringgit. Macam fesyen peplum tu plak, kalau tak kene gaya, seksi dowh...sengaja nak kasi tayang boobs and buntot. Handbag mahal-mahal pon tetap boleh koyak dan kotor tapi nanti sayang nak beli baru sebab mahal, tak syiok itu macam...

Tapi one thing yang aku perasan, walaupun aku nampak miskin, tapi aku memang rajin berjalan. Tahun ni je 3x pergi vacation. Kakak-kakak aku mana ada. Haa..aku lebih cenderong ke arah situ kot.

Ok apa nampak miskin, takde la risau orang nak rompak. Ye dak? Hehe...

posted from Bloggeroid

Friday, August 2, 2013

Random talk

Perbualan bersama suami di suatu petang.

Aku: Abang sayang ayang tak?

En. Suami: Sayang.

Aku: (Sengih) Banyak ke sikit?

En. Suami: Lebih dari diri sendiri. 

Aku: (Sengihh...) Lama ke kejap.

En. Suami: Sampai syurga.

Aku: (Sengihhhhhh...) Semua ke separuh?

En. Suami: Sepenuh hati.

Aku: (Sengihhhhh...) Betul ke bohong?

En. Suami: Bohong.

Aku: (Kill kill, die die!!!!)

Sunday, July 28, 2013

Salah siapa, laki ke pompuan?

Ha, ni nak komen sket pasal isu Asrap Muslimin ni. Selaku wanita yang tak berapa nak sokong poligami ni, aku memang tak berkenan la cerita dia kahwin lagi ni. Mungkin sebab banyak sangat cerita negatif yang keluar dari yang positifnya.

Orang kata dia kahwin lagi sebab takde anak - ala, kalau Allah kata takde rezki kau, kau kahwin 10 pun belum tentu dapat anak. Orang kata dia kahwin tak dapat restu bini pertama - masa bahagia jalan pimpin tangan, tak bahagia kahwin lain senyap-senyap, puih! Dan yang paling aku tak berkenan ialah pasal isu dia kahwin kat Thailand. Kenapa mesti Thailand? Unless kau ada benda nak.sorok, yes kau akan pergi jauh sampai ke sana untuk kahwin. Kawan aku cakap ada ramai je ustaz kahwin kat sana. Ok, ini taktik keji nak gunakan ustaz sebagai benchmark. Sorry dude, tak semua ustaz tu betul. Ustaz Azhar kahwin tiga siap bersanding lagi, takde masalah pun. Alasan-masan sume ni!

Ok, bukan isu ni yang aku nak kupas. Alkisahnya masa borak pasal isu ni ngan kengkawan, aku noticed ada few girl friends yang salahkan Si Wan Sakinah tu gila-gila. Dia dilabel sebagai wanita gatal miang perampas laki orang. Well, mungkin sebab minah tu sibuk cakap yang dia and Asrap dah lama kenal before Asrap kahwin lagi. Sorry ye dik, even kau berkenalan sejak dari dalam perut ibu - perut mak kau and mak Asrap pernah bertembung, hakikatnya jodoh Asrap ngan Dayana, bukan dengan kau. Tak payah la nak kata Asrap tu kononnya memang hak kau.

Ok, berbalik pada isu tadi. Aku tak berapa berkenan la kalau nak salahkan pompuan ketiga semata-mata. Yes depan kau laki kau caring gile, romantik nak mampos tapi sape tau sebenarnya dia masih dahagakan kasih sayang. Yang romantik dia je tapi kau tak, kau kayu, sebab tu dia kahwin lain. Ok yes, laki kau memang takde ciri-ciri lelaki yang nak curang..well kalau betul, mana dia jumpa pompuan ketiga tu? Nak kahwin ni I tell you, bukan terserempak kat kaki lima terus masuk minang. Kene ade sesi berkenalan, suai kenal, kenal hati budi masing-masing sebelum 2-2 setuju nak kahwin. Kalau betul laki kau tak bersalah, kenapa dia gi gatal berkenalan rapat ngan pompuan tu at the first place? Laki kau kene goda? Pompuan tu bukan GRO yang memang kaki goda laki tau. Kalau setakat dia terlebih caring sikit laki kau dah jatuh cinta, sah laki kau memang gatal. Stop la nak cakap laki kau kene bomoh ke apa, dia sebenarnya kena panahan cinta je.

