Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 21, 2017

RIP Chester Bennington

Today dunia digemparkan dengan kematian penyanyi utama Linkin Park, Chester Bennington.

Those yang lahir era 80an rata-rata akan kenal dengan kumpulan Linkin Park ni. Mereka pernah suatu ketika dulu menggegarkan seni muzik dunia dengan memperkenalkan genre rap-metal-rock alternatif yang memang rare masa tu. Aku nak sebut lelebih pun bukan aku faham sangat, yang aku tahu lagu dorang memang grunge. Boleh layan feeling and head-banging at the same time. Memang jadi fenomena. 

Aku bukan la die hard fan Linkin Park. Tapi macam aku cakap, lagu dorang memang layan. Setakat nak ulang 100 kali sehari, tak bernanah telinga. Aku setakat hafal lagu-lagu dalam album Hybrid Theory (2000). Lagu paling letup ialah In The End. Sebab apa aku kata aku bukan die hard fans, sebab aku tak hafal lagu ni, setakat hafal part chorus. Masa tu semua orang hafal lagu ni, yang english fail pun hafal. Aku pun English baru nak belajar grammar, tak reti la nak hafal rap laju-laju, tapi sis cuba.

Bila keluar album Meteora (2003), aku dah tak dengar full album. Still lagu-lagu letup macam Faint, Breaking The Habit, Somewhere I Belong memang aku hafal. Favourite lagu aku yang sampai sekarang give me chill in the spine is Numb. Macam dekat nau dengan jiwa aku. Layan gile beb!

Masuk album last Minutes to Midnight (2007) aku dah tak berapa layan. Mungkin sebab dah lama sangat dorang tak keluar lagu baru, 4 tahun tu lama oih! Aku pun masa tu dah mula layan lagu jiwang, maklumla dah fasa ada pakwe, hahahahha haktuih! Still lagu yang aku layan ialah Bleed It Out, buat release tension memang membantu. Banging jangan tak banging. 

Ok dah la cite pasal album. Aku up post special pasal Chester is because of one strong memori I have on Linkin Park. Sebut je nama Linkin Park, memori ni akan naik kat kotak fikiran aku. Tahun bila aku tak ingat, tapi masa tu Linkin Park memang tengah letup, satu famili besar ayah aku buat Family Day dekat Cherating, Pahang. Masa tu pun memang time famili kitorang tengah up, asik la buat konvoi Family Day ke sana sini, pakai tshirt sedondon, you know. Bonding tengah kuat betul masa tu. So kat Cherating tu, kitorang tempah beberapa buah chalet, malam ada barbeku bagai, aktiviti standard tepi pantai la kan. Yang tak senonohnya ialah bila sepupu-sepupu lelaki aku bantai buat concert Linkin Park plak kat chalet. Kau bayang la lagu Linkin Park yang 'bising' tu kitorang boleh buat concert. Memang dah macam konsert haram dah bila aku kenang balik. Tapi jiwa muda, mana kisah. Kitorang stop pun sebab ada guest lain complaint bising dah pukul 11 malam kitorang memekak lagi. Tak cukup situ, lepak tepi pantai lak sambung nyanyi sampai pagi. Memang gila.

Sekarang bila dah besar dah kahwin masing-masing, susah betul aku nak jumpa sepupu-sepupu aku. Raya pun tak semua balik serentak. And kalau jumpa pun dah macam strangers, nak cakap pun malu. Rindu zaman bonding kitorang kuat dulu. Tapi yela, masing-masing dah anak laki/bini dan anak-anak, kena la hormat pasangan masing-masing ye dak.

Anyway Chester, thank you for that sweet memory. RIP.

Image result for chester bennington

No comments:

Post a Comment