Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 30, 2013

Tahyul dan Iman

2 orang rakan yang kebosanan takde ape nak borak, tiba-tiba bukak cerita pasal kepercayaan tahyul dan aktiviti paranormal. Macam-macam hantu la keluar. Yang pastinya 2 orang rakan yang berfikiran liberal dan tak pernah bersemuka dengan hantu secara face-to-face menganggap mende ni mengarut.

Peah: Aku tak pernah tengok, so aku tak percaya mende ni wujud.

Joyah: Ehhh...mende ni memang wujud la. Setiap orang ade 'hijab' yang menghalang kita nampak makhluk-makhluk halus ni. Hijab kita tak terbuka, bersyukur la kita tak pernah jumpa depa.

Peah: Ah, yela aku tau wujud cuma aku tak rasa kita perlu obses dengan mende-mende ni. Ni tak, demam pun nak mintak tangkal, makan ubat je takleh ke? Dah doktor bagi antibiotik tak mau abeskan, mana la demam tak berulang.

Joyah: Kan, aku pun tak faham. Kita umat Islam ni paling simple, doa aje kat Allah. Ni sanggup bersusah payah jumpa bomoh, ngangkung bagai. Buat solat hajat kan senang.

Peah: Mintak kat Allah lambat dapatnya. Mintak kat setan, esok pagi terus kuar nombor kite jadi jackpot kt Sport Toto. Senang beb....

Joyah: Hmmm... betul jugak ek. Allah tu bukan apa, Dia rindu nak dengar suara umatNya merayu dan merintih pada Dia, sebab tu Dia bagi lambat sikit. Kalau sume senang nak dapat, tak ramai orang nak bersujud padaNya.

Peah: Betul betul betul.

Payah jugak sebenarnya nak buat hajat and tahajjud sebab kene bangun tengah malam...ngantuk. Kene sujud lama-lama...lenguh. Tapi ok la kan dari kene duduk bertafakur kat kubur tengah malam 4 hari berturut-turut, gali kubur amik kain kapan mayat...eee, tak takut ke?

No comments:

Post a Comment