Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 5, 2011

Hantu yang meletop

Dah banyak kali ak dengar orang puji cerita hantu yang ade dok tayang kat panggung tanah air sejak akhir-akhir ni. Feedbacknye kemain hebat. Kutipan pon jota-jota. Kaye la Tokey Grand Brilliant tu kan. Ak nak tengok tapi asal ak nak book tiket je full house. Meletop uolls..

Tapi rezki ak ade untuk tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Itu pun dapat tengok panggung kecik, seat depan plak tu. Wallawei, berpinar jap mata tengok 'tv' dekat-dekat kan. Tapi taknak ketinggalan punye pasal, layann...zass....

Poster Hantu Kak Limah

Watak paling kelakar dalam cerita ni

Hantu Kak Limah serang orang kampung. Ade bran??

Komen:
Memang best la, terhibur tengok cerita ni. Leh gelak-gelak tahap terbahak-bahak punye. Those yang first time nak keluar dating ngan pakwe baru tu, dinasihatkan pilih cerita lain sebelum gelak huduh anda tu terkantoi. Part seram tu memang seram le, dah nama tengok cerita hantu kan, bukan cerita Mr.Bean. Cerita ni banyak moral value nye, biasala cerita Mamat Khalid kan. Ak tak tengok Nagngkung so tak dapat nak komen which one lebih sedap. So nasihat ak, korang gi jela tengok cerita ni. Tolong support industri filem tempatan...

Adela ak baca kat sokkabo, akibat kejayaan dua filem komedi seram yang mendapat kutipan mencecah RM10juta ni, ade la wartawan yang menulis "Sampai bile filem ringan menjadi pilihan penonton?" Kirenye, wartawan tu nak cakap la rakyat Malaysia ni suke tengok cerita genre ringan je, tak hargai cerita yang lebih berat macam genre politik, sejarah, maupun ilmuan. Ni komen ak terhadap tulisan wartawan tu;

1. Ko tak tau ke duduk kat Malaysia ni stress? Traffic jam, kenaikan kos sara hidup, masalah sosial yang berleluasa..pening kepala tau tak. So ape kejadahnye pergi panggung, bayo berpuluh ringgit, untuk memeningkan lagi kepala tengok cerita yang berat?

2. Berapa banyak cerita berat yang dihasilkan? Soh pengarah and producer filem produce lebih banyak cerita camtu, kitorg pergi la tengok. Ko tak buat, kitorg tak tengok.

3. Yakin ke filem berat Malaysia ni sama kualitinye dengan filem Hollywood? Kalau masih gune teknik CGI untuk aksi-aksi letop-meletop ni, tak payah la. Wat gelak dek penonton je.

4. Kalau buat cerita berat tu, sila pilih pelakon yang best-best sikit ye. Kalau balik-balik pilih Erra Fazira jadi pelakon, no thanks. Sorry Kak Erra, bukan I tak suke you, cume nak minta kelainan je. Tu kalau dah pilih pelakon baru, sila jangan pilih yang kayu, harap gedik je lebih. Tak suke ok!

Baaanyak lagi nak komen ni tapi malas nak membebel panjang. Pointnye, kitorang dah pergi panggung cukup bagus. Boikot kang.......

No comments:

Post a Comment