Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 14, 2013

Cerpen pendek : Bukan Jodoh Kita

"Assalamualaikum" sapa Shahir lembut saat panggilannya berjawab.

"Waalaikumussalam.." jawab Ain, agak terkesima tatkala terdengar suara itu.

"Suara Ain lemah, Ain sihat?" tanya Shahir agak risau.

"Sihat, cuma agak letih, majlis dah tak lama" jawab Ain sedikit tersenyum.

"Ain....yakin dengan keputusan Ain?" tanya Shahir teragak-agak, tapi dia tidak mahu berdalih-dalih.

"Maksud Shah?" tanya Ain agak keliru.

"Ain betul nak kahwin dengan dia?" soalan Shahir agak tegas kali ni.

"Ya..majlis Ain dah dekat sangat, ini bukan masa untuk ubah fikiran" jawab Ain.

"Sempat. Kita lari?" tiada tanda ragu-ragu dalam nada Shahir ketika mengajak Ain.

Ain terdiam, kali ni lidahnya betul-betul kelu. Tiada jawapan mampu diberikan. Agak lama dia terdiam sehingga mampu bersuara kembali.

"Kenapa sekarang Shah, kenapa sekarang?" soalan yang benar-benar meruntun kepastian dari bibir Shahir,

"Shah dah lama sayangkan Ain, cuma Shah terlambat sedar betapa pentingnya Ain dalam hidup Shah" jelas Shahir dengan nada kesal.

"8 tahun Shah...8 tahun Ain tunggu Shah ucapkan perkataan tu, akhirnya dapat juga Ain dengar. Demi Tuhan, Ain pun sayangkan Shah" ujar Ain sambil menitiskan air mata.

Ain tidak mampu menahan sebak di dada. Lelaki yang disayanginya dalam diam selama ini meluahkan kata-kata yang sudah lama didambakannya. Bukan dia tidak mahu meluahkan perasaannya selama ini, tapi dia perempuan, mana bisa perigi mencari timba. Selama 8 tahun dia setia di sisi Shahir, susah payah Shahir dia sentiasa di sisi, Shahir sudah sepatutnya arif tentang perasannya!

"Kita lari. Shah akan jaga Ain. Kita hidup berdua je" ujar Shahir agak merayu.

"8 tahun Ain tunggu Shah, tapi Shah tak pernah cakap Shah sayangkan Ain. 8 tahun Ain sabar jadi saksi berapa kali Shah putus cinta, Ain setia di sisi Shah tapi Shah tak pernah pilih Ain. Hari ni, jari Ain dah berinai, dan inai ni tandanya Ain bakal jadi milik dia. Cukuplah 8 tahun untuk Shah, sekarang Ain untuk dia" jawab Ain tenang, walaupun hatinya bergolak dengan perasaan. Dipandang cincin pertunangannya untuk mendapatkan kekuatan meluahkan kata-kata.

"Maafkan Shah...Shah sayangkan Ain, Shah tak boleh hidup tanpa Ain"

"Terima hakikat kita takde jodoh. Kalau ditakdirkan berjodoh pun, bukan sekarang. Ain sayangkan Shah, tapi Ain lebih sayangkan famili Ain. Semuanya dah tersedia, Ain tak sanggup nak malukan mereka"

"Ain yakin Ain boleh bahagia?"

"Ain tak tahu. 8 tahun Ain sayangkan Shah, mana mungkin Ain boleh ganti hati Ain pada orang lain macam tu je. Tapi Ain taknak pentingkan diri sendiri lagi. Dia sayangkan Ain, dan Ain akan balas kasih sayang dia tu. Dia suami Ain..dan demi tanggunjawab itu, Ain akan berusaha menjadi isteri yang terbaik untuk dia"

"Shah tak mampu nak cakap apa lagi kalau Ain dah buat keputusan. Shah harap Ain bahagia" Ain dapat rasakan ada nada kesal yang mendalam dalam kata-kata Shahir itu.

"Terima kasih. Ain harap Shah temui kebahagiaan juga. Terima kasih untuk kenangan bahagia selama 8 tahun ni." ujar Ain lembut mengakhiri perbualan.

Tamat perbualan itu Ain menangis sepuas-puasnya. 8 tahun lamanya dia menunggu, dia tidak pasti jika keputusannya menolak 'lamaran' Shahir itu adalah perkara yang terbaik. Sungguh hatinya ingin berkata ya tapi akal fikirannya yang masih waras, dan senipis iman di dada mengingatkannya pada janji dan harapan yang telah diberikan pada keluarganya dan keluarga tunangnya, Janji itu harus ditepati. Dalam tangisannya dia berdoa agar pilihan yang dibuat adalah yang terbaik untuknya dan semua.

Shahir terduduk. Rasa kesal dan kecewa yang tidak dapat diungkap. Diimbas kembali saat-saat manis dia bersama Ain. 8 tahun bukan waktu perkenalan yang singkat, sungguh banyak kenangan manis yang dicipta. Ain wanita yang manis, periang, penyabar, manja, tak pernah lekang dari sisinya di waktu dia susah dan senang. Entah kenapa dia tetap menunggu cinta Wani yang tidak henti-henti memperbodohkan dan mempermainkan hatinya. Ah, dia memang bodoh dan buta! Namun kesalannya tak bererti kerana Ain bakal jadi milik orang selang beberapa hari lagi. Shahir menangis lagi...

 ******************************
Notakaki: Cerita ini hanyalah rekaan blogger semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal. 

No comments:

Post a Comment