Sape pernah tengok muvi Untuk Tiga Hari? Cite tu bagi pengajaran yang apa jua tindakan kau, you are responsible for it. Kau yang pilih untuk jadi anak yang patuh, so be one, jangan nak cakap "saya kahwin dengan dia sebab mak yang paksa saya". Kau yang buat keputusan untuk diri kau. Dalam kes Asrap ni kalau dia kahwin ngan Sakinah sebab tu ex-gf dja, dia memang la super bangang. Dah kalau kau sayang dia dari dulu, kenapa kau tak kahwin je ngan dia? Orang gila je taktau apa mende yang dia buat. Kita yang waras ni memang bertindak atas pemikiran yang wajar, jangan cakap kau konpius masa kahwin ngan Dayana dulu.

Apa yang aku cakap ni bukan base on Asrap je tapi applicable for all men. Sebelum adik akak serang pompuan ketiga tu, gi ganyang suami akak dulu. Unless pompuan ketiga tu yang memang kurang ajar gi sumpah seranah kau tak pandai jaga laki, maka sila la simbah asid je kat pompuan celaka camtu. Tapi pape pon, ganyang laki kau dulu. And tanya la betul-betul kenapa dia kahwin lain, mana la tau kot salah tu datang dari kite, tak ke malu nak gi serang orang?

Oh by the way, tak payah nak emo sangat pasal isu poligami ni. Dah Allah kata halal, jangan kita nak kata haram plak, siap nak sign petisyen anti poligami bagai. Nak buat camne, pasghah jela. Ada rezki untuk orang-orang yang bersabar kat akhira kelak. InsyaAllah...

posted from Bloggeroid

Tuesday, July 23, 2013

Siapa kita untuk judge?

Tergerak untuk komen pasal kes ibu cuai yang tertinggal anak dalam kereta selama 5jam sampai anaknya meninggal dunia.

First of all, Al-Fatihah buat arwah.

Aku tak pernah baca cerita ni, aku dengar orang cerita. First time dengar, otak aku terus fikir yang cuai ialah si ayah. Bukan streotype cuma jarang tanggungjawab jaga anak ni di atas bahu ayah so agak logik la kalau ayah yang lupa anak dia tertinggal dalam kereta. Aku terfikir kalau suami aku yang buat macam ni, memang aku tak boleh terima, langsung tidak. Tapi bila tahu yang cuai ialah si ibu, aku terdiam.

Speechless. Tak mampu fikir apa-apa.

Terfikir macam mana kalau perkara itu terjadi pada aku. Nauzubillah, memang tak dapat maafkan diri sendiri! Hakikatnya perkara ini memang boleh terjadi.

Ok, mungkin bukan tinggalkan anak dalam kereta. Tapi kalau terhilang anak dekat mall masa tengok syok shopping, kire kecuaian jugak kan. Kalau terlepas tangan anak ketika melintas jalan lalu menyebabkan accident, itu kecuaian jugak kan. Having a daughter of 1 year old is a very tough job. Sekarang dia tengah lasak dan aktif bermain. Dah pandai berjalan dan berlari, jalan pun dah tak mahu berpimpin. Bayangkan di tengah pasar malam yang sesak, dia berkeras tak mahu di pimpin. Aku dan ayahnya hanya memerhati pergerakan dia. Memang boleh sangat kalau dia nak hilang di tengah-tengah lautan dan kesesakan manusia tu, tapi dalam hati sentiasa berdoa agar takde apa berlaku, di samping mata tak lekang dari memerhatikan dia. Tapi budak sekecil itu, memang mudah benar hilang dari pandangan mata. Sigh....

Bukan sengaja tapi budak tu manusia, ada kemahuan ada akal. Bukannya kucing yang boleh diletak dalam kandang dan diangkat bawa berjalan. Dulu pernah ada tali diikat pada budak tapi orang kecam kata macam jadikan anak tu anjing. Dah macam mana?

