Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 3, 2013

Biar papei asal bergayei

Kakak aku bagitau kakak aku lagi sorang yang aku ni nampak kesian, nampak macam takde duit.

Kureng hasam sangat statement begitu.

Ni mesti sebab kes aku beli handbag kat pasar malam yang takde jenama. Kakak aku tu beli handbag original harga ribu-ribu. Kakak yang lain pun memang make sure handbag depa sume original. Rela tunggu time sale asal yang original. Kalau tak ori pon haruslah tiruan gred AA yang harga ratus-ratus.

Ayat balas diplomatik: Kekayaan tak perlu ditunjuk-tunjuk.

Ayat balas jujur: Yela kot xde duit. Hahaha!!!

Entah la ye, aku rasa aku memang tak di ajar untuk bergaya. Masa kecik-kecik dulu mak aku takde la nak beli gaun cantik-cantik, kasut comel-comel, pinky-pinky, girlish-girlish untuk aku. Aku ingat lagi masa form 1/2 gitu, aku ada 2 helai t-shirt yang sama sebijik kaler tapi lain gambo depan sampai kawan aku cakap aku tak tukar baju. Dan jenis mak aku dulu, beli baju time raya je, pakai la sampai lusuh. Tak pun aku kene recycle baju kakak-kakak aku yang elok lagi.

Ayah aku je yang fussy sikit. Dia tak suka tengok anak dia macam orang miskin. Keluar jalan pakai tshirt sekolah or track suit was a no-no. Dia kata macam la dia takde duit nak belikan baju untuk anak dia. Kalau keluar kene pakai tshirt yang dia/mak beli and jeans.

Bukan nak salahkan mak ayah, well mungkin sebab kecik-kecik dulu hidup kitorang susah.

Tapi dah besar ni aku memang aku takde la kecenderongan untuk bergaya ni. Pakai aje apa yang ada. And apa yang ada biasanya apa yang paling murah. Dari dulu sampai la anak sorang, fesyen aku ialah tshirt and jeans walau kemana jua. Alasan:

1. Selesa - Msia is hot, tak perlu pakai baju berlapis-lapis.
2. Murah - Biasanya harga bawah RM30
3. Flexible - Fesyen yang acceptable walau untuk apa jua occasion, gi mall, gi pasar malam, gi kebun bunga semua sesuai.
4. Sopan - kire sopan la jugak berbanding baju-baju berfesyen yang kadang-kadang menonjolkan aset wanita.
5. Senang dan mudah - takyah gosok pon takpe (aku spesis malas gosok baju).

Dapat plak asben yang jenis tak kisah (atau mungkin dia kisah tapi dia pasghah. Hahaha). Dia jenis yang tak cerewet, alhamdulillah. Kadang-kadang tanya ok tak baju aku, dia ok aje. Makanya takde la perubahan terhadap sense of fashion aku.

Nak gak try berfesyen tapi takleh blah harga blouse sehelai hampir cecah seratus ringgit. Macam fesyen peplum tu plak, kalau tak kene gaya, seksi dowh...sengaja nak kasi tayang boobs and buntot. Handbag mahal-mahal pon tetap boleh koyak dan kotor tapi nanti sayang nak beli baru sebab mahal, tak syiok itu macam...

Tapi one thing yang aku perasan, walaupun aku nampak miskin, tapi aku memang rajin berjalan. Tahun ni je 3x pergi vacation. Kakak-kakak aku mana ada. Haa..aku lebih cenderong ke arah situ kot.

Ok apa nampak miskin, takde la risau orang nak rompak. Ye dak? Hehe...

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment