Semalam pergi beraya rumah adik ipar di Shah Alam. It started at 3pm and should ended at 7pm. I reached there at around 5.30pm.
Sampai-sampai, rumah dah penuh. Kebetulan sampai sama time dengan tetamu yang datang sefamili besar. Adik ipar sedikit kelam kabut nak melayan tetamu sama nak topup mana yang patut. Kat depan pintu rumah, dia dah jerit (well suara dia memang sedikit lantang) suruh laki dia gi beli mangkuk polistrene, dah habis katanya. Anak dia pulak tengah meragan masa tu, yang sorang husbandnya pujuk, yang sorang dia dukung tak mahu lepas. Me being me, selamber je masuk dapur untuk letak kek yang aku bawa. Punyalah penuh tetamu sampai ada yang duduk dekat daput. Huhuhu...
Makan. Selit jela duduk dekat mana yang free. Makan ok, tak banyak pilihan, tapi ada. Tengok adik ipar busy sangat melayan anak meragan, aku tolong apa yang patut. Potong kuih, potong ketupat, buat air, tolong buang sampah...benda-benda simple.
Lepas makan, balik.
So here are my views on open house;
1. Aku jarang jemput orang makan-makan kat rumah. Sekali dua aje, itu pun small birthday celebration untuk Amani. Sebabnya, aku tak pandai masak, takut orang complaint pula datang nak makan, tapi makanan tak sedap. Mungkin masalah tu boleh settle, kita sediakan duit, tempah aja makanan kat orang. Settle. Tapi sebab utama ialah anak-anak aku kecik lagi. Dulu punya cerita la, sekarang mungkin dah selesa nak buat open house sebab dah tak payah tukar lampin anak bagai, tapi masih tak selesa sebab anak tengah aktif, dok sepah sana sini. Kang tak jadi open house, jadi clean the house je tak habis-habis. Aku respect kat adik ipar aku sebab nak juga buat open house dengan anak-anak kecil macam tu. Mana nak layan tetamu, mana nak dukung anak. Kalau aku, I would avoid the headache. Rimas!
2. Kalau kau tu kenalan rapat kepada tuan rumah, why not ringankan tulang apa yang patut. Especially bila tengok tuan rumah tak menang tangan. Tolong yang simple-simple. Kalau datang nak makan aje, pergi McD.
3. Datang rumah orang tu jangan la buat perangai hutan sangat. Kat McD kau nak makan pastu tinggal aje, sukeati kau la sebab ada pekerja yang akan bersihkan (though aku rasa still perangai tu tak senonoh. Patutnya kena kemaskan meja sendiri). Ini kau buat perangai yang sama kat rumah orang, tak tahu malu eh? Semalam, aku tolong kutip bekas makanan yang orang tinggalkan atas meja makan, atas meja tv, dekat tingkap nak ke dapur. Like seiously? Kot ye pun tong sampah orang tu dah penuh, boleh je kau cakap kat tuan rumah untuk minta plastik sampah baru. Or kumpulkan semuanya setempat supaya senang tuan rumah nak kemas. I tell you, yang datang semalam bukan budak-budak kecil, dah besar panjang masing-masing. Basic manner macam ni pun tak tahu, sedeh!
4. Walaupun makanan nampak cukup, ambil la berpada-pada. Ada sorang tetamu ni penuhkan mangkuk dia macam tak makan dari pagi. Penuh! Aku tak sure dia habiskan ke tidak tapi berpada-padalah. Jangan la mentekedarah sampai nak pecah perut, setakat kenyang sikit sudahlah. Aku tak tahu korang di ajar macam mana, tapi aku diajar untuk makan sikit dulu, kalau sedap baru tambah, itu pun kena ingat orang belakang, jangan fikir tekak sendiri je.
Semalam juga dah dapat jemputan open house dari ofismate. Kemain awal mengajak, suruh aku save the date katanya. Hakhak, terharu makcik.
Untuk korang yang sibuk penuhi undangan open house tu, jangan lupa pesangan aku kat atas tadi ye. Jadi manusia, jangan jadi beruk.
No comments:
Post a Comment