Plus ibu mangsa ialah wanita bekerjaya. Suami pula ada di Penang katanya. Selain dari arwah, ada anak yang lebih tua yang perlu dijaga. Bukan senang nak juggle between career and family. Perempuan zaman sekarang banyak tanggungjawab yang perlu dipikul, bukan semata-mata suri rumah yang besarkan anak macam nenek dan mak kita dulu. Oh, mak aku pun wanita berkerjaya. Kiranya memang perempuan yang hanya tahu bersarkan anak tu memang dah lama pupus kot. 

Jangan la dituduh ibu tu cuai. Dia yang berjaga malam ketika anaknya menangis mahu susu. Dia yang paling peka menukar lampin bila perlu. Dia yang paling faham bila anak itu menangis. Apa yang jadi memang takdir Allah. Cuba fikir tak ke pelik takde sorang pon perasan yang ada budak dalam kereta. Kereta tu bukan diparking kat tempat letak kereta awam yang takde orang. Myvi je pulak tu bukan Alphard yang bertinted gelap. Mende dah nak jadi....

Musibah untuk si ibu tapi pengajaran untuk yang lain. Cara Allah memang kejam tapi syurga menanti untuk orang yang sabar.

Siapalah kita untuk judge. Especially orang yang takde anak, orang yang belum kawen, even orang yang ada anak tapi tak kerja. Takde sapa akan faham. Stop la bercerita pasal ni, meh la kite mengumpat pasal Asrap Muslim tu. Lagi syiok. Oh, ada pendapat nak diluahkan pasal cerita itu juga. Nantilah..

Sunday, July 14, 2013

Mengidam 101

Biasanya mengidam ni jadi kat pompuan tengah mengandung. Tapi orang zaman sekarang kan perosak bahasa, kalau teringin makan sesuatu pun kita akan cakap mengidam. Memgidam ini ialah keinginan yang sangat melampau, sampai teringat-teringat dan termimpi-mimpi. Selagi tak dapat apa yang diidamkan selagi tu perasaan tu ada. And biasanya mngidam ni melibatkan makanan je..kalau lelaki mengidam nak kahwin lagi satu tu, namanya nak cari pasal. Or mengidam nak duduk kerusi pengarah, itu angan-angan namanya.

1st thing yang kita semua kena tahu pasal memgidam ialah, kita nak apa yang kita nak je. Mengidam ni sangat spesifik tau. Contohnya kawan aku yang mengidam sangat nak roti canai Melayu. Maknanya dia nak yang Melayu je masak, yang mamak punya taknak. Kalau kau bawak dia makan 10 keping roti canai pon tapi mamak punya, esoknya dia tetap akan cakap "nak makan roti canai la". Jangan pandai-pandai nak tukar. Orang mengidam ni dah set tau kat tekak dia camne rasa, rupa or bau mende yang dia nak makan tu, kalau kite tipu, mesti dia tau punye. Takyah la nak melagak pandai.

2nd thing is selalunya kita mengidam mende yang pelik. Kalau mende tu senang nak dapat, bukan mengidam sebenarnye, tu lebih pada nak puaskan nafsu tembolok kau aje. Macam kakak aku masa mengandung anak pertama mengidam mee kari kat Seremban. Masalahnya restoren tu dah tutup, satu pasal plak kene investigate mana restoren tu pindah. Bukan takde mee kari kat Selangor ni, tu Old Town punye mee kari punye la marveles, tapi dia nak yang kat restoren kat Seremban tu jugak, camne? Mengidam ni memang macam tu, kalau cakap nak yang dekat Ipoh, Ipoh la kau kene cari. Bayangkan kalau kau duduk JB and mengidam something kat Perlis, hazabbb... So abang-abang yang ada isteri tengah mengidam nak makan pelik-pelik tu jangan marah, siapa suruh buat dia mengandung. Haha..

Orang cakap mengidam ni kene tunaikan, kalau tak baby lahir nanti air liurnya meleleh aje. Atau pun kau mati nanti lidah terjelir. Ok itu kelakar tapi hakikatnya memang kene tunaikan sebab macam aku cakap awal tadi, selagi tak tunaikan selagi tu dok teringat. Tak ke payah hidup camtu.

Aku mengidam nak makan roti john kat pasar malam kat Serting. Takkan nak pergi sana 2 jam stengah semata-mata nak beli roti john? Siapa boleh tolong aku belikan? Huhuhu...

posted from Bloggeroid

Thursday, July 11, 2013

Kosong.

Arini nak update post kosong.

