Walaupun raya dah lepas, tapi nak juga menulis isu ini sebab macam masih berbuku di hati.
Masa bulan Ramdhan, few days before raya, mula la keluar artikel-artikel pasal hukum balik raya. Ya ya... itu memang isu utama setiap kali nak raya. Isu buluh untuk buat lemang makin susah nak dapat kat hutan nun tak penting, yang paling penting ialah turn pulang beraya. Ini untuk pasangan dah berkahwin la, dok berebut nak balik raya rumah pihak mana. Yang bujang tu toksah gaduh la, takyah la gatal nak beraya rumah girlfriend, balik umah mak bapak kau sana!
And aku terjumpa this one article, written by ustaz selebriti. Tak rajin pulak aku nak copy paste apa yang dia tulis but yang segar sangat dekat minda aku bila dia tulis macam ini;
"Pulang beraya di rumah isteri itu adalah ihsan"
Hujahnya, sebab anak lelaki perlu utamakan emak, kemudian baru isteri. Jadi balik dan beraya di rumah sendiri adalah lebih 'wajib' berbanding beraya di rumah mertua. Gembirakan hati emak dulu baru gembirakan hati isteri. Namun jika si suami berkeputusan untuk beraya di rumah isteri, tanpa melukakan hati emak sendiri, itu 'dibolehkan' dan ia digelar sebagai 'ihsan'.
Me reading this was like...whatttt?????
Sebab hukum melebihkan emak tu lebih berpihak pada lelaki, maka itu aje yang kau pakai buat hujah dan pegangan utama kau kan? Cuba kalau Islam kata kena lebihkan isteri berbanding emak, then kau pusing la kata isteri kena ikut suami so kalau suami kata "balik rumah mak saya", kena la isteri ikut juga. Pendek cerita kau memang nak menang.
I tell you, lelaki macam ni, satu perkataan aje, SELFISH!
No, aku bukan nak membangkang hukum Islam. I respected it with utter confidence and belief. But common sense is this;
1. Kau ada emak, isteri kau pun ada emak. Kau sayang emak kau, habis bini kau tak sayang mak dia?
2. Kau bukan kahwin dengan anak kucing. Well anak kucing pun kita tak sanggup pisahkan dengan ibu dia, inikan pula isteri kau.
3. Berlaku adil itu dituntut dalam Islam. Even kau ada isteri empat pun, kau kena berlaku adil pada SETIAP isteri. Having to say that, maknanya kau kena adil dengan mertua kau pun, jiran kau pun, ofismate kau pun, eh sesiapa jela.
4. Ingat ye para suami, melakukan penganiayaan terhadap isteri adalah dosa. Setitis air mata isteri jatuh kerana ketidakadilan suami, 1000 tahun suami dihukum dalam neraka. Menidakkan hak isteri untuk beraya bersama maknya bukan dikira sebagai penganiayaan juga ke?
Sebenarnya yang aku marah sangat ialah bila ustaz tu guna perkataan 'ihsan' tu. Kenapa aku marah sangat dengan perkataan ihsan tu? Sebab biasanya bila kita guna perkataan ihsan ni? Bila orang kaya bagi bantuan pada orang miskin, bila ahli politik bagi bantuan pada mangsa bencana, pendek cerita, ihsan ni macam kau minta sedekah tahu tak. Macam rendah benar taraf isteri sampai nak jumpa mak sendiri pun kene minta ihsan suami. Macamlah mak yang melahirkan kita (isteri) tu bukan siapa-siapa.
Kalau kau nak suruh sangat utamakan yang WAJIB, then isteri tak perlu la bantu suami kan? Tahukah anda bahawa memasak, mengemas rumah dan mengasuh anak itu bukan tanggungjawab isteri? Yes, memang BUKAN. Orang melayu je yang suka sangat letak tanggungjawab tu semua kat isteri. Tapi kalau isteri buat juga, itu dikira 'ihsan' isteri pada suami. Isteri bekerja, duit gaji bagi pada suami, itu ihsan isteri pada suami. Let me put this way "Aku kesian kat kau sebenarnya bang, nah la aku bagi duit aku kat kau sikit ha, kesian tengok kau" Sound harsh kan? But itu lah sebetulnya. Cumanya isteri kau takde la cakap camtu kan, isteri kau cakap elok-elok "takpela bang, kalau abang tak mampu, saya boleh tolong abang". Sebab tu selama ni ramai suami yang fail to recognize that all these while, dorang sebenarnya menerima ihsan dari isteri masing-masing. How pathetic.
Penutup bicara, kalau kau dah makan ihsan isteri kau TIAP-TIAP hari, apa ada hal kau berlaku ihsan pula pada bini kau SETAHUN SEKALI and beraya di rumah dia pula kan?
Kau jangan nak extreme pulak. Dah aku cakap berayalah rumah isteri, kau bantai tiap-tiap tahun beraya belah sana. Aku sekeh kau kang. Gilir-gilir la bro. Menda boleh bincang.
P/S: Ganti ihsan dengan humanity, berperikemanusiaan.
No comments:
Post a Comment