Lately macam-macam jadi dalam hidup aku. Betul la orang cakap, life is a cycle. Elok je before ni aku lalala, hahaha, tetibe berdebuk jatuh ke gaung. Murung. Stress. Depress. So here is my rambling post;
Nikmat itu Dugaan
I have been praying to get a better job for so long. Every prayers, every buka puasa moments (sebab orang kata doa time buka puasa itu mustajab), I will pray for this. Pergi interview few times but to no avail. Then slowly I kinda forget pasal permintaan tu, kinda give up sebenarnya. Aku start kerja jela macam biasa, hadap jela kerja yang ada. Eventually I like my job, makin lama makin ok, makin seronok, makin selesa. So I thought my prayer has been answered. Tiba-tiba...dapat offer yang betul-betul aku rasa aku tempting juga la. Sungguh rasa keliru nak buat keputusan. Rezeki sekarang dah ok, perlu ke aku tukar kerja?
So few things keep repeating in my head,
1. Aku dah puas berdoa sebelum ini and now aku dah dapat pun apa aku nak, adakah ini answer to my prayers?
2. Orang cakap kalau Allah tak makbulkan terus doa kita, maknanya Allah nak bagi yang terbaik untuk kita. Best thing at the right time. So is this the right one?
3. Tapi macam mana kalau offer ni hanya reminder from Allah? Allah nak aku pray harder, minta Dia beri petunjuk, basically He just don't want me to stop praying to Him. Kita ni kalau dah start selesa memang kita kurang berdoa dah. So mungkin, offer ini hanya reminder from Allah?
4. Selain itu, mungkin juga ini hanya dugaan? Allah nak test aku ni tamak ke tak. Rezeki yang ada pun dah cukup baik, tak payah la tamak. Bersyukur je dengan apa yang ada.
Sungguh aku keliru. Doa aku termakbul, itu nikmat, Alhamdulillah. But the fact that it comes a bit too late, sungguh ini ialah dugaan.
Dugaan itu Nikmat
Yang ini sungguh dugaan. Konflik sesama manusia. Tak boleh nak cerita panjang but pointnya, aku sangat stress dan depress. Tak tahu pada siapa (friends or family) untuk mengadu, so I turn to Him the Almighty. Aku mula amalkan zikir "Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir". Zikir untuk lembutkan hati. Banyak 40x, then tiup dalam air, bagi pada orang yang kita nak lembutkan hatinya itu. Yang ni aku tak buat, tapi zikir tu aku amalkan. Selain tu, baca banyak-banyak surah Al-Insyirah.
Sejujurnya aku bukan kaki zikir, hanya short selawat yang aku amalkan lepas solat sambil lipat telekung. Berapa banyak sangat la yang aku boleh sebut kan? But when dapat dugaan camni, aku sebaik boleh cuba amalkan, dengan niat nak lembutkan hati orang yang aku berkonflik ni. But turns out, segala amalan ni sebenarnya menenangkan aku. Aku tak tahu effectnya pada individu tersebut but it calms me down. Hati yang dilembutkan sebenarnya ialah aku. Bila baca surah Insyirah tu banyak kali, beri aku kekuatan "kerana sesungguhnya setiap kesulitan itu ada kemudahan". I believe ini hanya temporary, soon everything is going to be okay. In fact, mungkin ada hikmahnya kami bergaduh ni, cuma aku yang tak nampak, belum diberi petunjuk. Tak payah nak serabut banyak, this shall pass.
Aku dah nampak, dugaan ini sebenarnya satu nikmat. Kalau tak dapat dugaan ni, aku tak tahu pun the power of zikir.
"Dugaan itu Nikmat" atau "Nikmat itu Dugaan" sebenarnya terpulang pada kita untuk menilai.
No comments:
Post a Comment