Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 24, 2013

Halal

 

Ak ada kawan yang very concern about makanan. Kalau nak try restoren baru, 1st thing yang dia akan tengok ialah halal atau tak. Kalau ada sijil halal pun, dia akan baca sijil tu betul-betul, make sure semua menu dia halal. Sijil halal tu ada senaraikan menu apa yang halal (ni ak baru tau, selama ni ak redah je asal ada sijil halal). Restoren yang nampak kotor dia taknak, risau tak halal katanya. Yela, bak kata En.Nasir dalam iklan Mekdi tu, halal bukan sekadar sembelihan. (Yang last point tu ak just rasa dia kekwat, takde kene mengena ngan halal haram). Bila ada kawan-kawan yang balik dari oversea bawak balik makanan dari sana, dia takkan makan sebab takde tanda halal.

Ok, ak bukan nak kutuk dia terlalu fussy pasal isu halal ni. Itu bagus.

Cuma yang ak pelik ialah, dia ada beli saham 1 syarikat MNC yang HQnye di US. Tak payah explain panjang, syarikat tu kapir punye. Kalau dah kata MNC, kapir punye lak tu, ada ke dia buat pelaburan yang halal? Takkan depa tak melabur kat syarikat arak dan rokok yang industrinya bernilai billion juta US dolar. Takkan depa melabur kat industry mee siput makcik dalam tv tu.

Bila kita beli saham, kita dapat dividen setiap tahun. Ak tau kenapa dia beli saham tu, sebab saham syarikat tu tak pernah jatuh dan memang market price sangat tinggi. Plus ko dapat dividen in USD, tukar ngan RM? Kaya siot... So pejam mata jela halal ke tak.

Ini yang ak tak suke dengan mentaliti orang kita. Ada plak boleh tolerate pasal mende ni. Ko taknak, ko kata haram. Ko nak, ko kata halal. And ada ke pulak halal haram ni tang makan je, halal haram ni the way of life kot.

Kalau taknak makan sebab ko geli restoren tu kerusi dia buruk, or ko tak selesa restoren tu panas takde aircond, ko cakap je taknak. Kalau menu dia tak penuhi selera tekak kau, cakap je terus terang. Takyah nak bangkit isu halal haram ni. Vangang!

Note: Ada orang cakap Old Town White Coffee takde sijil Halal so orang Islam takleh makan kat situ. Truth is,  dia dapat International Halal certificate, cuma belum dapat sijil Halal dari JAKIM. Sometimes there are also cases where dorang letak sijil Halal JAKIM tapi bila ko pergi lagi 2-3bulan lepas tu, sijil tu dah takde. Bukan bermakna premis tu tipu kau, cume sijil Halal dia dah expired, belum sempat nak renew, so kene tanggalkan dulu sementara dapat yang baru. Macam road-tax ko jugak. Road-tax takde, tak bermakna ko beli kereta seludup. Kereta ko still legal, cume illegal dari segi undang-undang ke. Camtu la lebih kurang....

So OTWC tu halal, ko boleh makan. Tapi kalau kau nak boikot jugak sebab tu company Cina, tu dah kira bab lain bai!

Check dulu sebelum buat konklusi!

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment