Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Amani

Daisypath Happy Birthday tickers

Aqil Danial

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 17, 2016

Aku sporting

Keje di opis baru. Masih dalam bidang HR (dah ni je bidang aku tau. Kalau aku tau bidang perbidanan, aku dah tukar keje dah). 

For those yang dah bekerja tau la kot HR ni biasanya ada bilik khas, sebab ada banyak document sulit nak kene simpan. Aku punye opis camtu la jugak, dok dalam 1 bilik.

Cumanya kelainan keje kali ni, aku sebilik ngan semua lelaki! 1st time weh, selalunya kerja pejabat ni dimonopoli oleh pompuan je. Tapi kat sini prefer hire lelaki. Dorang hire aku pun kononnya nak kelainan merasa kerja ngan pompuan pulak. Pape jela.

Opismate aku sorang muda sket tapi dah kawen, sorang lagi sebaya aku tapi masih bujang dan sorang lagi memang muda sangat la, budak intern.

Alhamdulillah dorang memang sporting. And tak pernah layan aku dengan gender bias ke apa. Boleh kata sebulu la gak, jenis suka ketawa terbahak-bahak, xde cover punya. And yang paling penting bukan jenis gatal. Alhamdulillah.

R: Farah, ko ni sporting la.

Me: Sporting camne pulakkkk... biasa jela. 

Dah nama opismate, layan jela cam biasa. Kalau stranger memang aku tak layan mesra la. Mesra pun ada batasnya, takde lah sampai bertepuk tampar, duduk selisih bahu, minum secawan ke apa. Kentut sebilik yes (dah kitorang memang duduk sebilik kat opis, takkan nak kentut jauh-jauh plak, tak menahan). 

Mungkin ada yang tak setuju dengan cara aku. Pompuan patutnya asing dengan lelaki bukan mahram, tak patut keluar bersama, tak patut duduk rapat-rapat (kene duduk selang satu padang bola sepak).

Well pendapat aku camni. Aku kerja sebab Allah, sebab family. Aku kerja bukan nak cari jodoh. So hubungan aku dengan mamat-mamat itu hanya sebagai rakan sekerja. Kerja kat mana pun mesti ade lelaki dan perempuan. Kalau takleh nak get along, camne nak sukses? And kalau nak jaga adab sangat, aku memang tak keluar berkerja at first place. Aku jaga batas aku, dorang jaga batas dorang, settle.

And 1 hal yang paling penting sebenarnya ialah, aku sayang sangat kat suami aku. Nahhh..straight confession gitew. Pompuan ni kalau dia dah sayang extreme sket. Memang takde hati dah kat orang lain, datang la putera mana pun. Pendek cite, memang dah takde nafsu kat laki lain. Setakat suka tengok laki ensem tu normal la, fitrah la suke tengok benda cantik, tapi xde la sampai naik nafsu. Takde feeling ank cintan-cintun ni. Lagipun opismate aku tak ensem mana pun, xde feeling la haih! (matila kalau dorang baca ni. hakhak!).

Pucuk pangkalnya hati dan iman. Pastu kau nak buat apa pun buatlah asal tak langgar pantang larang agama. OK?

Tapi satu hal la gak keje ngan laki ni;

G: Pegang duit ni ha, kalau suruh ktorg pegang nanti abes.

R: Pegang wallet aku jap. Ko dok sini diam-diam, kitorang hisap rokok jap.

Ceh, memang masalah universal lelaki takleh nak jaga barang sendiri. Dan termangu-mangulah aku menunggu dorang habis hisap rokok. Haisyy...


Aku dan mamat-mamat 'sebilik'. Tak ensem pun kan..... kihkih

No comments:

Post a Comment