After sahur, cannot sleep. Hujan lebat dekat luar. Think I wasn't sleep at all last night. Ribut dekat luar since I don't know when, bunyi angin sangat kuat, atap zink pemayung tingkap bilik berbunyi-bunyi. Annoying........and scary.

(Sebenarnya risaukan cadar kat ampaian luar rumah. Tu la kisahnya kalau suka mencuci tengah malam kan. Tapi ok kot sebab dah sepit ngan 6 penyepit baju, hope tak jadi unidentified flying object di bulan Ramadhan yang mulia ini.)

Matahari terbit nanti kene bangun pergi kerja. Malasnya... Teringat zaman sekolah, rajin juge ponteng. Kan best kalau boleh ponteng pergi kerja.

Wonder if I can go through another day of Ramadhan. Having a very bad cough. Dah seminggu, doc bagi antibiotik, dah nak abes, tapi masih belum sembuh sepenuhnya. Ubat batuk yang cair tu tak berapa makan sebab ironinya makin makan makin batuk plak. Pelik. Kawan-kawan opis sume concern "Farah, you ok ke? Teruk la batuk you". Aku jawab sambil ketawa "hehe..dah nak mati kot".

Badan sangat lemah...atau terlalu letih, walaupun dah makan ubat. This time tekak loya dan sangat mual. Hidung sangat sensitif, bau ubat pun mahu muntah. Lalu, bagaimana mahu sihat dan bertenaga?

I wonder if I can go through another day of Ramadhan.

posted from Bloggeroid

Sunday, July 7, 2013

Monolog

A: Sedihlah..takde apa yang aku doakan jadi kenyataan.

B: Sabarlah. Ada yang lebih bagus untuk kau la tu..kau kene yakin.

A: Ye aku tau, tapi bila? So far keadaan aku tak berubah. Bila?

B: Asal kau berusaha, kau dapatlah..

A: Aku dah puas berusaha. Habis masa, wang dan tenaga. Tapi tak jadi apa pun. Aku givap!

B: Yang kau nak belum tentu yang terbaik untuk kau.

A: Mungkin. Tapi apa yang aku taknak ni pun aku tak nampak baiknya untuk aku.

B: Kau negatif sangat...

A: Ya, memang ada positifnya. Tapi yang negatifnya betul-betul makan hidup aku.

B: Eleh, kau sahut seruan Dia pun lambat. Time kau seru, kau nak Dia reply cepat. Sekarang siapa Tuhan?

A:Tapi Dia dah janji, Dia takkan ubah nasib seseorang selagi org tu tak usaha ubah nasib dia sendiri. Aku dah ikut cakap Dia apa. Aku dah berusaha!

B: Tapi kau jugak doa mintak Dia tentukan apa yang terbaik untuk kau sebab Dia lebih Maha Mengetahui kan. Kau sendiri ragu-ragu dengan apa yang kau inginkan. Nahhh...Dia menjawab doa kau kan.

A: Kalau macam tu, xyah la aku berdoa. Aku biar jela Dia tentukan apa yang terbaik untuk aku. Sembahyang aku tak payah sujud lama-lama.

B: Kau pernah ke dengar pekerja duduk goyang kaki, ujung bulan dapat gaji? Nan hado! Faham sendirilah ye...

A: Ah serabut!!

B: Hidup ni sementara. Kalau kau dapat apa kau nak tapi esok kiamat, tak guna jugak...

posted from Bloggeroid

Thursday, June 27, 2013

Muntah darah

Budak-budak memang ada satu ketagihan yang kau takkan pernah faham. Contoh cam puting, bantal busuk, kain busuk...

Now Amani is addicted to this movie called RIO.



Pagi petang siang malam nak tengok cite ni. Pantang bukak tv, dia dah amik remote suruh bukak. Kitorang sampai sorokkan remote. Tak larat la nak tengok cerita yang sama ulang-ulang hari-hari. Boleh muntah darah I tell you...


Bagusnya aku ada la mende nak buat dia ralit time aku buat keje. Bukak je Rio, diamlah dia depan tv tu. Tapi akibatnya aku terlepas la tonton drama-drama kesukaan aku. Sedey....

Okla, nak tengok Rio buat kali ke 3,381 kali. Bye.

posted from Bloggeroid