Aritu husband ajak pergi bawak anak main indoor game kat IOI City Mall. Hmm..tak berapa berkenan dengan tempat tu untuk bawa anak-anak sebabnya knowing my kids, especially yang kecik tu, penakut sikit. Lagipun tiketnya mahal, in case anak buat perangai taknak main, ajak balik, rugi benar tiket memahal tu.
So aku bagi idea "Jom panjat Broga".
Last pergi Broga ni sebelum bertunang dengan En.Suami. Pernah naik Borga ni dengan dia. Aku ni nak kata suka sangat hiking tu idok le juge, Broga ni jela yang aku rajin panjat. So far tak pernah naik yang tinggi-tinggi. Tapi tula, setakat nak naik tu no hal, ajak je, aku on.
Ni aku share sikit gambar aritu (tak ikut susunan).
Ist peak. Sampai sini dah cukup happy. Tapi ada atas lagi. Memula ingat nak turun dah, tapi Amani naik syiok, ajak panjat lagi atas.
Ok, ni memang dah sampa 2nd peak. Bangga betul dapat bawak anak-anak sampai sini. Tinggi dah ni weh.
On the way nak ke 2nd peak. Mencabar sikit ni, make sure kasut korang tu sesuai. Dah sampai atas baru perasan sebenarnya ada trail yang lagi senang. Ceh.
Ni kat pintu masuk. Tu aku bukan sengaja nak posing senget-senget badan, its my scoliosis. Hmm...
Sebelum ni, ada sorang mamat posing maut atas batu ni, Amani pun nak juga. Makanya kita layankan.
Take picture sejurus berjaya sampai 2nd peak. Anak-anak dah start pancit. Kalau korang tengok kat belakang tu, ada trail lagi sampai last peak tapi kitorang givap sebab dah start panas terik.
Oh ni masa kat bawah lagi. Mula-mula anak macam takut gila nak panjat tapi lepas ayah dorang cakap "Panjat je, kalau baju kotor ayah tak marah" baru dorang berani panjat. La, takut kena marah rupanya.
Ni la trail yang mencabar nak ke 2nd peak tu. Licin berpasir weh, susah nak grip. Sebenarnya ada je jalan senang, korang kena pandai pilih jalan.
Compare dengan 6 tahun lepas, memang lain benar trail Broga sekarang. Yang rileks macam rileks sangat, yang mencabar jadi mencabar sangat. The other side of the bukit dah mula ditarah untuk projek tanam pokok kot, makanya kalau kau nak mengelat, lalu aje la jalan yang dah kena tarah dengan jengkaut tu. Sampai atas kau selfie #doneBroga, orang bukan tau. Pada yang mudah pancit, bawak air banyak sikit, bawa gula-gula juga sebagai bekalan tenaga. Bawak duit juga sebab kau parking dah kena bayar per head, dekat tengah-tengah perjalanan pun kena bayar lagi. Tapi masa aku turun takde plak uncle tu. So aku tak sure sebenarnya kena bayar berapa kali. Kau bawak jela duit standby.
But overall ok la untuk kau spend weekend secara sihat. Anak dah mula syok hiking, dah ajak repeat. Sabar ye nak, nanti mama cari kekuatan untuk hiking lagi. Selalu pun boleh tanggal kepala lutut mama, maklum la dah tua. Huhuhu...
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment